You Are Reading

5

Asal bawak motor jer..kene gelar “Mat Rempit”??

TayarGolek.Com Saturday, October 16, 2010

Yooosshhhh…!!

 

Sebenarnya aku dah lama nak tulis pasal topic ni..tapi banyak kali tak jadik. Tak tau ler pasal ape..

Kali ni..tiba2 jer jari-jemari aku gatal plak nak menaip pasal  hal nih..dan aku sendiri tak pernah terkecuali kene gelar sebagai “Mat Rempit” baik dulu mau pun skg!! Panass jer bile kene mcm tu..korang pernah ke kene panggil “Mat Rempit”??

 

Pada aku ler, biasanye orang yang suke sgt  menggelarkan insan yg menunggang motorsikal ni jenis TAK PERNAH menunggang motorsikal. Atau memandang memandang rendah kpd  penunggang motorsikal? walaupun diucapkan dgn cara gurauan..

 

Adakah seseorang pakcik/makcik/adik/kakak yang ulang-alik ke office atau pun kampus dgn menunggang motorsikal turut terkena tempias sebagai “Mat atau Minah Rempit”? Adakah mereka yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi juga turut mendapat gelaran “Mat Rempit”??

Kesian kat diorg..tak pasal2 kene panggil mat rempit kan..?? mcm tu ‘bai’ jual roti pun mat rempit lah? kahkahkah…

Aku try describe skit “Mat Rempit” tu mcm mana..mana ler tau kot2 lepas ni boleh campak jauh2 mentaliti suke2 hati gelar orang bermotorsikal tu adalah Mat Rempit. Istilah “Mat Rempit” juga telah diterjemahkan di wikipedia..korang blh ushar http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Rempit

Antaranya al-kisah “Mat Rempit” ni pd pandangan aku:

  • Gaya “SUPERMAN” - gaya bawak motor yang ni mmg senang nak kenal pasti dan aku rasa korang pun ade pengalaman melihat dgn mata korang sendiri mcm mana gayanya.

main ***gambar contoh***

  • Tak pakai complete riding gear – dgn tak pakai padding jaket..dgn hanya pakai selipar..helmet Apollo yang tak berikat dan lain2 lah..tu pun berani berlumba. Isshhh..! kalo berlaku kejadian yang tak diingini..memang free2 jer rabak sana sini. Ape yang aku rasa mungkin kurangnya kesedaran tentang “Keselamatan semasa menunggang..”
  • Race haram – bile tiba mlm minggu..memang waktu kemuncak ler ‘test power’ motor masing2..atau pun pantang nmpak motor lain potong..haaa!! kejor balik..hahaha
  •                       pix_gal0          

           ***gambar contoh***

  • ‘Willie’ sini..’wheelkang’ sana – buat aksi2 stunt tanpe insurance ditempat2 awam yang tak sepatutnya..mcm ler jalan tu diorg yang punyer.

     s3kas8 matrempit rempit3

***gambar contoh***

  • Cilok ikut suke hati – kengkadang bile diperhatikan..diorg menunggang dgn cara yg merbahaya sebagai satu kepuasan. Membahayakan diri sendiri tu satu hal..ni melibatkan pengguna jalanraya yang lain..

Tu hanya sebahagian jer lah..yang2 lain2 mgkin korang blh pikir sendiri.

Berbanding dgn mereka yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi (yang cc lain2 pun ade..). Bukan nak puji..tetapi ini adalah kenyataan. Blh dikatakan semuanya mengenakan riding gear secukupnya..sebab mereka tahu walaupun menunggang dgn ‘full riding gear’..ianya hanye beberapa % sahaja untuk menyelamatkan nyawa. Selebihnya terserah kepada takdir. Kematangan cara menunggang..kematangan cara berfikir semasa menunggang menjadi salah satu faktor kemalangan dapat dielakkan. “Safety With Style”….stylo brader!!

 

Klx400sr03a Adventure-Rally-Suit-pose

***gambar contoh***

 

Bagi mereka yang memandu kenderaan beroda 4 pulak..sama2 ler bertolak ansur skit..bagi ler sedikit ruang dan yg penting skali bagi ler ‘signal’ ketika memotong atau masuk simpang..tak kene bayar pun bagi signal tu. Respect sesama pengguna jalanraya yang lain itulah yang TERBAIK!!

 

Thanks kerana sudi membaca..kalo korang ade pandangan lain, jgn malu2 komen..

 

Adios,

-Han-

TayarGolek.Com

5 comments:

Anonymous said...

Abg Reezone pon x setuju orang lain pandang serong pada rider2 yang ada kat jalanraya di Mesia nie. Jangan tuduh semua yang beroda dua tu rempit. Cuba jadi penunggang dan pemandu yang berhemah. Patuhi undang-undang, kalau lampu merah tu...Berhenti , bukan redah je tanpa memperdulikan orang lain. Kita kena tukar 'mind set' masyarakat yang memandang rendah rider2 ni.
Bagi abg , kita yang pakai riding gear yang lengkap dan sesuai bukan kategori mat Rempit, kita ada dalam kelas yang tersendiri iaitu 'Rempiteers' istilah baru bagi Rider yang Profesional dan bergaya, di samping mementingkan aspek2 keselamatan semasa memandu atau ride. Ni istilah ni dalam wikipedia lum ada lagi.....Rempiteers was coined by Reezone as a professional riders which always obedient to road regulations, wearing complete riding gear and ride safely. Its not how fast you ride , but How you ride fast.....REEZONE

Anonymous said...

wow cayalah...pandangan yg bernas...Rempiteers...new word..

Mohamad Razif said...

Mat Rempit...He..he..he. Istilah ni terbit selepas zaman geng aku merempit. Actually, masa zaman aku tak wujud lagi istilah ni, cuma gejala ni dah wujud sebelum aku dapat lesen lagi. Bagi aku, Mat Rempit ni sesuai digelarkan pada mat dan minah motor yang bawak motor macam kene kejar malaikat maut. Tak kira la, skuter ke atau superbike....sama je. Kita cuma boleh bezakan mat rempit dengan rider sejati pada satu benda je; condition motor diaorang.
Kalau motor standard GABAN..tu rider sejati, kalau motor macam setan...tu mat rempit. Kalau motor pinjam..tu bukan mat rempit...tapi mat sempit (kesempitan wang). Mat rempit pun ada gak dalam golongan superbike...kita boleh tengok motor yang dah mod macam nak masuk moto GP pas tu banyak kesan jatuh..calar balar...sah la tu. Rider sejati pulak...moto CRASH free, macam keluar kedai. Kalau atas jalan berbudi bahasa..ikut hadlaju (kadang2 tak ikut pun)...kalau bergerak...smooth and steady. Isyarat tangan complete. Tapi tak disangkal juga...walaupun dah tinggal merempit..tapi jiwa merempit tu ada lagi.

TayarGolek.Com said...

Abg One - Thanks bang..satu pandangan yg baik..lepas ni geng2 SBK dpt gelaran baru ler as " Rempiteers"

TayarGolek.Com said...

Razif - pada aku kalo SBK dh mod giler2 tu utk persediaan ke SIC..hehhehe. Tp takde ler bawa motor tu mcm yg aku mentioned kat atas. Kalo kesan jatuh pun cepat2 diorg kasi cun balik. Pada aku.."Mat rempit" is more to attitude la kot..
p/s : betul lah..kalo dh minat motor sampai biler2 pun jiwa tu tetap ada..

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com