Yooosshhh…!!
“…SuperMoto..??” ape benda tu??
Ape yang aku tau “SuperMoto” ni merupakan gabungan motorsikal antara ‘motorcross’ dgn ‘road racing’ yang kebiasaannya diadakan di litar yang lebih kecil spt di Go-Kart track. ‘Character’ motorsikal ni memang sesuai utk layan short corner..
Jadi, ini ler yang aku nak share skit pasal “SuperMoto”.
Dunia permotoran di Malaysia telah diwarnai dgn satu lagi jenis permotoran berbentuk “motard” atau supermotor. Dengan sebab itu lah, satu event “Supermoto Trackday” telah berlangsung pada 9 Oct 2010 di Go-Kart Track, SIC yang lalu.
Event ni diadakan sempena MotoGP2010 di Sepang dan ia merupakan event julung2 kali diadakan..1st time ler aku tgk secara ‘live’ depan mata, selalunya layan kat Astro jer..tu pun kat negara ‘mat salleh’. Kalau mengikut jadual, event ini sepatutnya bermula seawal 7.00mlm sehingga 6.00pagi keesokan harinya..kire meleper sambil pacak kaki sampai lebam2 mata ler..!!
Event “SuperMoto Trackday” ini merupakan anjuran bersama SCRAMRIDERS, ORION Motor dan Zouk Motor yang bertujuan mengumpulkan kaki-kaki leper menggunakan motor ‘motard’. Rupernya, ramai juga pemilik motor-motor ‘motard’ rupernya. Mengikut invitation, jumlah yg bakal hadir adalah seramai 73 orang..tu yang hadir ler. Tetapi yang layan track tu plak? Kite tengok jer nanti..
Sape2 yang tak tau Go-Kart track ni kat mana..tempatnya hanye bersebelahan pintu masuk SIC masa korang ke MotoGP haritu. SIC plak kat mana? errr..google map jer ler. Track Go-Kart SIC ni jaraknya 1.247KM..panjang skit dari track USJ ELITE Speedway dgn jaraknya 1.070km.
Trackday dibahagikan kepada 2 group iaitu kategori 250cc dan 250cc keatas. Untuk kategori 250cc, motor-motor yang mengasah tayar antaranya spt Kawasaki D-Tracker 250, Kawasaki DTM150, dan Kawasaki KLX150 drp ‘offroad’ telah diubahsuai menjadi sebuah motorsikal ‘motard’ manakala kategori 250cc keatas seperti yang dijangkakan telah dimonopoli oleh motor-motor KeTam (KTM) seperti , KTM Duke 690, KTM SMR 690, KTM SMC 690 & KTM SM 990 dan Aprilia SXV (tak sure 450 ke 550..lupe nk tnye)
Memandangkan aku berada disana agak awal..so boleh ler nmpak mcm mana motor2 tu berada disana. Ada yang datang dgn menunggang motor dan ada jugak yg dibawa khas menggunakan 4x4, van dan lori. Fuhh..!! 1st experience aku layan “SuperMoto” trackday ni..diorg dah mcm nak masuk tournament ler!!
Jom..layan serba sedikit gambiran semasa SuperMoto Trackday yg dapat aku share untuk korang..
~Kerja-kerja pemasangan banner~
Masa sampai id go-kart track ni, pihak penganjur tengah sibuk memasang banner bagi nampak meriah & gempaq skit.
Nak tau lebih lanjut berkaitan dgn supermotor, sila lawati website http://www.scramriders.com
Pics “Supermoto” sebelum event bermula..
Jadik ler dpt tumpang duduk..tumpang duduk jer. Nak bawak tak confident lagi dgn condition tangan aku yg blom OK sepenuhnya..cuak beb! kang tetibe melompat kang tak pasal2..hahaha
Van ni bawak ape pulak?? tengok jer la nnti bile dah siap..
macam dengar bunyik ekzos meletup2??
Owhhh…bagi panas enjin dulu. Al-Maklum ler, janji start pukul 7.00mlm..tp dah 7.10mlm tak nampak bayang lagi pun yang lain2??
Bang…helmet mana bang??
Lepas diorang abis 203 round, aku amik kesempatan utk berkenal-kenalan + sembang2 ler ape yang patut.
Sesi ‘temuramah’ bro Epul (kiri), Bro Ayie (kanan)..dan sepatutnya ade sorang lagi, bro Amy. Tetiba hilang plak..byk ler jugak ler info yg aku dapat. Diorg pun mmg dh lama layan ‘offroad’. Ape yang aku ingat diorg ckp event2 spt “supermoto” trackday ataupun motorcross jarang dpt liputan dan tak ramai yang tau. Skg pun dah ramai budak2 muda yg mula minat dgn motor ‘motard’..
So..that’s why I’m here..!! aku bg ler sticker “TayarGolek.Com” kat diorg nih..tu pun tinggal 2 keping jer dlm pouch aku.
Bersembang pulak dgn bro Amy pasal..ade something different dgn motor “motard” ni, dan aku mmg teringin utk mencubanya nnti (try motor org ler..nak beli satu lagi rabak poket). Nak layan dua2 motor ni tak larat ler beb. Bile bro Amy dengar aku ckp mcm tu..tak citer banyak terus bagi kunci motor kat aku.. “nih kunci motor kuning tu..bro bawak ler pusing serounf dua..” . Motor mana?? Ni yang kat bawah nih.
Tapi aku tolak pelawaan tu dgn cara yang baik sbb tak ready lagi..mgkin next time la bro. Thanks for the offer!
Sedikit ‘scenery’ petang tu yg dpt aku shot..takde ler cun mana amik gambo ni..tp bolehh ler!
Alrite..kite lepaskan maghrib dulu eh..
Kite sambung lagi lepas ni…tunggu..!!
Adios,
-Han TayarGolek.Com-
5 comments:
WOW. awal gile ko datang
alamak..bersambung la plak..
Raybakh - den kono la dtg awal..program kata 7.00ptg tu. Kebetulan haritu aku mmg ade kt SIC.
Fooqaw - saje jer bagi sambung2..iklan ler haha
mintak kebenaran nak copy ayat kat bawah
“SuperMoto” ni merupakan gabungan motorsikal antara ‘motorcross’ dgn ‘road racing’ yang kebiasaannya diadakan di litar yang lebih kecil spt di Go-Kart track. ‘Character’ motorsikal ni memang sesuai utk layan short corner.. nak letak kat belog
Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..