You Are Reading

1

‘FERNORIAN’ Ride ke Krabi, Thailand

TayarGolek.Com Saturday, December 4, 2010

Yoooosshhhh…!!

Salam hari Sabtu geng..

 

Jarang2 aku update pada hari sabtu. Tapi kali ni aku kene update jugak sebab nak share one of the big event by FERNORIAN..

 

Hari ini 4 Disember 2010..tibalah hari yang dinanti2 oleh rakan2 FERNO yang mengikuti Ride ke Krabi, Thailand. Diorang akan berada di Thailand dari 4 Disember hingga 7 Disember 2010. Ini juga merupakan ride pertama FERNO melepasi border Malaysia ke Thailand.

Rasanya boleh masuk “Malaysian Book of Records” ni..!! sebab bilangan motorsikal ER6N/F (sama specis) terbesar sebanyak 62 buah motorsikal akan melepasi sempadan. Manakala jumlah peserta yang menyertai ride ini adalah seramai 83 orang kesemuanya (termasuk pillion).

 

Ride ini di’organize’ oleh Wak Parjo dan rancangan ride ke Krabi telah mula dibincangan sejak dari Ogos 2010 lagi. Aku sebagai salah seorang dari group FERNO mengucapkan TAHNIAH kepada rakan2 yang lain kerana sokongan padu pada ride kali ini..cuma aku jer tak dapat follow ride kali ini disebabkan hal2 yg tidak dapat dielakkan.

 

Diorang akan berkumpul di R&R Sg. Buloh menghala ke Utara pada pukul 8.00pagi (Sabtu). InsyaAllah..kalo takde aral melintang mgkin aku dtg sana sekejap..sekadar memberi support kpd kawan2. Tu jer ler yang termampu.. :)

 

Sebagai rakan sepermotoran dan juga penulis blog TayarGolek.Com..Aku doakan agar ride ini berjalan dgn lancar..dan dijauhkan dari segala kejadian yang tidak diingini. Semoga selamat pergi dan selamat balik..Harap2 semua jentera telah pun diperiksa/service sebaik mungkin..jauh perjalanan ni beb!!

 

Last word - “Ride safely..Have fun guys!!

 

Sumber: Info2 telah diambil dari website FERNO di http://er6.my-forums.net

 

 

Adios,

-Han-

1 comments:

adzley said...

'Salam bro...nice story...rasa berminta nk join FERNO...camner yer...'

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com