Yoooosshhh…!!
Salam geng..
Baru ade kesempatan utk publish story pasal Abg arRaubi kemalangan Selasa lepas..
Rabu lepas, aku dan beberapa rakan FERNO sempat melawat Abg ArRaubi kite yang telah mengalami kemalangan ketika balik dari kerja di Hospital KPJ Shah Alam. Dari office terus shoot ke sana lepas abis keje. Keadaannya, mula stabil setelah beliau menjalani pembedahan selama 1 jam. Akibat drp kemalangan yg dialami pada hari Selasa lepas, beliau mengalami patah tulang selangka..dan beberapa kecederaan kecil ditangan & kaki..
Kemalangan tu tak melibatkan ER6N nye..Abg ArRaubi hanya menunggang Yamaha LC135 nye time tu. Menurutnya, LC135 dikatakan teruk (tak dpt bayangkan sebab takde gambiran). Tu lah kan..benda nak jadik, ape2 pun boleh berlaku..
Aku paste cerita sebenar dari tuan punye badan..
“
Alhamdulillah.. saya dah keluar wad & baru sampai rumah..
Terima kasih tak terhingga buat fernorians yang prihatin samada datang ziarah di wad, ucapan selamat melalui benang ni, call & sms.. saya bersyukur mengenali fernorians yang berhati mulia mcm ni..
Sedikit penjelasan..
Kemalangan berlaku semasa diperjalanan pulang dari kerja di jalan kampung, menunggang LC135, langgar ayam jantan yg tiba2 meluru melintas menyebabkan tayar depan tergelincir dan saya jadi high side landing bahu kanan atas tar & tertiarap. Kecedaraan berupa patah tulang selangka(collar bone) kanan, calar calar lengan kanan, bahu, lutut, buku jari tangan dan rusuk kanan(sebab tak pakai protective riding jacket & hand glove). LC cuma senget handle kekanan & tiada komponene yang pecah.
Pengajaran yang boleh diambil iktibar, ride dengan protective riding gear & fokus (ptg tu ingat kawan nak dtg ke rumah).
Buat masa ni saya masih perlukan pil penahan sakit sebab semalam cuba tak makan, terasa anggota yg cedera dalaman dan dada sakit akibat terhempas, yg masih belum pulih ttp calar2 semua dah kering.
Buat semua fernorians ridelah dengan memakai pakaian keselamatan, cermat & fokus.”
Beberapa keping gambiran semasa melawat beliau..(pakai henpon jer nih)
Setibanya di sepital..beberapa rakan FERNO dah pun berada di sana sekitar jam 8.30mlm..
ArRaubi ketika menceritakan kemalangan berlaku .." Ayam melintas tak bagi signal..pakai masuk jer!! tu pasal ler tetiba hilang kawalan..lalu saya pun tergolek..”
Aiiii..Grim! Enter preme lebey nampakkk..! lol
Time tu juga ade 3 orang rakan ArRaubi dari Kapar (rakan kerja) dtg melawat..
Aku(Han) bersama ArRaubi..sempat aku melawak dgn abg ArRaubi “..dahulunya saya juga pernah disini..dan abg ArRaubi dtg melawat..skg bertukar pulak..hehe”
Sebenarnya..semakin lama semakin ramai yang datang melawat..kebanyakkannya dari rakan2 motor dari Kapar dan juga rakan2 kerja ArRaubi. Jadi utk bagi peluang mereka yang lain..aku pun mintak diri dulu ler. (Maaf yer tak amik gambiran..hehehe)
Kata-kata terakhir aku buat Abg ArRaubi sebelum balik .. “Semoga cepat sembuh bang..dan semoga cepat kembali beraksi. Banyakkan bersabar dgn dugaan ini..saya pinjam kata2 abg dulu agar tabah dan jangan serik menunggang motorsikal lagi..” hehe..
Adios,
-Han-
2 comments:
great friends in ferno...
Langgor je ayam tu, kalau sempat sembelih boleh buat lauk.
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..