You Are Reading

17

INTRO: 4 Nations Ride Tour

TayarGolek.Com Saturday, December 17, 2011
Yooossshhhh…!!
Salam Sejahtera semua..

Pertama sekali, Syukur Alhamdulillah..Kembara menjelajah ke 4 Negara (4 Nations Ride Tour) dari MALAYSIA ke THAILAND – MYANMAR – LAOS berjaya dengan selamat tanpa sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.

Ride kali ini..hanya aku berdua jer iaitu aku (Han) dan Griffin. Kitorg selamat menjejakan tayarmotor masing2 melepasi border Thailand-Malaysia kira-kira pukul 11.00 pagi 16 Dec 2011 jam. Tiba di Setia Alam kira-kira pukul 6.30ptg di MK Fathimah dimana beberapa rakan (Snooke, Faiz & Akid) telah menunggu kitorg disana. Apit sangkut dgn dgn traffic jam kat KL..so tak dapat datang.

Rugi la ko Pit..Snooke banjer makan tuuuuuuu celebrate kejayaan Ride 4 Nations aku & Griffin..hehe

DSCN8439
Kehadiran kawan2 di MK Fathimah time ni segala penat letih..tiba-tiba hilang. Dengan ucapan TAHNIAH dari rakan2 semua..membuatkan 4 NATIONS RIDE TOUR aku & Griffin amat2 berbaloi dan bermakna….

Alhamdulillah..impian melepasi ke Thailand-Myanmar-Loas sudah tercapai..dan Terima Kasih banyak2 kepada semua pembaca blog TayarGolek.Com yang sudi menunggu update pasal ride ini dari semasa ke semasa.

Jika diatas kertas, perjalanan sejauh 5,895KM bakal dilalui. Tapi hakikatnya, mengikut kiraan aku jumlah KM yang telah dilalui dalah 5,884KM. Pelbagai pengalaman dirasai..extreme..adventure..dari keadaan jalan yang baik..jalan yang berlubang sana sini..berbukit-bukit, bergunung-ganang, jalan offroad..berliku-liku (bercorner)..meredah sungai..keluar masuk border dalam masa sehari…menikmati pemandangan yang cantik dan yang paling menarik apabila terpaksa mengubah kedudukan menunggang dari sebelah kiri ke sebelah kanan jalan apabila di Laos dan Myanmar..! Sesuatu pengalaman yang tak mampu di ungkap..taktau mcm mana nak cakap.

Rancangan 4 Nations Ride:
Berbalik kepada permulaan sebelum 4 Nations Ride ni..mungkin ler ade segelintir kawan2 yang bertanya “ pergi ride tak roger2 pun..!”..atau “ ada plan ride pergi senyap-senyap jer ..tak hello hello!” ..dann mungkin banyak lagi lah eh..
Jadi ape yang aku nak bgtau adalah cerita sebenar rancangan ride ni. Korang ingat lagi tak pasal entry di TayarGolek.Com sebelum ni tentang impian aku nak menjelajah negara2 Indo-China? Kalo ingat Ok..yang tak ingat tu blh refer link ini : http://www.tayargolek.com/2011/11/rides-no-rides-rides.html
Ok..ceritanya bermula dari situ. Selang  sehari Bro Griffin sms pasal Ride 4 Nations ini. “..bro, u nak join tak 4 nations ride? i plan nak pergi  somewhere on Dec ni. Kalau u nak join..OK. kalo tak I pergi sorang jer. I invite u only ..”.
Dalam hati aku..”ini bukan lagi invite ni..ini dah kes MERACUN + TUBA..”  hahaha.
Aku reply “..4 nations ride? fuhh! I memang teringin nak pergi bro..lama dah tanam impian. Ok..i bincang dgn wife i dulu k..
So sedikit perbincangan antara aku dan my wife. Beberapa syarat dikenakan..hehehe. No worries – all the syarat tu DONE! :)
Alhamdulillah..my wife is very supportive & understanding. VISA Approved!!! Nampak gayanye..kene ikat perut kaw2 ler sebelum ride ni!!
Maka itulah asal usulnya Ride Malaysia-Thailand-Myanmar-Laos bermula. Memandangkan Grifin adalah TUAN TANAH ride ni..so aku takde ler invite sape2. So clear eh??


Sebelum aku bercerita lebih lanjut pasal ride ini..aku nak share skit beberapa preparation yang aku buat sebelum tiba tarikh 5 DEC 2011.
Antaranya:
Perbincangan/meeting dengan Griffin:
Beberapa pertemuan diadakan dengan Griffin untuk membincangkan dgn lebih lanjut pasal Ride ini.  Ape yang paling penting dalm tempoh 2 minggu lebih ni adalah ‘CUTI’. Sepantas kilat aku apply cuti..! Alhamdulillah..bila cuti approve jer..baru ler proceed ke perbincangan seterusnya seperti:
- Briefing pasal ride
- Tarikh ride : semuanya bergantung approvall cuti aku..hehehe
- Route yang bakal dilalui
- Jumlah hari keseluruahan ride : setelah check route, total ride adalaha 12 Hari. 
- Dokumen2 penting yang perlu dibawa untuk kegunaan Imegresen & Kastam.
- Hotel reservation  - ini Griffin uruskan sebab dia Tuan Tanah..huhuhu syiok!!
- Set GPS coordinate
- Share info di mana2 forum/blog pasal ride ke Myanmar & Laos..dan lain2 lah. 

Persediaan Motorsikal:
Bukan mudah nak membuat persiapan dalam masa yang singkat beb! Byk perkara penting untuk persiapan perjalanan jauh sehingga hampir 6000KM..Tapi..ini lah cabarannya! Berikut persiapan yang aku buat:
1) Valve Clearance – yang ni aku buat bulan 7 (Julai) lepas.  - DONE!
2) Tukar tayar – kebetulan la pulakkk aku baru jer tukar tayar set depan-belakang. – DONE!
3) Service Coolant – yang ni aku buat beberapa hari sebelum ride. – DONE!
IMG_6784 IMG_6770


4) Service EO + OF – buat pada hari yang sama service Coolant. – DONE!
IMG_6775 IMG_6772

5) Check Bateri – Bateri OK! -  DONE!
IMG_6777

6) Scottoiler Oil – terpaksa beli baru sebab baru je abis selepas 6 bulan pakai.
IMG_6789
OK..setel bab motor rasanya.

4 NATIONS RIDE Sticker:
Perbincangan demi perbincangan..dari dari situ timbul idea aku untuk buat satu stiker pasal ride ini.
So, roger member dari MBC utk mintak quotation + order sticker. Sticker siap dlam masa 5 hari. Thanks bro Recorn!
IMG_6788

Checklist:
Checklist ni memang merupakan satu KEMESTIAN pada aku utk mana2 ride yang lebih dari sehari. Penting beb! at least kita tau apa perlu dan tak perlu bawa..nanti takde ler bende2 yang tertinggal.

IMG_6793
IMG_6787  Ini pula..persiapan terakhir sehari  sebelum berlepas.

Route dan destinasi:
Alrite..selesai cerita pasal preparation. Skg aku nak citer skit pasal Route yang kitorg guna. Route yang aku tunjuk ni adalah preparation dari Griffin. Time ni ni ler baru aku teringat betapa syiok guna ayat Bro Nuar “ aku tak de hal..aku follow jer!!” hahaha
image
Inilah route asal yang kitorg bincangkan..

image
Route MALAYSIA-THAILAND-MYANMAR-LAOS

Macam tu lah serba sedikit cerita/persediaan sebelum bermulanya 4 NATIONS RIDE (MALAYSIA-THAILAND-MYANMAR-LAOS). Ini baru intro beb..! belum lagi stori ridenye lagi..dah panjang lebar..hehe. Tak tau nak citer mcm mana nanti.

Ape2 pun..rajin2..selalu2 bukak TayarGolek.Com untuk update seterusnya nanti..

Key Word: 
Ride To Thailand, Kembara ke Thailand
Ride To Myanmar, Kembara ke Laos
Ride To Laos, Kembara ke Laos
4 Nation ride Tour From Malaysia to Thailand-Myanmar-Laos

Sekian,
Han

17 comments:

Anonymous said...

Han, nxt time ko jd tuan tanah, aku lak join. "aku xde hal, follow jer..!!" :)

Donn.

un-dark87 said...

waaaa....congrate!!! bro Han....

andak.

TayarGolek.Com said...

Donn - muahhaha..peh ni pemes la ayat tuu broo

TayarGolek.Com said...

un-dark87 - Thanks VM bro..

Anonymous said...

salam..mabruuuuuuuuuuuuuk bro han..alhamdulillah slmt tiba..ole2 ada?hahahahaji din klia;-)

Anonymous said...

Tahniah Bro. Han. Saya selalu jgk melayari tayargolek.com ni. Tp apakan daya tak berani berkata2...sbb motor tak der lagi. Insyaallah bln August 2012.
SlanGundam.

TayarGolek.Com said...

Haji Din - Thanks Aji.. :D moto sihat dah ke?

TayarGolek.Com said...

SlanGundam - Thanks bro. ala bro..takde moto ke..ade moto ke takde hal bro..komen je :D.

Aku Budak Nerek said...

Salam Han,

Congrat dan Alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Ride terbaik untuk rider terbaik, pengalaman yang tiada harga untuk dijual beli!

aboyNajun said...

perghh tabik.. mmg tegar....

Anonymous said...

alhamdulillah dah sihat bro han..ni bru nak tateh balik..hehehe..
hj din.

Alchemist said...

Yoozzzzzzzzzzzzzzzz,

Alhamdulillah bro slamat pegi slamat gk sampai...ader ole2 ker utk kawe..xdela gurau jer..ape2 pon congratla sbb dh golek kat 4 negara tu..bangga beb walau xdpt join..but bangga sbb ader org kiter(bekas rempit) dh jejak sane..so lastly kawe harap tayargolek ni leh jadi satu medium utk remaja2/sape2 diluar tu utk manfaatkn mase lapang diorg dari wat yg x elok..mnr tau dpt sokong kerajaan kan..tggi gk angan kawe yer..tp ape2 pon kawe giv full support pd bro/blog/tayargolek...chowsin !

TayarGolek.Com said...

Aku Budak Nerek - Alhamdulillah..Thanks bro. Setuju bro..pengalaman yg x dapat dijual beli.

TayarGolek.Com said...

aboyNajun - biase2 je bro..yang sampai london / mekah tu lagi tegar..hahaha

TayarGolek.Com said...

Alchemist - Thanks bro.harap2 angan2 demo jadik kenyataan kat kawe..hehehe. Ole2 takdok la gu..space box limited..hehehe. Nnti kawe banjer teh tarik la kat Arena.. :D

nizam said...

tahniah bro.tabek spring kat bro hans.nanti ada motor aku mau join tayargolek/hans.bleh ride jauh2 bersama.gambiran cantik,semuanya cantik..menambahkan ghairah untuk beli moto versys ni.tahniah bro hans...from nizam

TayarGolek.Com said...

nizam - Thanks bro :)

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com