Kapar Motors

Archives

56

ER6N/ER6F/VERSYS maintenance

TayarGolek.Com Wednesday, October 26, 2011 , , ,

Yooossshhhhhhhh…!!

 

Aku harap entry kali ni boleh dijadikan reference atau  kira-kira sebelum decide untuk memiliki motor berkuasa tinggi. Disebabkan email han@tayargolek.com ni kerap menerima soalan yang sama tentang kos penyelenggaraan ER6 mahupun Versys, adalah lebih baik kalo aku buat satu enty khas tentang maintenance ER6 & VERSYS.

 

Segala info harga yang aku tulis adala anggaran kasar atau mengikut pengalaman aku. Sebaik-baiknya, boleh survey atau ushar sendiri mana2 kedai motor.

 

 

Minor Service:

1. Engine Oil

- Bergantung pada brand. Katakan, Semi-syn:  RM40 x 2 = RM80
   - Service dilakukan setiap 3500Km (semi-syn) dan 5000-6000KM (Fully syn).
   - 10w40 atau 15w50? Tips dari otai2..jika selalu long-distance, gunakan 15w50.

2. Oil Filter - ikut kedai. Harga antara  RM45 - RM60   

So, maintenance untuk setiap kali service dari RM120-RM150.
* sesetengah kedai mengenakan 'Labour charge'

 

Anggaran lain-lain parts 'Wear and tear':

1. Tayar (depan + Belakang) = RM900 - > RM1000 (bergantung jenis tayar & brand)
2. Set sprocket + chain = RM450 – RM650. DID x-ring lebih mahal berbanding o-ring.
3. Spark plug = RM60 sebiji x 2 (iridium) / RM120 sebiji x 2 (Ori kawa)
4. Air Filter = RM150

 

Major service ( Valve Clearance):

Jika mengikut manual, Valve clearance pertama perlu dilakukan setelah mencecah 24,000KM . Jadi kos untuk Major service ni kira-kira RM450-RM700 (bergantung harga kedai).

 

Tips lain menunggang untuk mereka yang baru:


1. Baca Bismillah sebelum memulakan perjalanan.


2. Mulakan dgn perlahan2 - pelan2 kayuh sambil tersengeh2..


3. Rajin2 ler bawak motor tu agar menjadik kebiasaan (familiar) terhadap gaya tunggangan. Ibarat kite berlatih setiap hari.


4. Belajar control motor sikit demi sikit (kelajuan, gear shifting, berat motor, masuk parking, keluar parking, U-Turn dan yg paling penting sewaktu corner)


5. Know your limits - perlu diingat skill tunggangan setiap org adalh berbeza. Apa yg penting kita tau sejauh mana limit kita. Jgn ikut2 org lain - yg penting selamat.


6. Riding gear yg complete.


7. Gunakan 'high-beam' disiang hari agar pemandu kereta 'alert' dgn kehadiran kite.


8. Kelajuan bergantung pada keselesaan dan keberanian diri masing2.

Nota: Kalau duit tu memey dah terlebih2..tak tau nak buat ape, baru ler tepuk dada tgk poket untuk aksesori yang lain.

 

Sekian.

 

Adios,

Han

278

Kawasaki ER6N ER6F 2012

TayarGolek.Com Monday, October 24, 2011 ,
Yooossssh…!!

Aku dalam dilema!!
Pening memikir nak amik motor ape? ER6N/ER6F 2012 ke..atau Versys 2010 ke..atau Versys 1000?Pada entry kali ni..kite citer pasal ER6N & ER6F 2012. (Ducati 795 takde ke? :P)

Sekali lagi KAWASAKI bakal mengeluarkan model terbaru ER6N dan ER6F untuk generasi yang ke-3. Kalo dulu pemilik Generasi Pertama (model 2008) cukup bangga memilikinya. Namun, agak jiwa kacau skit bila ER6N Generasi ke-2 berada dipasaran (model 2009 hingga kini). Dengan beberapa perubahan kecil pada model baru..tapi nampak perbezaan yang agak ketara.

Namun, ianya TIDAK kekal lama..kira-kira 3 tahun (2009, 2010 dan 2011), pemilik ER6N sekarang mula goyah (ayat jiwa kacau sebab model 2012 lebih cun) sebab model 2012 bakal berada dipasaran. Enjin tetap sama kan? Yer..! Enjin tetap sama..tapi jika dilihat dgn mata kasar ni pun..perbezaan pada ‘facelift’ yang sememangnya amat ketara dgn model2 sebelum nih. Aku akui..model 2012 ni memang MENGANCAM!. ER6F 2012 pulak..kelihatan seakan-akan Z1000SX. Ade info yang aku baca, ER6F 2012 ni mempunyai ‘adjustable windshield’? Nanti aku cuba dapatkan info sebenar..
Jika diberi pilihan antara ER6N atau ER6F?..aku akan memilih ER6N. Sebabnya? Nampak lebih ‘street fighter’..segak weeii!! hahaha

Apa yang aku tulis adalah dari pandangan mata kasar jer eh..
Antara perubahan ER6N model 2012:
1) Head Lamp – lebih lebar dan lebih garang dari sebelum ini.
2) Inner Fork cover - ‘fork’ mempunyai cover, mampu mengelak dari terkene serpihan baru, calar..dll.
3) New Chasis – chasis yang baru..berbeza dgn model sebelum ini.
4) Panel Meter – sedikit perubahan pada panel meter dan tempat kunci.
5) Swing arm
6) Tail light
7) Seat
8) exhaust
9) Front Mudguard & bally pan
10) Tank


UPDATE: ER6N 2012 - REAL!!!!!




ER6N 2012:


2012-Kawasaki-ER6nb-small 2012-Kawasaki-ER6nc-small 2012-Kawasaki-ER6nd-small 2012-Kawasaki-ER6ne-small

Kawasaki ER-6n 2012 Specifications
Engine Kawasaki ER-6n 2012
    * Type: parallel twin, 8 valves, dohc, liquid cooled
    * Capacity: 649cc
    * Bore x stroke: 83 x 60mm
    * Compression ratio: 11.3:1
    * Fuelling: Keihin electronic fuel injection, 38mm throttle bodies
Transmission Kawasaki ER-6n 2012
    * Gears: 6
    * Clutch: wet multiplate
    * Final drive: chain
Chassis Kawasaki ER-6n 2012
    * Type: Steel tube, diamond-type
    * Front suspension: 41mm inverted telescopic forks, not adjustable
    * Rear suspension: Offset cantilever monoshock, adjustable preload. Steel swingarm
    * Front tyre: 120/70 x 17
    * Rear tyre: 160/60 x 17
    * Front brake: 2 x 2-piston floating callipers, 300mm petal discs
    * Rear brake: single-piston floating calliper, 220mm petal disc
Dimensions Kawasaki ER-6n 2012
    * Weight: 441lb (200kg) kerb (+ 9lb/4kg, for ABS version)
    * Wheelbase: 55.3in (1405mm)
    * Rake: 24.5°
    * Trail: 4.0in (108mm)
    * Fuel tank: 3.4 gallons (4.1 US gallons, 15.5 litres)
    * Seat height: 30.9in (785mm)
Performance Kawasaki ER-6n 2012
    * Power: 71bhp (72PS, 53kW) @ 8,500rpm
    * Torque: 48.7lb.ft (6.7kg.m, 66Nm) @ 7,000rpm
    * Fuel economy: 50mpg (17.7km/l, 5.65l/100km, 41.6mpg US) est
    * Top speed: 115mph (185kph) est



ER6F 2012:
Antara perubahan ER6F model 2012:

1) New Chasis – chasis yang baru..berbeza dgn model sebelum ini.
2) Panel Meter – sedikit perubahan pada panel meter dan tempat kunci.
3) Swing arm
4) Tail light
5) Seat 
6) Exhaust
7) Windshield – adjustable
8) Tank
9) Side fairing Cover set


Kawasaki_er6f_b2012_01Kawasaki_er6f_2012_01Kawasaki_er6f_2012_10Kawasaki_er6f_2012_19Kawasaki_er6f_2012_25

Kawasaki ER-6f 2012 Specifications
Engine Kawasaki ER-6f 2012
    * Type: parallel twin, 8 valves, dohc, liquid cooled
    * Capacity: 649cc
    * Bore x stroke: 83 x 60mm
    * Compression ratio: 11.3:1
    * Fuelling: Keihin electronic fuel injection, 38mm throttle bodies
Transmission Kawasaki ER-6f 2012
    * Gears: 6
    * Clutch: wet multiplate
    * Final drive: chain
Chassis Kawasaki ER-6f 2012
    * Type: Steel tube, diamond-type
    * Front suspension: 41mm inverted telescopic forks, not adjustable
    * Rear suspension: Offset cantilever monoshock, adjustable preload. Steel swingarm
    * Front tyre: 120/70 x 17
    * Rear tyre: 160/60 x 17
    * Front brake: 2 x 2-piston floating callipers, 300mm petal discs
    * Rear brake: single-piston floating calliper, 220mm petal disc
Dimensions Kawasaki ER-6f 2012
    * Weight: 440lb (204kg) kerb (+ 9lb/4kg, for ABS version)
    * Wheelbase: 55.5in (1410mm)
    * Rake: 25°
    * Trail: 4.2in (106mm)
    * Fuel tank: 3.4 gallons (4.1 US gallons, 15.5 litres)
    * Seat height: 31.1in (790mm)
Performance Kawasaki ER-6f 2012
    * Power: 71bhp (72PS, 53kW) @ 8,500rpm
    * Torque: 48.7lb.ft (6.7kg.m, 66Nm) @ 7,000rpm
    * Fuel economy: 53mpg (18.8km/l, 5.33l/100km, 44mpg US) est
    * Top speed: 125mph (200kph) est


Alrite..serba sedikit ER6N dan ER6F generasi ke-3 (model 2012) versi TayarGolek.Com. Korang yang masih dok pikir nak amik motor ape..masih ade masa lagi untuk terus berfikir. Ingat..! beli motor bukan macam beli baju..boleh tukar anytime. Pilihlah berdasarkan kegunaan dan mengikut bajet..

Adios,
Han.
11

Kawasaki Versys 1000?

TayarGolek.Com Tuesday, October 18, 2011
Yooossshhh…!

Salam Sejahtera..

Kite gosip-gosip skit jom pasal VERYS 2012 ni. Sekarang ni bila bukak mana2 forum..ade je tajuk ‘VERSYS 1000’ atau ‘VERSYS 2012’. Memey tengah hangat lah..lebih2 lagi bile kaki-kaki motor bercerita atau bergosip2 pasal model terbaru VERSYS 2012 yang masih lagi manjadi rahsia KAWASAKI.
Khabarnya, VERSYS 2012 nanti mempunyai kapasiti enjin 1000cc..betul ke? Kalau pasal 1000cc tu rasanya memag berkemungkinannya 1000cc. Lagipun aku dapat info dari dealer Kawa kapasiti 1000cc tu pasti..tapi yang lain2 masih lagi dirahsiakan..hehehe
Tapi mcm mana pulak dgn jenis enjinnya pulak? Adakah masih mengekalkan dgn enjin 2-cylinder?..atau KAWASAKI cuba membuat perubahan besar pada VERSYS dgn enjin 4-inline?

Menurut sumber2 lain seperti di moto-net.com, VERSYS 1000 ni bakal menggunakan enjin 4-inline yang asalnya dari Z1000. Fuhh! hebat..! semakin laju la motor Versys di highway nanti..mungkin ada yang suka..dan tak kurangnya jugak yang lebih prefer enjin 2-inline.
Ke korang ade info terkini?? share-share ler.. :D

Info: Gambiran VERSYS 1000..tak pasti kebenaranya..
http://www.moto-net.com/breve.php?RefBreve=4225


VIDEO : VERSYS 1000
kawasaki-versys-1000-front1
 versys-1000-05
 versys-1000-06
 versys-1000-06b
Kalau kita tengok mana2 motor yang dikategorikan sebagai Dual Purpose kebanyakkannya menggunakan enjin 2-inline atau 2 sylinder..sebab character DP ni memerlukan ‘torque’ yang kuat untuk kegunaan struktur jalan yang agak ‘off-road’.

Semuanya masih lagi menjadi teka-teki. Ape-ape pun Kawasaki belum lagi mengesahkan atau menafikan tentang VERSYS 2012 ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat jer nanti..
Sekian..gosip kali ini ;)

Adios,
Han
1

BIKEPALOOZA NAZA WORLD

TayarGolek.Com Friday, October 14, 2011
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera..

Dapat invitation dari NAza. So aku share skit pasal event dari Naza World iaitu BIKEPALOOZA.



Antara program2 yang dijalankan..

FRIDAY, 14 OCT 2011
10:00am
Event Commence
11:00am -11:30am Stunt Competition (Open) - Preliminary Round
11:30am -11:45am Stunt Show by Wazi Boyz, Malaysia
11:45am -12:00md Profesional Stunt Show by Tony Carbajal, USA
3:00pm Sneak Preview of New Ducati model
3:15pm - 4:00pm Two Brother Race Model Competition - Round 1
4:00pm - 4:30pm Stunt Competition (Open) - Premilinary Round
4:40pm - 4:45pm Stunt Show by Wazi Boyz, Malaysia
4:45pm - 5:00pm Profesional Stunt Show by Tony Carbajal, USA
8:00pm Event Finish

SATURDAY, 15 OCT 2011
10:00am
Event Commence
11:00am - 11:30am Stunt Competition (Open) - Preliminary Round
11:30am -11:45am Stunt Show by Wazi Boyz, Malaysia
11:45am - 12:00md Profesional Stunt Show by Tony Carbajal, USA
12:30pm - 1:15pm Launch of Indian Motorcycles
1:15pm - 2:00pm Two Brother Race Model Competition- Round 2
2:00pm - 6:00pm Bikers Biggest Gathering
2:30pm - 2:45pm Stunt Show by Wazi Boyz, Malaysia
3:00pm - 3:15pm Launch of Two Brothers Present Bikepalooza
3:15pm - 3:45pm Launch of Two Brother Racing
3:45pm - 4:00pm Two Brother Race Model Competition- Round 3
4:00pm - 4:10pm Dance Fashion Show - DUCATI
4:10pm - 4:30pm Vespa Games
4:10pm - 4:25pm Profesional Stunt Show by Tony Carbajal, USA
4:00pm - 4:10pm Dance Fashion Show - VESPA
4:10pm - 5:00pm 'Motor Cantik' Competition
a. Kapchai (Open)
- Airbrush / Paint
- Sticker
b. Scooter (Open)
- Airbrush / Paint
- Sticker
c. Vespa
- Best Make-up
- Best Xtreme
d. Best Cruizer (Open)
e. Best Chopper (Open)
f. Best American Custom (Open)
g. Best Harley-Davidson
4:30pm - 5:00pm Harley-Davidson Games
5:00pm - 5:10pm Dance Fashion Show - Harley-Davidson
5:00pm - 6:00pm Sukaneka
6:00pm Lucky Draw of NAZA Blitz
8:30pm - 8:40pm Two Brother Race Model Competition- Round 4
9:00pm - 9:10pm Two Brother Race Model Competition- Round 5
9:30pm - 9:40pm Two Brother Race Model Competition- Round 6
10:00pm Event Finish

SUNDAY, 16 OCT 2011
10:00am
Event Commence
11:00am-11:30am Stunt Competition (Open) - Preliminary Round
11:30am-11:45am Stunt Show by Wazi Boyz, Malaysia
11:45am - 12:00md Profesional Stunt Show by Tony Carbajal, USA
12:00md -12:15pm Two Brother Race Model Competition- Round 7
2:30pm - 2:45pm Profesional Stunt Show by Tony Carbajal, USA
3:00pm - 4:00pm Loudest Exhaust Bike Competition
a. Superbike (Open)
b. Cruiser (Open)
c. Kapchai (Open)
4:00pm - 7:00pm Mega 50 cents TTS (Teh Tarik Session)
5:15pm - 5:30pm Stunt Show by Wazi Boyz, Malaysia
5:30pm - 5:45pm Stunt Competition (Open) - Final Round
5:45pm - 6:00pm Profesional Stunt Show by Tony Carbajal, USA
6:00pm Lucky Draw of NAZA Blitz
8:00pm Event Finish

Sape2 yang free tu..boleh ler datang utk sama2 memeriahkan event ini.
Adios,
Han
1

TTS Terkujat @ D’One Steak

TayarGolek.Com Sunday, October 9, 2011 ,

Yoooosssshhhhhh…!!

Salam Sejahtera beb..!

 

Errr..terkujat? Terkejut??

 

Aku pun tak tau nak bubuh tajuk ape entry kali ni. Ni semua kes bro Aziz RB la ni dok main terkejut-terkejut bg SMS ajak ngeteh kat kedai Chap Ayam di D’One Steak, Seksyen 7 Shah Alam. Dapat sms pun dah petang..so pikir punyer pikir, ok la..join sebab time tu aku off. Lagi pun tak jauh dari umah..hehe

 

Last-last aku bubuh ler tajuk TTS ni “TTS TERKUJAT”.

..dan yang paling terkujat nye lagi bila si Tuan Tanah ni (Aziz RB) kata start pukul 9.00mlm. Tapi dia plak datang pukul 10.00 malam. Deyy!! Yaperdaaaa..!! lewat 1 jam!!

Dengan selamber dia reply “..pukul 9.00mlm Time Thailand lahh!!

“chaiiit..!!” sejak bile plak guna time Thailand lak nih??? kompius abis aku.. :(

 

Lewat sejam pun tak per lah..janji Tuan Tanah sampai. Yang pentingnya aku bleh paw rokok Macbeth..haha. Ape2 pun Terima Kasih ler kat Bro Aziz RB sebab email gambiran2 kat bawah ni. Al-maklum..aku tak bawak kamera. Apa yang aku ingat diorg kata malam tu “ Kene amik gambiran ni (diorg pun guna perkataan gambiran gak dah)..sebab dah lama tak masuk TayarGolek.Com”. Demi kawan2..aku masukkan gambiran TTS TERKUJAT malam tu..

 

IMG_1094

Dari kiri: Han, Mersing, Maskov, Faizal, Aziz RB, Chap Ayam & anak Chap Ayam..

 s

Main gitar..tapi tak dengar munyik pun..muhahaha.  

 

IMG_1087

Gambiran tadi takde muka Apit..dia kata “tak aci..”. So amik skali lagi..muhahaha

Malam tu dalam 10 orang ler yang datang..kes invite pakai sms kata bro Aziz RB (tauke RedBox). Antara yang join malam tu  Apit, Han(aku ler), Mersing, Maskov, Faizal Saujana Putra, Aziz RB, Snooke & Son, Chap Ayam (dah tauke kedai..kene ler datang. Tak datang kaluuuu..).. dan paling laaaaast skali datang Sjn.Mus sebab 2 kali kene roger datang Balai..dah tugas kan bro? Kene utamakan dulu.

 

Maskov & Faizal ni pun 1st time masuk TayarGolek.Com..hehehe. Citer skit pasal diorg ni..

Maskov – 1st time jumpa..selalu kenal nama jer. Baru ni dia dapat baby boy ..Tahniah bro!

Faizal Saujana Putra – Beli ER6N ni sebab teracun dgn blog TayarGolek.Com..dan dah lama follow blog TG.Com ni..katanya. Yang bestnya lagi katanya “wife aku pun layan bro blog nko nih Han..memang hari2 bukak..tak sah kalo tak bukak tayargolek” huhu…adeh! jgn ler puji lebih2 bro..malu aku niiie :P. Lepas diingat2..rupanya dia pernah call aku dulu masa baru2 lepas dapat motor ER6N tu..hahaha. Thanks Bro!

 

Gambiran Snooke & son dgn Sjn Mus mana? Tu kene tanya Aziz RB ler.. :P

 

alrite..tu jer yang buat aku terkujat nih..hehe

 

Adios,

Han

55

Tips: Proses Pertukaran Nama Geran

TayarGolek.Com Monday, October 3, 2011 ,
Yoooossshhhh..!
Salam Sejahtera,

Ada yang bertanya tentang proses Pertukaran Nama Geran macam mana? Jadi..aku rasa boleh buat satu entry dan share kepada semua. Tips atau procedure yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman sewaktu membuat pertukaran nama pemilik kereta & motor dulu. Bagi yang belum mengetahui caranya..meh aku share skit sebagai info.

Dalam kes pertukaran nama dalam geran (kes beli kenderaan 2nd atau sebagainya) perlu ada pihak PEMBELI dan pihak PENJUAL..memey ler kan?? haha
 
Sebelum kita ke step pertukaran nama, beberapa perkara penting perlu dilakukan terlebih dahulu bg pihak PENJUAL kepada PEMBELI.

Nota Penting:
*URUSAN ini dilakukan hanya bila urusan transaksi jualan sudah pun dipersetujui oleh kedua2 pihak dan telah dilakukan oleh pihak PEMBELI.

*JANGAN lakukan sebarang urusan pertukaran sekiranya bayaran belum lagi selesai. Ape2 pun ini bergantung kpd budi bicara kedua2 pihak.


PROSES MEMBUAT PERTUKARAN NAMA GERAN/PINDAH HAKMILIK:
Untuk memudahkan urusan pertukaran pindah milik nama geran, langkah-langkah berikut adalah tips bagi pihak PEMBELI dan  pihak PENJUAL.

Apa yang perlu dilakukan oleh pihak PENJUAL:
1) Borang Pertukaran Nama  - boleh diambil dimana2 JPJ.

2) Lepas dapat "Borang Pertukaran Nama" tadi, isi maklumat PENJUAL - spt Tandatangan,salinan I/C PENJUAL dan tampal dibahagian PENJUAL.
3) Lengkap borang tadi, dapatkan cop sebagai pengesahan dari PEGAWAI JPJ atau PesuruhJaya Sumpah. Biasanya, Pegawai JPJ ni dia akan mintak IC dan geran asal. So kene bawa sekali.

4) Info TAMBAHAN dr Tuan RJ (rjanuar) - sedikit tambahan. sekarang ni penjual/pemilik dan pembeli juga kena turunkan cap jari bagi mengelak penipuan sebab byk kes tipu tandatangan. arahan telah berkuatkuasa 3-4 bulan yg lepas.

5) Geran Asal kenderaan  - Item (1) , (2) dan (3) selesai - urusan bagi pihak PENJUAL selesai dan boleh serahkan GERAN ASAL dan borang tersebut ke pihak PEMBELI.(make sure payment dh settle baru bagi..!!)



Apa yang perlu dilakukan oleh pihak PEMBELI:
1) Borang Pertukaran Nama - pastikan 'Borang Pertukaran Nama' dari pihak PENJUAL lengkap sepenuhnya.

2) Geran Asal Kenderaan - pastikan 'Geran Asal Kenderaan' disertakan sekali. Boleh jugak double check nama pemilikan.

3) Isi "Borang Pertukaran Nama" - part ni, PEMBELI kene isi bahagian PEMILIK BARU pula spt Salinan I/C dan tandatangan pemilik baru.

4) Apabila borang tadi lengkap – dapatkan Cop Pegawai JPJ / Pesuruhjaya Sumpah..sebagai pengesahan serta cap jari si PEMBELi (refer Item no.4 di pihak PENJUAL)

5) Apabila Item (1),(2) ,(3) dan (4)  selesai - maka urusan pertukaran nama boleh dilakukan.

TETAPI,

6) Sekiranya 'Road Tax' kenderaan telah tamat tempoh, si PEMBELI tadi perlu 'renew' road tax & insuran terlebih dahulu sebelum proses pertukaran nama boleh dilakukan. Kalau TAK..memey tak boleh ler!
7) Sekiranya 'Road Tax' masih belum tamat tempoh..katakan ade 3 bulan lagi sebelum road tax tamat tempoh, maka pihak PEMBELI boleh beli insurans kenderaan tadi untuk 3bulan dahulu (utk sync dgn roadtax).

7) Selesai urusan INSURANS Kenderaan tadi, terus ke kaunter untuk proses pertukaran nama pada geran tadi (yg kat kaunter tu biasanya cun-cun.. :P).

Mengikut pengalaman aku, urusan dikaunter JPJ selesai kira-kira 30 minit selepas nama korang dipanggil..then, sebelum blah check nama korang dalam geran tu. Kalau semuanya OK, korang dah boleh senyum lebar dah..sebab kenderaan tu dah SAH menjadik HAKMILIK korang..! hehe
..dah tu jer..!


Adios,
-Han-
 
Copyright 2010 TayarGolek.Com