Kapar Motors

Archives

8

4 Nations Ride (Day 3) – Sukhothai Historical Park, Sukhothai

TayarGolek.Com Friday, December 30, 2011 , , ,

Yooosshhhh…!

 

Sambungan episod (Day 3 ) di Sukhothai.

Entry kali ni aku cuma nak share sedikit gambiran-gambiran di Sukhothai Historical Park.

Info boleh check entry sebelum ni atau klik : http://www.tayargolek.com/2011/12/4-nations-ride-day-3-kanchanaburi-tha.html

 

Selepas check-in room, Paulo memberi sedikit penerangan tentang Sukhothai Historical Park. “..di waktu petang hingga gelap, kitorg bakal menyaksikan perubahan cahaya disetiap sudut batu-batu monument. Bayang-bayang gelap antara bangunan lama serba sedikit meleyapkan cahaya matahari tersebut..sangat menarik! ” kata Paulo.

IMG_7393

Sesi penerangan bersama Paulo. Kitorg amik ‘tuk tuk’ pun dgn dia jugak berserta jumlah bayaran tambang ‘tuk tuk’. Apabila semua dah kawtim..barulah Paulo call ‘tuk tuk’ dalam bahasa Thailand.

 

 

IMG_7397

..on de way ke Historical Park.

 

IMG_7395

..lupa pulak ape nama bangunan ni. Tapi..rekabentuknye memey cantik.

 

 

IMG_7398

..suasana diwaktu petang. Ramai yang berniaga ketika ni..

 

IMG_7399

Ok..dah pun sampai ke destinasi yang dituju. Tapi sebelum tu..kitorg kene beli ticket untuk masuk. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 100 Baht seorang. Kenderaan kene bayar lain..tp sori aku lupa berapa bayarannye. Boleh masuk menggunakan basikal, motorsikal, kereta atau pun ‘tuk tuk’.

 

 

IMG_7400

owh..lupa nak amik gambiran brader ‘tuk tuk’ ni. Inilah ‘tuk tuk’ yang akan bawak kitorg nanti..

 

Tayargolek bermula..chewahhh!!

IMG_7401

Ade event tengaj berlangsung sewaktu kitorg sampai..

 

Sukhotai Historical Park

Peta kedudukan manument-monument di “Sukhothai Historical Park”. Bagaimanapun, kitorg akan cover untuk beberapa tempat sahaja sebab masa dah hampir gelap. Keduanya, boleh tahan jugak beso kawasan ni.

 

Jika dilihat, keseluruhan kawasan ini dikelilingi oleh satu saliran air yang mana punca saliran air ini dierolehi dari sungai berdekatan..

 

 IMG_7404

Bahagian pertama kitorg lawati. Dikenali sebagai “Wat Mahathat” – sebutannya “wat mahadat”.

 

Kite layan gambiran2 je la eh..

IMG_7405

..aku banyak menggunakan setting ‘wide’ untuk mendapatkan gambiran penuh..

 

IMG_7406

 

IMG_7410

IMG_7412

matahari hampir terbenam..

 

IMG_7414

..sedikit kesan cahaya matahari yang terlindung oleh bangunan dihadapannya..

 

IMG_7415 

 

IMG_7417

..kesan peninggalan sejarah ratusan tahun dahulu..

 

 

IMG_7418

IMG_7419

 

 IMG_7420

..bile dilihat secara dekat, bangunan ini dibina dari kepingan kepingan batu yang disusun rapi. Tiada ruang kosong didalamnya..

IMG_7425

 

..dan waktu dah mula senja..bulan pun dah mula kelihatan.

IMG_7429  

IMG_7436

 

IMG_7437

..cuba perhatikan betul-betul.. dua struktur bangunan ini dah mula mengalami perubahan strukturnya. Bangunan(kanan) agak senget ke kiri..

 

 

IMG_7439

..tasik-tasik di sekelilingnya..

 

IMG_7434

 

IMG_7440

IMG_7443

 

IMG_7445 

 

IMG_7449

 

IMG_7454

 

 

IMG_7455

 

Skg kite tgk pulak gambiran menggunakan Camera Canon G12 yang Griffin capture..

 

IMG_2070 

IMG_2055

 

IMG_2058

..G12 memey terbaik lah!

Aishh..! takkan kene upgrade kot? kopak..kopakkk..!

 

Then, kitorg ke side lain plak iaitu ke “Wat Sa Si”.

Info:

wat sa si

 

Sedikit gambiran untuk dikongsi bersama..

IMG_7461  Kitorg akan menggunakan jambatan kecil untuk menyeberangi tasik..

 

 

IMG_7464

Jambatan yang menghubungkan ke Wat Sa Si

 

IMG_7467

 

IMG_7466 

Dikelilingi tasik-tasik yang mana sumber airnya diperolehi dari pada sungai..

 

IMG_7468

..terasa tenang

 

IMG_7469 

IMG_7472

 

IMG_7473

 

IMG_7476

 

Sukhotai Historical Park

 

World Heritage UNESCO

“UNESCO World Heritage”

 

Inilah pengalaman kitorg untuk hari ke-3 dalam siri 4 Nations Ride (Malaysia-Thailand-Myanmar-Laos). Gambiran2 yang aku share disini hanyalah sebahagian jer, nak amik semua gambiran letih wooo! hahaha..

So, esok akan aku sambungan ride seterusnya di hari ke-4. Pengalaman membawa motor masuk ke Myanmar.

 

Tunggu sambungannya nanti…

 

Adios,

Han

0

4 Nations Ride (Day 3) : Kanchanaburi (THA) – Sukhothai (THA)

TayarGolek.Com Thursday, December 29, 2011 , , ,

 

Yoooosshhhhhh…!!

Salam Sejahtera..

Permulaan hari yang baru..skg dah pun masuk hari ke-3 (Day 3) dalam siri 4 Nations Ride Tour versi TayarGolek.Com. Mengikut jadual perjalanan dihari ke-3, kitorg akan mula bergerak ke Sukhothai, Thailand yang jaraknya dari Kanchanaburi kire-kire 470KM.

Ini merupakan jarak yang terpendek dalam setakat hari ini setelah berhempas pulas mengharungi perjalanan sejauh 870KM di hari pertama dan 660KM di hari ke-2..dengan jumlah jarak setakat ini adalah 1530KM.

 

image  Kanchanaburi - Sukhothai

Sebelum ni memey aku tak tau langsung pasal Sukhothai. Rasanya memey takde bikers yang buat ride ke sini. Jadi bile 4NRT ni, Sukhothai termasuk dalam list tempat kitorg bermalam..tu yg buat aku tertanya-tanya. Lepas sedikit penerangan dri Griffin sebelum ride..baru ler aku tau tujuannya!

 

Apa yang menariknya di Sukhothai ni?

Aku akan citer serba skit dihujung entry ni nanti..

 

Sembang pendek:

Date             : 07 Dec 2011
Distance      : 470KM
Destination : Kanchanaburi (THA) - Sukhothai (THA)
Route           : Kanchanaburi - Suphan Buri - Nakhon Sawan - Phichit – Phitsanulok - Sukhothai

Selepas balik dari Kwai River Bridge & JEATH War Museum..setelah siap breakfast..setelah siap semuanya, kitorg terus check-out dari hotel.

 

IMG_7286

Sekitar jam 9.15pagi (M’sia Time), aku dah siap dgn preparation untuk ride di hari ke-3 ni..

 

IMG_7287

..semakin bersemangat untuk meneruskan kembara 4 Negara. Semakin hampir ke Utara Thailand..dan tak lama lagi misi menyeberangi sempadan Thailand-Myanmar dgn motorsikal bakal menjadi realiti!! Tapi relax..! jangan excited sangat ler..’man man’ dah ler..

 

IMG_7288

9.30pagi – Pengembaraan dihari ke-3 kini bermula. Alhamdulillah..dengan keadaan cuaca yang baik harap2 berterusan sepanjang hari..perlahan2 meninggalkan perkarangan hotel.

 

IMG_7289

..sedikit demi sedikit, kitorg menyusur keluar ke jalan besar utama..

p/s: baru aku perasan dalam gambiran ni ada kilauan cahaya matahari pagi tu..

 

IMG_7290

Keaadan biasa diwaktu pagi..sekitar 8.30pagi (Thai Time). Polis Trafik tenagh busy menjalankan tugas mengawal trafik..

 

IMG_7294

Selepas mengharungi sedikit kesesakan dikawasan town, perjalanan selepas tu mula tenang dan lancar. Jalan yang cantik..!

 

IMG_7302

Beberapa KM selepas tu..kitorg telah pun selamat memasuki daerah Suphan Buri.

WELCOME TO SUPHAN BURI..

 

IMG_7303

Serba skit keadaan waktu ini..sebelum memasuki ke Highway seterusnya.

 

IMG_7305

Highway 333…go straight!! don’t belok-belok..!

 

IMG_7306

sebuah Menara Jam kecil berada di tengah2 bandar.

 

Setelah perjalanan kira-kira 80KM..kitorang mula melalui highway yang memberikan view yang agak lain dari yang lain..

IMG_7308

..kiri jalan(highway) ade tasik?? tengok betul-betul..

 

IMG_7313

..sebelah kanan jalan pun ade tasik jugak? ke..highway dibina ditengah atau diatas tasik?

 

..dan begitulah pemandangan yang kitorg nampak sepanjang 20KM. Bila cukup 100KM pertama..masa untuk berhenti rehat disebuah pondok ditepi jalan..

 

IMG_7318

..selepas diteliti betul-betul, rupa-rupanya ini adalah kesan-kesan yang tinggal akibat banjir di Thailand baru-baru ini. Sebenarnya ape yang korang nampak skg ni..itu adalah bendang atau sawah padi yang masih ditenggelami air. Dahsyatkan..!! bukan skit..ber’hekta-hektar’ nih..!

 

IMG_7320

..yang syioknye highway ni kenderaan tak banyak. Boleh dikire berapa kerap kenderaan yang lalu..

 

IMG_7323

..walaupun cuaca nampak panas..tapi udara disini dah mula rasa dingin. Angin bertiup ni pun satu laaa..bikin mata wa syahduuu jer. Kang ado yang terlolap ni kang..!!

 

IMG_7321 

Tumpang berehat di pondok ni sekejap..tapi dah jadik macam orang asing plak. Orang2 kampung yang kuar masuk ni dok perati lain mcm jer. Mungkin ushar motor kitorg kot..? pastu nak tanye2 plak..kang mcm itik dgn ayam bercakap..

 

 

IMG_7324

opsss…! ter’autocapture’ pulak..

 

Dalam 15 minit break ni..sempat gak akuu baring2 kat pondok tu..hehehe, Dengan angin di kawasan sawah padi..adehh! mata aku ni time ni kalo boleh kene letak jer batang mancis. Tapi jgn dilayan sangat..kang hanyut! Sesekali tu..terdapat plak beberapa ekor burung (bangau kot?) duk terbang sana sini..

Sambil2 lepak..bersembang ler kitorg berdua pasal ride ini..

Aku (Han) : “..bro, rasa mcm tak percaya jer kite ride 4 Nation ni..dah masuk hari ke-3 dah ni bro! esok dah masuk Myanmar..”

Griffin : “..mcm tak percaya yer? tapi kite kene percaya bro..hahaha. Ape2 pun..don’t rush..!”

begitulah perbualan utama kitorg serba sedikit..lain2 lebih kepada kawasan sawah padi yg masih ditenggelami air. Bukan sikit wooo..!

 

 

IMG_7328

Kembara diteruskan lagi..seperti yang aku kata tadi..highway ni lengang. Syiokkkk!!

 

Griffin dah jauh dah kat depan tu..

Aku??

IMG_7333

Sempatkan jugak untuk berhenti sekejap untuk amik gambiran. Kawasan sawah padi disini nampaknya mcm dah ok..

IMG_7335

Alamakkk..! tinggal gua sorang2 nih..

 

Dipendekkan citer..kitorang dah pun sampai di daerah CHAI NAT..

 

IMG_7338

“..WELCOME TO CHAI NAT..”

 

IMG_7339

..lori bersambung-sambung ni adalah perkara biasa di Thailand..

 

Setelah hampir 100KM diatas motor..masa untuk break lagi. Port kitorg break hari ni kebanyakkannye di pondok-pondok yang ada ditepi jalan..

IMG_7344

..masa untuk merehatkan RED VERSYS sekejap..

 

IMG_7347

..dan jugak DUSKY BLACK FJR. Siap ada peminat tuuuuuuuuuuu…sambil buat muka toyaa..!

 

IMG_7345

..seronok melihat motor sendiri berada dinegara orang..

 

IMG_7349

Perjalanan kitorg setakat ni baru jer mencecah 190KM..means ade lebih kurang 280KM lagi..

 

Tayargolek time..!

 

IMG_7350

..beberapa KM dihadapan, aku dapati mcm ade sebuah tasik. Tapi tak sure lah kalau ini pun kesan daripada banjir yang lepas..

 

IMG_7353

..wah!! off-road??

 

IMG_7354

..ade sedikit lencongan dgn keadaan jalan off-road. Lencongan ni bertujuan untuk kerja-kerja membaik pulih jalan yang rosak..

 

 

IMG_7356

E’eeh! cepat beno sampai ke NAKHON SAWAN! Ape2 pun “WELCOME TO NAKHON SAWAN..”

 

IMG_7357

Keadaan highway di town Nakhon Sawan..

 

Setengah jam selepas tu..kitorg mula memasuki daerah PHICHIT (bukan picit-picit oiit!)

IMG_7359

“WELCOME TO PHICHIT..”

 

IMG_7360

Bila je masuk daerah Phichit, keadaan jalan mula bertampal-tampal. Tampalnya agak tebal skit dari yang asal..tu yang terasa mcm naik kuda..!

 

 

IMG_7361

332KM dah..skit lagi mau sampe! Minyak plak tinggal 1 bar lagi. Ikut kiraan aku blh lagi berjalan sejauh 90-100KM. Tapi..andai kata ade petrol pump memey stop ler..isi minyak dulu.

 

IMG_7362

..dah agak jauh berjalan skg ni. Tapi masih tak nampak lagi signboard stesen minyak..Aishh! bikin wa risau nih! Sehinggalah sampai satu ketika..ade stesen minyak tapi terletak  diseberang jalan pulak.

Instinct gua sama dgn Griffin..last2 Griffin bg signal untuk U-Turn..dan pergi ke stesen minyak tadi.

 

IMG_7363

“Welkom!”..RED VERSYS dapat kawan baru lagi hari ni “Si Buaya Tonggek”.

 

IMG_7364

520 Baht tak silap aku isi minyak kali ni. Phiew..! Urusan isi minyak settle..time utk rest + berasap..! walauuuwehhh! legaaa..chek noo! Tenang jerr..Hilang ‘kerak teking’..

 

IMG_7365

..lega bila dah isi minyak semula. Lepas ni tak kalut dah.

 

 

IMG_7367

Jam dah pun hampir pukul 4.00ptg (M’sia Time), ada lagi baki perjalanan kire2 100KM++ lagi..hmmm..rasanya dal sejam lebih lagi sampai la kot..

 

IMG_7368

Semasa baru jer memulakan perjalanan..terdapat satu kemalangan yang mana sebuah lori treller tertonggeng ke dalam parit. Jalan lurus..tapi terbalik? Ni sure kes mengantuk nih. Bagaimanapun nampak mcm takde ape2 yang serius..kerja2 memunggah dan memindah barang sedang dilakukan..

 

IMG_7369

..speed maintain 100-120KMj.

 

IMG_7370 ..memasuki daerah wilayah “PHITSANULOK” dah skg ni..

 

Signboard menghala ke Sukhothai mula kelihatan..

IMG_7371

..ke Sukhothai yer kite. Ape la yang ade kat Sukhothai ni kan..

 

IMG_7374

  ..masa yang dinanti-nantikan dah pun tiba. “WELCOME TO SUKHOTHAI

 

Kire-kire pukul 5.00ptg (M’sia Time)..selamat sampai ke Orchid Hibiscus Guest House di Sukhotai.

IMG_7376 

Orchid Hibiscus Guest House yang berkonsepkan taman hijau..

 

IMG_7379 

Paulo, owner Orchid Hibiscus Guest House (orang Itali)  menyambut kedatangan kitorg..

 

 

IMG_7479

..motor pun dah selamat parking. Syukur..perjalanan yang santai2 jer, yang penting janji selamat..memey amat2 berguna untuk ride seperti ini..

 

IMG_7481

So, total distance untuk hari ke-3 adalah 449.8KM..450KM laa..! lagi mau bg diskaun

 

Ushar skit gambiran guest house..

 

IMG_7384

ade 2 bahagian actually, disinilah bilik kitorg. Tadi tu cuma tempat parking motor jer..

 

IMG_7382

 

 

IMG_7385

..banyak hiasan2 deco yang bertemakan ‘nature’. Memey sesuai untuk family..

 

IMG_7386

..ni pulak reception area + cafe..

 

IMG_7391

antara deco hiasan – patung2 ni duk sembang kencang no..! Gelak sakan..!

 

..dan bilik2..

IMG_7380 IMG_7389 

IMG_2043

Ok..setakat tu dulu gambiran. Kitorg nak setelkan urusan check-in dulu..

 

Tapi sebelum tu..aku ulang balik soalan awal2 tadi..

 

Ape menariknya di Sukhothai?

Aku share skit info.

Sukhothai merupakan sebuah kota lama yang dahulunya dikenali sebagai “the Dawn of Happiness” yang juga merupakan “Thai Empire’ yang wujud sejak tahun 1238–1438. 

Tempat menarik utamanya adalah “Sukhothai Historical Park” yang mana telah diisytiharkan sebagai “UNESCO  World Heritage Site”. Satu tempat tarikan pelancong yang cukup ‘famous’ di daerah wilayah ini. 

p/s: Thanks to Walaun atas pembetulan istilah ‘daerah’ ke ‘wilayah’

Dengan “Sukhothai Historical Park” ini lah yang  membuatkan kitorg MESTI singgah dan mengambil peluang yang ada untuk melihat sendiri tempat bersejarah di Sukhothai. Itulah tujuan utama kitorg bermalam di Sukhothai..sambil bermalam, sambil melihat Sukhothai Historical Park.

 

Kawasan hotel kitorg agak berdekatan dengan ‘Sukhothai Historical Park’..memey tak jauh tapi berpeluh gak ler kalau jalan kaki. So, kawasannye agak tenang..sunyi..dan jauh kire2 12-15Km dari town. Ape yang aku rasa mcm stay dalam kampung..

So mcm mana? nak sambung terus ke ‘Sukhothai Historical Park’ atau aku sambung nanti di entry yang baru?..

 

ok..ok..aku sambung di entry yang baru eh..! Tunggguuu..!

 

Adios.

Han

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com