You Are Reading

4

4 Nations Ride (Day 4) : Sukhothai – Tachileik

 

Yoooosssshhh..!

 

Sempena Tahun Baru 2012 

Aku ingin memanjatkan Syukur kepada Ilahi kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk bertemu Tahun 2012. Semoga azam baru di tahun baru akan tercapai dan semoga bertambah-tambah rezeki  kita di tahun 2012 ini..InsyaAllah.

2011 telah pun melabuhkan tirainya..1001 peristiwa 2011 baik manis, pahit, masam..masin..kita simpan jadikan kenangan, pengalaman dan pengajaran..segala azam & cita-cita yang belum tercapai kita jadiknya sebagai ‘target’ untuk terus capai. SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua rakan-rakan sepermotoran, pembaca + follower TayarGolek.Com..dan selamat tinggal 2011..!”

 

Harapan 2012 nanti agar lebih banyak ride aku dapat join..lebih byk negara aku dapat cover dan harapan besar aku agar TAYARGOLEK.COM semakin dikenali dan terus menyajikan stori ride dan gambiran terBAIK dan berinformasi untuk semua! InsyaAllah..andai rezeki mengizinkan..

 

Entry (Day 4) ride ke Tachileik, Myanmar ni merupakan 1st entry untuk tahun 2012. Masuk hari ke-4 dah..hari yang dinanti-nantikan untuk ride ke Myanmar akan berlaku hari ni. Aku cuba bawak korang semua..menyelinap serba sedikit kehidupan dan keadaan di negara Myanmar, sebuah negara ‘Kerajaan Tentera’ yang rata-rata mengatakan satu-satunya negara yang melarang kenderaan luar memasuki negara tersebut. Kita sama-sama tunggu update seterusnya nanti..

 

image

Sembang Pendek:

Date             : 08 Dec 2011 (DAY 4)
Distance      : 560KM
Destination : Sukhothai (THA) – Tachileik (MYN)                                                          
Route           : Sukhothai – Lampang – Phayao –Chiang Rai – Mae Sai (Thai-Myanmar border)

“Jarak perjalanan hari ni masih lagi dalam keadaan selesa iaitu cuma kira-kira 560KM. Tapi apa yang pasti, sebelum tiba di border..kitorg akan singgah di “WHITE TEMPLE” dalam 30 minit dan selebihnya masa akan banyak diluangkan di sempadan Thailand (Mae Sai) dan sempadan Myanmar (Tachileik)..”

 

IMG_7482IMG_7483

Selesai je breakfast..mcm biasa, persiapan untuk ride seterusnya perlu dilakukan. Pada hari ke-4, aku dah mula ‘top up’ minyak scottoiler. Walaupun ada lagi skit..tapi lebih baik buat sekarang. Jumah jarak setakat hari ke-3 dah pun mencecah 2076KM.

 

IMG_7480 

Alrite…RED VERSYS dah ready untuk next journey..next country..wihuuuuuuu..!!

 

 IMG_7487

Sekitar jam 9.00pagi..kitorg mula tayargolek untuk meneruskan misi kembara 4 Nation..

 

IMG_7491

Alhamdulillah, dah pun masuk hari ke-4. Namun kitorg tak menemui sebarang banjir di sepanjang laluan yang dilalui setakat ini.

 

IMG_7492

Cuaca yang baik..takde hujan melainkan dihari pertama semasa perjalanan ke Surathani. Apabila cuaca panas + berangin, mula lah terasa ‘Kerak teking’.. :D

 

 

IMG_7493

1st 100KM pertama..short break!

Sedang tumpang berehat disebuah pondok..tetiba didatangi penduduk tempatan yang mungkin nak ke satu tempat. So, kesempatan mengambil gambiran memey tak dilepaskan mcm tu jer..

 IMG_7494

Comey budak ni…gambiran ni diambil diatas keizinan ibunya.

 

IMG_7495

haaa…ni la diorg. Walaupun ada masalah bahasa, namun riak mukanya nampak gembira bila gambiran di amik..

 

Kalo korang nak tau..ketika ini suhu dah mula rasa dingin. Angin bertiup ..kadang2 agak kuat. Boleh perhatikan kitorg berehat tanpa membuka jacket.

 

 

IMG_7496

Continue our journey again after 15 minutes break..

 

 

IMG_7497

..and now head up to Lampang..

 

IMG_7498

..keadaan jalanraya yang tenang. Seems like only 2 of us using this road.. ;)

 

IMG_7499

..pemandangan gunung-gunung yang kebiru-biruan mula menemani sepanjang perjalanan..

 

 

IMG_7500

..menghampiri Griffin yang dari tadi duk jauh didepan..

 

IMG_7502

“..WELCOME TO LAMPANG..”

 

Aku belanja skit gambiran view disepanjang jalan ketika ini..

IMG_7503

 IMG_7504

 IMG_7506

..dan ini gambiran dari arah belakang.

 

 

Aku dok sibuk amik gambiran kiri-kanan-belakang, memey terpaksa reduce speed time ni. Alih-alih….

 

 IMG_7508

…uikkk! Griffin dah hilang? eh laju bonar si Griffin nih! hehehe…

 IMG_7509

..lagi gambiran bukit-bukau..gunung-ganang..

 

 IMG_7512

..tu dia Griffin! ni la yng bestnye bile ride 2 orang beb..lebih2 lagi kalo kita memey dah paham style ride masing2, Griffin akan memperlahankan speed sementara aku amik gambiran ‘on the bike’. Then lepas aku dah berada dekat semula..baru la maintain speed mcm biasa. Bulan ape..gambiran ni untuk kitorg jugak..

 

 IMG_7514

..Thanks Thailand! Giving us the nice..nice road condition. Memey cun lah..!

 

Setelah beberapa ketika..Griffin mula memberi isyarat untuk stop di salah sebuah stesen minyak. Isi minyak dulu. Diam tak diam..kitorg dah pun tayargolek hampir 200KM.

  IMG_7516

..gambiran sebelum masuk ke stesen minyak..

 IMG_7517

..average petrol untuk RED VERSYS tiap kali isi antara 450-500 baht. Kitorg tak berhenti rehat disini..sebaliknya meneruskan perjalanan setelah siap urusan isi petrol. So masa yang diambil disini hanya kira-kira 5 minit sahaja untuk  buah motor.

 

IMG_7520

..signboard di Thailand, sama seperti sebelum ni jika korang perasan. Setiap signboard daerah akan ada serba sedikit info ‘attraction place’ di satu2 kawasan. Serba sedikit memberi ‘hint’ atau ‘tips’ kepada mereka yang baru pertama kali melalui kawasan tersebut..

 

IMG_7521

..amik kesempatan bergambiran sekejap..

 

IMG_7522 

gambiran semasa di Lampang

 

 

 

IMG_7525

ketika ini..kitorg ditemani bukit-bukit. Kalo tadi hanya pemandangan dari jauh..skg dah kat sebelah jer dah..

 

IMG_7526 

..jalan dah mula berliku panjang. As long as jalan cantik..no hal  jer! kite layan jer..tapi slow2 laa..

 

 

IMG_7529

..we take a short break again. Short break selama 15 min lebih bermakna daripada kitorg push untuk cepat sampai. Akhirnya nanti..keletihan melampau yang kitorg dapat. So cara ni memey santai..

 

IMG_7530

Gambiran kitorg - walaupun hanya pekene air sejuk, dah cukup untuk memberi sedikit tenaga. Lunch memey kitorg skip..kalau tak masa akan banyak terbuang. So sebagai ganti..aku makan chocolate jer atau pun biskut O’reo.

 

IMG_7531

Cukup 15 minit, kitorg memulakan kembara seterusnya. Harap waktu mengizinkan untuk kitorg singgah ke “WHITE TEMPLE” yang agak unik reka bentuknya..dan sampai di Mae Sai – Tachileik, Myanmar sebelum hari gelap.

 

IMG_7532

Dalam perjalanan ke Chiang Rai..aku sempat capture sebuah signboard besar ‘ala-ala tugu’ di tepi jalan. Tapi sori laa..haram aku tak paham kecuali nombor-nombor yang tertera jer..

 

 IMG_7534

..sewaktu di traffic light. Suasana agak redup ketika ini. Angin dingin masih lagi terasa..sebenarnya dari tadi pun.. :P

 

 

 IMG_7535

Persekitaran yang bersih. View bukit-bukau memey menjadi teman sepanjang perjalanan..

 IMG_7538

..sekali lagi kitorg terpaksa melalui jalan yang akan berbukit dan berliku. Namun perasaan untuk ‘meleper’ dari awal-awal lagi kitorg buang jauh-jauh. “aku nak selamat pergi dan balik “ sentiasa menjadi pegangan dari hari pertama lagi..

 

Sehinggalah satu ketika dimana pemandangan yang cantik membuatkan kitorg berhenti seketika untuk bergambiran..

Han TayarGolek.Com

 “..indahnya ciptaan Tuhan!” begitulah kata-kata yang tiba-tiba terbit dihati aku sehingga tak tertahan untuk berhenti dan bergambiran seketika. Inilah pengalaman mengembara..

 

IMG_7540

..tak dilupakan juga, gambiran untuk si RED VERSYS! hehehe..saja bagi dia hepi. Walaupun RED VERSYS ni hanya jentera mesin..tetapi jangan lupa “Perasaan” tetap ada tauuu..! lol

 

 IMG_7542

..agak nice view kat sini.

 

IMG_7543

ahhh…! corner lagi..! Pelan-pelan kayuh beb..!

 

Hampir sejam berada diatas motor, kitorg stop lagi.. ;)

IMG_7544

berhenti seketika untuk merehatkan jentera masing-masing..

 IMG_7545

..tak sure plak bangunan ape disebelah ni. Tulisan cacing la beb..!

 

Sementara duduk berehat dipondok..berkata lagi aku kat Griffin.

Aku (Han): “..bro kalo U tak invite I untuk ride ni..ntah bile ler I akan buat 4 Nation ride ni bro..selalu fikir nanti..nanti!

Griffin : “..bro, kite kene ingat satu benda jer. Kite hidup hanya sekali..kalo kite rasa kite perlu buat sekarang..then do it! Jangan esok bile dah tua..dah takde tenaga nanti baru ler kite terpikir kenapa tak buat dari dulu lagi. Time tu dah terlewat bro..! U and I ada minat yang sama..so why not!

Macam tu la beb..kata-kata seorang doktor ni buat aku terkelu lidah! Kata-kata pembakar semangat..

BTW, Thanks Griffin..byk bagi moral support & tunjuk ajar.

 

 welcome to Phayo

“WELCOME TO PHAYAO”

Dipendekkan citer..

 

welcome to Chiang Rai

WELCOME TO CHIANG RAI..” Alhamdulillah..dah pun selamat memasuki daerah Chiang Rai..

 

 

IMG_7552

Ketika ni..aku sempat capture total distance setakat ini iaitu 419.8KM..

 

 

@ WHITE TEMPLE, Chiang Rai.

Tepat pukul 4.30 ptg (M’sia Time)..kitorg selamat sampai ke destinasi pertama iaitu “WHITE TEMPLE”. Jika sebelum ride..kitorg duduk sama-sama ushar gambiran dari website orang lain. Tapi hari ni..kitorg dapat lihat secara ‘live’ dan mengambil gambiran dari camera sendiri tentang keunikan rekabentuk dan ukirannya..

 

Jom kite layan gambiran..

White Temple Chiang Rai

Gambiran pertama sebelum parking motor..

 

IMG_7555

..dan gambiran ke-2 untuk si RED VERSYS. Tengok tu..terang benderang mata RED VERSYS..suka lah tuu! hahaha

 

Gambiran seterusnya..

IMG_7556

..dari jauh kelihatan putih ibarat dilitupi salji tebal..

 

IMG_7557

..nice kan..! antara salah satu tarikan pelancong di Chiang Rai..

 

White Temple 2

..penuh dgn seni ukiran..

 

white temple 3

 

IMG_2109

..kawasan kemalangan? betul2 tengkorak dia bubuh..! haha

 

 

white temple 4

 

IMG_2110

..Air yang tenang jangan disangka takde ‘Alien’.

 

IMG_7561

..memey ramai pengunjung time nih. So nak amik gambiran ‘clean’ susah skit..ade jer yang dok ‘posing’

 

 

IMG_7562

 

IMG_7563

view dari hadapan ‘White Temple’..

 

IMG_7564

 

IMG_7565

 

IMG_7566

bukan sahaja bangunan..pagarnya pun penuh dengan ukiran. Memang cantik beb..!

 

IMG_7568

Simbolik ‘kepala’ yang digantung diatas pokok. Mesti ada maksud tersirat..

 

IMG_2116  

o’oooowhh! Prediator yang terkena sumpahan tanah..?

 

 IMG_7570

Kita ushar dekat skit ukiran pagar..

 

IMG_7571 

Bayang-bayang ‘White Temple’ dalam air..

 

IMG_7572

Ni tak tau lah..’Penunggu’ ke ‘penjaga’ ni?

 

 IMG_7573

IMG_7574

 

IMG_7575

 

Macam mana? nice kan? Itulah ‘ole-ole’ di Chiang Rai untuk semua pembaca..

 

Eh! Boleh tahan jugak panjang entry nih..aku rasa sambung skit lagi seketika nanti yer..! Lepas ni aku akan sambung stori skit di entry yang baru untuk urusan border di Mae Sai, Thailand dan Tachileik, Myanmar..dan yang paling penting “ crossing Myanmar border with our own bike..it’s time to ride to Myanmar..!!”

Just wait and see.. ;)

 

Adios,

Han

4 comments:

Alchemist said...

Wakataaaaaaaaaaaaaz,

Memey terbaekkkkkkkks(pinjam lak kata2 bro..hee)..teruskan story...tgh syok nih..kawe nk tau sampai ker garisan penamat tu(abih tour)..oke chowsin !

EereNoon said...

Sign Board Tugu besar tu tulis 'Simpang 5 Chiang'.... Chiang Mai, Chiang Rai, Chiang Tung, Chiang Khong, Chang Rung...

TayarGolek.Com said...

Alchemist - lambat lagi bro nak sampai ke garisan penamat. Tungguuuuuu...!

TayarGolek.Com said...

EereNoon - "Sign Board Tugu besar tu tulis 'Simpang 5 Chiang'.... Chiang Mai, Chiang Rai, Chiang Tung, Chiang Khong, Chang Rung..."

Replied:
Thanks bro..tolong translate tulisan Thai. Lepas ni I blh rojer u la mintak tolong jadi translator..hehehe

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com