You Are Reading

9

4 Nations Ride (Day 7) : Luang Prabang – Vang Vieng (Part 1)

TayarGolek.Com Tuesday, January 24, 2012 , , ,
Yoooosssshh..!!

Harap masih belum terlewat untuk mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Chai” buat semua pembaca TayarGolek.Com yang berbangsa Cina. Semoga di ‘Tahun Naga’ ni memberikan lebih banyak tuah buat anda.. :)

Sambungan episod di Hari ke-7 pada entry kali ini..kitorg akan memulakan journey seterusnya dari Luang Prabang ke Vang Vieng. Apa ada kat Vang Vieng? sama-sama kite tayargolek kesana..

Jom…!

Kira-kira pukul 9.30pagi waktu Malaysia, kitorg dah memulakan sesi panas tayar di bandar Luang Prabang. Pusing-pusing mencari stesen minyak. Pilihan yang ada adalah stesen minyak Caltex. Tak kisah lah stesen mana pun..janji ron95 ade kitorg isi.

DSCN8052
Akhirnya jumpa juga stesen minyak di Luang Prabang. Tak jauh dari hotel cuma jalan yang ditujunkkan oleh GPS agak confused skit..(Guno Pon Sosat yer jangg??) hehehe..

DSCN8053
Agak ramai jugak yang mengisi minyak time ni. Giliran-demi giliran..dapat jugak giliran kitorg. Time ni aku isi untuk RED VERSYS sebanyak 114,200 KIPS kalo tak silap..

Kitorg tak mengambil masa yang lama untuk mengisi minyak..al-maklum 2 buah motor jer. So boleh jimat skit masa..

Lepas siap isi petrol..kitorg terus bergerak menuju ke arah Vang Vieng. Macam mana ler keadaan jalannye nanti..adakah lebih teruk dari semalam? adakah lebih tinggi puncak gunung yang bakal kitorg redah? Hmmmm…semuanya akan terjawab nanti.

DSCN8054
Menyusuri jalan keluar dari Luang Prabang. Walaupun masa yang agak terhad di Luang Prabang..namun sempat jugak aku bawak korang jalan2 pusing bandar Luang Prabang kan? :)


Setelah selesa dengan keadaan jalan bandar di Luang Prabang..beberapa KM selepas tu keadaan jalan yang kitorg lalui mula berubah. Jalan yang ‘off-road’..jalan yang penuh dengan batu2 gravel. Jenis tayar motor kitorg ni bukan ‘makanan’ yang syiok dilayan..tapi nak tak nak kene redah jugak walaupun tak ‘grip’ langsung. Mujur ler Versys 650 ni agak ringan. So, penat tu takde lah sangat tp penat le jugak melayan kerenah jalan ni..so far Versys mudah dikawal dan mudah dijinakkan.

Mengikut ilmu yang aku tau kalo nak layan jalan off-road ni kene bukak ‘throttle’ dan layan agar selari ‘acceleration’ dengan permukaan jalan tu. Tapi keberanian tu aku takde memandangkan jalan ketika ni agak ber’corner’ dan menuruni bukit yang agak curam..


DSCN8055
Gambiran yang dapat aku amik ketika menuruni bukit. Bukit ke gunung ni? hahaha


DSCN8056
..ketika inilah tahap kesabaran dan skill menunggang dijalan ‘batu gravel’ ketika menunuri bukit/gunung teruji. So far..aku layan jer!! Gear 2..dengan 2500RPM. Sesekali jer dapat masuk gear 3 dengan 3500RPM.


DSCN8057
Jalan mula condong ke kiri. Perhatikan gambiran ni yang mana laluan di lane kiri agak baik berbanding di lane kanan. Yang paling ‘adventure’ adalah ketika corner..kebanyakkannya kawasan corner permukaan jalannye memey teruk..off-road + berlopak-lopak.



DSCN8059
Sehinggalah disatu kawasan..aku berhenti sekejap untuk amik gambiran. Lihat jer kawasan cornernya tu..menarikss kan?? gambiran ni dari arah belakang aku. Saje aku belanja gambiran ni sebagai tatapan rakan2 pembaca agar boleh nampak sendiri jalan yang kitorg lalui.



DSCN8060
..dan ini pulak keadaan jalan di hadapan aku..

Jangan hati besar..jangan nak show-off kehebatan meleper kat sini..” itu la pegangan kata2 aku. Tak mau kejadian buruk berlaku sepanjang ride ni. Perlahan-lahan melayan corner..perlahan-lahan menunggang agar selamat..


@ Sala View

Beberapa KM setelah penat melayan jalan yang ‘hampeh’ ni..kitorg berhenti untuk kali pertama di Sala View. Sala View ni memey wajib berhenti untuk melihat pemandangan gunung-ganang yang cantik. Bukan kitorg jer time..ade ler 2-3 buah kereta turut berhenti untuk tidak melepaskan peluang yang mungkin sekali seumur hidup ride ke Laos.


Sala View Kiov Muag
..SALA VIEW

DSCN8061
..Red Versys bergambiran di SALA VIEW.

Cuaca agak baik hari ini. Alhamdulillah..masuk hari ke-3 kitorg di Laos, belum lagi dibasahi hujan ketika dalam perjalanan..
 
DSCN8062
RED VERSYS LAGI..hehehe. Tapi angle lain plak beb..

Errr..gambiran DUSKY BLACK FJR tak de ke?

IMG_2358
Ehh..ade!!! mana bleh takde. Ini ler satu2 nyer kawan RED VERSYS kat sini tauuu..
 

IMG_2357
Ni yang aku malas nak amik gambiran DUSKY BLACK FJR ni..asyikkk ade jer peminatnya kat mana-mana. Tengok ler gambiran kat atas ni..dia punya belek sampai ke lubang ekjos..hehehe

Actually mamat ni memey penduduk somewhere area sini kot. Boleh bercakap English..tu yang boleh bersembang2 skit. Kalo ko nak tau ape dia ckp pasal harga motor FJR ni? Dia kata harga motor ni sekitar USD5000..hahahaha. Mengamuk Griffin dengar mamat ni cakp macam tu!! hahahaha. Tapi kata Griffin kat aku “ takpe bro..iye kan aje ape dia nak cakap..nanti kite cakap yang sebenar kang jadik panjang statement pulak..malas nak layan..hehe” . Iyer kan jer la bro.. LOL



Ok kite lepak2 sini jap..suhu yang sejuk sambil lepak2 diatas gunung..memey nice ler!!

DSCN8064
Pondok disediakan untuk berehat. nak picnic kat sini pun no problem.



DSCN8065
…dunia luas terbentang!! Inilah view yang betul2 menggugat iman..rasa macam malas jer nak sambung balik ride nanti.



IMG_2356
Zoom skit - Kata mamat tadi (ala yg ushar FJR tadi)..dia kata kitorg datang dari arah sana disebalik bukit tu. Disitu lah letaknya Luang Prabang. Fuhh! mcm tu rupanya jalan dari Luang Prabang sampai ler ke sini. Bukit-bukau + gunung-ganang kitorg redah. Sayup jer mata memandang..



DSCN8066
..dan sambungnya lagi..gunung-ganang tu adalah laluan ke Vang Vieng. “ makkkk aiiiih..!” terkejut siput aku bile dia kata mcm tu. Maknanya..jalannye lebih dahsyat dari semalam…dan lebih tinggi beb!


DSCN8067
..terus terduduk aku! Bukan masalah jalan yang aku risau..bila kawasan semakin tinggi, suhu lagi ler rendah..maka kesejukan tahap menggigil ler nanti kene redah. Harap2 ler ade orang kampung pasang unggun api..boleh tumpang sekaki lagi..kekeke

 
Sala View  ..aku tau perasaan RED VERSYS time ni. Biar dia merenung jauh gunung2 tu..itu ler jalan yang bakal di lanyak nanti..

p/s: kite ni kalo dah hari2 bawak motor kesayangan..sampai satu tahap macam ade satu perasaan antara kite dengan motor. Lebih mengenali..lebih memahami. Dalam kes aku..RED VERSYS ibarat boleh baca perasaan aku..dan aku semestinya memahami perasaannye..wa sayang lu lah RED VERSYS!! Lu memey terBAIKKKK…!

 
IMG_2359
Ciss kene candid lagi.. – Time syiok layan perasaan..layan gambiran2 yang aku amik tadi. Tak perasan pulak kene candid. Nice moment anyway..


Da puas layan view kat sini..kitorg decide untuk beransur dari Sala View. 

DSCN8070
Lepas jer meninggalkan Sala View..keadaan jalan yang sama seperti sebelum ni menemani kitorg sepanjang jalan. Berjoget2 aku kat atas motor. Kejap duduk..kejap berdiri..kejap duduk balik..hehehe. Tak dapat bayangkan kalo moto tonggek redah jalan macam ni..

Dipendekkan cerita..

Off-road demi off-road kitorg redah..ntah dah berapa KM dah agak nye..sehinggalah memasukki kawasan perkampungan di kawasan pergunungan. Suhu semakin sejuk..aku pulak tak pakai sweater time ni. Kononnya kebal laa..boleh tahan dengan suhu sejuk..lagi satu, target dah tak lalu kawasan tinggi mcm semalam sampai jumpa titisan awas. Tapi tanggapkan silap…

DSCN8073
Berhenti sekejap dikawasan puncak gunung..yang mana jarak penglihatan semakin terhad.


DSCN8071
tak nampak apa dah kat sini..semuanya putih. Ini menunjukkan kitorg betul2 berada dipuncak gunung melebihi paras awan. Lihat gambiran ni..


DSCN8072 
Gambiran kat sini memey tak boleh dilepas mcm tu jer. Dalam erti ‘mengembara’ didalam kamus TayarGolek.Com..moment mcm ni ler yang aku cari. Kepuasan dari segi ride dan juga kepuasan bila dapat capture moment yang menarik..



Bukan nak tipu..nak tau berapa ketinggi kitorg berada skg? Tengok gambiran bawah ni..

IMG_2360
Menurut GPS Griffin..kitorg skg berada di ketinggian  1419 meter. Percaya??

Kita tengok pulak suhu skg..(bukan semasa ride tau..time ride lagi sejuk!)
IMG_2361
Suhu sekarang adalah 52 darjah Fahrenheit (11 Celcius) pada pukul hampir 2.00ptg Waktu Malaysia.


Patut ler menggigil semacam dah ni..tangan pun dah takde darah dah!

IMG_2362
Waaaaaaahhh..!! Griffin tak aci woooo..dia tinggikan abis ‘windshield’ motor dia MAX abis..hahaha. Patut ler steady jer dari tadi. Aku jugak yang berjoget ‘poco-poco’ dah ni..


Takpe laaaa…nak wat cam ne beb! layan jer lah tayargolek walau sejuk mcm mana pun..

DSCN8074
Kitorg teruskan lagi tayargolek. Perlahan2 menuruni jalan yang basah dan licin hasil dari titisan awan. Berdebar-debar jugak time ni. Yer ler…tetiba teringat video youtube mamat Singapore yang pernah ride mcm ni.

Ok beb..aku off camera dulu..buzy skit sebab nak layan corner menuruni gunung ni..

 DSCN8075
Fuhhhh!! Lega beb..! bila zab tadi dah selamat diuji. Skg kitorg dah berada di bawah skit dari kawasan tadi. Mula memasuki kawasan kampung…err jangan tanye aku nama kampung ni eh?? hahaha



DSCN8076
Agak maju skit kawasan kampung disini.Takde lah mcm yang kita nampak sebelum ni..



DSCN8077
Sempat capture salah seorang penduduk kampung yang berjalan dalam kesejukkan.



DSCN8078
Atas permintaan bro Azhar..hari tu tanya sangat ”benda-benda lintasan”..haaa ni aku capture! ehehehe..jgn marah aku bro. Tapi nasib baik ‘solo’..kalo dengan rombongan family tu memey tak sanggup aku capture. Kembang tengkok doww..! LOL


DSCN8079
Mungkin sebab kawasan kampung..so struktur jalanraya disini mula cantik. No more ‘poco-poco’ ehhh..!


@ 2nd Stop

Setelah sejam lebih diatas motor, memey sesuai sangat la kitorg stop sekejap. Bukan terasa dahaga sangat pun..tp tak sabo nak sembang pasal jalan tadi. Selain menegakkan urat-urat yang telah bekerja keras sebab joget poco-poco tadi..



IMG_2368
1st thing ape aku buat bile stop time ni..bukak sidebox dan amik sweater. Tak boleh tahan beb dengan sejuk tahap melampau ni. Lepas sarung sweater + sarung riding jacket semula..baru la ade rasa lega skit. Skiiit laaa…tapi sejuk kat  tangan ni yang tak bleh blahh..




     DSCN8084
gambiran RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR time ni..masih lagi steady!




DSCN8080
Time berehat ni..sesekali ade le penduduk kampung lalu. Antaranya mcm dalam gambiran ni..yang sedang menyorong kayu-kayu api turun naik gunung. Tenaga dan kudrat dikerah sekuat-kuatnya. Bile melihat keadaan diorg mcm ni, kesian pun ade..tapi nak buat mcm mana, inilah kehidupan diorg. Mahu tak mahu kene buat juga. Agak-agaknya mcm ni ler kehidupan mak abah kita dulu-dulu..sebelum zaman kemodenan. Bersyukur lah sangat2 dengan kemajuan dan kemodenan negara kita sekarang…betul tak??

Lepas berlalu penduduk kampung yang menyorong kayu api tadi..tetiba kitorg nampak ade 2 orang kampung yang berjalan kearah kitorg. Agak lain macam skit kali sebab 2 orang lelaki tadi membawa senjata api (senapang). Bile tengok riak muka memey ‘muka ketat’ abis..

Sikit demi skit menghampiri kawasan kitorg lepak ni. Lepas tu diorg ni berhenti..sambil ushar2 kitorg. Tak abis kat situ..dia ushar pulak motor kitorg. Mungkin nak tanye pasal motor..masalah bahasa pulak. Dibelek-beleknya stiker “4 Nations Ride” pulak..

DSCN8081
Last-last diorg berhenti kat belakang motor pulak. “ Bro..lain mcm jer diorg ni! ade M-16 tu bro!! jangan ler diorg ni buat hal dah ler!!” kata aku kat Griffin. "Then Griffin balas “ Rileks bro..rilekss! Bro..try u bagi rokok bro..”. Aku terus tak citer banyak..hulur rokok cap Dunhill kat diorang ni..

Korang nak tau ape impression muka diorg lepas dapat rokok??
 DSCN8082
Griffin dengan muka lega nyer..hahaha. Umpan rokok tadi menjadik!! Diorg nampak mcm OK lepas tu..baru ler nampak ade senyum skit. Lepas tu..mula cakap dalam bahasa dia yang dia dgn kawannya je paham..

Bro..rokok ni sebenarnya International currency bro!” kata Griffin

hehehe..

DSCN8083
Gambiran ni bukan simply amik tau..aku mintak kebenaran amik gambiran diorg dgn AK-47 ni. Kang saje2 petik..tak pasal2 diorg ni petik AK-47plak..hahaha. Bile aku tunjuk gambiran diorg ni  dari camera..bukan main suke lagi tengok gambiran sendiri..kehkehkeh


Sambil2 tu…aku amik skit view masa rest kat sini..
DSCN8085
Tuddiaa…cabaran lepas ni..


DSCN8086
Gunung-ganang dengan view hijau..sojuk mato mak nokkk!


IMG_2365
Nice view..! memey superbbb..kalo dilihat dengan mata sendiri ;)


DSCN8087
skali lagi gambiran motor kitorg. FJR setakat ni memey terbaik lah!! Selamber redah off-road..

..dan last
DSCN8088
..dengan umpan 2 batang rokok..inilah hasilnya. Bergambiran dgn penduduk kamoung bersama AK-47 & rifel..sambil menahan kesejukkan..

 
DSCN8089 
Alrite masa untuk tayargolek lagi. Jauh lagi perjalanan ni beb..tak tau la pukul berapa sampai nanti..

Jalan selepas ni agak tajam + tide skit corner nyer. So demi keselamatan..aku tak dapat nak amik gambiran on the bike..


DSCN8091
Sehinggalah disatu tempat selepas hampir sejam..akibat kesejukkan, kitorg stop lagi.



DSCN8092
Tengok jer signboard tu..’jalan mcm ular nak mematuk’..itu lah lah keadaan jalan yang baru je kitorg rredah tadi. Laluannye betul2 dilereng gunung..

  DSCN8091
sedikit view disini. Dimanakah matahari???

Alih-alih..akuu terpandang plak satu objek kat enjin motor aku….ape dia???


DSCN8090
..ni mcm aku kenal jer?? Glove Griffin kene salai..bagi panas..hahahaha. Memey moment yang best time ni..


 IMG_2376
Dengan kesejukan yang dah tak mampu ditanggung ni..last2 aku terpaksa menggunakan enjin RED VERSYS untuk pemanasan tangan aku yang dah tak nampak darah mengalir dah nihh..

cukup la 5 minit..lega skit!

Lepas tuu tayargolek lagi…


DSCN8097 
Menyusuri jalan di kawasan kampung..baru le ternampak org kampung tengah memanaskan tangan diunggun api. “ alehhh..lambat! aku dah panaskan tangan pakai enjin motor jer..huh!” saja sedapkan hati..

DSCN8096
meredah jalan curam menuruni  gunung..


@ View Point (on the way to Vang Vieng)

Sampai lah di satu tempat selepas break tadi..kitorg stop sekejap untuk melihat keindahan alam di salah satu “View Point”.

Aktiviti disini lebih kepada gambirann jer..
DSCN8093
memang cantik pemandangan gunung-ganang di Laos..tapi jalan nye???


DSCN8098
Terdapat satu ‘milestone’ yang boleh dilihat dari sini..memey cantik


DSCN8099
Zooom skit..


DSCN8100
..dan kawasan2 gunung2 disebelah sana pulak..view arah kanan kitorg.

DSCN8101
…dan ini view dari tengah



DSCN8102
RED VERSYS bergambiran di view point..


DSCN8103
..satu lagi. Aku bagi dia hepi skit..


DSCN8104
..RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR bergambiran together-gether


DSCN8105
angle lain pulak..saje nak abiskan filem..


DSCN8106
..view dibahagian belakang View Point..


DSCN8107
opsss..! gambiran sendiri..


IMG_2387
..Aku (Han) dengan RED VERSYS kesayangan..


DSCN8108
ini adalah laluan yang bakal kitorg lalu sekejap lagi..


DSCN8109
..dan ini jugak. Betul-betul ditepi lereng gunung..


DSCN8111
..kalo dilihat betul2..laluan yang bakal kitorg redah nanti mcm menghampiri gunung batu kapur tu..mungkin lah kot? Takpe..just wait and see..kalo dapat capture aku share nanti..


IMG_2385
Zooom skit gambiran gunung batu kapur tu..memey cantik lah beb! susah nak luahkan dengan kata-kata..hakhakhak (menyampah tul ayat tu kan?)


IMG_2382
..DUSKY BLACK FJR pun nak jugak gambiran solo..


IMG_2383
  …motor kitorg berlatarbelakangkan gunung batu kapur..

Alrite beb..aku rasa aku stop dulu kat sini. Jauh lagi journey kitorg ke Vang Vieng ni. Aku nak lepak2 jap kat sini..menikmati udara segar..kasi layan betul2 view kat sini dulu..

So lepas ni..aku sambung lagi skit perjalanan ke Vang Vieng. Sama-sama kite saksikan penemuan ‘jalan yang lurus’..ditambah pulak dengan view petang dibawah sinaran matahari di bawah kawasan gunung..

Jumpa lagi..

Adios,
han

9 comments:

aboyNajun said...

fuh mahal tue gambo dengan abg pegang senapang... dieorang dikategorikan sebagai apa eh bro? pengawal?

Dee said...

wa sayang lu RED 'V" petikan kata2 hikmat..... hehehhehe cayala Han

TayarGolek.Com said...

aboyNajun - mahal eh??hehe..aku pon tak sangka mamat tu semua ok. Diorg ni tak sure ler nak kategorikan mcm mana..mungkin jgk org kampung yang tgh berkawal. Dekat area2 situ memey banyak askar berjaga di setiap point..

TayarGolek.Com said...

Dee - ..dah mula nak sakat gua la tu..hahaha. Wa sayang banget sama RED V

MrAgnespuding said...

Bro Han, pokcik rasa raifel tu jenis AK 47 bukan M 16 le. Dunhill memang terbaik. Hahahahaha.....

TayarGolek.Com said...

MrAgnespuding - hari tu bro Fairus ade bgtau gak rifel tu AK-47..hehe. Nanti aku kasi edit balik ler. Diorg kene DUNHILL terasa mewah bro..hahaha

bo said...

“Bro..rokok ni sebenarnya International currency bro!”

ayat ni mmg terbaeekkk

bonifx

TayarGolek.Com said...

bo - tu ayat pinjam bro.. :D

Anonymous said...

GERUN TGK SENAPANG.... PENG!! PENG!!!

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com