You Are Reading

2

4 Nations Ride (Day 7) : Luang Prabang – Vang Vieng (Part 2)

TayarGolek.Com Thursday, January 26, 2012 , , ,

Yooosshhhh…!!

 

Sambungan episod semalam dari View Point on the way ke Vang Vieng.

 

Kitorg tak mengambil masa yang lama untuk berhenti di View Point. Cukup sekadar 10-15minit jer . Apa yang penting..gambiran disitu sebagai ‘ole-ole’ dari aku untuk semua pembaca. So macam mana? Cantik kan viewnye?..terasa mau pergi lagi..hehehe.

 

Sejurus lepas tu..kitorg mulakan tayargolek lagi. Menyusuri jalan dilereng-lereng gunung..turun naik gunung..corner ke kanan..corner ke kiri. Keadaan jalannye pulak nampak semakin baik..lebih baik dari sebelumnya.

 

Tapi beb..corner2 nya agak tide, ditambah pulak pemandangan ‘limestone’ yang kite tengok dari jauh..kini aku boleh nampak dengan lebih dekat dan jelas. Memey cantik.. tu yang kadang2 aku tersasar jugak ke tepi jalan. Itulah bahayanye bile hilang fokus semasa menunggang motorsikal..bawak perlahan pun boleh tersasar. Adehh!.

Aku cuba gak amik gambiran secara dekat..tapi gagal! sebab keadaan jalan yang agak sempit dan kenderaan agak banyak. Nak berhenti..memey rasa tak selamat sebab risau jugak..manalah tau tetiba kenderaan yang keluar dari corner tu tak perasan aku parking kat tepi. Tak pe lah..kite tinggalkan hal tu..

 

Diam tak diam perjalanan kitorg pada hari ke-7 dah pun mencecah 190KM. Waktu sekarang dah pun pukul 5.30ptg. Giler aahhh! nak cecah 200KM pun makan 8 jam!  Letih tu tak terasa sangat tapi kesejukan tu yang rasa lain mcm skit..sedikit gangguan sebenarnya ride di suhu sejuk lebih-lebih lagi menunggang motorsikal tanpa glove yang ‘weather proof’.

 

 

DSCN8116

Setelah 8 jam menunggang motorsikal, perjalanan yang penuh dengan liku-liku kehidupan, berakhir disini. Akhirnya kitorg bertemu jugak jalan yang benar..jalan yang lurus. Sinar cahaya matahari mula menerangi alam..walupun kelam2 jer..hehehe. Inilah jalan yang lurus..lega beb bile jumpa jalan mcm ni. Phiewww..!!

 

 

DSCN8119

Kitorg mengambil keputusan untuk berhenti sekejap kat sini. Melihat kehijauan alam sambil melihat pemandangan gunung2 diwaktu petang..

 

 

 

 

DSCN8125

Tengah syiok layan camera..Tiba-tiba..terdengar pulak suara budak memanggil-manggil “Sabaidee..sabaidee” berkali-kali..

 

 

DSCN8112

Rupa-rupanya..ada anak2 kecil ni dari jauh melambai-lambai ke arah kitorg sambil menjerit “sabaidee..sabaidee!”. “Sabaidee” bermaksud “hello” atau “ape khabar” ler lebih kurang maksudnye. Kitorg membalas semula lambaian anak kecil ni. Bile nampak kitorg membalas balik lambaian tu..anak kecil ni ape lagi..duk melambai-lambai lagi..sampai kesudah.  Sampai letih melayan..hehehe. Tapi inilah pengalaman..seronok beb!

 

  DSCN8114

Dikawasan ini..apa yang aku perhatikan, banyak terdapat gunung/bukit batu kapur. Bentuknye yang cantik dan unik..

 

 DSCN8115

  Ini pulak pemandangan dari jauh. View sawah padi berlatarbelakangkan gunung-ganang yang cantik..

 

DSCN8117

Terdapat sebuah rumah berdekatan dengan sawah padi ni. Mungkin jugak rumah family anak kecil tadi..

 

 

 

 

DSCN8118 

Jalan yang lurus..jalan yang lengang. Sunyi pulak tetiba rasa time ni. Walaupun kitorg berada dikawasan kampung..tapi nampak mcm takde orang. Kemana semua eh?

 

 

DSCN8120

Tak lama lepas tu..baru ler nampak sebuah 4WD lalu. Ade la sebijik dua..

 

 

DSCN8124

2 buah motorsikal milik anak Malaysia di bumi LAOS..

 

Dari jauh kelihatan dua orang anak LAOS yang berbasikal menuju kearah kitorg..dari jauh  diorang menyebut perkataan yang sama “Sabaideee..! sabaideee..!”.

Dalam hati aku berpendapat..”..agak berbeza skit tahap keberanian anak2 Laos di kawasan gunung dengan kawasan rata. Disini diorg berani menyapa kitorg sambil melambai-lambaikan tangan. Anak2 dikawasan gunung pulak..walaupun dari jauh diorg berani melambai..tapi bile aku cuba berhenti dan tegur diorang, tetiba pulak lari lintang pukang..hehehe. Kelakar pun ade..””

 

 

DSCN8123

Kitorg pun layan ler anak2 Laos ni..”sabaideee..” sambil melambai ke arah diorg. Sebenarnya, anak2 Laos dalam gambar ni cuba berbual dengan kitorg..tapi masalah bahasa pulak jadik penghalang. Tapi diorg OK..join kitorg lepak sekali. Bile keadaan mcm ni ler aku terasa menyesal sangat. Kenapa? sebelum ride aku ade beli satu plastik gula-gula..kononnye nak bawak masa ride. Last2 aku tak jadik bawak sebab tak terfikir akan jumpe anak2 Laos mcmni.  Kalo tak, sure seronok anak2 ni kalo aku bagi gula-gula tu. Takpe lah..takde rezeki kot.. :(

 

  

DSCN8121

Tapi…aku ganti balik keseronokan dan kegembiraan anak2 Laos ni dengan gambiran. Gambiran ni aku capture bersama..sebagai satu kenangan di Laos. Bile tunjuk gambiran ni kat anak2 ni..bukan main suka lagi diorg ni!! Siap ketawa…gelak-gelak lah!! Aisshhh..susah aku nak cakap perasaan aku time ni. Terpancar 1001 kegembiraan diwajah anak2 ni..tengok lah pic ni beb!!

 

p/s: emo plak aku time menulis ni..tapi inilah hakikatnye time ni. Memey banyak benda aku belajar dengan ride di bumi Laos..

 

DSCN8126

Tetiba datang lagi sorang..anak kecil perempuan tengah menggendong adiknya. Mulanya aku perasan..dia ni macam malu-malu. Berjalan kearah kitorg skit demi skit. Last2..sampai ler sini. Aku tak lepaskan peluang untuk amik gambiran diorg nih..

 

 

 

DSCN8127

Lihat saje cara anak kecil perempuan menggendong adiknye..mungkin ini cara diorg kot? Berjalan di tempat yang sejuk dengan hanye berselimutkan tuala je beb. Sadis aku tengok aiiih..

Diam tak diam..hari dah semakin senja. Perjalanan kitorg ade lagi berbaki kira-kira 35KM lagi. Jam dah menunjukkan pukul 6.00ptg waktu Malaysia. Harapan nak sampai Vang Vieng dalam waktu cerah agak nipis..

DSCN8128

Jadi, sebelum kitorg mengucapkan Selamat Tinggal kepada anak2 Laos ni. Sekeping gambiran aku rakamkan. Gambiran bersama-sama anak2 Laos disini ketika in ibakal menjadik satu kenangan manis buat aku..

 

..Selamat tinggal anak2 Laos..mungkin satu hari nanti kita jumpa lagi disini…”.

Bile tu?? Ontahh la jangggg oii..

 

Tayargolek bermula..

Sempat lagi melambai kearah mereka sebelum..bayangan anak2 Laos tadi hilang dari pandangan..

DSCN8129

Perlahan-lahan meninggalkan diorg tadi. Fokus pada tunggangan pulak sambil2 capture gambiran on the bike. Griffin dengan pantas dah jauh didepan..

 

 DSCN8130

..jalan dah mula lurus. Ini macam kalu..boleh ler speeding skit. Tapi peluang tu aku gunakan sekali sekala jer sebab banyak tertumpu dengan gambiran on the bike

 

 

 DSCN8131

Melalui salah sebuah kampung. Kehidupan penduduk disini agak moden skit. Kebanyakkan rumah-rumah disini adalah rumah batu..tak seperti penduduk dikawasan gunung.

 

 DSCN8132

Suasana semasa melalui kawasan kampung..

 

 

 DSCN8133

Walaupun boleh memerah throttle time ni..tapi aku lebih prefer santai2 sambil melihat scenery matahari terbenam. Memang cantik pemandangan time ni. Camera ni mungkin tak menunjukkan pencahayaan yang sebenar..tapi boleh laaa. Ini jer yang dapat aku amik..

 

 

 DSCN8134

Penduduk kampung yang baru balik dari sawah/ladang..dengan menunggang ‘tractor’ yang diubah suai menjadi pengangkutan..

 

 

 

DSCN8135

..terlambat skit capture. Lembu-lembu ni sebenarnya baru jer menyeberangi jalan. Balik ke kandang ler ape lagi..hari dah petang.

 

 

Di saat ni..takde bende lain yang aku fokus..layan pemandangan petang + amik gambiran. Inilah ‘journey’ yang cuba aku cuba kongsi bersama..

 DSCN8136

Disebalik pemandangan gunung-gunung didepan tu..kelihatan penduduk kampung tengah layan main sepak takraw. Aktiviti riadah diwaktu petang..

 

 

 DSCN8137

..view gunung. Gambiran kureng memuaskan skit..tapi OK laa kan?

 

 

 DSCN8139

Jarak antara aku dengan Griffin agak jauh time ni. Tapi no worries..Griffin paham cara aku. Kalo aku slow..means aku tengah amik gambiran ler tu.

 

 

Kira-kira pukul 6.40 ptg..

 

DSCN8140

Aku nampak Griffin memberhentikan motor nyer. Eh..ape kes? Owhh..amik gambiran ler. Aku cakap terus terang la yer..bile korang ride ke Laos satu hari nanti..aku jamin tangan korang nanti asyik nak petik camera jer! Kalo boleh..semua tempat nak amik gambiran..

 

 

 

 

DSCN8141_2

Tengok ler view dari arah belakang kitorg… memey superb!!

 

 

 

DSCN8141 

Griffin capture scenery..aku capture moment. Fair la kot..hehehe. Then, kitorg teruskan semula tayargolek ke Vang Vieng yang hanya kire-kire 35KM jer lagi..

 

 

DSCN8142

Sinaran cahaya matahari mula kelihatan diwaktu ini. Dari sini kite dah boleh nampak cahaya matahari yang terlindung disebalik gunung..

 

Suhu masih lagi sejuk..tapi takde ler sesejuk masa dipuncak gunung tu. Ok..ok laa..

 

 

DSCN8143

gambiran demi gambiran aku capture. Biar abis bateri..yang penting dapat amik gambiran on the bike..

 

 

 DSCN8144

Cantik banget ni..

 

 DSCN8145

Aku sangkakan jalan yang lurus akan berterusan..tapi jalan berliku sudah menunggu didepan beb.

 

 

 DSCN8146

Speed limit 30kmj sahaja..

 

 

 DSCN8147

Sekali lagi kitorg dihadiahkan lagi dengan jalan menuruni bukit + ber’corner’. tapi nasib baik laa struktur jalanraya nya cantik..so layan jer corner tu perlahan-lahan. Kengkadang terperah jugak ‘throttle’ ni..

 

 

 DSCN8148

Motor nak layan corner..tapi mata dok ushar2 lagi bukit2 kat tepi ni. Aishhh! macam mana ni…

 

 

 

DSCN8149

Ini yang aku nak share moment kat sini.  Perhatikan sinaran matahari mcm ade satu garisan kat atas bukit tu..ini yang aku citer semalam. Nice kan?

Dalam dok layan sinaran matahari tu..tetiba ade plak sebuah bas ni buat U-Turn!! Terkojut den..

 

 DSCN8150

Aku rasa..pelancong2 tu tak jadi pegi Luang Prabang la..sebab tu driver bas tu U-Turn balik..

 

 

 

 

DSCN8151

nampak mcm ade pasar..! Pasar gunung?

 

 DSCN8152

Susana dipasar limau dibawah kaki bukit. Tapi nampak macam banyak buah limau je semua kan? Pelik ahh pasar ni. Kalo lah ade jual nasik goreng kampung ke..murtabak ker..nak jugak aku berhenti jap..hehehe. Lapo siot..!

 

Sehinggalah beberapa KM dihadapan..kitorg telah berada betul2 dibawah gunung/bukit batu kapur yang tadinya cuma nampak dari jauh jer.

 

Jom..

 

DSCN8153

Sekarang..kitorg betul2 berada dibawah kaki gunung/bukit batu kapur. kalo korang ingat masa mula-mula tayargolek meninggalkan anak2 Laos..aku rasa inilah tempatnye. Indahnye ciptaan Tuhan..

 

 

 

DSCN8155

..dah macam batu kapur kat Ipoh jer?? hikhikhik

 

 

 

DSCN8154

Moment kat sini tak berakhir mcm tu jer..seboleh-bolehnya aku nak gambiran perjalanan ala-ala ADV rider jugak. Tapi..alamak! senget pulak! Susah nak amik gambiran time ni sebab berada diatas rumput di bahu jalann..

 

 

One more time bro..!

 

 

DSCN8156

Kat sini jugak angle yang sesuai. Tengok gambiran aku (kat side mirror tu)..siap tersenget2 dah wei..

 

Settle jer gambiran..aku bg signal kat Griffin untuk bergerak…

 

DSCN8159

Mula speeding..untuk kejar masa skit. jarak ke Vang Vieng kire-kire 25KM lagi. Tapi kalo condition jalan mcm ni..rasa-rasanye 10 minit boleh sampai kot? :D

 

Tapi baru je puji skit pasal jalan..tetiba condition jalan terus berubah. Jalan yang cantik bertukar ke ‘off-road’. Tu yang aku pelik jalan kat Laos ni..berturap sikit lepas tu ‘off-road’..dan mcm tu ler seterusnya. Masalahnye ‘off-road’ tu lebih panjang beb..

 

no gambiran on the bike..letih beb!

 

The way to VangVieng

At last..aku stop sekejap didepan signboard yang menunjukkan jarak ke Vang Vieng kire2 20KM lagi. Tapi pukul berapa nak sampai…kite tengok jer lah nanti. Ok..aku nak simpan camera. Tunggu kitorg sampai nanti eh..

 

Dipendekkan cerita..

 

Kitorg sampai di pekan Vang Vieng kire-kire 7.40 malam waktu Malaysia. Bayangkanlah beb..20KM mengambil masa dekat 40minit!! wal laaau weehhhh..! Imagine la jalannye mcm mana..

 

DSCN8161

Pusing-pusing mencari hotel/guesthouse. Atlast kitorg ke ‘Mountain Reverview Guesthouse’. Tak kisah la mcm mana hotel ni..yang pasti kene ada secure parking.

 

 

 

DSCN8162 

Inilah bilik yang kitorg dapat dengan harga USD12. Ok laaa..janji boleh Zzzzzzzzzzzzz..sudaaa!

 

Lepas mandi..masa untuk makan le pulak. Lapo ni..bukan main2 punye lapo!

Dari guesthouse ke restoren Halal..cuma beberapa meter jer. So kitorg jalan kaki jer lah. Tapi dia punye sejuk kat sini..mak aiiih! malas nak citer laaaa…tak sabo nak kene Nescafe panas.

 

DSCN8164

Nazim Restaurant – Indian Food

 

 

 

DSCN8163

Ini je yang kitorg tau kedai makan Halal di Vang Vieng. Nampak menarikss..jom ler kite!

 

 

DSCN8168

antara pelanggan yang makan kat sini.

 

Tak citer banyak…terus amik menu + order makanan. Kalo cepat siap lagi TERBAIKKK..! lapo tahap kebulur dah ni..

 

DSCN8165

Tapi sebelum tu..kite ushar skit keadaan + suasana di Vang Vieng ni. Ape yang aku nampak memey ramai pelancong asing kat sini. Agak happening..sebab banyak pub, bar dan kedai makan disepanjang jalan ni.

 

 

 

DSCN8166

Yang mabuk..yang ‘high’..bunyi muzik dari bar yang berdekatan..mcm perkara biasa je kat sini..

 

 

 DSCN8167  

Yang tengah tebar roti canai pun ade..hehe. Tapi..aku tatau ler tahap halal nye. Tengok boleh..beli dan makan TIDAK sama sekali.. ;)

 

 

IMG_2404-1

salah satu adegan ‘sparring’ yang sempat Griffin capture. Mamat 2 orang ni memey bengong laa..dah ‘high’ tu satu hal ler. Ni dok bergaduh kat tengah2 jalan..tak pasal2 jalan jadik jem sekejap. Bongokss!! mengganggu orang lain daa..

 

 

Lantak diorg lah..nak jadik ape pun. Yang penting makanan dah sampai..aku nak makan dulu.

Jemput ler makan kalo tak malu.. :D

 

DSCN8170

Makan yang simple..janji kenyang. Tapi yang penting..minuman wajib kene air panas..

 

 DSCN8171

Mutton samosas..sedap ke bro? Burrpp..!

 

 DSCN8172

Nasi Goreng Daging..

 

Kitorg lepak kat restoren ni hampir 1jam 30 minit. Dah cukup lama dah tu..air panas bercawan2 dah..hehe

 

Masa untuk balik ke hotel..masa untuk Zzzzzz..

  IMG_2403 

Sempat lagi capture gambiran on the way balik ke hotel. Jika dibandingkan dengan 2 tempat sebelum ni (Luang Namtha dan Luang Prabang), rasanya Vang Vieng antara tempat yang paling meriah..

 

 

IMG_2402

Suhu semakin sejuk..perghhh! terketar2 gigi dah ni..berjalan pun dah tak betul beb.

 

Tido time lepas makan..memey terbaik!! ni ler yang kitorg nak buat lepas ni..ZZZZzzzzzzzzzzzz.

 

So mcm mana? enjoy tak dengan story pada hari ke-7 ni? Pengalaman meredah 235Km dalam masa hampir 12 jam!! Phiewww..! Ini lah Laos beb..LAOS!!

Aku rasa..hari ke-7 antara yang paling banyak moment. Tu pasal aku buat sampai 3 episod..hehehe. Ape2 pun aku harap korang dapat feel ape yang aku cuba sampaikan sepanjang ride di hari ke-7 ni.

 

Esok, akan bermulanya hari ke-8 dalam siri 4 Nations Ride. Seperti yang aku janjikan..kite akan sama-sama saksikan pemandangan ‘limestone’ yang dikenali sebagai ‘Karst’ pada esok pagi. Memang cantik..!

..dan kalo nak tengok ADV Rider beraksi di jalan ‘off-road’..sama-sama kite tunggu sambungannye nanti..ok!!

 

Jumpa lagi..

 

Adios,

Han

2 comments:

MrAgnespuding said...

Sodap ka nasi dia bro? Teringin gak nak rasa, maklumlah pokcik biasa jugak makan benda2 exzotik nih....haahaha. ( Skala 1-5 )

TayarGolek.Com said...

MrAgnespuding - nak kata sedap..sedap lah kot kalo kat LAOS. Nak compare dgn Malaysia tu agak jauh ler sedapnya. Tapi..OK laaa..janji kenyang...janji kene nasik :D

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com