You Are Reading

13

Kembara Bumi Suci 2 ‘Flag Off’

TayarGolek.Com Monday, April 23, 2012
Yoooosssshhh...!

Salam Sejahtera semua..


Program Kembara Bumi Suci ke-2 2012 telah pun bermula sabtu lalu. 12 buah motorsikal "Dual Purpose" dan 2 buah 4x4 dengan jumlah 20 orang peserta (termasuk 3 wanita), para peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2 telah pun memulakan perjalanannya pada 21 April 2012 pada pukul 9.30 pagi. Dengan ini, bermulalah misi Kembara Bumi Suci 2 ke dari Kuala Lumpur ke Mekah yang dijangkakan tiba kira-kira 63 hari perjalanan sejauh 20,596km.

Majlis pelepasan (Flag Off) peserta Kembara Bumi Suci 2 telah berlangsung di Two Wheel Garage (TWG), Glenmerie Shah Alam.

Jom kite ikuti serba sedikit 'moment' dan perjalanan majlis pelepasan peserta Kembara Bumi Suci 2 pada 21 April 2012 versi TayarGolek.Com.

Sekitar jam 8.00 pagi.

Aku sampai di TWG pukul kira-kira 8.00 pagi. So far tak ramai lagi yang datang..ape yang aku nampak hanya ahli2 keluarga dan saudara-mara terdekat para peserta Kembara Bumi Suci 2. Berikut adalah sebahagian 'moment' ketika ni..




 IMG_8142

 Salah sorang staff TWG (Ijam) mengarahkan agar motorsikal disusun cantik bertentangan dengan bangunan TWG.



Tak lama lepas tu..kemunculan  beberapa buah motorsikal Klasik  "Royal Enfield"  tiba diperkarangan TWG.

IMG_8143
 

IMG_8144

 
IMG_8145

IMG_8150

3 buah "Royal Enfield" dengan Nombor Pendaftaran lama..


 2 buah Can-Am Spider yang telah di'parking' dijalan utama bakal mengiringi para peserta KBS2 nanti..

 IMG_8146

 IMG_8147

IMG_8149
 

IMG_8151

IMG_8148

Kedua-duanye lengkap dengan stiker penaja - DRB-HICOM





 IMG_8152

 ..dan inilah salah satu 4x4 yang bakal mengikuti Konvoi Kembara Bumi Suci 2 nanti..



  IMG_8155

Bro Rizam tengah amik 'mood' sebelum berlepas beberapa jam lagi..



 IMG_8153

Salah seorang peserta yang menunggang Kawasaki Versys iaitu Bro Jaya sedang membuat persiapan terakhir. Tak tau ler ape lagi yang nak disumbat dalam tong tu..




IMG_8182 

Setiap motor peserta mempunyai nama & jenis darah masing-masing..





IMG_8156

 Yan (staff TWG) memey gigih membantu Bro Jaya.."beso pahale bantu org nk gi Mekah ni Yan.." :)





IMG_8157

Antara motorsikal ketika ini..RED VERSYS mesti kene amik gambiran dia maa..



IMG_8158

4x4 dah siap parking..senang nak tayargolek nanti.





IMG_8140

Bro Jaya bergambiran bersama isteri, anak dan saudara-mara yang turut hadir pagi tu..

~Pendaftaran ~

Kaunter pendaftaran dibuka kepada semua yang hadir.

IMG_8160

 Antara rakan2 Bikers yang tegah asyik menulis nama atas kertas..


 IMG_8161
 Ade 3  pilihan.."Guest", "Sponsor" dan "Media". Pilih jer mana2 berkenaan.. :). Dalam kes ni, aku diarahkan supaya mendaftar sebagai Media. 



p/s: belasah jer laa..media tak media beb! Dapat gift dari TWG. Nanti ler aku tunjuk..


~Breakfast~

Sarapan pagi turut disediakan untuk semua yang hadir untuk memberi sokongan semangat kepada semua. So, yang belum sarap..silakan..

IMG_8165

IMG_8162

  IMG_8163

IMG_8164

 IMG_8166




Ok..kite tinggalkan dulu diorg yang tgh busy  amik makanan nih..

IMG_8167

Hari semakinn cerah..jumlah motorsikal semakin banyak. Sekarang baru pukul 8.30 pagi..






IMG_8168
 
 Bro Rizam dan isteri..




IMG_8170

 ..dan bersama keluarga..





IMG_8171

Tetamu + ahli kelaurga peserta Kembara..




Keadaan semakin rancak apabile..sebuah demi sebuah motor peserta KBS2 telah mula  berada di tempat yang dikhaskan. So, masa ni boleh nampak secara 'Live' keadaan motor Pengembara bertaraf "Overlander" + "ADV Rider". Sesuatu yang harus kita banggakan sebagai Anak Malaysia..!

IMG_8172

 Suzuki V-Strom..satu2nya motor Suzuki yang mengikuti KBS2.



IMG_8173 

 ..wajah tenang Dato' Syed ketika ni..



IMG_8175  

 Can-Am...motor 3 roda. "ehhh..aku baru perasan daa..Are-Nim ADV Rider..tgh catwalk " :)





IMG_8178

Dato' Syed & Iskandar (Pengacara KBS2) 


p/s: Bro Iskandar suda potong rambut daaa..tapi tak pe, itu bukan masalah besar. Yang penting, Bro Iskandar dapat mengacara program ni dgn lebih baik lebih-lebih lagi bila dia sendiri turut menunggang motorsikal.


IMG_8179

Persiapan terakhir..




Ketibaan Ketua Ekpedisi "Kembara Bumi Suci 2"..


IMG_8186
 
 ..Abg Man selamat sampai diperkarangan TWG.



IMG_8189

Kemunculan Abg Man yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta dan tetamu dan disambut oleh staff TWG (Ijam)





IMG_8190

 Media & Jurukamera rasmi KBS2 (MK)..termasuk aku jugak ler terus menyerbu untuk mendapatkan gambiran exclusive.









 ~Motor Peserta KBS2~

Antara gambiran2 motorsikal para peserta KBS2 yang sempat aku amik..

IMG_8180

IMG_8181

Suzuki V-Strom kepunyaan Dato' Syed Moheeb.. 

IMG_8201



IMG_8202

IMG_8191

Motor yang bakal ditunggang oleh Abg Man (Azman Baharuddin) - Ketua Ekspedisi.



IMG_8203

Motor Hatta (Ustaz)


IMG_8204

 Motor Bro Hismal..



IMG_8205

 Antara saat-saat membuat persiapan terakhir sebelum perjalanan bermula..





IMG_8184

Ini pula..motor yang bakal ditunggang oleh Bro Iskandar (Pengacara Program KBS2)




IMG_8185

WaziBoyz..



IMG_8242
 
IMG_8243

Motor Pok Teh (Affendy) 




Lain-lain gambiran..suasana pada pagi 21 April 2012.


  



IMG_8195

 Kapten Nik (Jobless Wanderers) pun ada bersama geng BMW Motrorrad. Nanti nak jumpa dia jap..selalu baca cerita ride jer..



IMG_8196

IMG_8200
Kehadiran tetamu & rakan2 Bikers mula nampak lebih ramai & meriah.



IMG_8197

Yan aka Yan Joe..sibuk menguruskan hal2 para peserta.




 IMG_8198

Ni dia Kapten Nik (2 dari kiri)..aku sempat bersalaman dan bertanya khabar..








IMG_8206

..semakin ramai..dan ramai..!





IMG_8213
 

IMG_8214

Berpuluh-puluh motorsikal berkuasa tinggi pelbagai kategori mula membanjiri perkarangan TWG..


 
IMG_8215
 
 ..yang ada mungkin menggunakan kesempatan ini untuk bertemu rakan2 sepermotoran..




IMG_8216



IMG_8207

Bersembang dengan Bro Rizam & Bro Iskandar time ni..last2 tercapture gambiran kitorg ber-3..amik berkat kot?? :)




IMG_8208

Maznah Zolkifli (MZ) & BMW Motorrad 



IMG_8211

Sempat jugak bersalaman dan bertanya kabo especially sembang skit pasal Ride Tour De Peninsular bersama BMW Motorrad baru2 ni..


IMG_8212

..gambiran lagi..





IMG_8220

 ..opps..ada request bergambiran! Gambiran bersama Presiden TM Bikers iaitu Abg Saufi (sebelah aku)



IMG_8222

..dan lagi..





~Temuramah~



IMG_8209

Sesi temuramah bersama Abg Man oleh Ketua Editor Utusan Malaysia ( harap betul tittle tu)





IMG_8210






Ape lagi nak stori ni? hmmm..ape kata kite masuk dlm TWG jap..

IMG_8217

 Inilah peta/route rasmi KBS2 yang bakal dilalui selama 63 hari merentas 12 buah negara..






~Taklimat Ringkas~

Jam hampir pukul 9.00 pagi..persiapan demi persiapan terakhir masih dilakukan. Sementara itu, bermulalah ucapan dari Abg Man selaku Ketua Ekspedisi "Kembara Bumi Suci 2".

IMG_8218

Sedikit kata2 ucapan pembukaan "Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Bumi Suci 2" dan ucapan Terima Kasih buat semua rakan2 yang hadir bagi memeriahkan & memberi semangat kepada semua peserta..

" ..saya sebenarnye nerves jugak ni..tapi buat2 tak nerves. Nanti kalo saya tunjuk muka nerves..diorg yang ikut ride ni lagi la panik.." antara kata2 Abg Man pagi tu..





IMG_8223
 
 Abg Man mengarahkan semua peserta supaya berada dihadapan untuk briefing ringkas..






IMG_8224

Semua peserta KBS2 telah berada didepan..






IMG_8225

 IMG_8226

IMG_8227

 Antara taklimat yang disampaikan adalah berkenaan tempat2 berhenti rehat/isi minyak..konvoi akan diiringi oleh Polis Trafik. Manakala rakan2 Bikers yang ingin berkonvoi mengiringi peserta KBS2 nanti boleh mulakan konvoi masing2 selepas sahaja kereta Polis Trafik terakhir bergerak mengiringi konvoi KBS2..







IMG_8228

"1st stop kite akan berhenti di R&R Simpang Pulai..so dari sini kita akan menggunakan H/way Guthrie - PLUS h/way. 2nd stop di R&R Juru..kemudian kita akan berhenti di sebuah masjid di Changlun..disana akan ada satu majlis yang akan menyambut kehadiran para peserta KBS2. Di jangkakan tiba di border kire2 pukul 3.00ptg..InsyaAllah. Jadi, rakan2 yang ingin turut serta mengiringi konvoi..harap dapat menjaga keselamatan masing2.." serba sedikit penerangan  dari Abg Man.







~Bacaan Doa~

IMG_8229


IMG_8230

  ..sebelum memulakan kembara, saudara Hatta aka Ustaz membacakan doa agar diberikan keselamatan & dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan nanti.






IMG_8231

Sama2 kite doakan agar selamat pergi & balik + sabar dgn dugaan2 yang mendatang..Amin.



 Selepas jer habis bacaan doa tadi..bermulalah perasaan sebak para peserta terhadap keluarga tercinta masing2. 63 hari bakal meninggalkan keluarga..menempuh perjalanan sejauh 20,596km..


 Kita saksikan 'moment' ini..

IMG_8232
 
IMG_8233
 
IMG_8234




IMG_8235



IMG_8237

Bro Hatta (Ustaz) bakal memegang tanggungjawab seperti yang dipegang oleh Ustaz Nahrawi (KBS1)




IMG_8238

"..mencari Iman dan Ilmu.." - ni yang dapat aku capture di motor Bro Jaya.




IMG_8239




IMG_8240

..masih dikerumuni oleh keluarga & sanak saudara..





IMG_8241

Beginilah keadaannye waktu ini...masing2 bertambah sebak apabila laungan Azan berkumandang. 

p/s: aku memula ingat yang Azan time tu..terputus-putus suaranya (tanda sebak). Rupa2nye..sound system problem la bro..






IMG_8244

Cool bro..Hatta cuba menenangkan diri sendiri. Hanya dia je lah yang tau perasaan time tu..





IMG_8246

 ..untuk meng'cool'kan keadaan & perasaan Bro Hatta..kitorg ramai2 bergambiran jap..amik berkat kata diorg nih.






IMG_8247

 ..dan ramai lagi rakan2 yang nak bergambiran. Terutama rakan2 VOG (Versys Owner Group)






IMG_8248

 Aiiit..! camner si Fahmi boleh terselit dalam gambiran ni?? Owhh..rupe2nya Bro Jaya ni adalah suami kepada Makcik dia. Kire Pakcik Fahmi la erk..





IMG_8249

 Debaran..demi debaran..!




 
IMG_8251

Antara peserta KBS2 yang lain..





IMG_8254

 Bro Hismal & Family..




IMG_8255

Kata2 semangat yang turut diberikan oleh Bro Hadi (IAMALAYSIAN) kpd Iskandar..



 Debaran bermula...
..

IMG_8256

Dato' Syed Moheed mula bersedia diatas V-Strom yang bakal ditunggang sekejap je lagi..






IMG_8257

 Wajah Abg Man..disaat2 akhir sebelum memulakan tayargolek..




..inilah moment yang sempat aku rakamkan. Abg Man bersama keluarga..




 IMG_8259

IMG_8260

 Walaupun sebak..perjalanan tetap perlu dimulakan..




IMG_8261

Bersedia untuk melepaskan konvoi Kembara Bumi Suci 2.. 





~Flag-off..Kembara Bumi Suci 2~

IMG_8262

 Flag-off..Kembara Bumi Suci 2 bakal bermula bile2 masa jer lagi..






IMG_8264

Jurugambar mula bergerak untuk mendapatkan posisi/sudut terbaik peserta KBS2 nanti..




IMG_8265

 ..kitorg masaih lagi menanti saat atau detik yang ditunggu2..




IMG_8266

Ramai..masing2 menunggu Ketua Ekspedisi untuk memulakan perjalanan..


Kite tunggu lagi..

IMG_8267




..gambiran demi gambiran aku capture. Takpe biar habis filem pun tak pe..janji aku dapat semua gambiran setiap detik..huhu

IMG_8268



IMG_8269-001

 ..semua peserta dah pun bersedia..





  IMG_8270

..3...2..1...



Kembara Bumi Suci 2 ..bermula..!



 IMG_8271

Maka bermulalah misi Kembara Bumi Suci 2 (2012) tepat jam 9.30 pagi..



 KBS2 Azman

Abg Man dah pun mula menggolekkan tayar motornya..

 



 
KBS2 Dato Syed Maheeb

 Diikuti oleh Dato' Syed..



  KBS2 Jaya

Bro Jaya..



 KBS2 Iskandar

.. Bro Iskandar..



 KBS2 Hatta

..diikuti oleh Bro Hatta..



 KBS Affandy

..diikuti pula oleh Pok Teh..



 KBS2 Hismal

 ..bro Hismal pulak..


 KBS2 Firdaus

 ..Bro Firdaus selaku Ketua Penerbit Produksi Program KBS2.





 IMG_8281

 ...Kapten...(lupe la nama)



 KBS2 Musa
  
...dan Bro Musa..



 IMG_8283

..maka semua peserta yang menunggang motorsikal dah pun selamat berlepas.


 ..dan yang terakhir..

 IMG_8286

 satu2 peserta yang membawa 4x4 ketika ini..



 KBS2 Rizam

Bro Riza, & MK (Cameraman rasmi KBS2).




 IMG_8291

...begitulah lambaian terakhir disini sebelum perjalanan diteruskan..


Begitulah berlangsungnya majlis "Flag-Off" Kembara Bumi Suci 2 yang telah berjalan dengan lancar pada Sabtu lepas di TWG, Glenmarie. Aku harap..korang dapat melihat serba sedikit bagaimana keadaan  pada pagi tu walaupun mungkin hanya sebahagian jer. Tapi ok la kot kan..dari takde langsung.. ;)


Ok..aku nak bersiap2 untuk mengikuti konvoi mengiringi peserta KBS2. Jumpa lagi sambungannya selepas ni di R&R Simpang Pulai..

Adios,
-Han-

13 comments:

ex offc said...

ingtkan lu follow KBS2 bro.,...hehehehh

mzamemiya said...

Salam bro han...teman cuma nak bertanya klu bro han tau le..ni berkaitan dgn can-am spyder tu ler...klu nak bwk trike tu kena ada lesen B full @ lesen C (Roda 3)..seyus ni bro.saje nak tau...TQ

TayarGolek.Com said...

ex offc - niat dalm hati je la :)

TayarGolek.Com said...

mzamemiya - B full rasanya. Yang dimaksudkan lesen roda 3 tu yang mcm 'side car' kot..hahaha..kot laa

MrAgnesPuding said...

Sebenarnya besar pengorbanan mereka, dari segi masa, family, fizikal, duit dll. Patut anak muda mencontohi dan jadikan tauladan. Walaupun ada rintangan dan dugaan semasa perjalanan, semangat yg ditonjolkan oleh peserta memey tinggi (chit! memey pulak ). Apapon terima kasih pada wakil MEDIA ( bro Han ) kerana liputan yg ringkas tapi padat. Patutlah aku termakan racun angkat V dulu.......keep it up bro.

Anonymous said...

Marvelous report, patot lah register atas tiket media. :), Lepas ni kena produce TShirt TG.com plak bro..

TayarGolek.Com said...

MrAgnesPuding - liputan yg tak seberapa bro.Waahahaa..saya memey tak racun sape2 -akai V bro.. :P.

*Media tiruan jer

TayarGolek.Com said...

credit2u - Dah lama dapat Idea nak buat t-shirt TayarGolek.Com. Saya boleh bagi design yang simple + Adv + sememeynye nice ikut citerasa aku, bile t-shirt siap aku bagi free selai..ada bran?

ABie said...

hans.... aku nak tsert free gakk.... hihihi :P

p/s : sapa x mau barang free :D

Aku dah nekad lepas nie nak cari adv bike gak kot.... :P nanti aku bgtau hang kalau aku nak cari bike. Lanie dok luar lagi payah cerita.

TayarGolek.Com said...

Abie - adv bike? au tau motor ape hang nak amik? kekeke. Tunggu hang balik Msia dulu laa..nanti stori de mori panjang2..

TayarGolek.Com said...

Maaf..comment terkini terpaksa didelete demi menjaga sensitivity org lain. sekian

Anonymous said...

now, its our vespa team turn ride to mekah... In sya Allah... 0176169640 along Samudra Melaka

Unknown said...

Hello, Permohonan Pinjaman
Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
Tawaran kami sebanyak $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00 juga memohon maklumat lanjut
{Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
NOMBOR TELEFON: =========== =============
Nama Puan Glory
Hubungi kami di email ini: gloryloanfirm @ gmail.comloanfirm @ mail.com Salam

Akaun yang lebih baik bagi syarikat-syarikat yang sah.

Balas

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com