You Are Reading

5

Kembara Mengejar Sejarah 3: Kampung Orang Asli Mah Meri, Sg. Bumbun

TayarGolek.Com Sunday, May 13, 2012

Yooosshhhh…!!

 

Dah tinggal satu episod jer lagi stori KMS3 ni..pon terdelay lama. Episod akhir pulak tuh..!! Maaf la yer kengkawan..bile timing shift bekerje, memey aku tolak tepi pasal blog ni..:D

KMS 4 dah kuar tarikh tu..citer KMS 3 baru nak abis..hehehe.

 

Ok now..kite sambung balik.

On the bike dari Pantai Pulau Carey ke Perkampungan Orang Asli, Sg. Bumbun, Pulau Carey. Masa on the way ke Pantai (penghujung Jalan Pulau Carey) kitorg sebenarnya melepasi simpang masuk ke Kampung Sg. Bumbun. Tapi kene ikut plan mcm yang dirancang..sebagai destinasi terakhir KMS 3 di Perkampungan Orang Asli, Sg. Bumbun.

 

@ Perkampungan Orang Asli Mah Meri, Sungai Bumbun, Pulau Carey.

Rakan-rakan Kembara Mengejar Sejarah 3 (Selangor) dah mula masuk ke simpang yang aku citer tadi. So far perjalanan dari pantai ke sini tak mengambil masa yang lama. Jalan pun clear dan cantik..

 

DSCN1098

Simpang masuk utama ke Kampung Sungai Bumbun.

 

 

 DSCN1099

..dan kitorg datang dari sana tu..

 

Time ni tinggal aku sorang2..yang lain semua dah hilang.. :(

 

 

DSCN1100 

Cuba amik seberap banyak gambiran “on the bike” keadaan dan suasana jalan kampung Sg. Bumbun. “Jalan cantik beb..!”. Ade lagi simpang tiga kat sini..bile dah sorang2, tak on GPS, aku pun tak tau mana simpang kene masuk..hehe. Belasah jer laaa amik kanan..

 

 

DSCN1101

Wuhuuuuuu…sib  baik pilihan gua tepat beb! Tu haaa..ddiorg kat depan. Legaaaa..!

 

Cuaca panas (berapa kali daaa aku repeat perkataan ‘panas’ nih? hahaha)..tp memey panas..!, aku mcm dah tak larat beb nak amik gambiran ‘on the bike’ nih. Ikut hati..aku nak simpan camera je dah..hahaha. Tu pasal ler tak banyak gambiran beramai2 kali ni…huhu. KMS 4 harap2 OK! ;)

 

Tu selingan jer.. see! kan dah sampai..

 

 

DSCN1105

Ape yang korang nampak ni adalah Pusat Kebudayaan Kampung Orang Asli, Sungai Bumbun. Sebelum membuka melangkah atau program yang lain, kene masuk dalam dulu..bincang2 tentang program ..dsb.

 

DSCN1106

Gambiran motor2 KMS 3 @ Kg. Sungai Bumbun

 

 

 

DSCN1104

Semua dah siap parking..ok jom! kite masuk ke dalam. Aku pun tak tau ape yang ada kat dalam tu..ni kire 1st time nih.

 

 

 

DSCN1102

INFO: sape2 nak datang sini..boleh kasi roger itu nombor tu dulu. Jangan men miskol2 plak..! :P

 

 

 

 

DSCN1103   

Masing2 excited! Al-maklum ler..semua 1st time. Ni ler yang menariknye “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH”. Pengalaman demi pengalaman kitorg dapat dalam setiap kembara.

 

 

DSCN1107 

Benda pertama yang aku excited  adalah banner ni. Teringin nak tengok..satu lagi Tarian Orang Asli, kalo dapat tengok hari memey aku rasa, ini ler pengalaman KMS yang cukup unik.

 

 

~Kaunter pertanyaan~

 

Ikut plan, kitorg nak tengok Tarian Orang Asli, lepas tu tengok aktiviti membuat ukiran patung..lepas tu, tengok aktiviti menganyam tikar (kaum Perempuan). So, kite tanye satu demi satu pasal tu k..

 

jom..

 

DSCN1108

Nampak tak situasi skg? Soklan demi soklan diajukan di Kaunter pertanyaan tu. Jenuh gak minah tu nak menjawab..hehehe. Tapi ni lah masa terbaik untuk meluahkan perasaan atau soalan :P

 

Setelah soklan demi soklan ditujukan kat pekerja di Kaunter Pertanyaan tu..hasil jawapan yang kitorg dapat..mcm kat bawah ni. Fasih minah tu berbahasa Melayu…bunyik slang “KEY ELL” lagi tauu..hahah

 

 

1) Tarian Orang Asli – tak available. Kebanyakkan penari2 berada di Sarawak (tour Tarian Kebudayaan). So..takde rezeki nak tengok daaa. Tapi, dia kata try jumpa Puam Maznah kot2 dia boleh cari penari2 yang lain. Ok nanti try tanye.

 

2) Aktiviti Ukiran Patung -  skg ‘show’ memey (tapi dia tak kata memey la..haha) takde. Yang boleh tengok skg cuma kat bengkel. Tu pun nasib..kalo ade orang, ade ler!. Hmmm..! semua mcm tak ready jer diorg nih.

 

3) Aktiviti Menganyam Tikar – pun tak available jugak. Reason dia bagi? ntahh..aku tak ingat ler..huhu

 

So, item #1 dan #3 memey terpaksa kene lupakan ler. Dapat tengok yang #2 pun jadik ler.

 

..lepak jap. Bagi time kitorg bernafas + bincang2..

DSCN1109

Ni antara ukiran kayu yang dipamerkan di kaunter pertanyaan..

 

Gambiran sekitar..

 DSCN1110

DSCN1111

 

 

DSCN1112

..ade jugak pelancong asing datang ke sini. Nasib yang sama mcm kitorg..takde ‘luck’. Sekali minah ni cakap London lah..terbeliak bijik mata kitorg. “fuhhh..cayalah! cakap London tu!” – tu aku dengar dari mulut Najib..hehe

 

Hampir 10 minit..kat sini, decision masih belum ada. Masing2 tunggu kata putus aku & Griffin. Last2..kitorg set mcm ni jer lah:

1. Masuk skit ke dalam kawasan kampung, ada bengkel mengukir patung. So, kite stop then tgk lah..

2. Try discuss dgn Puan Maznah (yg incharge pasal tarian). Kot2 dia boleh tolong dapatkan penari2..

 

Semua kata “OK…kitorg ikut jer!”. Haaa..itu mcm senang..

 

Jom! Kite pegi Bengkel mengukir patung kire2 50meter dari sini.

 

 @ Bengkel Mengukir Patung

DSCN1115

..dipendekkann citer, sampai dah kat bengkel ukir.

50meter pun bawak motor?

Perghh…50meter time ni kalo jalan kaki dah mcm berjalan 500KM beb..! giler ahh..! haha

 

 

DSCN1113

Nasib baik ade salah sorang kat sini..setidak-tidaknye boleh ler tengok ‘demo’ ukiran tu skit.

 DSCN1114 

Keadaan bengkel membuat ukiran patung..

 

DSCN1126

Ada 2 ukiran patung yang dah siap sepenuhnye. Aga2 korang berapa harge sebuah patung ukiran mcm kat atas ni?

haaah..! RM200? RM450??

 

 

 DSCN1127

..RM1500 beb..!

 

OK..sementara masing2 lepak sini, aku(Han)  & Griffin nak pegi jumpa Puan Maznah sekejap. Kot2 bleh dapat untuk aktiviti seterusnya.

 

 

 

~pegi rumah Puan Maznah~

Rumah Puan Maznah terletak berhadapan bengkel ukiran tadi. So kene menapak juga la beb..

 

DSCN1125

Antara beberapa buah rumah kampung disekitar kawasan ini..Syiokk! sebab redup dibawah pokok

 

 

 

DSCN1116

Katanye..rumah Puan Maznah berhadapan dgn bengkel ukiran. Ini kot..rumahnye?

 

 DSCN1117

Tapi..banyak pulak barang2 anyaman ni? Ishhh..! dah mcm citer “Indiana Jones” la pulak aihh..

 

Dipendekkan citer..dapat jugak bertemubual dgn Puan Maznah..

 DSCN1118

Ini ler Puan Maznah yang dimaksudkan..

 

Dalam perbualan kitorg, kitorg sekadar bertanya kot2 boleh tolong arrange untuk persembahan tarian Orang Asli. Puan Maznah kata “susah mau dapat yang menari sekarang ni. Ada kat sana..ada yang kat sini..ada yang pegi mancing. Kalo boleh kene buat appointment awal2..bulan 7 (Julai) ni ada ler..”

Takpa la no..memey takda rezeki.

 

Kitorg : “ Bile tengok tempat ni mcm tempat mengayam..takde aktiviti mengayam ke Puan” kitorg try lagi tanye..kot2 ade..hehe

Pn. Maznah: “daun pun baru jer nak disalai..belum ade aktiviti mengayam skg ni..

 

Takpe lah..dah takde nak buat mcm mana. So kite tengok2 ler tempat ni..jom!

DSCN1119 

Aku rasa ni bangsal untuk kaum2 Perempuan menganyam tikar. Eh..kat sinun mcm ade orang! ushar skit jom..

 

DSCN1121

Skg ni tengah dalam prosess salai daun Pandan. Lepas salai baru ler proses2 lain.

p/s: Gambiran diambil dgn keizinan tuan punye badan..

 

DSCN1120

Sebahagian daun pandan yang masih menunggu utk proses ‘salai’.

 

 

DSCN1122 

..dah berulat daun tu..! hehe..

 

ok lah..dah abis usaha dah, tp tak berhasil. Sekurang2nya dapat ler gambiran salah satu  proses membuat tikar Pandan :)

 

Patah balik ke bengkel ukiran tadi..letih ggak nak berjalan ni..

 

DSCN1123

..rumah kampung yang lain.

 

 

DSCN1124

..yang ni tak sure sama rumah atau stor. Tapi..nampak mcm rumah..

 

5 minit berjalan..fuhh!

..dah sampai bengkel ukiran semula.

     DSCN1128

..dan ini ukiran patung yang ke-2 yang dah siap sepenuhnye. Dah ready untuk dijual. Tak sape2 nak beli ke? huhuhu..

 

Lepak sekejap dalam 10 minit kat sini.. Pekena seteguk dua air..skit2 kerak teking..pekene sebatang dua, lepas tu kitorg decide utk beransur.

So skg nak makan kat mana?

Cadangan asal nak makan kat Warung Wak Dol Soto, Banting. Tapi..kitorg kena patah balik masuk Banting + redah town + traffic light. Lepas tu..nak patah balik ke Klang agak jauh.

 

Cadangan dibuka..! hehe

Makan kat Morib..! -  sama jer citer mcm makan kat Banting.

Last2 aku terpaksa tetapkan tempat..sebab taknak dok buang masa berbincang.

Kite makan at Klang ler..Restoren Sri Has. Amacam? korang nak makan nasi campur..soto..mee rebus..nasi lemak..semua ada. Amacam??”

Semua OK!! alrite..ni yang syiok bile semua mudah dibawak bincang! Memey korang ni terbaik laah!!

 

ok..5 minit lagi “on the bike”!

 

DSCN1129

Kasi chance diorg lepak jap..sebelum tayargolek ke Klang. Selamat menempuh traffic jam..! :D

 

 

DSCN1130

Last! kasi tengok betul2 skil mengukir tu..kang balik rumah nanti boleh buat :)

 

 

DSCN1131

Skodeng jap! kalo dah nama bikers..lepak  kat mana sekali pun, citer pasal motor memey takkan abis punyer. Ntah sape goreng sape ler agaknyer..kehkehkeh

 

Jadi, itu lah serba sedikit yang boleh aku share semasa di Kampung Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey ni. Sebenarnya, stori disini lebih kepada kebudayaan, cara hidup, kemahiran dan kepercayaan. Nilai sejarah..aku tak berani sentuh sangat. Mungkin tanye Dr.Google? hehe..

 

 

Cukup 5 minit, kitorg mula tayargolek meghala ke Klang – Restoren Nasi Lemak Sri Has.

Dipendekkan citer – aku dah off camera dah sbb dah takde kudrat nk amik gambiran..haha. Cukup laa kot..dah banyak dah gambiran diorg nih ;).

 

@ Restoren Sri Has.

Jalan agak sesak dari Teluk Panglima Garang ke Bukit Tinggi, Klang lebih2 di simpang ke highway KESAS. Tapi Alhamdulillah..masing2 semua selamat sampai di Restoren Sri Has hampir pukul 3.00ptg. Rasanya hilang 2-3KG berat badan hari ni..haha

 

DSCN1132

..sini yang best, makanan cepat sampai.

 

DSCN1133

Pulun bang..! pulun..! pekena mee rebus pun sodap..! AKu jer yang takde selera nak makan. Belasah..air panas jer 2 gelas..wihuuuuuuuu..!

 

So, kat sinilah penamat ride “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 3”. Lepas ni masing2 bersurai balik ke rumah.

So itu lah sebahagian atau beberapa % jer pengalaman KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 3 yang dapat aku share kali ini. KMS demi KMS..aku dapat lihat sambutan terhadap ride berbentuk ‘ilmiah’ + “tour” semakin mendapat sambutan baik. InsyaAllah, get ready untuk ride seterusnya nanti..

 

“..KMS 3 - Kembara yang simple..dengan jarak keseluruhan perjalanan yang hanya mencecah 200KM, tapi aku percaya, masing2 melalui pengalaman yang tersendiri. Pengalaman “tour” dari satu tempat ke satu tempat dengan menempuh laluan bandar yang sibuk, beberapa kali sangkut di traffic light..keadaan cuaca yang MEMEY panas luar biasa..menikmati pemandangan panorama di atas bukit..berdiri dihujung Jalan Pulau Carey..memasuki Perkampungan Orang asli..dan pengalaman-pengalaman lain yang mungkin tak dapat diceritakan…16 buah motorsikal berjaya mengharungi ride ini hingga ke penamat. TAHNIAH semua..!..” 

Tahniah dan Terima Kasih sekali kepada semua rakan-rakan TayarGolek.Com yang mengikuti ride ni..masing2 hepi, masing2 enjoy, masing2 excited dengan destinasi demi destinasi yang dituju. Kerjasama + sokongan orang semua  semasa KMS 3..memey aku hargai! InsyaAllah, kite jumpa lagi ride yang lain selepas ini..”

Kepada yang menghantar nama, tapi tak dapat join KMS 3..jgn susah hati, jangan sedih2..KMS 4 kan ade? Jom ler kite..hehe..

 

Dengan ini, aku tamatkan stori KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 3 : SELANGOR. Kite jumpa di KMS 4 nanti. Thanks for reading beb..!

 

Adios,

-Han-

5 comments:

Anonymous said...

Sronok kalau dpt join ride..mcm2 dugaan ado..den ni leh folo baca jela..motot xda..hehheh..
Mcm KMS1 bro2 yg folo ngelat nk masuk istanalama(takottttt)..hehhe,KMS2 plak byk tmpat ngn renovation n KMS3 plak ngn cuaca PANASnya..can't wait for KMS4 story

Anonymous said...

Bestttt ssgttt insy satu ari nti saya join ya...apapun... FT!!!!
Leen1737

Anonymous said...

Apa yg bestnya Leen1737?cer citer cer citer

TayarGolek.Com said...

Anonymous - InsyaAallah one day can make it ;). setiap KMS ade pengalaman2 yg tersendiri. Just wait & see kms4 stori:D

TayarGolek.Com said...

Leen1737 - ok no hal Leen. Kasi roger2 Johor Bikers nanti :)

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com