You Are Reading

7

Kembara Mengejar Sejarah 4: Stadthuys-Gereja Christ-Menara Jam Besar

TayarGolek.Com Thursday, May 31, 2012

 

Yooosshhhh…!!

Salam Sejahtera semua kengkawan..

 

Ape hal2 aku mintak sorry ler yer..sebab terdelay skit stori KMS4 ni. Al-maklum cuti sekolah skg nih..time ni ler kene apply VISA untuk ride2 yang akan datang ;)

 

Ride sehari jer..tapi nak berabih stori mau dekat 2 minggu nih..cam ner tu? Dgn masa yang tak berapa mengizinkan sgt..try update. Tak banyak skit pun jadik ler..daripada terbiar bersawang..

 

Kali ni aku nak stori pasal aktiviti “Rakan-rakan TayarGolek.Com” yng mengikuti ride KMS 4 @ Melaka. Kalo ikut plan asal, lepas je turun dari Bukit St.Paul tu..kitorg akan ke Muzium Islam Melaka. Nak masuk ke Muzium Islam Melaka walaupun cuma beberapa meter jer..kene bayar kot? Bab bayar tu bukan alasan utama..lagi pun aku tgk masing2 macam dah menggigil je lutut tu..last2 aku tukar plan.

“..So macam ni jer lah..muzium tetap muzium jer lah. Memandangkan waktu skg ni pun dah pukul 12 t/hari..aku rasa cadangan untuk Pekena Cendol Jam Besar tu memey terbaik..!! Jom ler kiter..!!

 

Automatik! automatik semua jadik SEGAR..! hahaha..diorg dah lama tunggu nak pekena cendol rupanya. Takpe ler..yang penting semua hepi & enjoy…tak gitu beb??? Tapi dalam perjalanan ke Gerai Cendol Jam Besar tu..kitorg boleh sambil2 melihat Stadthuys, Gereja Christ & Menara Jam Besar..

 

On the boot..!!

 

P1000324

Maka bermulalah sekali lagi “journey” dgn hanya menapak untuk pekena cendol Jam Loceng Besar, Melaka.

 

p/s: Dengar2 cerita, tauke cendol Jam Besar pun pakai motor besar..geng Suzy kot? ;)

 

P1000327

..nak kata jauh tu takde lah jugak..lebih kurang 100 meter kot dari port kitorg tadi. Ini ler kali pertama ride KMS..kitorg berjalan ramai2 dalam 1 group. Syiokkk wooo..! aku bukan ape..nak pastikan atleast setiap tempat masing2 ade..gambiran pun ade ;)

 

 

P1000326

Sementara nak ke gerai cendol tepi sungai tu..kitorg akan melalui salah satu pintu masuk ke Bukit St. Paul yg aku cerita sebelum ni.

 

 

P1000329

mcm ni ler keadaan time ni..tapi, diorg ni tak penat ke bawak helmet kesana-kemari? (hehe..gurauan dipagi Jumaat)

 

 

 

 

P1000331

..dan yang paling penting..amaran spt signboard kat atas ni “Anda kini berada di ZON MELAKA BEBAS ASAP ROKOK..”

 

 

@ Stadthuys, Gereja Christ dan Menara Jam Besar.

 

Seperti yang korang semua tau..3 bangunan ni memey terletak berdekatan antara satu sama lain. Dengan warna MERAH yang menyala..menaikkan seri & pemandangan Kota Melaka. Aku tak dapat nak cari info sangat time ni..sebabnye..errrr cendol Jam Besar dah memanggil-manggil tuuu..

 

Sedikit info sejarah tentang tempat ini:

 

Stadthuys

..Stadthuys ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore…”.

Sumber: Wikipedia bebas.

 

P1000333

Muzium Sejarah, Ethnogreafi Dan Sastera

 

 

~Christ Chhurch Melaka~

P1000345

P1000338

P1000339

Christ Church, Melaka yang dibina pada tahun 1753

 

 

 

 

P1000346

Balai Seni Lukis Melaka

 

 

 

 P1000340

Susana disekitar bangunan Gereja Christ. Banyak gerai2 yang menjual cenderamata/cenderahati..

 

 

 

P1000341

..penarik beca pun tak kurang jugak ramainya kat sini.

 

 

~Victoria Regina Fountain~

P1000342

P1000344

 

 

P1000347

P1000348

Victoria Regina Fountain yang dibina pada tahun 1837

 

 

~Menara Jam Besar~

P1000336

Masa kat Menara Jam Besar ni..aku nampak diorg semua berhenti kat situ. Hmm..mcm ade satu attraction jer. Kene ushar skit..

 

 

P1000334

..aku terlambat skit jer untuk shot gambiran Khai kat atas motor Retro ni. Mcm biasa ler..kene bayar kalo nak duduk atas motor tu + pakai uniform tentera.

 

 

P1000335 

Tajam betul brader tu merenung..! ade cerita disebalik renungan marhain brader tu. Korang esok jangan main simply amik gambiran org atas motor ni..sebabnye, ini adalah aset brader Askar tu. So, dia minta bayaran samada untuk duduk atas motor tu atau yang mengambil gambiran. Nasib aku baik..brader tu tak kata ape pun. Yang lain2..kene delete balik gambiran..kalo tak bayar jer ler!

 

So..Khai! wa dapat pic lu beb! amacam..? :)

Ok la beb…kite tinggalkan dulu stori pasal brader dgn motor army tu. Masa untuk pekena Cendol Jam Besar, yang memey famous kat sini.

 

 

 

P1000349

Oppps…sorry! tak sengaja..terpetik!

 

 

P1000351

..sepantas kilat diorg semua lesap dari pandangan. Tau-tau dah kat seberang. Adehhh..!

 

ok la beb..aku nak seberang jalan dulu, pastu cari port jap.

 

Nak tengak diorg pekena Cendol Durian..Cendol Ais Krim..yummm..yummm..!

Tunggu sambungannya selepas ni..

 

Adios,

-Han-

7 comments:

Alchemist said...

Yezzaaaaaaaaaaaaaaa,

Walawezzzzzzzzzzzz..mmg mencabar akal dan mindalah(mcm kuiz lak..)..yerla kembara merungkai sejarah..ingatkn ape yg nmpk tu dh tau ler sejarah tp rupe2nye ader yg tersembunyi lg..kenala korek dari org yg btol2 'ori' dari Melaka ni kan..tp ape2 pon selamat meneruskan 'on the boot' yer...chowsin !

**Alchemist**

Anonymous said...

Memang benar aper yang dikatakan pasal motor tentera tu....pernah satu ketika terkena dek penarik beca....asal nya dia panggil offer utk bawak pusing2 sekitar Pusat Bandar....menolak sbb harga charge asalnya agk tinggi....kemudian, terdetik utk ambik gambar ngan beca...dengan senyum dia izinkan....tak sebut pun pasal bayaran.... lepas settle jer posing, dia pun mintak bayaran...RM15 sekali kene...huh !!! mmg nyata la klu dh sampai tempat sejarah nie, DUIT SESAJER....!!!!

TayarGolek.Com said...

Alchemist - yooosshhhh..! byk lagi yg tersembunyik bro. Silap2 dalam sungai tu pun banyak lagi harta karun kot?..

TayarGolek.Com said...

Anonymous - pergh..amik gambiran sekali kene rm15?? memey masuk sejarah ler bro..hehe.

p/s: kene pakai lense panjang le lepas ni. Purak2 posing depan beca..pastu mmbr shot dari jauh :P

Alchemist said...

Yezzaaaaaaaaaaaaaaz,

Mnrla tau kannn..nk skit..nk skitt..kalu btol la dlm sungai tu ader kann..tp mmg tau kalu diamati sambil pelajari ssuatu sejarah tu dgn teliti pasti ader yg terungkai misterinye ataupon kisah sbenarnye..mmg terBAEK...okla chowsin !

**Alchemist**

khai said...

helmet ori zaman penaklukan tu .....tp melayang rm5,bro han leh ganti blk kut hehe

Tok Kebayan said...

Huhuhuhu kalo kena bayo gambar moto klasik tu baik Tok zoom dari jauh. Dia takleh tuduh ambik gambor moto dia. Claim je ambik gambo amoi sebelah.

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com