You Are Reading

6

Kembara Mengejar Sejarah 5: Masjid Terapung

TayarGolek.Com Thursday, August 30, 2012
Yooosssshhh...!

Salam Sejahtera semua..

Wahhh..! banyak dapat jemputan open house minggu ni. Tapi timing tak berapa cun sangat sebab bertugas. So, tak dapat nak menghadiri semua jemputan. Sape yang berkelapangan untuk hadir..dipersilakan. Info jemputan OPEN HOUSE - sila ke https://www.facebook.com/TayarGolekCom


Ok..kite sambung lagi "journey" kite ke Kuala Terangganu. Sambil2 makan tart nenas tu korang blh le baca stori ni..hehehe

 Episod yang lepas..ramai yang menyatakan "perasaan jeles yg amat menebal di sanubari diorg" bile tengok gambiran kitorg bergambiran ditepian pantai yang indah tu. Tapi tu le hakikatnye..masa tak boleh diundur, kecuali kite repeat ride ;)

Dipendekkan citer, agak puas dah kot berehat2 ditepi pantai sambil ditiup angin pantai yang....hmmmmm malas nak citer lebih2..hehe. Kitorg ber-7 (aku(Han), Adi, Zaimi, NoorVFR, Aziz RB, Akmal & Griffin) mula menggolekkan tayar ke Masjid Terapung. Kang lepak lama2 kat sini..kesian pulak diorg terapung menunggu.


Tayargolek time..!




DSCN1007

Perjalanan bermula..dah cukup rehat + dah pekena air seteguk dua..baru ler ade segar skit badan.



 


DSCN0998

 Semua nak lepak belakang. Kalo dah semua nak lepak belakang..sape plak yang kat depan? hmmmff..aku gak ler..adehhh! boring..boring..!







DSCN0999

 Cuaca maintain mcm tadi..panas tapi berangin. Lebih2 lagi area tepi pantai..






DSCN1000


..bajet2 mcm tak sempat nak capture signboard Rantau Abang tu..nasib baik dapat..phiewwwww!




DSCN1001

 Hentian Penyu..




DSCN1002

Salah satu pintu gerbang disepanjang laluan ni. Satu benda yang aku cukup suke dgn Terengganu ni adalah persekitaran jalannye memey bersih... Syabass! Syabas Inspector Shahab..

p/s: Time ni teringat2 pulak masa buat  'Le Tour De Peninsular' ride dulu..syiok! That's my 1st tour + license before cross the border laa..




DSCN1006

 Perjalanan ada berbaki kire2 41KM lagi untuk sampai ke Kuala Terengganu..Kalo mcm ni punya gaya keadaan jalan + trafik yng cun..mungkin dalam 30minit lagi sampai ler kot






DSCN1009

 Lepas tu..aku mula bagi laluan diorg kat belakang ni ke depan pulak. jadik, gambiran yang aku amik masa on the bike ni takde ler "Najwa Latif" jer..atleast nampak ler gambiran motor tu..


p/s: Najwa Latif?





DSCN1010

Sepanjang baki laluan ke Kuala Terengganu, kitorg merentas lagi sekali sebatang sungai berdekatan dgn daerah Marang. Tak silap ni Sungai Marang kot? Betulkan..?





DSCN1011

Haaa...kan cun skit. Baru ler nampak moment journey "Ganu Kite" ni..


 beberapa minit selepas tu..


DSCN1012

 Alhamdulillah..kitorg dah pun sampai di simpang masuk ke Masjid Terapung @ Kuala Ibai. Masjid Terapung ni terletak di kawasan Taman Awam Lagun Kuala Ibai.




DSCN1013

Iniler dia serba sedikit gamabiran pintu masuk ke "TAMAN AWAM LAGUN KUALA IBAI" dan Masjid Terapung Kuala Terengganu atau juga dikenali dengan nama " MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH".

 Ni yang akan kite korek skit sejarah di masjid ni..walaupun pembinaan masjid ni masih lagi baru. Tak kisah ler kan..yang penting ade info/maklumat disetiap ride "Kembara Mengejar Sejarah".


@ Masjid Terapung Kuala Terengganu

..dah pun selamat sampai di Masjid Terapung , Kuala Terengganu yang merupakan destinasi pertama KMS5 @ Terengganu.


DSCN1014

Masjid yang tersergam indah + unik..apabila dibina diatas air. Opss..! RED VERSYS pun nak jugak gambiran nih..




P1010682 
Sekeping lagi...



P1010680

 ..dan rakan2 yang lain pun dah selesai dgn urusan parking.



P1010681

 Gambiran motor rakan2 TayarGolek.Com yang menyertai KMS5@Terengganu..

 






 P1010683

 ..dan ini jugak. Kawasan parking memey luas..tp disebabkan ada kenderaan lain, maka tak dapat ler nak susun cantik2. Tapi ini pun dah ok dah..


Oklah..sambil2 mengunyak tart nenas raya tu..jom kite baca skit tentang sejarah Masjid Terapung ni.



   P1010679

Info Sejarah:  Masjid Terapung Kuala Terengganu (Masjid Tengku Tengah Zaharah)
 
"..Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.."



P1010678

Pembinaan..

"..Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.." 




P1010676

Keluasan..

"..Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.."




P1010677

Kemudahan lain..

"..Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.."

Amacam..? kan dah dapat ilmu skit..so ini ler yang uniknye "Kembara Mengejar Sejarah" ni..sambil ride kite dapat info..



Dipendekkan citer lepas solat Zohor..

Kite lepak jap dekat area kedai. Sambil2 pekena air sejuk..fuhhh! memey layan..

P1010684

Aiii bro..! sembang mcm ade projek beso jer??





P1010685


 waaaaaaaaaaaa....!  semua lepak sini rupenye. Port best gak ni..dekat dgn kedai..hehe





P1010686

santai2 kan diri eh..sementara menunggu yang lain siap.

 Aktiviti nak ushar lebih2 dari pelbagai sudut agak terhad. al-maklum ler..keliling kawasan masjid ni air..so tak dapek ler nak amik gambiran lebih. Selebihnya..kitorg banyak berehat..sebelum ke destinasi seterusnya nanti.


On the bike!!

DSCN1017

Lepas kire2 15minit berehat..rasanya mcm elok kalo kite sambung tour KMS5 ni. Harap2 sempat ler kitorg abiskan tour ke semua destinasi sebelum hari gelap.





 DSCN1016
Masing2 tgh bersiap2 untuk destinasi seterusnya. Bagi skit time untuk diorg bersiap..


Yang pasti..27 buah motorsikal bakal menggegarkan Kuala Terengganu selepas ni. Wihuuuuuuuuu..!!

lepas ni ke mana pulak  destinasi kite? kalo nak tau..kite sambung selepas ini..


Adios,
-Han-













6 comments:

Anonymous said...

petang smlm lepak mamak sebelah petronas kat cyber kan bro han? dpt jumpa bro macam jumpa artis depan mata..aku punya usha sampai tau ko mintak mamak tu plastik besar..Hahaha..1st time tgk si merah versys depan mata..

-din-

TayarGolek.Com said...

Din - uikk? aku lepak mamak semalam sebelum masuk keje. bro..ko kat mana masa tu? awat tak tegur aku bro..kalo tak aku banjer teh tarik..

Anonymous said...

Mintak plastik besaq watpa?hahhaha

-org umah-

Mohd Herman Rusli said...

Sebulan sebelum agkt versys sy bcer blog bro dr muler smpai lah skrg...amik maser lame gak nak khatam blog bro nih...dan blog ni gaklah menguatkan smgt sy agkt versys..bler lah agknyer sy dpt join ride dgn bro...neway, mmg best ar citer bro...

TayarGolek.Com said...

Mohd Herman Rusli - thanks bro..ape2 pun bukan niat aku nak meracun..sekadar berkongsi pengalaman jer..kehkehkeh

Anonymous said...

bro,nk join club huhu.camner.

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com