Yoooossshhhhhhh…!
Salam Sejahtera..Salam Ramadhan semua..
Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini, buat pertama kalinya TayarGolek.Com telah mengadakan satu Majlis Memberi Sumbangan kepada Anak2 Yatim yang mana Rumah Anak2 Yatim yang menjadi pilihan adalah Rumah Anak2 Yatim Taman Baiduri, Dengkil yang berlangsung semalam (4 OGOS 2012). Program Ride Amal sambil menderma ini diadakan bertujuan untuk memberi sedikit bantuan kewangan hasil dari kutipan sumbangan dari Rakan2 TayarGolek.Com (pembaca) kepada yang memerlukan. Tanpa diduga, Ride amal ini mendapat sambutan yang POSITIF dikalangan rakan2 pembaca blog TayarGolek.Com.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan santai dan lancar. Seramai hampir 40 orang rakan2 TayarGolek.Com menyertai dengan bilangan 30 buah motorsikal kesemua. Satu pencapaian yang baik walaupun info/penyertaan hanya dibuka selama 2 minggu jer. Berapa jumlah RM yang telah dikutip? Hemmmm..Terus terang aku katakan..kitorg sendiri pun tak tau berapa jumlah sebenarnya. Segala sumbangan ikhlas terus dimasukkan kedalam Tabung. Kemudian, tabung tersebuat akan diserahkan terus ke Rumah Anak Yatim, Dengkil.
Memey aku terharu dengan sambutan dan sokongan dari Rakan2 semua. TERIMA KASIH & TAHNIAH semua..!
Alrite..sebelum citer panjang, meh aku listkan nama2 yang menyertai Ride Amal semalam.
1 Adi Gombak
2 Azzam Rawang
3 Ha Lam Ya Mim
4 Han
5 Jue
6 Jue HB
7 Faizal SP
8 Faizal SP wife
9 Shahmie Ramli
10 Shahmie Ramli (wife)
11 Sam (wakil Andak)
12 Nazri Monster
13 Hj.Zaki Sepang
14 Hj.Zaki Sepang wife
15 Najib
16 Najib Wife
17 Zaimi
18 Rahim Nilai
19 Rahim Nilai Wife
20 Abg Shuib Sepang
21 Rusdi Dengkil
22 Rusdi Dengkil wife
23 HsRapid
24 HsRapid Son
25 Nasir KPM
26 Rosyamudin
27 Affiq San
28 Sham Goh
29 Zul74
30 Zul74 Wife
31 Adimz
32 Darwis
33 Mus Er6n (skg pakai ST dah)
34 Lan ST
35 Kahfi
36 Member Sam(ZX14)
37 Dzuljuhri
38 Bro Zx6
39. Aziz RB V1000
p/s: harap takde nama yang tertinggal.
@ R&R Dengkil
Sampai di R&R Dengkil sebelum pukul 2.00ptg.
Kitorg set mini RV point di R&R Dengkil ni untuk kitorg gerak sekali especially diorg yang datang dari arah Shah Alam, Klang, D'sara. Putrajaya dan kawasan2 sekitarnye.
Parking penuh..sampai kat sini park motor.
Antara rakan2 yang join RV kat sini - Zul74, Najib, Zaimi, Adimz, Sahm Goh, Faizal Sp
Cuaca panas..tapi itu semua bukan alasan untuk tidak meneruskan misi program hari ini.
Tepat pukul 2.00ptg, kitorg mula tayargolek ke MASJID KLIA untuk RV disana.
@ MASJID KLIA
Tiba di Masjid KLIA dalam pukul 2.15ptg.
VIP - Jangan mare kalo kitorg dapat parking dan layanan berstatus VIP di Masjid KLIA nih. Parking motor betul2 didepan tangga pintu masuk. Semua ni takkan ada jika tanpa bantuan dari Haji Deen@KLIA ni yang merupakan salah seorang pembaca blog TayarGolek.Com.
Ini ler dia Haji Deen@KLIA - yang banyak membantu dari segi keselesaan dan kelancaran semasa RV di Masjid KLIA. Thanks Haji.
~Solat Zohor~
Selesai solat Zohor, kitorg dijangkakan akan memulakan perjalanan ke Rumah Anak2 Yatim di Taman Baiduri, Dengkil
Motorsikal disusun dihadapan pintu masuk masjid
suasana/keadaan sebelum tayargolek ke Dengkil:
Bile dah berkumpul ramai2..citer pasal motor memey tak terlepas punya.
..ada agi yang dok santai2..15 minit lagi
Tudiaa Haji Deen..caya lah Haji..!!! hehehe
Gambiran motor..
Mari..mari ..sapa lagi nak derma..!
Ini ler aksi + posong diorg masa nak masukkan duit dalam Tabung tu..heheehe
Ha Lam Yaa Mim (abg Hallim) dan Zul74 terpaksa ditugaskan utk jadik bodyguard jap. Tabung kene jaga wooo..
Ni ler wajah2 'pillion' yang mengikuti Ride Amal ni nanti..
Uiiikk..! mcm kenal je motor ni??
UIiikk..!! suda tukar kaa?
TayarGolek time..!
Kasi susun motor dulu..
Baru ler ade nampak disiplin..walaupun ini bulan 'official ride'.
Haaa...kan cantik tuu
Abg Mus_er6n (skg ST) tengah bagi arahan tu..ntahh aku pun tak dengar sgt
Tayargolek bermula..
Ride yang santai..
"Disini Hati Kita Bersatu"
Tiba di sini kire 15 minit perjalanan.
Parking je ler mana2..janji jgn block
Goodies untuk anak2 yatim..
Opsss..posing skit
e'ehh..mcm tengah tunggu rombongan pengantin pulak :P
Kehadiran kitorg di sini telah disambut oleh Ust. Azrul yang merupakan salah seorg staff Rumah Anak Yatim Tmn. Baiduri.
Sedikit perbualan masa ni..last2 Ust. Azrul menjemput kitorg semua masuk ke dalam dan melihat sendiri wajah2 anak2 Yatim seramai 23 orang (LELAKI)
Ini ler wajah2 anak2 Yatim/Miskin Tmn Baiduri
Bersalam-salaman..
Suasana dan keadaan ketika bersalaman
Ust. Azrul ynag menjadi person incharge ketika ini. Goodies turut diagih2kan..
Gambiran..gambiran..!
Majlis yang simple tapi penih makna..
Cukup hanya duduk bersila..tapi yang penting 'nawaitu' dan hajat terlaksana.
Segala penerangan dan pertanyaan lebih kepada 'face to face'.
Aku citer skit pasal Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri ni.
Mula beroperasi - Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.
Tujuan - Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian.
Bile ditanya lebih lanjut kepada Ust. Azrul tentang bantuan2 lain yang diperlukan "..buat masa skg ni, kalo boleh kita amat memerlukan sebuah van tuntuk mengangkut bdk2 ni ke sekolah di Cyberjaya.."
Masing2 khusyuk mendengar info, maklumat dan penenrangan dari Ust. Azrul
Betul2 khusyuk..smpai tetido-tido pun ado..hehehe
yang gossip2 pun ade..steady la Kang HsRapid.. :)
Kata Ust. Azrul lagi "..kami amat2 berbesar hati dgn kehadiran rakan2 TayarGolek.Com..kesudian melawat anak2 yatim disini. Ini adalah lawatan kali pertama yang kami terima sejak 2009. Saya harap, mungkin akan ada lagi program2 bersama dgn anak2 ni..mcm majlis makan sambil beramah mesra dgn anak2 yatim. Tak semestinya dibulan puasa..dihari2 lain pun boleh.."
Jadi, Ust. Azrul..saya sebagai wakil rakan2 TayarGolek.Com akan cuba mengatur program spt yang diharapkan oleh pihak Ustaz. Selagi ada sokongan dari rakan2 TayarGolek.Com, InsyaAllah..boleh diusahakan. Walaupun TayarGolek.Com bukan lah satu 'group', tapi kerjasama dari rakan2 semua..kite boleh bentuk satu committee nanti..InsyaAllah.
..ape yang termampu dalam masa yang singkat ini hanyalah sumbangan wang ringgit dari Rakan2 TayarGolek.Com. Sumbangan2 ini adalah hasil dari rakan2 yang menyertai dan juga rakan2 pembaca diluarsana yang telah mengamanahkan untuk dimasukkan ke tabung ini. Jumlah kesemuanya??
aku bgtau kat Ust. Azrul "Errr..sebenarnya, saya sendiri pun tak tau berapa jumlah $$ nye ..tak sure ler kalo diorg semua pun nak tau.." tapi majoriti rakan2 kata TAK PERLU. So tak payah ler kire..
"..jadi Ust. Azrul..saya dan rakan2 yang lain amanahkan duit sumbangan ini utk digunakan sebaik yang mungkin..gunakan untuk keperluan anak2 yang ada disini..." - adeh masa ni aku dah mula sebak skit2..
" kepada adik2 semua..jadikkanlah kekurangan yang ada sebagai kekuatan dan tabahkan semangat. Jangan jadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya.." arhhhhhhhhh..aku dah tak blh cakap daah..sebak giler.
" So adik2 semua..Belajarlah bersungguh2..dengar kata Ustaz..InsyaAllah pasti akan berjaya. Nanti..bile dah berjaya, semua ini akan menjadi kenangan manis..." tu ler sepatah 15 kata dari aku..
Kemudian, kitorg telah dipertontonkan satu video tentang Rumah Anak Yatim/Miskin Tmn Baiduri yang agak menyentuh hati. Video selama kire2 30 minit..menceritakan serba sedikit latarbelakang Asrama, aktiviti, kisah hidup salah seorng penghuni..
Candid..gambiran ni aku amik masa video dimainkan..
Ini lah wajah2 mereka dari dekat...ade yang ceria sebab dapat duit raya :)
ade gak yang buat2 gaya selamber.. senyum le skit :)
..ada gak yang ber"tatoo" kat lengan. Ehhh..ehhhhhhhhhh..!! brader tu termasuk sekali ke?? hahahaha
..antara syarat2 yang perlu dipatuhi.
Selesai dah tayangan video selama 30 minit. Memey touching..!
Setelah sumbangan diserahkan....aku offer kat Ust. Azrul suruh bagitau budak2 ni kot2 nak tgk motor dari dekat tak?
Tak citer banyak..diorg semua kata "Nakkkkkkkkkk..!"
Ok jom..!
Masing2 mula keluar nak pi ushar2 motor..
...haaa time ni kelam kelibut tersalah sarung kasut..kekeke
Tampal stiker TayarGolek.Com..Bukti!! kitorg dah sampai sini.
Jom..kite tengok gelagat anak2 ni bile nampak motor beso..
..ade gak yang memalu nak tengok dari dekat..hehe
perghhhhhhhh..! Ducati gak...jadi pilihan
Kite layan gambiran je la kot..
Naik motor ni kene tonggek skit ye dik..baru gereeeeeekk..! :)
Siap sedia untuk bawak yang lain2 pulak..
Aleh ..senyum lebar adik ni bile dpat naik Ducati
..dan semakin ramai ler yang meng'offer'kan diri untuk bawak diorg jenjalan. Saja bg diorg hepi2..
ko jangan bawak laju2 Zul
...posing jap.
Alrite..my turn!
meh..jom sape nak naik motot?
Kene pakai helmet..utk keselamatan..hehe
ready?
eh..macam dah biasa nak motor beso je adik Khairi ni. Takde kekok langsung..haha
ok jom..tayargolek time..!
kite pusing2 taman je dah la yer..heeeeee
Lain2 gambiran ketika bawak adik2 ni naik motor....
ok..semua dah dapat naik motor. Ape kata kite amik gambiran beramai2?
Gambiran kenangan beramai bersama Rakan2 TAYARGOLEK.COM dan Anak2 Yatim Taman Baiduri, Dengkil.
kene candid..ini ler keadaannye masa memula setting position utk bergambiran. Mcm2 aksi..hahaha
1st shot - Gambiran kenangan beramai bersama Rakan2 TAYARGOLEK.COM dan Anak2 Yatim Taman Baiduri, Dengkil.
2nd shot - Kenangan bersama Rakan2 TAYARGOLEK.COM dan Anak2 Yatim Taman Baiduri, Dengkil (4 OGOS 2012)
Wajah kepuasan bile masjlis berjalan dengan lancar..
Ok la beb..memandangkan masa yang ada cukup sampai 4.30 ptg sahaja..so kitorg terpaksa mintak diri dulu ler sebab adik2 ni kan dibawa ke Salak Selatan utk Majlis Berbuka Puasa.
Seronok tengok adik2 ni Hepi..ceria waktu ni.
Bersalam-salaman dengan adik2 sebelum meninggalkan perkarangan Rumah Anak Yatim Tmn Baiduri.
on the bike..
Begitulah serba sedikit stori "Majlis memberi sumbangan kepada Rumah Anak Yatim/Miskin, Dengkil". InsyAllah..ape yang kite lakukan, ape yang kite sumbangkan, ape yang kite niatkan..semoga mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah.
Siape2 yang inginkan info lanjut, boleh layari http://tamanbaiduri.blogspot.com
Sekali lagi..ucapan TERIMA KASIH tak terhingga kpd rakan2 TayarGolek.Com yang sudi menyertai ride ini untuk sama2 memeriahkan majlis yang simple tapi penuh bermakna. InsyaAllah, ade rezeki dan keizinan masa..kite buat lagi ride mcm ni ok.. :)
Siape2 yang inginkan info lanjut, boleh layari http://tamanbaiduri.blogspot.com
Sekali lagi..ucapan TERIMA KASIH tak terhingga kpd rakan2 TayarGolek.Com yang sudi menyertai ride ini untuk sama2 memeriahkan majlis yang simple tapi penuh bermakna. InsyaAllah, ade rezeki dan keizinan masa..kite buat lagi ride mcm ni ok.. :)
So, kemana selepas ni?
Lepas ni kitorg akan balik ke Masjid KLIA semua..untuk solat Asar sebelum bergerak ke Bagan Lalang untuk program seterusnya iaitu "Majlis Berbuka Puasa bersama Rakan2 TayarGolek.Com".
Ikuti sambungannye nanti..
Adios,
-Han-
11 comments:
Semoga diteruskan program amal begini :).
Tahniah Han!
first time jumpa budak2 tu, berlinangan airmata den... nasib baik pakai spek... boleh cover... huhuhu
Tahniah utk ride amal. X berbuka sekali ke kat rumah anak2 yatim tu?
Donn
Terbaek bro...alhamdulillah
Program begini patut selalu diadakan
.Dapat mengembirakan dan
Memotivatekan anak anak yatim
Tahniah bro Han !
usehe yang murni bro... next time insyallah nak join
salam..moga mnjdi progrm tahunan..amin ya robb;-)
hj deen klia.
assalamualaikum.tahniah Han & all rider.teringat tahun 1995 masa join program mcm ni kat rumah anak yatim melaka.masa tu ikut konvoi Yamaha dari Kuantan
-Kahfi Ducati
You'll find it a chef's expressіon foг 'a location for almost everything and all the things in its place'.
Ѕіtting theгe on your counter, it
harԁlу apρeаrs to be capable of these miгacles, but the іnitial timers and the seаѕonеd cooks аlike will expeгience including thаt οld
fаshioneԁ flаvor to their prefеrred ԁishes.
Stir in onions, celerу, choppeԁ yellow bell peρper anԁ cook until eventually tеnder.
my wеblog; url.org
Thanks very nice blog!
My blog post ... tinyurl.com
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..