You Are Reading

11

Ride Amal Rakan2 TAYARGOLEK.COM ke Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil

TayarGolek.Com Sunday, August 5, 2012
Yoooossshhhhhhh…!

Salam Sejahtera..Salam Ramadhan semua..



Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini,  buat pertama kalinya TayarGolek.Com telah mengadakan satu Majlis Memberi Sumbangan kepada Anak2 Yatim yang mana Rumah Anak2 Yatim yang menjadi pilihan adalah Rumah Anak2 Yatim Taman Baiduri, Dengkil yang berlangsung semalam (4 OGOS 2012). Program Ride Amal sambil menderma  ini diadakan bertujuan untuk memberi sedikit bantuan kewangan hasil dari kutipan sumbangan dari Rakan2 TayarGolek.Com (pembaca) kepada yang memerlukan. Tanpa diduga, Ride amal ini mendapat sambutan yang POSITIF dikalangan rakan2 pembaca blog TayarGolek.Com.


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan santai dan lancar. Seramai hampir 40 orang rakan2 TayarGolek.Com menyertai dengan bilangan 30 buah motorsikal kesemua. Satu pencapaian yang baik walaupun info/penyertaan hanya dibuka selama 2 minggu jer. Berapa jumlah RM yang telah dikutip? Hemmmm..Terus terang aku katakan..kitorg sendiri pun  tak tau berapa jumlah sebenarnya. Segala sumbangan ikhlas  terus dimasukkan kedalam Tabung. Kemudian, tabung tersebuat akan diserahkan terus ke Rumah Anak Yatim, Dengkil.



Memey aku terharu dengan sambutan dan sokongan dari Rakan2 semua. TERIMA KASIH & TAHNIAH semua..!





Alrite..sebelum citer panjang, meh aku listkan nama2 yang menyertai Ride Amal semalam.

1    Adi Gombak
2    Azzam Rawang
3    Ha Lam Ya Mim
4    Han
5    Jue
6    Jue HB
7    Faizal SP
8    Faizal SP wife
9    Shahmie Ramli
10    Shahmie Ramli (wife)
11    Sam (wakil Andak)
12    Nazri Monster
13    Hj.Zaki Sepang
14    Hj.Zaki Sepang wife
15    Najib
16    Najib Wife
17    Zaimi
18    Rahim Nilai
19    Rahim Nilai Wife
20    Abg Shuib Sepang
21    Rusdi Dengkil
22    Rusdi Dengkil wife
23    HsRapid
24    HsRapid Son
25    Nasir KPM
26    Rosyamudin
27    Affiq San
28    Sham Goh
29    Zul74
30    Zul74 Wife
31    Adimz
32    Darwis
33    Mus Er6n (skg pakai ST dah)
34    Lan ST
35    Kahfi
36    Member Sam(ZX14)
37    Dzuljuhri
38     Bro Zx6
39.    Aziz RB V1000

p/s: harap takde nama yang tertinggal.




Apa kata, kite rwind balik hari semalam..sama2 kita ikuti serba sedikit stori "Ride Amal Rakan2 TAYARGOLEK.COM ke Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil".



@ R&R Dengkil

Sampai di R&R Dengkil sebelum pukul 2.00ptg.


P1010915

Kitorg set mini RV point di R&R Dengkil ni untuk kitorg gerak sekali especially diorg yang datang dari arah Shah Alam, Klang, D'sara. Putrajaya dan kawasan2 sekitarnye.




P1010916


 Parking penuh..sampai kat sini park motor.



P1010917

Antara rakan2 yang join RV kat sini - Zul74, Najib, Zaimi, Adimz, Sahm Goh, Faizal Sp 



 P1010918
Cuaca panas..tapi itu semua bukan alasan untuk tidak meneruskan misi program hari ini.


Tepat pukul 2.00ptg, kitorg mula tayargolek ke MASJID KLIA untuk RV disana.


@ MASJID KLIA

Tiba di Masjid KLIA dalam pukul 2.15ptg.





 P1010920

VIP - Jangan mare kalo kitorg dapat parking dan layanan berstatus VIP di Masjid KLIA nih. Parking motor betul2 didepan tangga pintu masuk. Semua ni takkan ada jika tanpa bantuan dari Haji Deen@KLIA ni yang merupakan salah seorang pembaca blog TayarGolek.Com.



 P1010921

Ini ler dia Haji Deen@KLIA - yang banyak membantu dari segi keselesaan dan kelancaran semasa RV di Masjid KLIA. Thanks Haji.


~Solat Zohor~





P1010923

Selesai solat Zohor, kitorg dijangkakan akan memulakan perjalanan ke Rumah Anak2 Yatim di Taman Baiduri, Dengkil





P1010924

Motorsikal disusun dihadapan pintu masuk masjid





 P1010925
suasana/keadaan sebelum tayargolek ke Dengkil:




 P1010926
Bile dah berkumpul ramai2..citer pasal motor memey tak terlepas punya.




 P1010927
..ada agi yang dok santai2..15 minit lagi




 P1010928

Tudiaa Haji Deen..caya lah Haji..!!! hehehe




 P1010929
Gambiran motor..




 Mari..mari ..sapa lagi nak derma..!


 P1010931


 P1010932

Ini ler aksi + posong diorg masa nak masukkan duit dalam Tabung tu..heheehe




 P1010933
Ha Lam Yaa Mim (abg Hallim) dan Zul74 terpaksa ditugaskan utk jadik bodyguard jap. Tabung kene jaga wooo..




 P1010934
Ni ler wajah2 'pillion' yang mengikuti Ride Amal ni nanti..







 P1010936
Uiiikk..! mcm kenal je motor ni??



 P1010937
UIiikk..!! suda tukar kaa?



TayarGolek time..!

 P1010938
Kasi susun motor dulu..


P1010939

Baru ler ade nampak disiplin..walaupun ini bulan 'official ride'.


P1010940

Haaa...kan cantik tuu


P1010941

Abg Mus_er6n (skg ST)  tengah bagi arahan tu..ntahh aku pun tak dengar sgt




P1010942

Tayargolek bermula..




P1010943

Ride yang santai..



@ Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil.





P1010947

"Disini Hati Kita Bersatu"



P1010945

Tiba di sini kire 15 minit perjalanan.




P1010946

Parking je ler mana2..janji jgn block





P1010948

Goodies untuk anak2 yatim..




P1010949

Opsss..posing skit


P1010950

e'ehh..mcm tengah tunggu rombongan pengantin pulak :P



Kehadiran kitorg di sini telah disambut oleh Ust. Azrul yang merupakan salah seorg staff Rumah Anak Yatim Tmn. Baiduri.

Sedikit perbualan masa ni..last2 Ust. Azrul menjemput kitorg semua masuk ke dalam dan melihat sendiri wajah2 anak2 Yatim seramai 23 orang (LELAKI)


P1010951

Ini ler wajah2 anak2 Yatim/Miskin Tmn Baiduri





P1010952

Bersalam-salaman..




P1010953

Suasana dan keadaan ketika bersalaman




P1010954

Ust. Azrul ynag menjadi person incharge ketika ini. Goodies turut diagih2kan..



P1010955

Gambiran..gambiran..!






P1010957

Majlis yang simple tapi penih makna..




P1010958

Cukup hanya duduk bersila..tapi yang penting 'nawaitu' dan hajat terlaksana.






P1010963 
Segala penerangan dan pertanyaan lebih kepada 'face to face'.

Aku citer skit pasal Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri ni.

Mula beroperasi - Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.

Tujuan  - Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian.




P1010959


Bile ditanya lebih lanjut kepada Ust. Azrul tentang bantuan2 lain yang diperlukan "..buat masa skg ni, kalo boleh kita amat memerlukan sebuah van tuntuk mengangkut bdk2 ni ke sekolah di Cyberjaya.."


P1010960

P1010962

Masing2 khusyuk mendengar info, maklumat dan penenrangan dari Ust. Azrul




P1010973

Betul2 khusyuk..smpai tetido-tido pun ado..hehehe


P1010986
yang gossip2 pun ade..steady la Kang HsRapid.. :)



P1010961

Kata Ust. Azrul lagi "..kami amat2 berbesar hati dgn kehadiran rakan2 TayarGolek.Com..kesudian melawat anak2 yatim disini. Ini adalah lawatan kali pertama yang kami terima sejak 2009. Saya harap, mungkin akan ada lagi program2 bersama dgn anak2 ni..mcm majlis makan sambil beramah mesra dgn anak2 yatim. Tak semestinya dibulan puasa..dihari2 lain pun boleh.."




Jadi, Ust. Azrul..saya sebagai wakil rakan2 TayarGolek.Com akan cuba mengatur program spt yang diharapkan oleh pihak Ustaz. Selagi ada sokongan dari rakan2 TayarGolek.Com, InsyaAllah..boleh diusahakan. Walaupun TayarGolek.Com bukan lah satu 'group', tapi kerjasama dari rakan2 semua..kite boleh bentuk satu committee nanti..InsyaAllah.






P1010964

..ape yang termampu dalam masa yang singkat ini hanyalah sumbangan wang ringgit dari Rakan2 TayarGolek.Com. Sumbangan2 ini adalah hasil dari rakan2 yang menyertai dan juga rakan2 pembaca diluarsana yang telah mengamanahkan untuk dimasukkan ke tabung ini. Jumlah kesemuanya??






aku bgtau kat Ust. Azrul "Errr..sebenarnya, saya sendiri pun tak tau berapa jumlah $$ nye ..tak sure ler kalo diorg semua pun nak tau.."  tapi majoriti rakan2 kata TAK PERLU. So tak payah ler kire..

"..jadi Ust. Azrul..saya dan rakan2 yang lain amanahkan duit sumbangan ini utk digunakan sebaik yang mungkin..gunakan untuk keperluan anak2 yang ada disini..." - adeh masa ni aku dah mula sebak skit2..







P1010976


P1010977



" kepada adik2 semua..jadikkanlah kekurangan yang ada sebagai kekuatan dan tabahkan semangat. Jangan jadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya.." arhhhhhhhhh..aku dah tak blh cakap daah..sebak giler.


 " So adik2 semua..Belajarlah bersungguh2..dengar kata Ustaz..InsyaAllah pasti akan berjaya. Nanti..bile dah berjaya, semua ini akan menjadi kenangan manis..."  tu ler sepatah 15 kata dari aku..




Kemudian, kitorg telah dipertontonkan satu video tentang Rumah Anak Yatim/Miskin Tmn Baiduri yang agak menyentuh hati. Video selama kire2 30 minit..menceritakan serba sedikit latarbelakang Asrama, aktiviti, kisah hidup salah seorng penghuni..


Candid..gambiran ni aku amik masa video dimainkan..

P1010979

Ini lah wajah2 mereka dari dekat...ade yang ceria sebab dapat duit raya :)


P1010980

ade gak yang buat2 gaya selamber.. senyum le skit :)






P1010982

..ada gak yang ber"tatoo" kat lengan. Ehhh..ehhhhhhhhhh..!! brader tu termasuk sekali ke?? hahahaha




P1010984
..antara syarat2 yang perlu dipatuhi.

Selesai dah tayangan video selama 30 minit. Memey touching..!

Setelah sumbangan diserahkan....aku offer kat Ust. Azrul suruh bagitau budak2 ni kot2 nak tgk motor dari dekat tak?

Tak citer banyak..diorg semua kata "Nakkkkkkkkkk..!"

Ok jom..!


P1010985

Masing2 mula keluar nak pi ushar2 motor..






P1010987

...haaa time ni kelam kelibut tersalah sarung kasut..kekeke




P1010988


P1010991

Tampal stiker TayarGolek.Com..Bukti!! kitorg dah sampai sini.







P1010993

Jom..kite tengok gelagat anak2 ni bile nampak motor beso..



 P1010995
..ade gak yang memalu nak tengok dari dekat..hehe


P1010996

perghhhhhhhh..! Ducati gak...jadi pilihan


Memey takde dalam agenda atau plan, semua adhoc..kite bawak anak2 Yatim ni naik moto pusing2 taman.

Kite layan gambiran je la kot..

P1010997

Naik motor ni kene tonggek skit ye dik..baru gereeeeeekk..! :)




P1010998

Siap sedia untuk bawak yang lain2 pulak..






P1010999

Aleh ..senyum lebar adik ni bile dpat naik Ducati




P1020001

..dan semakin ramai ler yang meng'offer'kan diri untuk bawak diorg jenjalan. Saja bg diorg hepi2..



P1020003

ko jangan bawak laju2 Zul




P1020002

...posing jap.


P1020007





Alrite..my turn!


P1020006

meh..jom sape nak naik motot?







P1020008

Kene pakai helmet..utk keselamatan..hehe


P1020009

ready?



P1020010

eh..macam dah biasa nak motor beso je adik Khairi ni. Takde kekok langsung..haha






P1020012

ok jom..tayargolek time..!



P1020013

kite pusing2 taman je dah la yer..heeeeee



P1020022





Lain2 gambiran ketika bawak adik2 ni naik motor....

P1020015



P1020016



P1020017



P1020018



P1020019


P1020020


P1020021



P1020024





P1020025

ok..semua dah dapat naik motor. Ape kata kite amik gambiran beramai2?




Gambiran kenangan beramai bersama Rakan2 TAYARGOLEK.COM dan Anak2 Yatim Taman Baiduri, Dengkil.

P1020026
kene candid..ini ler keadaannye masa memula setting position utk bergambiran. Mcm2 aksi..hahaha

P1020027
1st shot - Gambiran kenangan beramai bersama Rakan2 TAYARGOLEK.COM dan Anak2 Yatim Taman Baiduri, Dengkil.



 P1020029
2nd shot - Kenangan bersama Rakan2 TAYARGOLEK.COM dan Anak2 Yatim Taman Baiduri, Dengkil (4 OGOS 2012)


 P1020030
Wajah kepuasan bile masjlis berjalan dengan lancar..


Ok la beb..memandangkan masa yang ada cukup sampai 4.30 ptg sahaja..so kitorg terpaksa mintak diri dulu ler sebab adik2 ni kan dibawa ke Salak Selatan utk Majlis Berbuka Puasa.


P1020031

Seronok tengok adik2 ni Hepi..ceria waktu ni.



P1020032

Bersalam-salaman dengan adik2 sebelum meninggalkan perkarangan Rumah Anak Yatim Tmn Baiduri.



P1020033

on the bike..

Begitulah serba sedikit stori "Majlis memberi sumbangan kepada Rumah Anak Yatim/Miskin, Dengkil". InsyAllah..ape yang kite lakukan, ape yang kite sumbangkan, ape yang kite niatkan..semoga mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah.

Siape2 yang inginkan info lanjut, boleh layari http://tamanbaiduri.blogspot.com


Sekali lagi..ucapan TERIMA KASIH tak terhingga kpd rakan2 TayarGolek.Com yang sudi menyertai ride ini untuk sama2 memeriahkan majlis yang simple tapi penuh bermakna. InsyaAllah, ade rezeki dan keizinan masa..kite buat lagi ride mcm ni ok.. :)


So, kemana selepas ni?

Lepas ni kitorg akan balik ke Masjid KLIA semua..untuk solat Asar sebelum bergerak ke Bagan Lalang untuk program seterusnya iaitu "Majlis Berbuka Puasa bersama Rakan2 TayarGolek.Com".

Ikuti sambungannye nanti..

Adios,
-Han-







































11 comments:

Anonymous said...

Semoga diteruskan program amal begini :).

Tahniah Han!

ADIMZ said...

first time jumpa budak2 tu, berlinangan airmata den... nasib baik pakai spek... boleh cover... huhuhu

Anonymous said...

Tahniah utk ride amal. X berbuka sekali ke kat rumah anak2 yatim tu?

Donn

Hairul said...

Terbaek bro...alhamdulillah

Anonymous said...

Program begini patut selalu diadakan
.Dapat mengembirakan dan
Memotivatekan anak anak yatim

Anonymous said...

Tahniah bro Han !

Anonymous said...

usehe yang murni bro... next time insyallah nak join

Anonymous said...

salam..moga mnjdi progrm tahunan..amin ya robb;-)
hj deen klia.

Anonymous said...

assalamualaikum.tahniah Han & all rider.teringat tahun 1995 masa join program mcm ni kat rumah anak yatim melaka.masa tu ikut konvoi Yamaha dari Kuantan
-Kahfi Ducati

Anonymous said...

You'll find it a chef's expressіon foг 'a location for almost everything and all the things in its place'.
Ѕіtting theгe on your counter, it
harԁlу apρeаrs to be capable of these miгacles, but the іnitial timers and the seаѕonеd cooks аlike will expeгience including thаt οld
fаshioneԁ flаvor to their prefеrred ԁishes.

Stir in onions, celerу, choppeԁ yellow bell peρper anԁ cook until eventually tеnder.


my wеblog; url.org

Anonymous said...

Thanks very nice blog!

My blog post ... tinyurl.com

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com