Yooossshhhh…!!
As salam semua..Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia!
Syawal pun dah berlalu..mudah-mudahan dipanjangkan umur semua, kite jumpa lagi bulan Ramadhan dan Syawal ditahun hadapan.
Aku tau ramai yang dok tunggu update stori KMS5..almaklum ler dah 2 bulan tak abis2 storinye..hehe. Yes…! aku rasa dalam banyak2 KMS stori, KMS5 sememey nye paling lama nak abis. Bukan sebab stori tu panjang..tapi lambat nak update. Ini ler lumrah kehidupan..kengkadang kite banyak masa..kengkadang busy. Nak update pun tak dan..lagi ler nak join ride. Nampak gayanye, nak ride nanti kene main terjah je ler lepas ni bile ada free..haha.
Kepada yang masih sabar menunggu..aku ucapkan jutaan Terima Kasih. Yang dok tanye suh cepat update tu..mintak maaf la yer, nak update blog pasal ride ni kengkadang tak boleh dipaksa atau terpaksa..kene rileks..kene tenang..baru ler idea tu ada. So faham yer..
Aku sambung terus ler sambungan citer KMS5 nih. Harap dapat tamatkan dalam masa terdekat. InsyaAllah..kalo masa mengizinkan.
Berbalik pada destinasi seterusnye..kemana lepas ni?
“Kemana lepas ni?..sampai pukul berapa”..tu antara soklan2 cepumas jugak time ride masa tu..hahaha. Jenuh aku nak menjawab kat sorang2. Kering Tekak dibuat nye.. :P. Kalo takde masalah..semua berjalan lancar, InsyaAllah..kite boleh sampai mengikut jadual yang telah dirancang.
Tapi..kalo ade hal??
Begini ler sambungan cerita KMS5 seterusnya..
Kitorg akan ke Pulau Duyong untuk melihat Kota Lama Duyong. Kalau takde masalah masa..rasanya pukul 5.00ptg dah boleh start tayargolek dah. Tapi..nak buat mcm mana, kes kesesatan tu jer dah delay dekat 1jam..maka pukul 6ptg lebih ler baru kitorg gerak. Aku harap lepas ni takde lagi kes ‘kesesatan’ mcm ni berlaku..hahaha
Ok..sama2 kite kongsi pengalaman..sama2 kite belajar. Teguran untuk kebaikan bersama agar ingat sampai bile2 ;).
Tayargolek time..!
Masa untuk memulakan tayargolek ke destinasi ke-3 iaitu Kota Lama Pulau Duyong. Ade gak yang bertanye “ sempat ke Han abis semua destinasi?” .. “well..just wait and see..!” tu je lah yang mampu aku kata..
dah jom..! jom..!
Semua rakan2 TayarGolek.Com mula berbaris..tunggu masa untuk tayargolek jer. Ape2 hal kite tunggu greenlight dari Sweeper..
..semua dah ready! err..ada lagi tak yang masih belum pakai riding gear? tengah berasap?…OK! LINE CLEAR!
Tips: bagi mereka yg 1st time mengikuti konvoi dgn jumlah bilangan yang agak besar..ketepatan masa memey AMAT2 penting. Kalo kata break 15 minit..5 minit terakhir tu dah boleh ready dgn riding gear. By the time “on the bike”..semua dah ready. Seronok kan mcm tu? ;)
ok..our sweeper pun dah ready! Abg Zaimi & Griffin dan bg greenlight dah..CLEAR!
Let’s get a move!!
Tayargolek ke Pulau Duyong bermula. Time ni aku tengok dah ramai simpan jacket dah..ride dgn t-shirt je. Termasuk ler aku..haha. Abiss..kata nak amik hangin laut kan? ni ler masa nyerr..tapi tak digalakkan yer, keselamat mesti diutamakan..
p/s: aduh..terkene kat aku balik :)
Cuaca setakat ni Alhamdulillah..masih terang, panas..takde hujan melanda. Memey good timing ler
Stuck @ the 1st traffic light menuju ke Jambatan Seberang Takir.
Kembali smooth lepas traffic light tadi. Cuaca pun dah tak panas dah..kirenye kitorg skg ni layan angin petang ler di Kuala Terengganu.
Tengah syiok bawak motor santai2 sambil bersiul…tetibe..!
Woooo..! wooo..! kitorg tersangkut dikesesakan lalulintas time ni. Memey takde ruang nak menyelit. Kenderaan lain pun banyak. Errr…! ade ape ehh?
Bile dipikir2..owhhh! lupa pulak aihh. Terengganu kan hari Ahad bermulanya waktu keje/sekolah. So hari sabtu ni ler hari nak bawak family pegi jalan-jalan…kot laa? hahaha..
phiewwww..!! baru le sejuk skit badan kene angin petang..angin laut masa menyeberang sungai ni. Jambatan ni pun smooth.
aku cuba amik gambiran time ni..konon2 nye nak amik moment dari jambatan ni ke Masjid Kristal tu. Tapi..ngak jadik dong..! hahaha
2nd try..jadik ler sikit.
Gambiran ni memey saje je di ‘blur’kan ..kehkehkeh. (alasan)
Alrite..dah nak sampai simpang “exit” ke Pulau Duyong. Jarak ke Pulau Duyong dari Masjid Kristal ni takde le jauh sangat..lebih kurang dalam 7KM je. Dalam 15-20 minit boleh sampai dah..
Kene Candid –! Yossshhhh…! Kredit kat Melor (wife Faizal SP). Mekasehhhhh.. ;)
Dipendekkann citer..kitorg dah mula masuk kawasan kampung. Kawasan ni ka;o tak silap area muara Kuala Terengganu. Banyk pokok2 nyior kat tepi2 jalan ni..very nice! bersih & tenang..
uiiik?? apakah?
Weii…! salah laa..bukan sini daaa..! sini nak pekene ikan bako boleh ler..hahaha. Biasa ler..kengkadang silap attack..kengkadabg silap tafsir. Yang ni kes silap parking… :P
Sebenarnya, Kota Lama Pulau Duyong kene masuk dalam lagi skit jer dalam 400meter..
@ Kota Lama, Pulau Duyong
Alhamdulillah..hampir 6.20ptg, KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 5 @ KUALA TERENGGANU..selamat sampai ke destinasi ke-3. Phiewwww..! Lega..
Amik nafas dulu..kasi rileks jap pekene air. Motor dah selamat parking..
Kawasan parking yang luas. Kalo setakat 100 bijik susun cantik2 memey ngam choyy!
27 buah motorsikal menyerbu Kota Lama..perghh! gempak..!
Ok..dah sampai. So ape ade kat sini??
Ini ler dia..rumah lama yang dikenali sebagai KOTA LAMA, PULAU DUYONG.
Kota Lama Pulau Duyong aka Kota Duyong.
Ape sejarahnye tempat ni? Ke banyak duyong-duyong pernah jadikkan tempat ni sebagai ‘port’ terbaikk utk TTS? ahakss…
Jom…kite kejar sejarah nye..!
Info board..
Menurut sejarahnye.
“..Kota Lama Duyong atau dikenali dgn nama lain Kota Duyong. Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu, Malaysia. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya.
Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong (1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama. Kota Lama Duyong ialah peninggalan zaman itu. Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'..”
Long Padang – penjaga rumah lama di Kota Duyong, Pulau Duyong Kuala Terengganu ketika ini.
Lokasi:
Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7KM dari pusat Bandar. Kota Duyong mempunya 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambungan dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian.
Rekabentuk:
“..Rekabentukknye mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkaya lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh senibina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pasa tinag dan dinding batu. Bangunan(rumah) ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu "Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda" dengan dihias ukiran sobek di sekeliling beranda..”
Gambiran lain..
Hari semakin senja..kalo ikutkan hati nak je naik atas tu amik2 gambiran ape2 yang patut. Tapi..kisah lama tetiba teringat balik. Sentap aku beb..! hahaha…(kes Istana Raja Melewar ler)
..takpe, gagahkan jugak pi dekat lagi. Bleh plak amik gambiran bawah rumah + kain batik tu..yaperdaaa..! Terasa mcm ade yang memerhati weiii…hehe
Ukiran pada tembok pagar..
Ukiran pada tiang..
…ternampak satu plat kay dinding ni. Kerja pemuliharaan (Dinding Gerbang Baru) telah dilakukan pada tahun 1998. Ehmm…dah 14 tahun gak ni.
Sebahagian rekabentuk bahagian dalam (luar)
Penuh dengan ukiran terutama sekali pagar rumah.
Mcm tu la beb..serba sedikit gambiran & sejarahnye tentang Pulau Duyong ni. Hari pun dah petang..semain gelap. Rasanye mcm elok utk beransur. Tapi gambiran beramai2 kene ade.. ;)
Sebagai kenangan di Kota Lama (Kota Duyong), Pulau Duyong..bergambiran ler kite!
Kenangan semasa KMS5 @ Terengganu di Pulau Duyong pada 14-15 JUL 2012.
1 more time please..! :)
Ok..diam tak diam dah hampir 20 minit kat sini. Masa memey limited skg ni. Kalau ikut list, kitorg ade 3 lagi tempat kene pergi. 2 destinasi memey berkait rapat dengan sejarah (Istana Maziah dan Bukit Puteri) ..dan 1 lagi destinasi lebih kepada tempat shopping (Pasar Besar Payang).
sempat ke tak? sempat ke tak?…aihhh..! kite tengok je laa.
Buat korang yang tetiba teringin nak pegi ke tempat ni..dipersilakan. TIADA BAYARAN masuk dikenekan..hehe ;)
On the bike!!
Ok guys..! on the bike..! kite akan ke Istana Maziah..lepas tu ke Bukit Puteri. Kite cuba dapatkan scenery petang diatas bukit nanti..kalo sempat ler!!! :(
Tayargolek time..! mula meninggalkan kawasan parking Kota Lama Pulau Duyong..
Meredah laluan kampung diwaktu petang yang tenang. Jalannye memey terbaik..
Menyeberang semula masuk ke pusat bandar..wihuuuuuu..! Jalan clear..!
opsss..! ape hal tetiba semua berhenti??
Gaya santai dipetang hari..dari gaya diorg, aku tak nampak pun muka diorg ni tunjuk muka penat. Semua muka hepi..excited ade lagi tuuu. Tu yang aku nampak la..yg tak nampak aku tak tau laa..hahahaha
owwhh..! traffic light rupernye. Bagus2..! lampu merah kite berhenti ler kan. Kene le ikut undang2.. ;)
owhh..! hohoho..patut ler citer pasal undang2. Tu kat depan kitorg ade 2 org anggota Polis Trafik. KMS5 siap kene escort dengan Polis tawww..! jgn memain..hihiihi
ade sorang lagi anggota kat tengah tu..
Gambiran orang belakang pulak ler..
Masa ni aku terpaksa amik gambiran dengan GF3 LUMIX. Camera satu lagi dah kehabisan bateri pulaknye. Bateri spare dalam jacket..jacket pulak dalam box…adoii! ape pun tak boleh..!
To be fair la yer..sekali lagi. Yang belakang2 tu mintak mahap..gambiran korang nan-ado..
Dipendekkan citer..
Malas nak citer panjang2 sebab takde gambiran ‘on the bike’..haha. Kitorg skg berada disalah satu traffic light di pusat bandar. Moment yang cuba aku citer skg ni adalah “sunset” ketika ini. Cahaya matahari memanchorrr..ditambah pulak dengan view Masjid kat depan tu..memey cun!
@ Istana Maziah.
Sampai didepan pintu masuk Istana Maziah dah hampir pukul 7.00ptg. Gamaknye..memey tak bleh masuk la beb sebab watu melawat dah abis.. :(. sob..sob..!
Tak dapat ler nak cover story pasal Istana nih..
@ Bukit Puteri
Ini pulak Bukit Puteri. Hanya bersebelahan je dengan Istana Maziah. Target asal nak panjat bukit ni..pastu maik gambiran scenery dari atas bukit. Namun..lupekan je ler..huhuhu..
Hari dah gelap beb..senja nan merah mewarnai suasana.
Masing2 tak mau turun dari motor..tak sabo kata nye. Tak sabo nak pegi mana?
Jom..follow kitorg ke Pasar Besar Payang. Kite cari ole-ole..utk visa akan datang..ngeh..ngehhhh!
@ Pasar Besar Payang (Pasar Payang)
Tak jauh dari Istana Maziah & Bukit Puteri..terletakkan sebuah pasar yang memey femes kat KT ni. Kitorg singgah sekejap di Pasar Payang untuk melihat sendiri keadaan pasar diwaktu petang. sambil2 tu boleh ler beli ‘ole-ole’..org Johor panggil “jajan”..hehe.
Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.
Pasar Payang..dari sini jer dah nampak meriah. Meriah dengan longgokkan durian tu beb..
Keadaan jalan utama pun agak bsuy dengan kenderaan yang lalu-lalang. Tapi semua bawak dengan keadaan yang perlahan. Kene alert orang nak melintas..
Ini pulak view disebelah kiri aku..kawasan parking kereta penuh..nasib baik ler naik motor, boleh ler selit skit2..
Tudiiaaa…! buah duku..duku ke dokong ni? haha..bedal je ler..bentuk pun sama ape kire kan. Nampak fresh lagi beb..slurrrp!
opsss..! sori bro..ingat nak candid lu masa tengah berdiri tadi. Last2 ni plak jadik nye..hehe
Suasana kat dalam bangunan pasar Payang pulak. Memey banyak ‘ole-ole’ yang boleh dibeli. Diorg yang ade ‘tong ikan’ tu senyum lebar jer ler. Yang takde ‘tong ikan’? hehehe..sendiri pikir ler ;)
Ape? nak tumpang letak barang?…uiii boleh jer..au charge RM5 per 1KM perjalanan jer. Ade bran? toiiing..! :P
Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu.
Yang nak cari pakaian..kain sutera..dan lain2, sila ler naik ke tingkat atas. Aku nak carik jajan jer..pusing2 kat bawah je ler kot.
So aku beli ler beberapa jenis “jajan” untuk dibawa balik ke KL esok ;). Tak banyak beli ler..ade le penuh 1 tong ikan RED VERSYS tu..hehe
Laii..laiii..! maghi..maghi..makang duriang..! :)
Orait..! dah banyak jajan kat tangan aku ni. Malas nak kehulur ke hilir bawak beg plastik jajan ni. Ape mau bikin skg?
Kasi sumbat dulu ler jajan2 tu dalam “tong ikan” ni. Lepas ni tak payah kelam kabut nak simpan. Ini kite panggil “time management”..ecehhh! yo orrrrrrrrr jerrr..
Nampak yo orrr jer kan..tp ini ler realitinye. Prepare awal..bile “on the bike” jer..semua dah ready ;) Ting…! Ting..!
sambil2 susun barang..ade seorang penduduk situ datang menegur. Dok belek satu demi satu bendera kat “tong ikan” aku. Mcm gambiran kat atas..brader ni berkemeja..tanpa lengan..berseluar pendek.
Dia tanye aku jawab..tanye agi..aku jawab lagi. Hey! don’t play2 my frends. This brader speaking London you know..! Tengok je mcm tu kan ;)
Antara 4 bendera yang ade, brader ni nampak interested pasal bendera Laos. Ade ler 2-3 soklan dia tanya pasal Laos. So kite jawab dgn baik :)
Ngam2 siap bubuh barang..nak amik gambiran RED VERSYS, tiba-tiba ada lagi seorang uncle kat situ dok perati RED VERSYS. Alahaii..motor lama je ni bang. Sempat jugak bertanya “motor ape ni ?” ..jawapannye, korang pun tau.. ;). ..dan seterusnya pertanyaan lain mcm dari mana, ke mana..tu soklan2 lazim.
Ini ler pengalaman mengembara. Baik ditempat sendiri..negara sendiri..atau ditempat orang..dinegara orang. Pasti akan ada yang bertanya..jadi, gunakan bahasa yang baik..jangan sombong..jangan berlagak bagus..tanamkan sikap merendah diri. InsyaAllah..pasti orang suke ;)
Gambiran lain Pasar Payang..
Aiii..! mana diorg ni..banyak betul borong ‘ole-ole’. Takpe..tunggu diorg jap eh..
Alrite beb..ape lagi nak citer? ok..mcm tu ler pengalaman ride KMS5 dari KL sampai le ke Terengganu..dari destinasi pertama sampai le ke destinasi terakhir di Pasar Payang ni. Macam2 pengalaman untuk hari ni.
Lepas ni kitorg akan shoot ke hotel terus. Opss..! Isi minyak dulu..lepas tu baru ke hotel :)
@ Batu Buruk Beach Resort
Dipendekkan cerita yang panjang..kitorg sampai ke hotel kira-kira pukul 8.00mlm selepas siap mengisi minyak di stesen minyak berdekatan.
Kaunter BBBR..urusan bilik & makan, semuanya berjalan dengan lancar. Lega aku beb. Phiewwwww..!
Masing2 dah tak sabar nak check-in dah..setel urusan bagi kunci, semua hilang dari pandangan..:)
ok..aku pun dah selamat masuk bilik. Letak semua barang..gambiran bilik le dulu..hehe
Simple..but ok la..reasonable price ;)
Selesai mandi & solat..kite gi makang ler.
Makan malam telah aku aturkan sebaik mungkin. Semua hidangan telah tersedia sejak pukul 8.00mlm lagi. Ni request aku ler..kot2 ade yang kebuluq tahan gaban mengeram..boleh terus membedal.. :D
hidangan adalah jenis ‘buffet’. Makan ler selagi larat yer. So far makanan kat sini OK ler. Sedap jugak..ni ikut tekak aku tau..selera orang kampung. Orang lain aku tak sure..tp rata2 kata semua OK. Ye ler..dah lapo..ape pun sedapkan..hahaha
Muke tenang lepas makan..abis bergosip diorg semua nih.
Yang ada..masih menikmati makan malam. yang ade plak..dah berhenti makan dah. Jaga perut katanye.
Round table..menunduk ajerr..
Aku plak yang belum makan. So aku makan dulu yer.. ;)
Lepas makan..kitorg telah menerima kunjungan dari seseorang. Ditambah pulak diberi sedikit kejutan. Nak tau ape kejutan yang kitorg dapat..kene tunggu sambungan seterusnya nanti la yer.. ;)
Jumpa lagi..
Adios,
-Han-
3 comments:
salam bro..org tua yg ko jpa kat pasar payang tu org kelainan upaya (mental)..hehehehe..
slaam..tau bro, saje je layan..hehe
Salam boh....
ades...route korang mengingatkan den tahun lepas...solo ride ke besut - kota bharu ngan 135LC. rindu plak nak jejalan lg....
The7virus
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..