You Are Reading

5

Indochina Ride (Day 9) : Phnom Penh to Aranyaprathet

TayarGolek.Com Tuesday, March 12, 2013
Yooossshh...!!


Salam Sejahtera semua..

INDOCHINA EXPEDITION semakin hampir ke penghujungnya. Diam tak diam dah masuk hari ke-9..maka 3-4 hari lagi kitorg akan menjejakkan kaki ke tanahair tercinta.MALAYSIA. Ape cerita hari ke-9 ni?





Hari ke-9, kitorg akan meninggalkan Phnom Penh, Cambodia dan akan masuk semula ke Thailand. Anggaran jarak dari Phnom Penh ke border (Poipet - Aranyaprathet) kire2 500KM jer. Jerrr? yup..500KM jer.. 6-7 jam sampai la tu nanti..hehehe



 Meh ler..kite start tayargolek ke Aranyaprathet..jom!

Sekitar jam 8.00pagi waktu tempatan kitorg dah mula bersiap untuk memulakan tayargolek dihari ke-9 ke border. Sebenarnya, persiapan lebih awal algi dah kitorg buat masa keluar untuk breakfast. Check apa2 yang patut..






 Sebelum tu..kite ushar skit keadaan jalan utama keluar dari Phnom Penh ni mcm mana..




Nampak mcm ok jer. Kitorg memey merancang dgn baik untuk perjalanan keluar dari bandar Phnom Penh ni. Ape yang kitorg buat adalah dengan memilih hotel yang betul2 hujung jalan utama spt dlm gambiran ni. Tujuannye..memudahkan dan melancarkan perjalanan dihari ke-9. So tak de ler nak redah banyak traffic light pagi ni..






Lebih kurang 10minit lepas tu..time to tayargolek lah..!






Hampir pukul 9.00 waktu tempatan..suhu pun dah mula panas skit. So far traffic still ok..








Menyeberangi sungai







500KM kene redah hari nih. Jika ikut pengalaman, 500KM tu agak biasa jer..tapi tak sure pulak nanti keadaan jalan + traffic + lain2 macam mana. Skg ni pun kene slow down sebab meredah kawasan tumpuan orang ramai..


Moment macam ni yang aku suke amik..petik je la camera tu selagi boleh..



Salah satu motorsikal Honda yang menarik perhatian aku time ni..moto ape ni? ce teka..




Stop isi minyak jap. "Biar perut kosong..jangan tangki minyak kosong "..haaa..kene pegang pepatah TayarGolek.Com tuu :))






RED VERSYS punye belanje bekfes dia je pagi ni USD12. Perghhh..! mewah betul ko..hahaha




Siap isi minyak..kitorg terus chaltae + sambung tayargolek mcm biasa..





Expectation sebelum ni untuk sampai 500KM dalam 6-7 jam..aku dah rasa mcm gagal je. Dah rasa mula agar tersasar skit. Sebabnya..jalan agak busy + sempit..lori bapak beso2 pun banyak. SUsah nak overtake. Dengan driver diorg yang giler2 ni..ishhh! bahye beb..diorg tak peduli, ko bawak motor..ko kene ketepi. Tak kalu..memey kene sambar.





Jalannye pulak nampak je cantik..tapi tu permulaan laa. Lepas2 tu..adehh! lopak sana-sini..bumpy pulak lagi..choiiiiiiiiiiii..! APTB..!





Kengkadang tu ok laa..tapi yang tak ok lagi banyak dari yang ok. Mcm mana tu?





Jalan clear..tapi bumpy..sakit montot wooo..






View tasik Tonle Sap kalo tak silap..


Lebih kurang sejam setengah dok ataih motor..kitorg break sekejap. Tu pun belum lagi cecah 100KM. Diulangi..tak sampai 100KM lagi taww..wahlau wehhh..!

Parking je la mana2..bawah pokok pun jadik laa kan..ni pun dah tahap paling selesa dah ni :)





Elok jer parking..tetiba beberapa orang..ntah mana datang ler, tau2 gi serbu DUSKY BLACK FJR...huhuuuu. "Peminat FJR ada dimana-mana sehhh.."



Takpe..RED VERSYS perati dari jauh jer..kan RED VERSYS kannnn.. :P





Tak cukup yang tadi..aiii! budak sekolah ni pon dok kerumun FJR beb! tuddiaaaaaa haih..! ramai betul peminat FJR ni. So kawan2 yang ada hajat nak upgrade motor..amik FJR terus yer :P





"apo ko bondo eh tu jang..? ado lak bendero kek moto ni.." tu yang aku dengar ler diorg sembang2 sendiri :P





Oiiit..! tengok boleh..pegang jangan ehhh..! cuak muka diorg..

Ekceli mamat yang pakai singlet ni kata dia nampak kitorg semalam masa kat Phnom Penh sama tengah amik stok barang. Tak sangka pulak boleh jumpa balik kat sini..kata dia laa. Kalo dia tipu..aku pun tipu korang laaa..hahaha

TIPS: 
Kebiasaannya, orang tempatan yang menyapa..akan bertanya pasal destinasi yang dituju. Bila memikirkan tentang keselamatan, kitorg tak pernah bagitau perkara yang betul. Instead of destinasi sebenar di A..kitorg just bagitau akan ke destinasi lain iaitu B. Dua lokasi dan laluan yang berlainan.   Kenapa? atas sebab2 keselamatan..kite tak tau ape yang akan berlaku. Begitu jugak dgn nama & nama hotel..fikir2 kan. 



huhu..ada gak peminat. Tapi tak ramai laa.. :))

tapi..tunggu jap..

Haaaa...! sapa kata RED VERSYS takde peminat? kehkehkhe..alaaa depa ni sibuk dok ushar stiker kat RED VERSYS jer..tu jer..lain2 takde pun.. :D









Sesi temubual - Diorg tanye..aku jawab ler ape2 yang patut.. :). Diorg ni peniaga kedai makan rupenye..tapi tak bukak lagi :(



Ok la..letih gak layan peminat2 kat sini..hahaha. Amik gambiran skit..



Bergambiran dengan penduduk tempatan Cambodia. Dengan makcik tu pun turut terbabit dalam gambiran ni..caya la macikk..!





ok..last one. Tripod "cinonet" dah kene korban untuk camera satu lagi. Ni main letak je atas box..hihi



Tayargolek time..!

OK geng..adios amigos!




Hari semakin panas..masih mengharapkan keadaan jalan yang smooth. Dah rasa mcm naik unta dah ni..walaupun tak penah naik unta. Eh mana Griffin?





Wihuuuuuuuuuu..! kat depan nun disana tuuuuuuuu..



Nice view..walaupun tak cukup sentap view ni..





Tiba di satu kawasan bedekatan dengan kawasan sekolah. Kene slow down lagi dari kelajuan biasa..takut budak2 sekolah ni buat aksi2 melampau dijalanraya..hehe




Battambang..Poipet. Mcm tips yang aku bgtau tadi..pasal destinasi yg dituju, jawapan kitorg "Battambang". Tipu skit jer :).





Condition jalan semakin teruk. Kitorg terpaksa mengelak sana sini lopak2 yang ada. Terpaksa memilih mana satu lopak yang paling cun dalam banyak2 lopak yang ado. Haa..smpai mcm tu skali.






Letih..letih mengelak lopak + lubang. Skg masuk satu pekan..ape nama tempat ni pun lupe laa


Dipendekkan cerita lagi..


Kitorg stop lagi..berhenti rehat disalah satu kedai kecik. Kat tong penuh dengan air mineral je. Skg nak carik air sejuk le pulak..



Kasi rehat betul2 jentera kesayang ni..





Air tin Coca Cola berharga 2000 riyel. Tapi bukan aku nak tunjuk gambiran air tu pun..ni haaa! owner kedai yang kitorg lepak. Errr..! mcm adik beradik kan? kan?..........................................ye laa memey adik beradik pun..hahaha


 Abis air setin + berasap..sambung lagi tayargolek.




 Kantoi skit..kerja2 baik pulih jalan sedang dijalankan..




 Lepas satu..satu..jalan gravel pulak aihh..machiam2 ler




 layan scenery skit..




 Hmmm..nice view ni. Ok laa..



 Stop lagi kire2 80KM lepas tu. Seksa gile..80KM dah mcm beratus KM dah ni..puiih


 Kitorg stop di kawasan rehat yang masih dalam pembikinan: Cambodia-Japan Friendship Pursat Road Side Station.




 Jentera tengah berehat..



 View lain pulak..takde sape pun..kitorg je lepak sini.





 Ada aje yang datang menemuramah. Tapi pakcik tu boleh cakap bahasa Melayu..penah keje kat Malaysia katanya..




Melihat jauh kearah motor..jauh lagi perjalanan ni..






Rehat pun tak lama..cukup sekadar dapat balik tenaga. Tu pun dah cukup. Lunch? ooo..tak sama skali beb..ehehe





Perjalanan ade lagi berbaki dalam 100KM lagi untuk sampai ke border. Waktu skg kire2 pukul 3.00ptg waktu tempatan.



Aku dah mula letih dan sengal nak amik gambiran dah. Mood pun kureng skit sebab takde ape yang menarik yang boleh bikin sentap jiwa.




Sehinggalahkat satu tempat..ade pulak statue kat satu round about kat depan tu. Gambiran ler skit..hehehe










Sape pulak yang amik gambiran aku ni? ok..gambiran ni aku amik guna camera yang kat motor tu




tayargolek lagi..masih agak jauh lagi perjalanan untuk sampai ke border. Adeiii...jangan tak sempat sampai dah ler. Border Cambodia tutup pukul 7.00malam waktu tempatan. So kene rush + push skit..







 Dipendekkan lagi cerita..tak larat nak amik gambiran dah..

Hari semakin gelap kire2 pukul 5.00++ ptg waktu tempatan. Perjalanan ke Poipet (border) ade kire2 50KM lagi. Nak speeding lebih skit..jalan tak berapa elok..so terpaksa bawak mcm biasa. Bahaya jugak jalan mcm ni nak pulas throttle lebih2..



Sehinggalah beberapa KM lepas tu..jalan menuju ke border bertukar kepada lebih baik dari tadi. Jalan baru beb..wihuuuuuuuuuu..!! Time ni dapat le tengok sceney petang..matahari terbenam..mega2 menyelubungi alam..best!




Ada skit video yang sempat aku amik waktu ni. Hari dah gelap..sunglasses masih tertenggek kat batang idung. Motor pun masih dalam keadaan 'zorro'.

Kitrorg stop jap untuk clearkan ape2 yang patut..dah tak jauh dah border. Harap masih sempat keluar Cambodia hari ni jugak.


@Poipet (Cambodia - ThailandBorder)


Alhamdulillah..akhirnye! kitorg sampai border di Poipet, Cambodia kire2 30 minit lagi sebelum tutup. Satu lagi masalah bakal kitorg hadapi..ramai pulak orang time ni nak settlekan urusan Imigresen. 

Aku: "perghhh..! ramai manusia ni bro? sempat ke kite nak settle ni?"
Griffin : " perrffff..!"  - gaya tarik napas

Tadi satu masalah..skg 2 masalah.
1) Masa - mcm agak sukar nak settlekan urusan Imigresen memandangkan orang agak ramai waktu. 30 minit lagi border akan tutup

2) Motor - masuk secara 'koboi' . Takut + risau sangkut dengan Kastam bile selesai urusan passport.


Nak dijadikan cerita..urusan tetiba menjadi mudah. Tetiba ada pulak sorang Pegawai Imigresen datang kearah kitorg sambil bertanya " You want fast? 200THB each.."

Aku tengok Griffin..Griffin tengok aku..

Griffin : " bro..200THB each. How?"
Aku : " 200THB..just pay la bro..time is more important now.."

Then, we decided to pay 200THB each of us as a "duit kopi". As long as can speed up..why not?

Lepas tu baru terpikir " ehhh..kite ni pakai bagi je passport + duit. Ape pun tak kenal officer tu..blh caya ke?" - ni le keadaan yg kadang2 berlaku bila dah desperate. But we still believed that we did the right decision..


"takpe laa..kita tunggu je kot.." - saja nak sedapkan hati.

Griffin: " bro..u cam tak muka officer tu?" - boleh pulak bagi soklan checkmate aku time ni..hahaha.

Aku : "ontah la bro..hahaha. Tak nampak sangat pun muka dia tadi..hahaha"

Lepas 5 minit..officer tu datang balik. Perghh! dia punya lega..memey lain machiam ler..lebih2 lagi bila  passport  dah disah dengan cop  Imigresen di Poipet (kene check sebelum blah). Siap duit balance lagi 600THB (aku bagi 1000THB tadi). Bagus betull..! Phiewwwwwwww..! lega beb..!

Setel urusan passport..skg hal ke-2 pulak..kastam! Koboi nak keluar ni..huhu

Tak citer banyak..sarung helmet + start engine..kitorg blah dari situ. Jalan terus tanpa toleh kiri-kanan-belakang. Kalo ada yang panggil..terus pulas throttle..! Perghh..! saat2 genting ni mcm2 boleh jadik beb..jantung ni mcm nak jatuh kutip balik laaa..adehh!

Sehinggalah sampai di pintu masuk Thailand..phiewwwwww! sedikit legaa..skg kene settle passport + document masuk Thailand pulak. Kitorg masih belum dalam keadaan selamat. Ape2 boleh jadik selagi tak masuk Thailand.




@ Aranyaprathet (Thailand - Cambodia border)

Urusan Kastam @ Aranyaprathet, Thailand:
- Ingat tak masa kitorg masuk aritu mintak copy document (Cert of convenyence) diorg sungguh2 tak bagi? Haaa...ape yang berlaku skg ada hikmahnye. Timing is very very limited. Diorg mintak pulak 2 salinan (Cert of convenyence) waktu ni. Aisshhh..! nasib baik kitorg memey ada dah..kalo tak sure delay punye. So, terus bagi 2 salinan dokumen tu. Dalam masa yang sama, kitorg terus berlari ke Imigresen untuk urusan passport..masa kire2 15minit lagi pukul 7.00mlm waktu tempatan.

Nak dijadikkan cerita lagi..(gambiran tak dibernarkan), ramai pulak manusia waktu2 mcmni. Dua lane yang berbaris panjang..2 lane lak tu. Ntah sempat ke tak ni??? 

Ape yang aku nampak..Griffin cuba berbaris dilane yang langsung takde orang sambil tunjuk2 skit passport "MALAYSIA"..tapi kaunter tu ade officer bertugas. tetiba officer tu..

"you from Malaysia??" - kata officer tu.
"Yes sir..and my friend too" Griffin reply balik..

" OK..come..!" officer tu kasi potong line baikkkk punyerr..! wihuuuuuuuuuu..! Tersenyum lebar kitorg time ni. Yang lain2 dok beratur panjang dari tadi semua buat2 muka ketat..muka kelat..! hahahhaa. 

Dalam keadaan mcm ni..kitorg amat2 berTERIMA KASIH kepada kerajaan/Duta Malaysia yang menjalinkan hubungan diplomasi yang cukup baik dengan negara2 jiran. Dalam kes kitorg..egara Thailand. Korang takkan dapat rasa bile tak melalui saat mcm ni. Dalam keadaan yang genting..keutamaan diberikan oleh rakyat Malaysia. Terima Kasih MALAYSIA.



Dalam masa 5 minit..urusan Imigresen kitorg settle..syukur!! kene berkejar ke Kastam pulak lepas tu. Terpaksa lompat pagar beb..nak cepat punye pasal. Time ni sakit kaki aku hilang dah..terpaksa berlari nak kejo masa...hahaha. 

Ape2 pun urusan Kastam + Imigresen semua selesaidengan lancar tanpa sebarang masalah. Phiewwwww..! baru lega..lega selega lega nye lahhh..minum air mineral pun dah macam minum jus epal tauuuu..hahaha. Menitis2 peluh jantan jatuh ke bumi..setelah semua urusan border selesai. Alhamdulillah..urusan dipermudahkan..


Itulah beb..kejadian sebenar sewaktu melepasi border CAMBODIA - THAILAND. Sehingga kini, masih segar dalam ingatan. Cabaran dan dugaan sentiasa menanti..hanya kecekalan, semangat dan ketahanan mental je yang mampu beri kekuatan untuk meneruskan misi ekspedisi ini. Bukannya mudah seperti dilihat..nampak seronok mengembara seperti yang disangka..tapi hakikatnya, keadaan sukar inilah yang menjadi "kenangan manis" bile semua masalah dapat diatasi..

Ok la beb..panjang beno aku merapu. Itulah serba sedikit pengalaman dihari ke-9 INDOCHINA EXPEDITION. Esok akan sambung tayargolek seterusnya untuk hari ke-10. Apakah cabaran seterusnya? pukul berapa pulak kitorg bertolak untuk skip traffic di Bangkok? 

Tunggu sambungannya nanti..




Adios,
Han

5 comments:

Anonymous said...

Salam... lamo dah x bkak tayargolek. kono otstesen kek sri lanka. ado hupdate cito baru!! syok!! syok!! syok baco!!!!

jairaub

TayarGolek.Com said...

jairaub - aluu jairaub..apa bikin kek sinun? :) thanks neway bro..

Anonymous said...

kojo sesambey bercuti bro... ala-ala airplane golek time! ado ko airplane golek time? cer citer..

jairaub

Eeren Chong said...

Tk ambik fb awek baju hijau tu... nk ambik buat jd tour guide ganti minah vietcong tu...

TayarGolek.Com said...

Ren - eh ko mcm suruh aku ripit gi Cambodia je..hahaha. Lupa la bro..wihuuuuu

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com