You Are Reading

2

Info Terkini: Kembara Mengejar Sejarah 6 (KMS6) @ Johor

TayarGolek.Com Thursday, May 30, 2013
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 6 @ JOHOR bakal berlangsung kire2 8 hari lagi bermula hari ni. TayarGolek.Com dan rakan2 yang telah mendaftar akan serbu ke Johor pada 8-9 JUN 2013 nanti. Persiapan dan persediaan KMS6 setakat ni berjalan dengan lancar. Antaranya:

1. KMS6 T-Shirt - telah selamat diagih2 kan kpd peserta termasuk yang membuat pembelian secara pos. Sedikit kelainan t-shirt KMS kali ni - setiap t-shirt akan mempunyai nama samaran atau orang kampung panggil "nickname". So gelemer ler skit.

2. Hotel - semua urusan hotel telah di'confirm'kan. Reservation sebanyak 25 buah bilik semuanya. Tengah berperang dgn pihak hotel untuk reserve kan parking utk motor nanti. Harap2 ler dapat..

4. Dinner - Reservation/booking table utk makan malam pada malam sabtu (8 Jun 2013) nanti pun dah selesai. 5 buah meja (1 meja tk 10 orang).

Nota: T-Shirt KMS6 akan dipakai waktu dinner.


5. Bayaran - Alhamdulillah..semua peserta telah memberikan kerjasama yang amat TERBAIK kpd TayarGolek.Com. Semua urusan menjadi lebih mudah. 

6. Taklimat  - sesi taklimat penuh telah dibuat semasa TTS Pre-KMS6 yang lepas. Taklimat yang aku berikan lebih kepada Tentative Program KMS6 dan juga beberapa perkara lain tentang keselamatan semasa berkonvoi nanti. Harap semua dapat sampai ke RV Point di R&R Seremban dengan waktu yang tepat. Diingatkan sekali lagi..TAYARGOLEK adalah pukul 7.00pagi. 
p/s: Sapa lambat..aku tinggal!. Jumpa ni next pit stop. Ni je cara nak bentuk diri dalam mendisiplin diri dari segi ketepatan waktu.


Bagi korang yang masih belum tau design T-Shirt KMS6 ni mcm mana..blh ushar gambiran kat bawah.



50 peserta akan mengikuti KMS6 @ JOHOR nanti..dgn 41 buah motorsikal kesemuanya. Berikut adalah senarai peserta.








Sedikit gambiran masa TTS Pre-KMS6 (24 May 2013) yang lepas. 15 table kitorg tapau kat Suria Teh Tarik.. :)





Berdebar pun ada nih..aku mohon kepada semua rakan2 dan pembaca TayarGolek.Com agar sama2 berdoa semoga ride KMS6 @ Johor selamat pergi dan balik tanpa sebarang masalah dan kejadian yang tak diingini.

OK..ni sebahagian update untuk KMS6 nanti. Harap semua membuat persediaan awal..termasuk rehat yang cukup. 

Jumpa korang semua pada 8 JUN nanti..
Thanks for your support..!





Adios,
Han

2 comments:

Anonymous said...

huuu...terujaa!!...heheh
-akid-

Unknown said...

Safe ride....

-ben laden-

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com