Archives

4

Koh Samui Tour: Day3 @ Ronda Koh Samui

TayarGolek.Com Thursday, June 27, 2013
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Selepas menerima perkhabaran berita pemergian Arwah Abg Shafiq Varadero 3 hari lepas, aku sebenarnya mcm blur nak sambung stori de mori "Tour To Koh Samui" ni. Tak tau nak sambung mcm mana..jiwa kosong. Agaknya masih terkejut. Rasanya mcm baru semalam je aku jumpa arwah..tau2 dia pergi meninggalkan kite buat selama-lamanya. Aku & Rakan2 TayarGolek.Com terutamanya yang sama2 mengikuti ride "Tour to Koh Samui" dan "Kembara Mengejar Sejarah 6 (MKS6) di Johor" lebih terasa kehilangan seorang rakan permotoran. Nasib baik jugak masa KMS6 tu arwah bawak sekali wifenye (Kak Mawar), walaupun tak kenal rapat setidak2nye kite kenal.

Cuma..aku agak terkilan skit sebab Arwah Abg Shafiq tak sempat baca habis stori ride "Tour To Koh Samui" ni. Last update masa kitorg ke Namuang Waterfall 2. Sedih..sebak..mcm2 la beb waktu aku terima berita tu. Terngiang2 kenangan ride bersama arwah Abg Shafiq..5 hari beb bukan waktu yg singkat. Setiap masa kitorg ber-5 sentiasa bersama. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. 

Aku sebenarnya takde kekuatan untuk meneruskan stori ni..tak sampai hati nak tulis abis. Tapi itulah Qada & Qadar..ketentuan adalah dariNya. Rakan2 TayarGolek.Com yang lainlah yg banyak bagi semangat untuk aku terus habiskan stori ni..tapi apakan daya, hampir 3 jam aku berada kat depan laptop ni sepatah ape pun tak tulis. Skg dah pukul 3.00pagi..aku sebak. Bile tengok semula gambiran2 ride Koh Samui..banyak kata2 nasihat aku dapat dari arwah dan masih terngiang2 lagi sampai skg..antara sembang2 semasa malam terakhir di Koh Samui  yang masih aku ingat hingga kini..

Abg Shafiq: "Han..ko bagus laa, tulis semua stori pengalaman ko utk semua...yang baru2 nak belajo boleh rujuk blog ko. Teruskan Han..aku suka ayat2 yg ko tulis..ayat ape tu "ayat kedai kopi"..(sambil gelak)

Aku : " Aiisshhh...biase2 je bang. Tulis stori sbb mmg nak share je."

Abg Shafiq: " Ehh betul..aku ckp betul ni. Aku baca blog ko dah lama..tp jadi silent reader je cuma baru kali ni ada chance ikut. Teruskan Han..ape2 yang ko fikir nak buat..buat skg. Jangan tangguh..jangan tunggu. Nanti kalo ko tak buat..tau2 dah bertahun kang menyesal nape tak buat dari dulu lagi..TayarGolek ni dah ada nama Han, orang dah percaya apa yang ko buat..ko pun dah terkenal ibarat ko ni artis dunia motor la. Jadi, selagi orang percaya ko teruskanlah..buat lagi produk2 TayarGolek.Com..aku sokong..aku support

Aku : " aduhh bang..artis amendenyee. Bukan itu yang saya kejo bang..glemer pun saya tak cari..saya sebeno malu bang bile orang gelar mcm tu..segan saya. Kalo boleh saya taknak org panggil mcm tu..saya org kampung bang. Tapi bang, apa yg saya tulis tu IKHLAS bang.."- itu lah kata2 terakhir dan nasihat sebagai pembakar semangat aku malam tu..bila ingat balik skg ni..menitik air mata aku..

Dan..kata2/perbualan yang aku ingat semasa KMS6 masa balik dari air terjun:
Aku : "bang...saya jeles la dengan bunyik ekjos moto abang ni..(ayat melawak)"
Abg Shafiq : " haaa..jeles? apa lagi..upgrade laaa Han...(gelak beso time tu)
Aku : " adehhh..belum boleh la bang..tabung ikan Emas tak penuh lagi.."
Abg Shafiq : "selow2 Han..apa tu BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA? (gelak) - ayat ni aku tulis masa test GSA1200 yang lalu..



nota: perbualan diatas bukan saje2 aku nak UP diri atau TayarGolek.Com, tapi itulah yg arwah sembang malam tu..


Kenangan..itu semua kenangan. Jadi, apa yang aku cuba tulis lepas ni, lebih kepada "KENANGAN dan MEMORI" sebagai tanda penghormatan kepada arwah Abg Shafiq. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Terus terang aku katakan, arwah memey seorang yang sangat baik..banyak bg nasihat, seorang yang tenang..coool je. Tak banyak kerenah masa ride. Rakan2 yg mengikuti ride ke Koh Samui memey akui..memey terasa kehilangannye. Ejatt..aku tak sure samada dah tau berita ni atau belum sebab masih bertugas dilautan.



*kepada Kak Mawar, apa yang saya tulis seterusnya ni adalah kenangan kami ber-5 semasa menghabiskan misi Tour to Koh Samui. Semuanya masih segar dalam ingatan..dan kini ianya menjadi kenangan bersama.

Rakan2 pembaca & Rakan TayarGolek.Com sekalian. aku cuba sambung semula stori ni mana yg mampu..Sebagai menghormati arwah.. mungkin tidak seperti sebelum ni. Aku cuba habiskan sebaik yang mungkin..InsyaAllah.


Sambungan stori de mori seterusnya..




Lepas bermandi manda air terjun, misi skg adalah meneruskan tayargolek..5 buah skuter yang disewa bakal mengelilingi pulau Koh Samui.





menyusur keluar ke jalan utama.






@ Namuang Shooting Range, Koh Samui

Owhh..ya!aku hampir2 lupa pulak. Kitorg tadi ada bincang2 nak pergi ke "shooting range". So berdekatan dengan jalan masuk ke waterfall tadi ada satu "shooting range". So, singgah jap..



  

Tempat parking yg disediakan..





Nampak mcm takde orang..tapi memey betul pun..kitorg ber-5 je waktu ni







angle lain pulak..


*maaf..kitorg TIDAK dibenarkan mengambil gambiran kat dalam & kawasan lapang sasar. Banyak jenis senjata api + guna peluru hidup.



..dah abis menembak, bersiap2 nak pusing pulau lepas ni.






Bergambiran bersama result tembakan masing2 + foto semasa menembak. Daripada 5 orang..2 orang je yang layan menembak - Adimz & Ejatt. Sharp shooter gak depa ni. Tak sangka ada bakat jadik sniper :)


Tayargolek time..!




Opss..! jangan tiru aksi ini. Ter'racing' jap. Pandai ko candid eh dimz? :P


Aku tak banyak amik gambiran on the bike waktu ni. so gambiran adalah dari camera Adimz untuk dikongsi sama. Memey terbaikk..!


tayargolek sewaktu menyusuri pesisir pantai. Peserta thriatlon masih dalam acara lari masih ada lagi. Kurang syiok skit sebab jalan banyak ditutup separuh.






Sampai satu tempat yang agak menarik..kitorg stop sekejap. Amik gambiran + tengok scenery petang.





Cuma view kurang menarik skit sbb air surut.





Air surut..abis semua timbul






..ada jugak yang turun ke bawah. Tak sure diorg buat ape..main pasir kot?





Cuaca petang yang cerah. Cahaaya matahari agak terik..





ramai jugak yang turun bawah.





Perjalanan diteruskan lagi menyusuri jalan sepanjang pulau.





Kelajuan average 40-50kmj. Depan tu akan ada jalan berliku..





free & easy..dgn skuter yang disewa. Mana2 tempat menarik dan cantik untuk layan pemandangan..kitorg berhenti jap.





4 orang rakan (Abg Shafiq, Ejatt, Godang & Adimz) yang mengikuti ride ini tengah asyik melihat jauh ke pantai.





Arwah Abg Shafiq - Merenung jauh mengamati keindahan alam..moment yg sempat aku candid waktu ni.







Ejatt pun tengah layan gak tu..




Senang citer..semua gambiran aku amik.





Scenery petang. Kalo tadi matahari berada disebelah kanan..skg ni sebelah kiri pulak. Maksudnya, kitorg dah berada dibahagian sebelah atas pulau Koh Samui.




Tayargolek lagi..

..dipendekkan cerita, kitorg dah pun berada dikawasan Bophut.





Rasanya pantai disebelah Timur Koh Samui lebih cantik. Gambiran on the bike yg sempat aku capture.






Keadaan jalan waktu sangat2 lengang..cuma jalannye yg bersimen kengkadang ada bumpy skit.






masuk area town..






Banyak traffic light pulak skg ni..







..dan kembali lancar selepas tu.





terkaget jap aku. Abg Shafiq tetiba memotong laju..abis semua ditapaunya. Tapi lepas tu slowdown balik.






Ride dgn skuter yang santai..






Adimz in action..






Jalan mula busy skit..sebab semakin hampir dengan Chaweng.





Ejatt in action. Laju gak time ni..ku kejar lu lari..




Abg Shafiq pulak in action..






Akhirnya..kitorg stop di depann Bangkok Hospital.









Bangkok Hospital, Koh Samui






Sebenarnya stop sini bukan saje2..tapi cari makanan ler. Perut dah lapo..







ehh..kat Bangkok dah?






Muslim Halal Food.






Kedai makan ni mcm baru bukak..takde sape2 lagi. Lampu pun tak pasang lagi.






Kosong...kosong..koosong..






Ape yang menarik kedai ni, pemiliknya adalah peminat motor2 retro. Antara motor yang ada dikedai & dijaga dgn baik adala motor BMW, Harley Davidson & Vespa.







Pusingan meter tu pun ikut arah jam..






Gambiran penuh. Motor ni masih lagi dlm keadaan baik. Menggunakan 'kick-start' dan boleh hidup lagi. Info dari Marut (owner) masa beli harganya 300,000THB. Skg nilai motor ni adalah 600,000THB.





Thumb up..! Marut..minat motor2 lama/retro. Walaupun ada yg datang offer dgn harga tinggi utk beli motor BMW tu..dia kata dia takkan jual.




Harley Davidson..




..pun sama jugak motor ni. Masih berkeadaan baik. Sesekali motor ni dibawak pegi ronda2 petang..






Gambiran kenangan dgn BMW retro..





..aku pun nak jugak.






...dan seterusnya pulak - vespa



Godang mencuba uji vespa ni pulak..





Alrite..skg makan time. banyak lagi lauk tak sampai lagi..




Lepas makan..aku sebenarnya ada misi penting untuk menyelamatkan beg anak member aku (Apit GSA) yang tertinggal kat hotel seminggu sebelum kitorg sampai. 



 
Singgah di hotel Le Meridien jap..


 

Kaget gak hotel mcm cikai je..tp siap ada security jaga kat depan. Gelap pulak laluannye..tapi bile pijak je lantai tu..lampu terus ON..





 lepas tu..nah ko..dah mcm zaman raja dulu2 dalam istana.
 



 Terus jumpa staff hotel bertugas. Lega..bag anak member aku selamat berada kat tangan aku. Gambiran ni sebagai bukti je beg dah amik. :)


 Info pasal hotel ni..hmmm harganye memey murah. Tak silap satu malam cuma 12,000THB jerrrrrrrr..




 Penyamaran..bergambiran didepan hotel. Diorg berharap sgt TG.Com dapat booking hotel ni next round. :P


Setel satu bab..now kitorg akan singgah pasar malam dulu sebelum balik terus ke hotel. nak cari 'ole-ole' nak bawak balik Malaysia katanye..


Bingung..banyak sangat barang2 yg dijual kat pasar malam. murah2..kalo pandai bargain ;)





Jam tangan ROLEX pun ade.. ;)




Masing2 sibuk mencari fridge Magnet + t-shirt.



Pasar malam ni panjang..sepanjang laluan masuk ke hotel. So kitorg tak blh masuk guna jalan ni. Kene carik jalan lain.





 Sementara diorg cari 'ole-ole'..aku layan jap live show ni. Boleh tahan gak..


 Adalah kot dekat 2 jam kat pasar malam ni. Yang penting..semua dapat dah 'ole-ole' yang dicarik. Masing2 pun dah letih..masa untuk balik ke hotel utk berehat & tido.

Tamat sudah episod hari ke-3 Tour to Koh Samui. Esok akan bermulanya perjalanan yg jauh ke Hat Yai.

Tunggu sambungannye nanti k. Aku harap..korang masih setia membaca stori de mori Tour to Koh Samui sampai abis hari ke-5. Inilah kenangan abadi kitorg ber-5..bersama2 arwah Abg Shafiq.

Jumpa lagi..


Adios,
Han











 
Copyright 2010 TayarGolek.Com