You Are Reading

5

Krabi Ride 2014: Day 5 - Kuala Lumpur

TayarGolek.Com Tuesday, December 9, 2014
Yoooossshh...!!
Salam Sejahtera semua...

Coretan KRABI RIDE 2014 dihari ke-5 agak simple. Misi ke Krabi dah pun selesai. Selamat sampai di Hat Yai semalamnye. Dapat jalan2 di Floating Market dan bershopping sakan di sekitar pasar Lee Garden, Hat Yai.

Entry hari ni merupakan episod akhir KRABI RIDE 2014 yang telah berlangsung pada 28 Ogos -  1 Sep 2014. Inilah ride..cerita para peserta ride kali ini. Semuanya disimpan dalam www.tayargolek.com

Hari ke-5, takde ape aktiviti. Kitorg semua akan keluar semula dari Thailand dan balik ke tanahair. 5 hari mcm lama.. Tapi hakikatnya cuma seketika je.

Kite ikuti perjalanan peserta KRABI RIDE 2014.. Jom!


Kebiasaannya dihari akhir ride akan gerak lambat skit. Keluar waktu tengahari terus lunch di Sadao. Tapi kali ni,  masing2 setuju gerak awal.. target sampai rumah masing2 waktu petang. So, pkl 9.00pagi kitorg akan mula tayargolek.

Aikk...? Mcm mana Jojo ada kat sini jugak..? Sebenarnya tarikh ride adalah sama cuma destinasi je berbeza. Namun, stay dihotel yang sama



Semua awal2 lagi dah bangun. Check motor + susun barang2 kat motor masing2. Ayat aku simple "kite gerak pukul 9.00pagi.. So manage your own time"


Parking untuk motor yang disediakan oleh pihak hotel.


Ni "saiya sukaporn"  jugak kewwww? Hehehe.. Bantu membantu memey amalan kitorg :)



Spray rantai katenye walaupun pakai scottoiler. Host panjang takde.. Ini le jadiknye


Selesai urusan motor.. Urusan checkout. Kitorg tak amik bekfes kat sini. Biasanya akan checkout dan makan di Sadao.


KRABI RIDER semua dah ready.



Start your engine kawan2..harap cuaca yang baik. Dilancarkan perjalanan kami serta selamat sampai ke rumah masing2.


On the bike! Disiplin masa yang ditunjukkan dan kerjasama semua rider memey betul2 membantu urusan ride ini. Tahniah semua KRABI RIDER 2014.. korang memey pembaca tegar TayarGolek.Com.



Bismillah.. Kite mulakan tayargolek ke Sadao



Keluar pada waktu peak hour org nak ke tempat keje.. Busy skit traffic di Hat Yai.
Namun, kite cuba tunjukkan attitude yang baik menunggang dinegara orang.


Pemandu memberi ruang untuk motorsikal.. Tapi ada masa gak tak muat nak selit. Sangkut leww



80km dari Hat Yai ke Sadao.. Sampai kire2 sejam lebih. Terus parking sini untuk menikmati brunch.


Parking motor cantik2 k.. baru sedap mata memandang.


Sekeping lagi gambiran motor.

Ok.. Kitorg makan dulu sat na..



Dipendekkan cerita dihari ke-5, urusan Imigresen & Kastam Thailand dan juga Imigresen Malaysia selesai tanpa sebarang masalah. Cuma ape yang betul2 aku tekankan dan byk kali tanye kpd semua rider adalah pasal Thailand Custom Form yang perlu dipulangkan semula.

Sebagai ketua konvoi/trip.. Aku akan sentiasa pastikan semua clear.

Dah selamat masuk Malaysia.. Tanahairku


Kitorg parking sini jap untuk regroup. Make sure semua 10 buah motor ada kat sini sebelum tayargolek.


Ok semua dah clear.. Jom


Stop isi minyak di Changlun + curi masa berehat jap.


Kite isi full tank kat sini,  lepas tu akan shoot terus ke RNR GUNUNG SEMANGGOL


Semua dah siap isi minyak rasanya. "ok.. 10minit lagi kite chaltae.."



Saat2 akhir sebelum tayargolek.

Cukup masa,  kitorg sambung tayargolek. Niat dihati nak shoot smpai RNR GUNUNG SEMANGGOL.. last terpaksa stop kat RnR Gurun. Mengantuk tahap maksimum. Walaupun free and easy.. Namun rata2 still lepak belakang.. Hehehe


@RnR Gurun
Berhenti kat sini jap.. Refresh balik tenaga.
Ramai pulak kata nasib baik stop sini.. Mengantuk tak hingat katenye.


Baru 5minit parking motor.. Hujan pun turun dengan lebatnye. Hmmm.. Gud timing lah. Maka sambil berehat sambil tunggu hujan reda skit. Ramai bikers waktu ni. Terjumpa jugak geng lama masa pakai ER6 dulu. Member pun dah upgrade Triumph 1000cc. Terbaik bro..!
Tapi gambiran takde.. Camera nak masuk dalam tong.

So next pit stop,  RNR G. Semanggol,  RNR Simpang Pulai dan last sekali RNR Ulu Bernam. Keadaan traffic highway PLUS sangat teruk. Penangan Public Holiday.. Banyak kali kitorg terpaksa menggunakan Emergency Lane.

Walau macam mana pun.. Semua selamat sampai ke rumah masing2. Jass, Sam & Khairil sampai lebih awal sebab diorg masing2 exit Taiping,  Kuala Kangsar &  Ipoh.

Begitulah serba sedikit coretan atau stori de mori KRABI RIDE 2014. 5 hari trip dari KL-SADAO-KRABI-HAT YAI-KL yang hampir mencecah 2000km. Pengalaman bersama kenalan baru.. yang dulunya hanya seorang pembaca. Namun kali ini, telah beraksi bersama.. seterusnya diceritakan dalam blog pengembaraan TAYARGOLEK.COM.

Sebelum aku tamatkan stori de mori..
Kata2 akhir..

Rakan2 pembaca sekalian.
Syukur Alhamdulillah.. Trip KRABI RIDE 2014 berjaya dengan selamatnya. Yang 1stbtime bawa masuk motor ke Thailand aku ucapkan TAHNIAH! Buat mereka yang 1st time sampai KRABI.. juga ucapan TAHNIAH! TAHNIAH &  TERIMA KASIH kepada semua rider & pillion yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang trip ini berlangsung. Apa yang kite lalui..ape yang kite alami, jadikan asas atau ilmu sebelum mengorak langkah lebih jauh untuk bergelar "OVERLANDER".

Biar sedikit demi sedikit asalkan ada improvement..ada achivement dari semasa ke semasa. Masa, duit, kesihatan, mental &  fizikal dan penyelengaraan motorsikal yang baik mampu membawa anda lebih jauh..dan lebih jauh.

Sekali lagi TAHNIAH buat semua rider KRABI RIDE 2014. InsyaAllah ada umur panjang,  ada izin kelapangan masa.. Kite ride lagi.

KANCHANABURI EXPLORATION RIDE pada 25-30 Mac 2015 kini menunggu masa.

KANCHANABURI EXPLORATION RIDE -  2ND TRIP juga bakal berlangsung pada 6-11 MAY 2015 (masih ada kekosongan. Berminat blh contact sepantas kilat k)

Inilah peluang anda sebagai pembaca untuk turut serta nanti.

Akhir kata,  biar setinggi mana pun impian.. Jika tiada usaha dan tindakan, ianya akan terus menjadi mimpi. Sama2 kite fikirkan..

Dengan ini,  aku tamatkan stori de mori KRABI RIDE 2014.
" selagi tayar bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.. "

InsyaAllah.. Kite jumpa lagi dalam ruangan stori de mori ride yang lain.
Terima Kasih diatas sokongan anda semua.

Jumpa lagi..

Adios,
Han





5 comments:

qalleed said...

Tq Han... sudi bawa pembaca mengembara..

Unknown said...

Salam bro han.sy dr jb..bru agkt er6n.pmbca stia dr thn lps.hehe..sy nk folo pd bln mac nti ke kanchanbri.bpe RM kena standby?? Al maklum ler,xpnh ride jauh2....
Syafiq-011-27545184(whatsap) sy nk folo bro han...mcm mna nk hbngi bro han??? Ad sesapa bole bntu???

TayarGolek.Com said...

Ali alip - sori bro baru baca. Nanti saya contact bro. BTW, Mac punya trip dah full..bro blh join 2nd trip pada bulan May 6-11 May 2015.

TayarGolek.Com said...

qalleed - no problem bro..ini tujuan tayargolek.com diwujudkan

TayarGolek.Com said...

Ali Alip akak Syafiq - betui ka nombo -011-27545184 ni?



Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com