Archives

7

KEMBARA TRANS BORNEO : INTRO

TayarGolek.Com Wednesday, April 30, 2014
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

KEMBARA TRANS BORNEO..akhirnye bermula stori de mori nye. Nervous gak nak mulakan stori ni..al-maklum dah berbulan ride ni berlangsung. InshaAllah..aku try sebaik mungkin..recall balik kenangan2 dan pengalaman2 ride KEMBARA TRANS BORNEO.



Diam tak diam dah dekat 5 bulan  KEMBARA TRANS BORNEO berlalu. Namun pada aku, ianya masih segar dalam ingatan. Satu ride yang hebat secara peribadi. Seperti sebelum2 ni..

2011 - 4 NATION RIDE (MALAYSIA-THAILAND-MYANMAR-LAOS)
2012 - INDOCHINA EXPEDITION (MALAYSIA-THAILAND-CAMBODIA-VIETNAM)

Dan kali ini, 
"the climax of the ride 2013 " -  KEMBARA TRANS BORNEO (SABAH-BRUNEI-SARAWAK-INDONESIA)
 







KEMBARA TRANS BORNEO berlangsung pada 1-11 DEC 2013 yang lalu. Kembara kali ni, sama seperti sebelum ni jugak..aku (Han) & Griffin dengan motorsikal masing2 -RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR bakal beraksi mengembara dan meng'explore' Bumi Borneo selama kire2 10 hari.

Dalam entry "intro" ni, aku akan share skit beberapa perkara tentang bermulanya idea ke Bornoe, persiapan, dugaan dan lain2 agar korang semua tahu atau merasai pahit manis kitorg untuk menghadapi persiapan sebelum ride bermula.

 Meh aku citer serba skit k..

1) Bagaimana bermulanya idea KEMBARA TRANS BORNEO?

Lepas balik dari INDOCHINA EXPEDITION..masing2 agak busy dengan kerja & family masing2. Agak lama jugak ler sebelum aku & Griffin dapat duduk bersembang. Rasanya lepas 3 bulan kot..barulah ada masa dapat ngeteh dgn Griffin. 

Dari sembang2 kosong..sembang balik pengalaman INDOCHINA EXPEDITION, word "We Did it..!" mcm ada satu spirit untuk terus "explore..and explore.."

"So next ride bro?" kata aku
"BORNEO?.." kata Griffin dengan muka selamber
"Huh! Borneo? are you sure? " mcm tak percaya..haha
"yup..lets discuss & plan.."

..dari situ la idea bermula...al-kisahnyeee...hahaha


2) Route yang diputuskan:



Anggaran jumlah jarak keseluruhan : 2640KM



3) Persiapan penting


- Ticket Flight KLIA-K.Kinabalu | Kuching - KLIA.
Setelah tarikh dan jumlah hari ditentukan..maka, ticket flight selamat dibooking.



2 benda je kitorg fikir waktu ni. 
1) Nak jimat MASA, tapi kos TINGGI - Kapal Terbang
2) Nak jimat KOS, MASA yang panjang - Kapal Laut

* bincang punye bincang..15 hari 15 malam memikior kan pasal ni. Last2, kitorg decide amik pilihan no.1.

Maka, pergerakan untuk langkah seterus nye..

- TRANSMILE : Quotation untuk penghantaran motorsikal.
Sebelum ni, kitorg survey harga dan dapatkan sebut harga dengan MASKargo..lebih murah tapi urusan paperwork + Kastam + dan lain2 adalah urusan sendiri. Satu hal lagi, flight untuk return ke KLIA pulak takde..kene pakai Transmile jugak. Hmmmm...decision yang agak susah time ni.

Dengan tenang, kitorg banyak berbincang...keputusan terakhirnya kitorg memilih terus TRANSMILE ntuk penghantaran RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR ke Kota Kinabalu & dari KUCHING ke SUBANG. 


Seketika di Transmile, Subang. Hari ni adalah urusan untuk mendapatkan harga. Sebelum pergi sini, appointment awal kitorg buat siap2. So, person in-charge waktu ni adalah Bro Ridhuan. Bro ni bikers gak..pakai Z750..hehe


so, kerja2 mengukur dilakukan. RED VERSYS tengah kene ukur tu..mcm nak buat baju raya pulaknye. Ini baru 'dimension' je..harga belum dapat dikeluarkan lagi.




Kalo ikut kata Bro Ridhuan ni kan..ukuran dimension ni antara Versys vs FJR, harga lebih mahal kat VERSYS...ngeeeeee...



OK..ukuran dua2 motor dah siap. Lepas ni kene timbang pulak. Lepas timbang..baru la dapat harga sebenar - Volume Price..


Jom..bawak motor masuk tempat timbangan..




Masa untuk timbang berat motor pulak. Aiiih..berapa la kene caj nih..






 Alrite..RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dah siap berada kat atas 'stage' :).



 Seriau gak tengok motor time ni..





 Maka, kerja2 menimbang berat kedua2 motor ni pun berlangsung. Hmmmm...2 bijik motor ni total 551KG. Mcm tak percaya..tapi kene percaya..memey tu la nombor yang keluar waktu ni..




 
 Nampak tu..551KG. Pehhh..!

 Ok beb..selesai satu bab timbangan. Skg kena naik opis Transmile pulak jumap sales person diorg untuk quotation jumlah harga..



  @ Transmile office..



Tengok bleh..sentuh jangan





Big boss dengan discuss + nego harga dengan Sales person..hehe

Quotation akan dapat dalam masa beberapa hari lagi k..




4) Perubahan rancangan disaat akhir


Perbincangan demi perbincangan masih kitorg jalankan..pendek kata, selagi belum tiba hari ride memey banyak benda kene finalize. Nampak mcm senang kan? tapi hakikatnye...

Satu demi satu dibentang baik dari segi persiapan diri, transportation, route, hotel, attraction place, paperwork dan banyak lagi. Dan..yang paling diluar jangkaan adalah perubahan dari segi route disaat akhir kire2 10hari lagi sebelum berlepas ke Bumi Borneo.



 Inilah route baru 10 hari sebelum terbang ke Borneo. Bezanya kat sini..kitorg cuba masuk ke Kalimantan, Indonesia di Pontianak.

Waktu ni research demi research dilakukan + pembahagian kerja. Banyak lagi kerja2 tambahan PERLU diselesaikan kalo betul2 nak masuk ke Kalimantan. Pehhh..! kalo nak kire tension tu...semua benda tak jadik. Tapi..aku & Griffin masing2 ada semangat "Teamwork" yang tinggi + misi yang MESTI dicapai walau macam mana keadaannye pun. InshaAllah..pasti ada jalan, selain doa agar sentiasa urusan berjalan dengan lancar.






5) Saat genting  - 7 hari sebelum ride

Ishhhh..! diam tak diam dah tinggal 7 hari lagi sebelum fly ke KK. Paperwork satu belum buat. Bukan saje2 nak delay..tapi kitorg kekeringan info.

Stress?
Dengan masa yang suntuk..stress memey ditahap yang tinggi. Ape yang mampu kitorg buat skg cuma 'google' je..untuk dapatkan info. Ada jugak bertanyakan dengan beberapa rakan bikers yang berada di Sabah/Sarawak..namun diorg jugak kurang pasti. 

Cuba lagi tanye dengan bikers kenalan FB..yang mana pernah nampak ride ke Kalimantan. Tapi...aku sangat2 frust dengan jawapan yang diberikan amat2 TIDAK membantu. OK fine..Sekarang baru aku paham, tak semua orang boleh berkongsi maklumat..aku pun tak taulah ape masalahnye. Mungkin taknak orang lain boleh sampai ke sana kot? kot laa..

So, tu antara perkara yang aku ingat sampai sekarang. Hilang terus respect kalo mcm ni la caranye..

baik..kite lupakan.

Hasil bertanyekan "Dr.Google" akhirnya, kitorg sikit demi sikit dapat info. Tak citer banyak..dari MAJLIS KESELAMATAN NEGARA(MKN) di Kuching, JABATAN PENGANGKUTAN JALANRAYA (JPJ) di TEBEDU..tak main email2 dah. Terus call jabatan2 ni. Masing2 ada percanggahan dari segi dokumen yang diperlukan. Last2, kitorg bagi satu cadangan agar MKN & JPJ berbincangan secara offline, kemudian bagitau kitorg ape dokumen2 yang diperlukan..hah! kan senang.

Nasib baik la Pegawai MKN tu betul2 bantu kitorg..banyak info2 yang diberikan untuk melengkapkan terus surat ke MKN, Kuching. Info tambahan, Surat Jemputan dari Bikers Kalimantan/Pontianak jugak perlu. Time ni kepala otak dah jammed! mana la nak cari kenalan bikers dari sana. Fuhhh..! Tawakal je la beb..


Ada lagi dokumen? ada lagi beb..ni belum lagi Surat Keizinan dari Kedutaan Besar Republik Indonesia. Wow..!! hampir2 kecundang ni beb kalo semangat membara untuk kesana takde. 

Maka, jika disenaraikan surat-menyurat yang perlu dibuat:

1) Surat Kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara (MKN)
2) Surat Sokongan dari  Kedutaan Besar Republik Indonesia.
3) Surat Jemputan dari Bikers Kalimantan/Pontianak



4 hari lagi sebelum fly..aku gagahkan diri ke Kedutaan Besar Republik Indonesia KL untuk dapatkan cop/Surat Sokongan Memasuki Indonesia dengan Motorsikal. 



Menunggu dengan penih debaran. 

Satu lagi dugaan waktu ni. Surat yang dikeluarkan oleh MKN tidak boleh diterima pakai di 
Kedutaan Besar Republik Indonesia KL. Sebabnye? Sebab..MKN hanya "cc" kan surat tu ke
Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuching sahaja..tidak termasuk di Kuala Lumpur. Maka, aku kene buat surat baru untuk Kedutaan Besar Republik Indonesia KL. Aduhh..! tension nih..! Dengan sabar..aku cuba jugak taip surat denga henpon cap ayam aku ni + email terus ke pegawai bertugas. Surat tu dah pun diterima melalui email. 

Tapi..ada tapi pulakkkk. "Proses untuk meluluskan surat sokongan tidak boleh dilakukan dengan serta merta. Surat ini akan dibawa ke Wisma Putra untuk approval..lepas itu baru pihak Kedutaan Besar Indonesia mengeluarkan satu surat sokongan. Keseluruhannya mengambil masa 1 minggu" - kata pegawai tu.

1 minggu...! tinggal 2-3 hari lagi nak fly ke K.Kinabalu dah ni.. :(





 Surat dari Konsulat Jenderak Republik Indonesia Kuching.



Pasrah..! balik dengan tangan kosong. Selebihnya..masih mengharap & tawakal. Andai ada rezeki..kitorg masuk ler ke Kalimantan. Kalo takde..back to plan A.




6) Penghantaran motorsikal ke Sabah

Sehari sebelum ride KEMBARA TRANS BORNEO bermula..urusan menghantar motorsikal di Transmile Subang. Flight ke KK dijadualkan berlepas pada pukul 1.00pagi esok.


Bergotong-royong ikat motor. Sedikit gambiran..


 



 Kerja-kerja mengikat motorsikal. Kitorg akan bertindak sebagai QC (Quality Control)..hehe. Bukan ape..ni motor kitorg, kene make sure semuanya diikat dengan betul dan selamat.




 Lepas semua siap + pastikan semua ikatan pada motor adalah selamat. RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dipindah ke tempat lain untuk urusan seterusnya.


 

Parking sini kot..



 Transmile flight mcm ni kot yang akan terbangkan motor kitorg nanti..


Wokay...! selesai urusan pasal motor hari ni. Selebihnya, staff Tranmaile di KK akan uruskan  bile sampai sana nanti.

 Alrite..lega bela semua urusan selesai. ehhh..tak semua, Surat Kebenaran dari Kedutaan Indonesia masih belum dapat. Just wait and see lah nanti.. ;)


Ok beb..ni baru intro je. Panjang lagi stori de morinya. Harap bersabar..baca dengan tenang2 k..

So, untuk refresh laik ingatan pasal ride ini yang berlangsung pada 1-11 DEC 2013 yang lalu..korang boleh klik link dibawak "Live Update KEMBARA TRANS BORNEO".

LIVE UPDATE:
Day 1 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-1.html
Day 2 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-2.html
Day 3 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-3.html
Day 4 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-4.html
Day 5 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-5.html
Day 6 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-6.html
Day 7 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-7.html
Finale - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-finale.html

Teruskan bersama TayarGolek.Com, kite sambung lagi nanti ..

Adios,
Han









0

BMW FOR SALE : Recon & Unregister

TayarGolek.Com Tuesday, April 29, 2014

 

1) BMW R1200 LC

 

GS1200LC 2013 1 GS1200LC 2013 2

YEAR: 2013

PRICE: RM110,000 (ONO)

Status: Available

Please contact: 012 – 6955792 - Han

 

 

 

 

 

2) BMW R1200GS ADVENTURE 90TH ANNIVERSARY

 

GSA1200 2013  Included: Engine guard, side box & top box

YEAR: 2013

PRICE: RM108,000 (ONO)

Status: Available

Please contact: 012 – 6955792 - Han

 

 

 

 

 

3) BMW R1200GS ADVENTURE

 

GSA 1200 2013 3

GSA 1200 2013 4

GSA1200 2013 2

Included: Engine guard, side box

YEAR: 2013

PRICE: RM108,000 (ONO)

Status: Available

Please contact: 012 – 6955792 - Han

 

 

 

 

 

4) BMW R1200RT (with radio)

 

RT1200 2012

 

YEAR : 2012

Price: RM98,000

Status: Available

Please contact: 012 – 6955792 - Han

 

 

 

 

5) BMW F650GS

 

F650GS 1 F650GS 2

YEAR: 2010

PRICE: RM55,000   ----> NEW PRICE??

Status: Available

Please contact: 012 – 6955792 - Han

2

Ride Kejam Penuh Kebasahan: Felda Keratong 2 – Kuala Rompin

TayarGolek.Com ,

Yooosssshhh…!!
Salam Sejahtera.

Masih lagi belom update stori de mori KEMBARA TRANS BORNEO. Skg ni target aku nak publish semua stori de mori short ride dulu memandangkan KEMBARA TRANS BORNEO ni agak panjang. InshaAllah..lepas ni bakal bermula.

Entry kali ni..RIDE KEJAM lagi dengan versi yang lain iaitu "RIDE KEJAM PENUH KEBASAHAN". Ni ape kes pulak?Pagi2 lagi dah kene hujan..sampai kesudah. Itu pasal ler "kebasahan"..haha.

 RIDE KEJAM PENUH KEBASAHAN ni pun last minute gak plan nye. Cuma kali ni ramai skit..semuanye 4 buah motor:

  1. Han - VERSYS650
  2. Akmal - GS1200
 3.  Saari - Z1000SX
 4. Ilman  - VERSYS650

 Plan hari ni kitorg akan ke Felda Keratong2, Bandar Muadzam Shah.

Misinye..melawat rakan sepermotoran - Bro Shamsul yang merupakan salah seorg TayarGolek.Com reader yang kemalangan 2 bulan lalu yang mengakibatkan patah tulang belakang, patah tulang pinggul & masalah dengan saraf tunjang. Jadi, sementara ada kelapangan skit masa..aku pergi melawat bro Shamsul di kampung @ Felda Keratong 2 (baru je discharged dari Hospital Kuantan)


Jom..kite ke sana.

@ RnR Seremban

DSCN2724
 RV Point di RnR Seremban pukul 8.00pagi. Tayargolek dijangkakan pukul 8.30pagi. Hari dah hujan sebelum sampai RV point lagi. Bukan sikit2 punye hujan..


pagi2 lagi semua dah kebasahan. Nak buat macam mana..kalo nak tunggu hujan berhenti baik duduk rumah tgk tivi..kihkih.

 DSCN2726
 Tayargolek yang sepatutnya pukul 8..30pagi terpaksa ditunda skit. Ada masalah pulak motor Saari ni..tanki minyak Z1000SX nye tetiba meragam..merajuk tak mau bukak.

Adeiii...haaa ni la penangan tuan punye motor dok sibuk citer motor lain laa..motor ini cun laa..nak jual laa..skg amik ubat. So nak buat camne ? Try carik jalan nak fix kan problem ni..try pun try..nasib baik ler Saari ni bawak "chain lube", aku spray ler skit kat lubang kunci tu. Lepas 5 minit..Alhamdulillah, boleh bukak dah..phiewww! Kalo tak memey aku suruh dia balik..hahha

 Tayargolek bermula 9.30pagi. Lewat skit 1 jam..takpe laa no rush punye.

Hujan masih lagi turun..nak tak nak kene redah jugak. So takde gambiran on the bike k..

@ Kuala Pilah..hujan kaw2 punye turun..memey dah tak nampak jalan dah. Memey pasrah kebasahan.. :(



DSCN2727

 Dah ler hujan...sojuk...aiii pantang nampak petrol stesen..rasa nak terkuchil pulaknye.



Kasikperah! perahsetokinmacambolehkering..kihkih



DSCN2728
 Alrite..stokin dah perah..jom tayargolek lagi.





DSCN2729
 Cuaca mendung..tak perlu berharap sangat la kot hari akan panas. Kalo hujan pun..selamber la redah je.


DSCN2730
 Stop sini jap..beli buah skit sebagai buah tangan. Ilman (kanan) kire 1st time masuk TayarGolek.Com ;)




DSCN2731

 On the bike..! Kemana kah??

Lapo perut beb lepas kene hujan ni..kita pekena dulu Rojak kat bustand Kuala Pilah dulu.

DSCN2732
 Baru dapat on camera..

DSCN2733
 Parking ngam2 depan nih..takde masalah punye.


DSCN2734
 RED VERSYS @ Kuala Pilah skg ni..hehehe.


DSCN2735
 Ngam2 parking je motor..hujan pun turun lagi...hermmm lepak makan rojak dulu laa

 DSCN2740
 Arked MDKP..Majlis Daerah Kuala Pilah





DSCN2738
 KP Cendol Corner..femes kat sini katannye..



DSCN2736

 ninnndiaaa..rojak Kuala Pilah..tapiii..takde la sedap mana pun..hehe. Bedal aje ler..lapo punye pasal.



DSCN2737

 Lain pulak kata Akmal ni.."nallekkkk bro.." siap pejam2 mate ke'stim'an layan rojak & cendol..haha





DSCN2739
 Gambiran makan..



IMG-20140424-WA0003
 uikk..sini pulak



20140424_112201
 "peace yo..!" ok dahh..gi makan dulu..asyik gambiran je bile nak ngabih makan nyee..



IMG-20140424-WA0001

awat la si Akmal ni dari tadi dok layan makan mcm ni..haha.







 
DSCN2742
 sudah selesai...baru ada hepi2 aaaa itu mukaa..


DSCN2743
Licin bro...



DSCN2741
 Stall ni ada jual sup..rugi tak try :)



Alrite..masa untuk teruskan tayargolek. Ngam2 nak gerak..hujan lebat lagi turun. Hmmmm..memey takde rezeki nak amik gambiran on the bike. Camera waterproof aku kong pulaknye.. :(




DSCN2744
 Dipendekkan cerita..kitorg sampai di Jempol. Bergambiran di pintu gerbang jap. Kalo tak asyik signboard Thailand jer sebelum ni..kihkih


DSCN2746
 nak jugak masuk dalam gambiran..kihkih

DSCN2747
 Tidak dilupakan..RED VERSYS jugaaa..

Dan..cuaca mendung mengiringi sepanjang perjalanan. Memey TIDAK ler nak amik gambiran. Hujan lebat on-off sepanjang perjalanan sehinggalah di Palong.

@ Petronas Palong 16

Target asal nak sampai Felda Keratong 2 kire2 pukul 12.00t/hari. Hujan dan lain2 hal..serba sedikit memperlahankan perjalanan. Biar lambat asalkan selamat..InsyaAllah, janji sampai.

Berbaki lagi 30KM sebelum sampai ke destinasi. Sojuk punye pasal, kitorg stop di Petronas Palong 16 jap. Bukan isi minyak pun..buang air sat..ahahaha. Ntah kali yang ke berape dah terkuchilll nih. Pedihh..! :))

20140424_130114
 Ade plak kawan aku ni siap perah stokin lagik...



20140424_130108
 Ni lagi sorang (nama dirahsiakan). Perah stokin macam boleh kering ..katanye..kahkahkah


IMG-20140424-WA0007
 Tapi tak bley laaa..kene bgtau gak..haaa ni ler. Amacam? stokin dah kering? suh balut plastik boot tu tak mauu..LOL


Tayargolek time..! 30KM lagi mau sampe…


@ Felda Keratong 2..

DSCN2751
 ..dah pun masuk ke simpang Felda Keratong 2..jam hampir2 pukul 2.00ptg.


 Alhamdulillah..kitorg ber-4 dah selamat sampai kerumah family bro Shamsul.


Luas betul rumah mak Bro Sham ni..

 IMG-20140424-WA0006 Sidai la ape2 yang patut kat sini..

Akhirnya dapat jumpa bro Shamsul buat pertama kalinye. Walaupun plan asalnye akan melawat di Hospital Kuantan..
 20140424_140056







Bro Sham (kanan) menyambut kedatangan kitorg...bersama sahabat permotoranye dikampung. Sebagai pemberi semangat, aku berikan sehelai t-shirt TayarGolek.Com "KEMBARA TRANS BORNEO"..dan beberapa keping stiker TayarGolek.Com.

Melihat raut wajah Bro Sham..kegembiraan terpancar diwajahnye. Walaupun tak pernah bersua muka sebelum ni..aku datang dari jauh semata2 untuk melawat dan memberikan sedikit kata2 sebagai moral support untuk terus berjuang agar kembali pulih dan sihat seperti biasa.

" Terima Kasih banyak2 Han..sudi datang dari jauh melawat aku kat sini. Mcm tak caya jer aku jumpa ko nih..selalunye follow blog ko dari jauh jer.." itu lah kata2 Bro Sham yang aku ingat. Bro Sham merupakan salah seorg silent reader..boleh dikatakan semua watak2 (rakan2) dalam stori TayarGolek.Com dia kenal..terharu gak aku nih.

Ini jer yang mampu aku buat...aku beritahu Bro Sham "aku pernah mengalami kemalangan teruk suatu ketika dulu. Dua2 tangan aku patah..hampir putus harapan dah nak bawak motor lagi. Tapi..family & rakan2 yang datang melawat sambil bagi kata2 semangat dan doa adalah ubat terbaik..hilang kesakitan..". Selebihnya..kitorg byk sembang punca kejadian kemalangan tu..nanti aku cerita.

Ni mak bro Sham dah bagi kain pelikat ni..suh tukar dulu..hehe


IMG-20140424-WA0008
 Taraaaa..! versi kain pelikat ..la laa la laaaa.


IMG-20140424-WA0009
 Bergambiran bersama Bro Sham...

Kondisi Bro Sham agak stabil skg selepas pembedahan bulan lepas..hampir 12jam pembedahan tu. Patah tulang belakang..tulang pinggul dan masalah pada saraf tunjang. Secara personalnya sebelum pembedahan, doktor yang merawat bro Sham ada beritahu katanye kerosakkan pada saraf tunjang amat teruk..yang akan menyebabkan bro Sham hanye berkerusi roda. Ya Allah, kalo aku sendiri pun tak tau mcm mana nak menghadapinya. Semoga Allah terus beri kekuatan padanya. Tapi lepas 2 kali pembedahan..Bro Sham kata semakin stabil. Peluang untuk kembali seperti dulu AMAT2 cerah. Cuma kene banyak berehat dan banyak buat latihan physio...


Macama mana kemalangan berlaku?

Menurut Bro Sham.."jalan lurus yang mana kiri-kanan tu bukit. Speed masa bawak motor tu santai2 jer..tetiba ada sekumpulan lembu turun dari bukit menghala ke jalan. Panik..kacau bilau..tau2 je sedar je saya dok dalam longkang.."

sedikit gambiran motor masa kemalangan..



Beloum abis sembang lagi..dah sisuruhnye makan. Adehhh...susah2 je la family Bro Sham ni. Dah bagitau awal2 tak susah2..hehe. Tapi tu la..niat dia nak menjamu makan tengahari kat sini. Kene le makan kenyang2..tak gitew bro2 semua??kihkih


20140424_142851
Ibu Bro Sham..



IMG-20140424-WA0012
 Makan dulu yer..Bismillah.


IMG-20140424-WA0011
 Tambah Mal..jangan memalu. Makcik dah suruh buat mcm rumah sendiri...kihkih.



Selepas seketika...


20140424_142842
 Abih doh...kenyang sangat2 katanye..burpppp..! Alhamdulillah..



20140424_142836

 Rakan dan adik bro Sham...(maaf lupa nama)



...dan kejadian yang tak patut berlaku dirumah orang. Lebih2 lagi lepas makan..... :P




IMG-20140424-WA0005

 Pehhhh...! lepas makannnnnn...cenggini haaaa...! haha

Hampir 2 jam kat sini. Pukul 4.00ptg..kitorg mintak diri dulu.

DSCN2748
 Bersiap2 untuk perjalanan seterusnya..hari ada mendung2 skit.


DSCN2749
 Tak sabo2 lak Akmal ni.. :p



DSCN2750
 babai semua..Terima Kasih banyak2 layan kehadiran kitorg kat sini. Kenyang perut ni..

Sebelum tayargolek..aku sempat bagi kata2 semangat sekali lagi buat Bro Sham.."Aku doakan ko cepat sihat dan pulih seperti sediakala. Aku cuma mampu berikan kata2 semangat sebagai moral support dan doa jer..selebihnya ko kene kuat..kene lawan..kene sentiasa fikir akan sembuh. InshaAllah bro..boleh punye! Jangan putus asa k..InshaAllah kite jumpa lagi.." sambil hulur sedikit sumbangan bersama kawan2 yang join ride ni. Walaupun ditolak sekeras2nye oleh bro Sham.."kitorg memey dah niat bro..amik la.." baru ler bro Sham amik..



 ok..tayargolek time..!

 DSCN2752
 Tayargolek ke mana pulak skang? balik? Hmmmm..semua serah kat aku mana nak tuju..nak ikut laluan mana..


Alrite..kite ke Kuala Rompin jap. Katanye udang galah kat sana beso2..ape kate kite try skit?

Set..!!

Jom..!

DSCN2753
 lalalaaaaa....cuaca ok ok jer. Tapi anytime boleh jatuh gak hujan ke bumi ni..


DSCN2754
 selagi belum hujan..amik la banyak mana gambiran on the bike.

..dan tak lama lepas tu..hujan pun turun.

DSCN2755
 Disatu tempat menuju ke simpang Bandar Muadzam Shah - Rompin, ada satu kemalangan pulak berlaku..


DSCN2756

 Tak pasti kejadiannye..tapi tgh kereta tu remok bahagian atas, mcm serius je



DSCN2757

Walaupun hujan..nak tak nak keluar jugak camera ni..nak amik gambiran punye pasal..


DSCN2758
 Mungkin kereta ni terbabas kot..

Hujan semakin lebat..kene simpan camera.


@ Kuala Rompin.

Perjalanan dari Bandar Muadzam Shah ke Rompin kire2 1jam (100KM). Sekitar pukul 5.00ptg kitorg dah berada di daerah Rompin.

DSCN2759

 so far so good..lepas meredah hujan lebat sepanjang jalan, akhirnye..bertemu jua kawasan yang panas2 manja..




DSCN2761

 Jalan kat sini sunyi..tak banyak kenderaan. Tapi..hati2 sebab banyak anjing2 melepak tepi jalan. Kadang2 siap main acah2 lagi melintas jalan..


DSCN2762
 Ushar skit depa kat belakang ni..wooo..! pantai nampak camera..hehe


DSCN2763
 Kampung Mencik..ehh silap! Kampung Menchali...hehe



DSCN2764
 Hampir dah..skit je lagi.


@ Seafood Restoren

IMG-20140424-WA0018

Selamat sampai di salah satu restoren seafood di Kuala Rompin. Ada banyak restoren kat sini..pilihan ikut nafsu masing2 ok.. :P

"weihhh Han..ko memey tau ke tempat ni?" kata Akmal.
"Hmmmm...ntah ler..aku redah jer..hahaha" yang ni aku kata :))


DSCN2765

 belum pun sempat masuk dalam restoren lagi..udang galah ni jugak kitorg serbu. Bukan ape beb..dah petang takut abis kene tapau dgn org lain.


IMG-20140424-WA0017 
 Tindakkan pantas adalah perlu. Ni pun last stock dah..ngam2 ade 4 ekor. So sorang sekor la yer..adil kan? Nak tapau pun tak dapat laaa...hmmm..rezeki takat tu je.

Alrite..sementara tunggu udang ni siap masak (Masak Sambal)..perhh terliur aku nih..kitorg amik gambiran skit sekitar restoren ni.


IMG-20140424-WA0014

betul2 dekat dengan jeti..Kuala Rompin



IMG-20140424-WA0015

 Sempoi..tapi nice view nye..

 Nak dijadikkan cerita jugak..time ni la camera aku ni "kong" pulak. "Lense Error"..adehhh! untuk 2 bulan ni dan 3 kamera aku "KONG"!! asyik terpacakkk jer lense tu..hmm..! pening..




IMG-20140424-WA0021

 Beberapa minit lpas tu..wihuuuuuuuuu..! Udang tadi dah siap dimasak..



IMG-20140424-WA0024

 OK Mal..baca doa makan dulu...



IMG-20140424-WA0025

 Sekelip mata beb..! sekelip mata..licinnnnn..! sib baik laa kulit2 udang ni tak blh telan..

Lepas makan..masa untuk balik ke KL semula. Time nii..aku kene buat decision nak ikut mana.
3 pilihan:
1. Rompin- Segamat-Muar-KL
2. Ikut jalan masa datang sini
3. Rompin-Bandar Muadzam Shah-Pekan-LPT-Karak-KL

last2..semua setuju pilihan no.3..ada  jauh skit tapi..this is ride beb..! experience..


IMG-20140424-WA0026

 @ Gambang - stop kali ke-2. Sebelum ni somewhere kat Bdr Muadzam..stop sini jap selepas melalui jalan dari Rompin-Bandar Muadzam Shah-Pekan. Huuiii...gelap jalan tu weiii..! binatang lalui lalang banyak gile..jenuh aku nak scan jalan make sure semua selamat.

Lepak tak lama kat sini..lepas ni terus ke RnR Temerloh pulak. Pekena Nasi Lemak bungkus + Ikan Patin masak tempoyak pulak..wihuuuuuuuu..! makan aje kali ni...:). mabelessss...!


 IMG-20140425-WA0000
..dan last stop kitorg di Tol Gombak selepas highway Karak. Gile aaah..layan Karak tengah2 malam..dia punye mengantuk toksah citer laa..siap menguap kelaur air mata lagiiii..

Waktu skg kire2 12.30pagi..lepas bersalaman semua, masing2 bersurai gerak balik rumah masing2. Alhamdulillah..ride santai & relax..Ride Kejam Penuh Kebasahan ni semua selamat sampai ke rumah masing2.



Phiewww..! 18 jam total hours..dgn jarak keseluruhan 730KM. Misi melawat Bro Shamsul tercapai..makan Udang Galah Rompin pun tercapai..makan Ikan Patin Temerloh pun tercapai..! What a ride beb..! set destination..set plan..and GO! Mudah kan? hehehe..

Maka begitu lah berakhirnya ride yang simple..day ride "RIDE KEJAM PENUH KEBASAHAN" penuh santai.

Sebelum aku tamatkan stori de mori ni..sedikit kata2..
"Malang tidak berbau..tak boleh dijangka. Kadang2 berlaku tanpa diduga walaupun laluan biasa harian. Nasihat untuk diri aku sendiri dan semua..Berhati-hatilah menunggang motorsikal/memandu kenderaan.."

Kawan2 dan pembaca semua yang aku hormati, sama2 kite doakan Bro Shamsul cepat sembuh..mudah-mudahan Allah perkenankan doa kite. Mungkin hari ni hari dia..esok lusa kite tak tau. InshaAllah..

Buat rakan2 "kekejaman" - Saari, Akmal & Ilman..Thanks beb sebab berkelapangan join ride. Kalo tak mmey aku ride solo2 jer... :))

Sehingga bertemu lagi dilain2 stori de mori versi TayarGolek.Com. "Selagi tayar bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.."

Sekian.

Adios,
Han




 
Copyright 2010 TayarGolek.Com