Archives

2

Kembara Trans Borneo : Day 11 Balik KL

TayarGolek.Com Friday, July 25, 2014
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Episod demi episod..update demi update..stori de mori KEMBARA TRANS BORNEO kini tiba dipenghujungnya. Setelah 7 bulan berlalu..Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku menghabiskan stroti de mori kembara di Bumi Borneo..phiewwww!! Lega..!



Imbas kembali beberapa keping gambiran yang menjadi MISI utama KEMBARA TRANS BORNEO yang lalu..

The Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau



RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, Sabah





Kundasang War Memorial


View yang cantik semasa perjalanan ke Lawas, Sarawak




Dengan rasminya memasuki Negara Brunei Darussalam







Berada di sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu, Sarawak




Berada disempadan Indonesia-Malaysia di Entikong, Kalimantan




 
Trans Kalimantan Highway pasti menjadi ingatan




Memasuki semula tanahair Malaysia dengan selamat @ Tebedu


Berakhirnya misi KEMBARA TRANS BORNEO di Kuching, Sarawak dengan KEJAYAAN penuh bermakna.


RED VERSYS tetap menjadi kebanggaan..





Penghantaran semula motorsikal ke Semenanjung selepas mengharungi Bumi Borneo..



...dan kini semuanya telah berlalu. Tiba masanya untuk kembali ke Semenanjung. Entry kali ni agak simple sebab masa untuk pulang ke Kuala Lumpur. Melalui kehidupan seperti sediakala :(..dan bertemu semula keluarga tercinta :).

Jom..ikuti serba sedikit dihari ke-11, hari terakhir stori de mori KMBARA TRANS BORNEO.

Selepas bekfas + checkout + relax2, kire2 pukul 11.00pagi kitorg bergerak ke Airport Kuching. Jadual penerbangan ke LCCT, KLIA adalah pukul 14:05 AK5207.


Kitorg memey plan checkin awal sebab tak nak jadik hal2 yang tak diingini saat2 terakhir nak balik ke Semenanjung.


Siap semua urusan..@ smoking zone..hehehe.


Tepat pukul 14:05, AK5207 selamat berlepas...

Terbang tinggi diawan biru..meninggalkan Bumi Borneo


1001 kenangan sepanjang kembara berlangsung..


Yang pasti sejarah peribadi dunia kembara telah dicipta..KEMBARA TRANS BORNEO 2013.



 Ni ape pulak..? aiyooo..menu baru dari Air Asia. Mee Goreng Mamak ler bro...memey nalekkk! bedal mee ni satu...


Kire2 pukul 4.00ptg, AK5207 selamat mendarat. Dengan itu juga..kitorg selamat sampai di KLIA. Wihuuuuuuu..!! kembali ke habitat asal..hahaha



Gambiran ada goyang! hehe..kitog dijemput pulak. Plan nak amik teksi jer..ape2 pun Terima Kasih kat Saari sebab sudi jemput kitorg kat LCCT.



Dari LCCT, terus ke Subang untuk settlekan urusan motor di Transmile..urusan tak lama kire2 30 minit, semua selesai.

Dalam masa yang sama..beberapa rakan TayarGolek.Com awal2 dah roger nak tunggu dan sambut kepulangan kitorg dari KEMBARA TRANS BORNEO di Suria Teh Tarik Setia Alam,


Antara rakan2 TayarGolek.Com yang sudi berTTS pada petang tu. Nizam, Godang, Adimz dan Saari. Ada lagi yang nak datang tapi ade hal yang tak dapat nak dielakkan. Ape2 pun Terima Kasih semua..







We did it bro..!! Kejayaan KEMBARA TRANS BORNEO 2013 memberikan 1001 erti..penuh makna. Cabaran demi cabaran ditempuh dengan hati yang tenang dan semangan setia kawan yang tinggi. Alhamdulillah..syukur, segala urusan dipermudahkan. Amin.


Rakan2 dan semua pembaca TayarGolek.Com yang dihormati, begitulah serba sedikit coretan pengalaman aku sepanjang KEMBARA TRANS BORNEO versi TayarGolek.Com. Tak semua yang dilalui itu berjalan dengan lancar..tak semua apa yang dilalui berlaku seperti apa yang dirancang.

Bile dikenang kembali, bermulanya misi KEMBARA TRANS BORNEO yang bermula di KOTA KINABALU - KUNDASANG - LAWAS - BANDAR SERI BEGAWAN. Tanpa diduga..permohonan masuk ke KALIMANTAN telah diluluskan. Maka, plan bertukar serta merta demi menyahut cabaran di INDONESIA. Maka, bermulalah episod baru dari  BANDAR SERI BEGAWAN - BINTULU- SERIAN - PONTIANAK - KUCHING yang berakhir pada hari ke-10 pengembaraan dengan jumlah jarak keseluruhan dari SABAH-BRUNEI-SARAWAK-INDONESIA adalah 2641KM.

Kini, semuanya menjadi kenangan manis selepas berhempas pulas demi matlamat dan impian KEMBARA TRANS BORNEO.  

Korang ingat lagi kisah kitorg masa kegagalan meredah TRANS KALIMANTAN HIGHWAY? Aku quote balik ..


Lepas 4 bulan balik ride..aku mati2 ingat dia ddah buang la kain lap tu. Aku pun dah tak amik tau dah..

Tapi..tanpa aku duga, blh pulak Griffin bagi balik kain lap tu..hahhaadoiii! pehh..tacing wehh! aku serta merta teringat balik peristiawa kat Trans Kalimantan Highway tu..


Inilah kain lap tu..siap basuh bersih beb! hahaha..aiyo bos, I kata kasi buang laa.. LOLz. 
So, aku simpan kain lap ni..sebabnya ada "sentimental value" ler kata orang kampung aku. Phieww!! Thanks bro..


Sebelum aku tamatkan episod KEMBAR TRANS BORNEO, terlebih dahulu ucapan JUTAAN Terima kasih buat Griffin yang banyak beri tunjur ajar dalam dunia kembara dan turut sama2 menjayakan  ride ini. Adhoc plan ke Pontianak akhirnya membri kesan yang besar diatas kejayaan ride ini.


Keduanya, buat keluarga aku & keluarga Griffin..Terima Kasih diatas sokongan dan dorongan..serta amat memahami minat kami untuk ‘mengembara’ lebih jauh..dan lebih jauh. Berkat sokongan dari keluarga "BORNEO" telah ditawan.. :)


Tak lupa buat Faiz Versys, yang telah menyumbangkan GOPRO Hero3 nye sepanjang ride berlangsung untuk mendapatkan video2 sepanjang laluan. Thanks bro..aku lebih yakin guna gopro atau seangkatan dengannya. Kredit untuk Faiz..!


Akhir kata,

Langkah demi langkah..menyeberangi lautan..dari Semenanjung ke Bumi Borneo..misi demi misi..impian dan impian..KEMBARA TRANS BORNEO kini bukan mimpi.

Kini tinggal memori..8 bulan "KEMBARA TRANS BORNEO" berlalu pergi..terasa mcm baru semalam je ia pergi. RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR sahabat sejati..yang pasti BORNEO telah dijejaki.

Segala coretan sebagai pembakar semangat jati..bacalah..amatilah..pastinya anda mengerti bahawa ke BORNEO jua nanti..InsyaAllah.


Nukilan kata..

" Nampak indah seperti dicerita..tapi hakikatnya kekuatan perlu ada. Semangat, kesihatan, mental & fizikal perlu selari setiap masa. Masa dan wang ringgit perlu dikorban sama. Begitu juga semangat setia kawan...tinggi nilainya. Inilah dunia kembara..semuanya berharga.."




Dengan ini, aku tamatkan stori de mori  “ KEMBARA TRANS BORNEO (SABAH-BRUNEI-SARAWAK-INDONESIA” pada episod ini. Segala yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi..sekadar untuk dikongsi sama. Sekiranya ada salah silap +  sepanjang penulisan stori ini, mohon maaf dipinta.

 Inilah “TayarGolek”..“The Rides…The Journey”. Selagi “tayar masih bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.
Kita jumpa lagi di entry/ride yang lain akan datang nanti k..


Thanks for reading..

Adios,
Han







0

Kembara Trans Borneo : Day 10 Tour Kuching Sarawak

TayarGolek.Com Thursday, July 24, 2014
Yooossshh...!!
Salam Sejahtera..


KEMBARA TRANS BORNEO semakin hampir ke penghujungnya. Entry kali ni masuk hari ke-10, dah abis dah aktiviti riding yang berakhir pada hari ke-9.

Hari ke-10 masih berada di Kuching, Sarawak. Walaupun mood tu dah mood relax..tapi ada beberapa hal lagi yang perlu diuruskan.

Ikuti stori de mori dihari ke-10 KEMBARA TRANS BORNEO di Kuching Sarawak.

Sebelum tu, ada skit video yang telah diedit..perjalanan di hari ke-7 Serian-Pontianak, Kalimantan.

[Video] Kembara Trans Borneo Day 7 Serian-Pontianak, Kalimantan.




Tarikh: 10 DISEMBER 2013
Lokasi : Kuching, Sarawak


Hal utama yang perlu kitorg settle kan pada hari ke-10 adalah urusan motorsikal. So waktu ni, motorsikal kitorg akan dihantar ke warehouse Transmile berdekatan dengan Airport Kuching.




Airport Kuching, Sarawak..


Runaway dari Transmile Warehouse..




Tayargolek dari hotel seawal 7.30pagi, sebelum breakfast lagi dah keluar ke airport.




Inilah keadaan rupa RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR yang telah selamat dan selesai misi mengembara di Bumi Borneo..lebih2 lagi destinasi terakhir pada semalamnya adalah dari Pontianak, Kalimantan ke Kuching.




Skg urusan kerja2 mengikat motor dengan baik dan selamat sebelum disimpan ke warehouse. Schedule akan diterbangkan ke Subang adalah malam nanti.





Urusan dokumen pun dah lengkap. Pihak Transmile dah prepare awal2 lagi untuk kitorg. So, jimat masa.



Selesai urusan penghantaran motor tadi, kitorg balik semula ke hotel + breakfast.
Lepas tu kemana?


Jom..kite tour skit sekitar Kuching. Target nak pegi ke  Sarawak Cultural Village dulu..






Sewa teksi untuk tour sekitar Kuching. On the way ke Sarawak Cultural Village..apa yng dapat dilihat adalah Gunung Santubong..



Stop jap, amik gambiran view..



@ Sarawak Cultural Village


Kini kitorg berada di Sarawak Cultural Village. Kite akan explore skit ape2 yang ada kat sini..



Pintu masuk..



Peta Sarawak Cultural Village




Arca "SARAWAKIANS"



Arca yang lain..





Arca "Global Stone Line"



Pemandangan disekitar Sarawak Cultural Village


Kedai Cenderahati



ADV Rider in action..hehehe





Sand Stone




hummm....gagal betul aku kalo bab berposing nih....malu ler..hahaha



Setiap pengunjung yang telah membeli ticket akan mendapat "PASSPORT" yang akan digunakan sewaktu tour di Sarawak Cultural Village nanti.




Map dan bahasa2 mengikut rumah kaum2 di Sarawak. Nama berita?



Tour bermula...kene ingat tempat ni blh tahan gak besonye..


On the selipar ler..ape lagi LOL!



@Rumah Cina

Rumah pertama ..Rumah Cina


Keadaan Rumah Cina dari luar




Sudut yang lain..





Rumah Cina mc ni biasanya boleh dilihat dikampung2.


Jom masuk dalam..


Keaadaan rupabentuk Rumah Cina dibahagian dalam..



Katil dan perabot rotan..



..satu lagi di sudut yang lain pulak


Selain tu..ada beberapa barangan atau peralatan lama yang dipamerkan..

..seperti radio antik nih.



..piring hitam player




Kasut terompah pun ada..



Dinding dan tingkapnya diperbuat dari kayu. Gelap le dari dalam..



Pepper thresher



Perkakasan2 yang lain..



Jualan kuih2..


..dan juga demo membuat kuih tradisional Cina






Next..!





Jalan kaki lagi..




Caterpillar Sand Stone




@Rumah Melayu


Rumah seterusnya adalah Rumah Melayu..rumah tradisional Melayu




Nampak mc betul2 kat kampung..
Mungkin rumah mcm ni dah tak banyak..perubahan demi perubahan mengikut arus kemodenan.



Cantik..





Ruang bawah rumah yang tinggi..




Boleh main buai..main kejo2..main "teng teng"..hehe



jom naik atas..12 anak tangga kene panjat



Rumah Melayu radisional..kat sini semuanya msih mengekalkan bentuk dan barangan tradisonal yg asal.



tapi sayang...tak boleh sentuh :p



Ruang tamu..


Tingkap + ukiran pagar



View dari tingkap



Perabot jati keww?



Baru nak try baring2 kat sini..hurrmmmm



Permainan tradisional - congkak



Ruang bilik tidur



Ruang Bilik Tidur bahagian dapur




Bilik Pengantin katanye..


...dan beberapa peralatan tradisional dibahagian dapur spt dibawah..





..sama mcm kat Rumah Cina tadi, di Rumah Melayu pun ada demo membuat kuih tradisional. Boleh amik dan makan untuk rasa. Bukan makan sampai kenyang tauuu..hehe




Ok..kite turun dan tinjau tempat lain pulak.









@Rumah Malanau


Seterusnya..Rumah Malanau

View dari sudut lain. Macam tinggi je rumah ni..mcm size rumah 3 tingkat






View dibelakang Rumah Malanau




Arca "Bikung"



ok..dah smpai di Rumah Malanau..



Tinggi betul tiang nih. Lebih tinggi dari rumah Melayu yang kite tengok tadi.


Kene mendongak la pulak..



Besar dan luas...agak2 berapa famili boleh duduk dalam rumah ni?




100% semua kayu..


Nak naik atas ke tak ekk?



ok la ..jom kite naik atas





Cekap beul budak2 ni...aku mcm nak terai. Tapi kang tak pasal2 balik KL nanti kaki bersimen..kehkehkeh



Dari atas..ramai pengunjung waktu ni



mcm ni rupenye keadaan ruang tamu Rumah Malanau..jelas nampak dengan mata sendiri




Tangga yg diperbuat dari sebatang kayu



Lukisan di Rumah Malanau



Lukisan di Rumah Malanau di sudut yg lain..



Keluasan Rumah Malanau



Skodeng dari tingkap jap..hehe


sudut lain..




Dekorasi..


Info "Bebayuh"



Atap Rumah Malanau



Ruang balkoni..


View dari balkoni



Melanau Tall House..


Ruang bilik..



satu lagi tingkat diatas..


Barangan tradisional untuk pelbagai guna..



Gong..


Ruang tingkat paling atas..



View dari tingkat atas sekali



Pandangan di tingkat atas..


Tinggi wehh..



View dari tingkap




Bilik tidur



Dinding rumah yg diperbuat dari kulit kayu. Memey sejuk walaupun takde kipas



Barang2 lama lagi seperti talam, pasu dan lain2


alrite..cukup sampai sini dulu kite explore Rumah Panjang Malanau

Jalan kaki lagi..



Teka ni rumah panjang kaum ape?



Gambiran skit..hehe


Ni lagi tinggi..rumah ni berada dilereng bukit.




Arca lagi..



@Rumah Orang Ulu


Rumah yg aku maksudkan tadi adalah Rumah Orang Ulu..


Jom kite masuk..



Rumah Orang Ulu memey berada ditepi2 bukit + tiang rumah yang tinggi dan bercorak..


Ni kalo gaduh2 sampai terjatuh dari rumah ..memey tak naik laa..hahaha.



Tangga nan sebatang



Corak pada lantai Rumah Orang Ulu..



Kaya dengan ukiran..


Populasi Orang Ulu di Sarawak



Luas terbentang..


Dinding rumah yang bercorak..




alat muzk tradisonal yg masih belum 100% siap. Apa nama alat muzik ni? ce teka?

Alat muzik ni dikenali sebagai "SAPE". Sape diperbuat daripada kayu lembut, seperti kayu Meranti. Manakala tali-tali dahulunya dibuat daripada pokok Sagu. Skg digantikan dengan tali nilon.


Keluasan rumah mcm ni hanya untuk 6 buah keluarga. Jika dulu2..keluasan Rumah Orang Ulu ni boleh mencecah sehingga 100 keluarga. Imagine berapa beso tu kalo 100 keluarga? fuhhhh...





Ruang dalam rumah



banyak alat2 muzik tradisional..




Alat2 dan barang2 tradisional yang lain..



Terabai atau Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak dahulu kala




Laluan di balkoni..



Terdapat jugak kat sini kraftangan2 yang boleh dibeli.


Kuih Ubi goreng..tak ingat nama sebenarnya. Memey sedap. 5 ketul RM2.00. Wajib beli..memey sedap. Aku beli 5 ketul..hihi






@Rumah Penan


Berdekatan dgn rumah Orang Ulu tadi..adalah Rumah Penan.



Simple  jer..


Rumah Penan ni kecik je..kehidupan diorg lebih ditepi2 sungai.


Kemahiran Orang Penan adalah menyumpit. Sapa nak belajo jadi 'sniper' guna sumpit boleh berguru disini.. ;)



Aku nak try gak menyumpit ni..tapi dok tunggu kakak ni tak jadik2 menyumpit akhirnya..aku membawa diri yang lara. Malas nak tunggu...sob..sob!


Tak belh try baring2 sini ehhhh..



Bahagian dapur.


Air terjun bersebelahan Rumah Penan



OK..abis dah Rumah Penan.


Next?



Tasik ditengah2 kawasan Sarawak Cultral Village

Kite ke rumah ini pulak..rumah ape ni?


@ Rumah Iban


Kite ke Rumah Iban plak..

Rumah Iban dari luar..




Kene naik tangga mcm ni lagi..


Keadaan Rumah Iban dibahagian luar rumah spt gambiran dibawah..





Luas kan? tgk dari jauh tadi macam kecik jer.

Jom masuk dalam..


View Rumah Iban dibahagian dalam..


Luas beb..agak2 brp meja ping pong boleh bubuh sini?


Saiz besar Rumah Iban seperti skg ni adalah untuk 6-7 keluarga. 1 keluarga 1 pintu..


kalo rumah yang asal lebih besar dari ni..ruang yang luas ni biasanya digunakan untuk majlis keraian kaum Iban.


Aiiih..! menung jauh plak member aku nih. Ok laa..esok nak balik daaaah...muahahahha





Rumah Iban dari pandangan sisi



Seterusnya..

@Rumah Bidayuh

Kite tinjau2 skit mcm mana rupa rumah kaum Bidayuh


Wow! tanggga bersimpang siuh..



Tak pasti tiang2 konkrit ni untuk menjaga struktur rumah Bidayuh rasanya


Bidayuh Long House



Rumah Bidayuh kebanyakkannya diperbuat daripada buloh.


  Lantai buloh..baik diluar


..mahupun didalam


 Buloh untuk pelbagai guna


Pakaian wanita Bidayuh



 Pakaian pahlawan Bidayuh yang diperbuat dari kulit kayu



 Makk aiiih..dah le nan sebatang, tinggi plak tangga tu. Memey tak panjat la beb..





Bahan kayu2 untuk membuat unggun api


Dekorasi..



Ruang dalam rumah yang jelas kelihatan penggunaan sepenuhnya dari buloh

Passport tadi boleh cop kat sini..

Ruang dalam rumah


Pakaian Bidayuh



Alatan muzik





Ukiran2 kayu yang dibuat dgn hasil tangan..


Kumbu Anak Katau - Pengukir Ukiran Kayu



Info Pakcik Kumbu..



Ni pulak ape ekk? Aku sempat tanya Pakcik Kumbu pasal bende ni. Kataya...tempat ini dulu2 digunakan sebagai tempat salai kepala yang telah dipenggal. Kemudian kepala2 tersebut disimpan kat tempat lain (spt gambiran dibawah).

Balai ini..hanya PAHLAWAN sahaja boleh duduk kat sini..



Kepala yang dipenggal disimpan kat sini.



Tempat ni tak dibenarkan masuk..



Alrite..abis dah kesemua rumah2 kaum yang terdapat di Sarawak kitorg explore. Harap semua para pembaca blh dapat info daripada tour ini.

Masa untuk balik..sementara driver teksi on the way ke sini. Kite ushar2 skit lain2 tempat yang ada. Nak tengok show..dah terlambat dah. so missed it.



Ukiran tiang..


 
Bergambiran sebagai kenangan KEMBARA TRANS BORNEO di Kuching.


Salah seorang Penari Kebudayaan di Sarawak Cultural Village




Cafe..penuh. takde port kosong. Beli air je..


Dipendekkan ceritaa..kitorg meneruskan tour lagi. Kali melihat2 tempat lain pulak



View Gunung Santubong on the way ke Bandar Kuching. Perjalanan mengambil masa kire2 45minit.


sampai dah di bandar Kuching..



Bangunan lama di Kuching





Trafik ok ok jer..




@ASTANA

 
Bangunan ASTANA yang dibina oleh Rajah Brooke. Kini menjadik tempat Kediaman Rasmi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.



View sungai dihadapan ASTANA





seterusnya kite tengok pulak Square Tower


 
Square Tower



Square Tower & ASTANA



Square Tower dibina pada tahun 1879, digunakan untuk tempat Kem Banduan.



Dihadapan Square Tower adalah Tugu Rajah Brooke





Tugu Charles Brooke




Info Charles Brooke 



translate please...! Fad Zly tolong translate ehh..hehe



Gambiran penuh



Setiap sudut tugu ada ukiran patung dan info



Info dalam tuliasn Jawi



Pahlawan Sarawak



Info dam bahasa Cina


Chines




Bangunan Mahkamah Lama dibina pada tahun 1874



Bergambiran ditempat bersejarah di Sarawak. Kenangan 11 DIS 2013





Bangunan Mahkamah Lama & Tugu Charles Brooke



Next..


Pusing2 bandar ..



Sarwak Craft Council bersebelahan dengan Muzium Tektil Sarawak



 Dibina pada tahun 1886









Sarawak ChinaTown


Muzium Tekstil Sarawak



Muzium Tekstil Sarawak


kat dalam ni byk mempamerkan jenis2 tekstil dan pakaian di Sarawak


Slim nyer...ehhhh silap



Kraftangan


Baju Batik dan Kain Batik?



Kerusi yang diperbuat dari ukiran sebatang kayu



..barang2 kraft yang lain banyak kat sini




Dibina pada tahun 1909


Muzium Seni Sarawak, dibina pada 1931





Kemudian, kitorg ke tempat lain pulak..

Muzium Negeri Sarawak - 1831



Muziam Sejarah Semulajadi Sarawak

Semua muzium2 tu kitorg tak masuk dah..dah tak larat.. ;(

Lepas tu kitorg mintak driver teksi bawak ke tempat jual kek lapis...wihuuuu!!


Kek Lapis Sarawak...uiiii sedap nyee!!


Ok kak..kasi bungkus 5 gambir kek lapis Sarawak yer ;)


 
Kek Lapis Sarawak tu sebagai ole-ole untuk family bile balik ke KL nanti :)). So kawan2 yang katanye kirim gambir Sarawak pakai air liur jer..haaa aku pun bawak balik bagi air liur jugak laa..hahaha. Gurau jer :p

Maka, selesailah tour di Sarawak pada hari ke-10. Walaupun tak ride..dia punye penat lagi teruk bawak motor. Dari pagi sampai ke petang jalan kaki ajer..pehhh! kurus beb..pecah lemak2 yang ade ni..hahha

Esok, hari ke-11..kitorg akan balik ke Semenanjung dah. Nak balik KL dah weii..wihuuuuuuuu..!
So tunggu update seterusnya nanti..


Adios,
Han

















 
Copyright 2010 TayarGolek.Com