You Are Reading

3

CHINA EXPLORATION RIDE: DAY 7 LIJIANG - SHANGRI LA CHINA

TayarGolek.Com Wednesday, June 17, 2015
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..



Perjalanan CHINA EXPLORATION RIDE di hari ke-7 seterusnya, kitorg akan meninggalkan DALI. Selepas beberapa perbincangan antara kitorg dgn Mr.Wang, kitorg terpaksa skip bermalam di LIJIANG yang sepatutnye berada di LIJIANG pada hari ke-7. Perjalanan dari DALI ke LIJIANG kire2 200km+ yang mengambil masa kire2 4-5jam jika takde ape2 masalah.

Disebabkan masa yang tak mengizinkan, perubahan jadual perjalanan di hari ke-7 terpaksa dibuat. Perubahan jadual yang terpaksa dilalui nanti dimana kitorg akan terus ke Shangri La dari Lijianh. Huh??? Kalau ikut kire2 ilmu alam..perjalanan dengan motorsikal yang terpaksa menggunakan jalan kampung mengambil masa kire2 5-6 jam. 5-6 jam? means..pukul 12.00 malam baru sampai?


Sedikit masalah untuk sampai ke Shangri La pulak...mengikut weather forecast dan pengalaman Mr.Wang sendiri, suhu terlalu sejuk di Shangri La sehingga mencecah 0 Celsius pada waktu malam.  Jalan pulak gelap gulita..bergunung ganang.  Grrrrrrr...! apakah kerja giler akan dibuat??

So, dia advice..kene tinggal motor di LIJIANG dan naik kereta ke Shangri La. Amat2 bahaya untuk bawa motor dalam keadaan mcm tu sebab kalo terus ke Shangri La dengan motor pada hari ke-7 ni, jangkaan sampai sana kire2 12.00malam..ditambah pulak dengan suhu sejuk dan keadaan jalan yang  "Black ice" takut mengundang kemalangan. Mr.Wang tak mau kes sebelum ni berulang. Jadik, masa yang ada ni kitorg berfikir..berbincang elok2.

Setelah berbincang dengan tenang..kitorg akhirnye decide. Walaupun berat hati ke Shangri La tanpa motor kesayangan yang mengimpikan kesana dengan motor masing2, terpaksa akur..pasrah dengan nasihat yangdiberikan demi keselamatan dan nyawa. Ape yang penting..kitorg akan cuba sampai Shangri La hari ini jugak..

Ikuti stori de mori seterusnya...

Jom...tayargolek!




Hari ni on the bike lewat skit sebab pagi2 lagi dah keluar gi tour sekitar Dali. Korang pun dah nampak tempat yang aku bawak kan. Jadi, skg ni apa bikin? Lepas balik brunch tadi..aku nak settle kan ape2 yang patut kat RED VERSYS..check segala bagai fius motor kat RED VERSYS. Semalam punya penangan..meraban masa panjat gunung ke Dali tanpa lampu :(. Macam nak nangis laaaaa..semua lampu padam. Adehh..! banyak betul la ujian ride kali ni.

Memang kebiasaan aku bawak spare fius. Letak je kat motor..guna bile perlu.

Lepas tukar fius, main headlamp tak menyala. Komfom terbako. Cuma ada parking light + High beam je ada.. "ahhh..belasah je. Janji ada lampu. Mana nak cari spare main headlight kat sini?" take note for myself for coming ride. Kene check atau tukar baru sebelum ride jauh.

Plan dihati jugak nak cari mana2 kedai kat sini kot2 ada jual bulb main headlamp. Last2..tak jadik disebabkan masa..masa yang amat laaa jeles nih.



Route Dali - Lijiang




Pukul 11.00 pagi..kitorg  mulakan tayargolek. Memey lewat kali ni sebab yang bersebab..hahaha.Waktu ni dah terang dah. Maka, perjalanan ke LIJIANG dijangkakan sampai pukul 3.00-4.00ptg. Harap2 smooth la ride hari ni..



Tayargolek time..harap2 takde ape2 lagi lah masalah kat RED VERSYS lagi lepas ni. Cukup2 la kannnn..masa nak pergi ada problem. Dah on the bike pun ada problem..aihhhh. Stress aku..



Perjalanan hari ni ke LIJIANG kire2 210KM..get ready 4 jam punya journey. Kondisi jalan ke sana..tak diketahui. Kite redah aje..




Trafik agak perlahan..al-maklum la kan..dah siang. Masing2 sibuk dengan urusan kerja. Kitorg je sibuk ride :p



Disebalik suhu sejuk..kitorg bermula ride dgn cuaca yang baik. Oooohsemmm!



Route G214




Pemandangan penempatan di Dali dari G214




Gambiran on the bike..keluar dari bandar Dali.








Guna GPS di China ni kene set betul2 avoidance. Kalo tak selamber je dibawaknye masuk highway.




Hari ke-4 di China..aku cuba dapat sebanyak mungkin pengalaman riding di China. Gambiran..video..perfffff! Kalo blh setiap saat nak dirakamnye.



Ride yang tenang..santai. Speed dalam 80kmj di highway G214. Mengamati pemandangan yang wujud didepan mata. Gambiran dicapture untuk para pembaca agar dapat sama2 mengembara dialam maya..




Syukur..sepanjang ride berlangsung, cuaca betul2 menyebelahi kitorg. Tak jumpa hujan lagi setakat ni..




Pemandangan kawasan rumah ditepi ihighway.




Gunung ganang memey view utama disini. Hijau mata memandangnye..




phiewwwww..jauh perjalanan luas pemandangan :)




Look at that...terbentang luas. Macam ni la kehidupan diorg bertani. Giler2 punya roll out.




..sepanjang jalan la diorg bertani. Takde sape kacau..






OK...sambung tayargolek




Tayargolek baru je bermula...perlahan-lahan meredah segala bagai jalan. Setakat ni jalan cantik. Harap2..paling tidak pun ..jangan la ada jalan offroad. Kitorg tak carik jalan macam tu. Kalo boleh memey nak elak..






Penduduk tempatan yang sibuk dengan urusan kerja..bertani dikawasan pergunungan...





Agak2 ni ape pulak?

Ok..ni kereta yang digunakan untuk belajo memandu. VW beb..! apo laieee ko nakkk? :(





Mentari pagi mula menyinari alam..nampak je panas, tapi still sojuk. Ditambah pulak masa riding...perghhh bisa betul kat tangan.





Agak2nye kalo takde gambiran on the bike dalam stori de mori TayarGolek.Com ni kan...ok tak? Letih oooo gantung camera sepanjang perjalanan..setiap hari.



Griffin in action..




Dengan keadaan matahari mcm ni..paling tidak dapat kurangkan skit kesejukan. Ni yang rasa nak berjemur kat tepi highway  :p





Kitorg melewati kawasan pekan2 kecil...moment ni memey takkan aku lepas. Kuda digunakan sebagai pengangkutan..syiok jugakkan ;)




Klasik bangunan ni..




Jalan 2 hala..walaupun nampak lengang, kene jaga gak beb..pasal ape diorg kengkadang main bedal je melintas. Tu tak masuk lagi kenderaan pakai enjin tractor..







Superb..!! aihhhh...komfom tak blh tido tengok gambiran ni. Terkonang2 sey dibuek ehh



Masih lagi follow our tour guide. Belom dapat lagi greenlight  untuk memotong. Mcm aku cakap tadi..takde masalah guna GPS kat China. GPS kitorg sentiasa tunjuk current location. Cuma bezanya kengkadang GPS bawak jalan yang amat jauh. Aku perasan kengkadang Mr.Wang bawak jalan shortcut..mcm Day 2, mana2 jalan tu la dia bawak..pastu suruh kitorg jalan dulu. Melilau masuk jalan gunung ganang..puihhh! 2 jam dapat 30KM jer..(nangessssssssss)







Contoh mcm ride hari ni..total kire2 210KM je, tapi dalam GPS tunjuk 400KM+ ..ntah mana2 la dia bawak. Walau ape pun..sampai tetap sampai ke destinasi.




View dari belakang pulak. Overtake Griffin + captured! So, gambiran ni takde la kosong..still ada objek.




Disalah satu persimpangan...nasib baik takde camera.




Antara lain...pemandangan sekitar jalan





Mabelessss..!! sayup je mata memandang..






G56..ni ke highway. Untong la..kalo la boleh guna highway cepat skit sampai. Jangan saje2 plak nak try masuk laluan highway ni..kang kene halau..hahaha (kenangan Day 2 jugak)



Hampir sejam lebih on the bike..kitorg decide berhenti rehat sekejap. Waktu ni Mr.Wang jalan dulu..pandai2 kitorg bawak diri nanti..ewahhhhhhhh!





Berehat + minum air mineral aje. Itu pun dah syukur laaa.

Sepanjang perjalanan ni berlangsung, aku bawah satu pack besar gula2 KOPIKO..time macam ni la KOPIKO paling berharga :). Menghilangkan tekak yang pahit laa sebab dok bedal air kosong jer..
Bawak dari Malaysia tawwwwwwwww... ;)




Sambil berehat kat sini..aku jemur la SJ4000 camera yang kat tiang tu. Sebab..fogging.




Lepas 10 minit break..on the bike leww..




Bermula la lagi journey dengan pemandangan2 yang menarik..






Semakin lama..semakin tinggi kedudukan lokasi sekarang. Mendaki jalan bergunung..taktau la berapa ketinggian kene redah nanti..




Kenderaan lain pun mula kurang..cuma kadang2 lori beso2 je yang lalu..tapi laju2 driver diorg bawak..phiewwww!





Windmills..sape sangka dapat jumpe benda ni kat sini.





Boleh imagine skg kitorg kat mana? Ok..kat bawah tu la jalan yang kitorg guna tadi. Skg kat sini..berapa tinggi latitude skg? GPS aku cuma dapat tunjuk 2KM aje..




Bile dah berada dikawasan tinggi..lain pulak ler viewnye. Mata sentiasa tengok view bawah pulak







Nampak tak lane sebelah kiri tu..garisan air dari bekas laluan lori/trak. Garisan tu la akan menjadik "black ice" kalo suhu terlalu rendah...





Yang ni lagi clear...seram beb! jalan semakin tinggi..berliku2 atas gunung. Memey aku harap sangat boleh sampai awal sebelum gelap. Dengan keadaan skg..RED VERSYS cuma ada high beam jer, bikin hati gusar menjelang gelap.





Deretan windmill diatas sana..




Tak boleh tahan..last2 aku stop jugak untuk gambiran. Griffin dah jauh ke depan. For sure dia akan tunggu kat depan :)





Bukan selfie ok!...RED VERSYS bergambiran dengan berlatarbelakangkan windmill ..




Tayargolek lagi..
Nampak jalan ni memey cantik..tapi hakikatnye? Jalan ni bumpy..fuhhh! letih..risau ada kang screw tercabut pulak nanti. Risau fork pulak leaking...lama2 boleh runtuh part2 motor nih :p

Bedal je laaa...ape lagi mau fikir (sedapkan hati)


Mendaki lagi..dan lagi. Belum lagi sampai kawasan yang menurun..



Gear 3...adeh terasa berat pulak enjin motor.




Kalo tadi nampak windmill tu jauh..skg ni dah depan mata. Berapa jauh daaa main pusing2 atas gunung..





Semakin tinggi..




Nice view...Amacam? Cukup?


kalo tak cukup..aku tambah lagi gambiran pemandangan semula jadi.


Gambiran on the bike lagi...layan beb.




Inilah hakikat pemandangan kketika ni..tengok dengan mata sambil bawak motor. Andaikata takde gambiran on the bike...all will be missed! takde ole-ole le gamaknye..



You can pay for travel..but you can't pay for memories ;)




Super duperr..




Phiewwwwww..! memories..








Tayargolek lagi..





Tembok dengan rekabentuk China




Jalan yang lengang..




Slow and steady...





Riding dalam keadaan yang santai..inilah kelebihannye, mengamati keindahan alam sekeliling.




Another superb view from TayarGolek.Com..


Dipendekkan stori de mori..kitorg stop jap di satu view point. Memey superb view nye..


Nampak keadaan permukaan mukabumi disini yang bergunung ganang..




View sebelah kiri..










Zoom skit..terpaksa guna G16 laaa..hehehe





Thorbaekkk...!




DUSKY BLACK FJR...Ohsemmmm nyeee :)




Aikkk? dibila masa dicandid nye niii.. :p




I LIKE ..! veli naiiiii..



Dipendekkan stori de mori lagi..kitorg sambung lagi tayargolek.
Sampai satu tempat...dari jauh nampak macam benda pelik kat jalanraya.
Apakah binatang/kenderaan yang digunakan untuk bawa rimbunan rumput? Pergerakkannnye buka mcm kenderaan biasa sebab macam main jongkang-jongkit pulak..

Korang paham ke  tak aku tulis ni? ahahhadehhh..


Ok ..tengok pic ni betul2...



Nampak tak kat depan tu yang bawak rumput? Agak2 korang kan..ape benda tu?

Tu yang musykil..siap stop lagi taww.



Nak tau? tengok video ni..



So nampak tak..macam2 perangai kat sini boleh jumpe hahaha



Dah alang2 tadi stop sbb nak amik gambiran..terus break jap kat sini













Time ni baru perasan..SJ4000 yang aku bukak casing waterproof tu kononnye nak jemur tadi..lupa nak tutup pulak. Adehhh..tau2 tinggal sarung je..camera ntah kemana :((

Takpe la..takde rezeki.


View ditempat kitorg rehat skg..



Kasi rehat cukup2..



Bayangan..




Lepas beberapa minit..tayargolek lagi. Melalui satu pekan kecil..





Trafik jadik slow giler...rupe2nye ada pasar pulak time ni




Takde la lama...sekejap je. Lepas abis area pasar tu..ride ok dah



Ok sambung lagi ride...layan pemandangan yang indah2 belaka..wihuuuuuuu





Aku kurang pasti ape jenis tanaman yang aku nampak skg..




Cahaya matahari yang memanchorr..manchorrrrrr!




Gambiran dari sudut lain





...bile berada dikawasan yang luas terbentang, korang boleh nampak kawasan2 yang redup dilindungi awan..dan sebaliknye.





Respek kat diorg ni..bertani secara besar-besaran




Awan2 putih yang tebal...



Riding dalam suasana yang redup..syiok ;)




layan jer..






View sepanjang jalan yang kitorg lalui setakat ni..








Walaupun keadaan jalan yang bumpy..masih dikategorikan jalan yang baik la selagi tak jumpa offroad. Mintak2 dijauhkan...letih mo layan bhaa


Seketika selepas tu..



Kuharapkan jalan cun sampai ke petang..tetapi jumpa offroad plak petang2...adehhhh! letihhh ooi..





What to do? nak patah balik?? sorryyyyyyyy..! kasi redah laa ...apa lagiiii



Yeahhh!!! ADV RIDER IN ACTION - DUSKY BLACK FJR...

p/s: kene tukau kategori dah FJR ni..FJRA? ok kot ;)




sekali lagikkk...wihuuuuuuu..!



Selamat meredah offroad boss..jalan dulu k. I nak berasap jap ...miahahhahaa





Ok..aku parking jap. Isap rokok dulu ..kehkehkeh



Jauh jugak jalan ni nak kene redah..tapi ok laa..offroad yang rata. Bukan jalan yang berlubang2..atau lubang yang berjalan2.


Jom..tayargolek lagi. Speed guna gear 3 waktu ni..ok gak :)



Dalam keadaan jalan offroad tu..dapat jugak capture moment view waktu ni...phieww!





Dipendekkan cerita, kitorg berhenti jap kat sini. Mr.Wang, tunggu kitorg kat sini..



Nasib baik gak la jalan tadi bukan lepas hujan...kalo tak ..nallerekekkk laa!

Stop kat sini tak lama..abis sebatang rokok, pas tu chaltaee..



Kejar timing untuk ke Lijiang..




Jalan pun dah mula cantik..fuhh lega skit.
Skg follow Mr.Wang dari belakang..kitorg akan shoot terus sampai ke hotel di Lijiang.




Wihuuuuuuuu..!! Highway baru katenye menuju ke airport.




Syiok ni kalo meroket satu kali...haha




Sabo..tengok keadaan dulu camne




OK..slowdown. Banyak simpang dah area ni..kene hati2





Kapal terbang..route ni berdekatan dengan airport.
Signboard tu pun bgtau 18KM je lagi ke Lijiang Old Town .




Tetiba..mato den terpandang kek dopan tu. Tuuu...! Jade Dragon Snow Mountain laa..wihwihuuuuuuu








Inilah dia Jade Dragon Snow Mountain...seronok betul laa dapat tengok depan mata akhirnye..
kepuasan.

Skg nak try amik shot yang lebih cantik...



Speeding time..! wihuuuu..





Sempat la jejak 113kmj waktu ni..hahaha. Thorbaekkk..!

Jarak untuk sampai ke Lijiang town berbaki kire2 40km lagi. Ape yang betul2 frust waktu ni...view yang ditunggu2 selama ni dah berada depan mata. Tapi..time ni gak la bateri camera aku kong! bateri abiss..

Arghhh..! stress!

Try on balik camera..still no luck :(




Nak dijadikkan..aku dok biar je camera buat seketika. 
Pastu try sekali lagi..kalo blh on..ada la rezeki. Kalo tak..ingat dalam kepala je laaa.. :(




Harapan dan doa aku dimakbulkan..inilah rezeki, camera boleh on balik..wihuuuuuuuuuuu





Seronok tak terkira beb...akhirnya dapat capture gambiran didepan Jade Dragon Snow Mountain.




dapat shot 4-5 keping jer..pastu off terus camera. Nasib baik...



Aku hadiahkan gambiran yang tak seberapa kepada riding buddy aku..GRIFFIN & DUSKY BLACK FJR
:)









Stop isi minyak sebelum ke hotel..


Dari stesen minyak ni..sempat lagi photoshoot background JADE DRAGON SNOW MOUNTAIN









DUSKY BLACK FJR..









Aku & RED VERSYS..









Ok cukup..terus shoot ke hotel.
Sampai hotel kire2 pukul 5.00ptg.
Parking motor kat hotel di Lijiang, terus naik kete ke Shangri La...



Gambiran on the car..Jade Dragon Snow Mountain.


Perjalanan kire2 5 jam lagi untuk sampai ke Shangri La..



Keputusan untuk tinggalkan motor di Lijiang + naik kereta ke Shangri La betul berat untuk diputuskan..

Demi keselamatan dan nyawa..terpaksa akur dengan nasihat yang diberikan..



So inilah view yang boleh dilihat waktu ni..




Cantik kan...






Bersalji..tapi tak banyak..





Dalam kereta pun kesejukan..adehhh! azab..





Ok ..last gambiran.



Jauh lagi perjalanan..naik keta pulak tu.
So apa mau bikin?

TIDO laaa...hahahaha
Zzzzzz...




Sedar2..dah malam. Kitorg sampai Shangri La kire 11.00 malam. Suhu mencecah 1' Celcius. Uiihhh...merekot abis waktu ni. Dengan ketinggian 3200meter..angin bertiup kuat..kesejukkan yang amat...


Di Shangri La..kepenatan mula terasa. Oksigen mungkin dah mula berkurangan..nak naik tingkat 1 pun dia punya penat..macam naik tingkat 4. Waktu ni lah..terfikir, selama berbulan2 buat kardio utk stamina sebelum ride..atas tujuan ini.



Pergi makan..nasib baik still bukak lagi. Tak boleh tahan..cara bara gak bagi panas tangan..





Makan yang simple je la..nasi Goreng, sayur, telur dadar & daging "yark".




Haa..tu kepala Yark yang dah selamat dijadikan makanan..ada bran?

Akhirnya..sampai dah di Shangri La. Selamat menjejakkan kaki disini walaupun tanpa motor kesayangan. Takpe..ada hikmahnye tu kan. Lepas makan terus balik hotel..kasi rehat kaw2. Sekarang 1 degree Celsius..esok pagi tak sure lah pulak. Silap2 0' Celsius? -1...-2..celsius?
Kite tunggu je la nanti..

Ok geng..sampai sini dulu episod kali ini..DAY 7, dari Dali - Lijiang - Shangri La.
Esok pagi2..akan tour sekitar Shangri La pulak..apakah bakal ditemui?

"The search for the LOST HORIZON..Shangri La, China.."





Video Day 7 from Dali-Lijiang-Shangri La

Sebelum tu..jangan segan2 bukak video ni..ada la skit ole-ole yang tak seberapa.
Video amateur je..

Dikesempatan ini jugak, aku (Han) sebagai penulis blog TayarGolek.Com ingin mengucapkan "Selamat menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua pembaca Muslimin & Muslimat.."

Kite jumpa lagi nanti yer..

Adios,
Han

3 comments:

griffin said...

My favourite pic, sampai skrg desktop wallpaper. TQ bro :-)

Wak Lat said...

layann bro han, selamat berpuasa esok ;p

Anonymous said...

Tahniah!!!

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com