You Are Reading

4

Musafir Bumi Myanmar D8 Mandalay

TayarGolek.Com Monday, March 11, 2019
Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..

MUSAFIR BUMI MYANMAR masuk hari ke-9(D8). Suhu di Bagan agak dingin diwaktu pagi..19 celcius. Panas kering cuacanya. Tekak dah start rasa tak selesa. Keadaan geografinya jenis berpasir halus dan sering. Debu sana sini. Kerak teking dah nim..

Stori de mori di Bagan aku dah update episod sebelum ni. Gambiran yg ada tu mana yg ada kat henpon je tau..pic on the bike masih kat camera. Nanti dah balik Malaysia aku just update setiap episod dgn pic on the bike. So korg boleh nampak Myanmar dengan lebih dekat lagi.

D8 kitorg akan ke Mandalay..antara city yg besar di Myanmar. Expectation traffic bile masuk ke city Mandalay memey tinggi. Jaraknya 181KM jer..tapi amik masa kire2 6jam-7jam. Apa2 pun kitorg selamat sampai Mandalay dlm pukul 12.30t/hari. Bermalam di Mandalay Hotel..




Sepanjang perjalanan kitorg stop 3kali. Stop yg ke-2 tu kat salah satu gerai jual bijana tanah liat. Sambil2 rehat..aku cuba sembang la dgn makcik kedai tu sbb dia ingat kitorg stop nak beli bekas air tu..

Dengan selambar dia ckp bahasa Myanmar.. aku pun layan ckp Melayu🤣🤣🤣.

Makcik:”tegur kitorg dlm bahasa dia”

Aku: “ lama tak nampak makcik ni..cik piah rumah belakang tu mana? Lama nau tak nampak?😬

Makcik: “jawab dgn bahasa dia”

Aku: “oooo..tak duduk kg lagi yer..”

...dan mcm tu la sembang ayam-itik dgn bahasa masing2 tp kalo tgk situasi waktu mcm betul2 paham ..kahkahkah😜🤣🤣

Last2 aku tanya harga periuk tanah liat tu brp sambil tunjuk kalkulator henpon..ewahh dia blh plak kata aku nak no fone dia? 😂😂😂. Tunjuk calculator skali lagi sambil tunjuk periuk tu..haa baru la dia paham. Harganya 1500MMK kire2 MYR7-8 mcm tu la. So,penduduk tempatan ni ok jer..nak gak tanya2 cuma masalah bahasa tu yg jadi penghalang. Tapi inilah kenangan sewaktu dì Myanmar 😎


















Ok..sampai hotel siap untuk tour disekitar Mandalay. Siap solat jamak Zohor-Asar van amik kitorg tour melihat beberapa tempat yang mesti
 datang dan lihat. Antaranya:


Mandalay Palace:
Ni kitorg tgk dari luar jer..mmg tak boleh masuk sbb skg tempat ni jadi tempat Myanmar Army. Tapi luasnya termasuk ada saliran air dengan tembok disekelilingnya. Tak lama kt sini..pastu sambung ke tempat lain.












Mingun Pahtodawgyi:

Untuk ke sini..kene cross Irawadi River..sungai terbesar di Myanmar. Sayup jer tgk..

































Apa yg korang nampak kat gambiran bawah ni..size yang mmg besar tapi sebenarnya cuma 1/3 je dari size yg sepatutnya. 2/3 lagi tak dan nak buat zaman tu. Dalam makna lain tempat ni disah sebagai “the 
largest bricks in the world”.






Pic replica tu adalah gambaran sebenar jika siap sepenuhnya.




























Mingun Bell:

Loceng ni adalah yg ke-2 terbesar didunia. Yang pertama berada di 
Moscow, Rusia..tapi dah tak berfungsi. Maksudnya..takde bunyi dah. 

Jadi yang ni..aku siap test ketuk bell tu memey bedengung lagi..😊

Berat bell ni 90 tan. Korang bacalah info dlm gambiran ni k..

Nota: sila abaikan pic kat bell tu..tunggu depa posing pas sorang..sorang lagi. Aihh jenuh
nunggu..so tempel je amik gambirn🤣


















Hsinbyume White Temple:

Nama betulnya aku cari kat internet..so amik gambiran dan naik atas tgk view..



























Shwenandaew Monastery:
Ni je yang tinggal..bangunan ni masih lagi original. Penuh dengan ukiran lama. Sbb tu dijaga rapi..








Kuthodaw:
Tempat ni adalah tempat yg menyimpan  helaian buku/mukasurat buku agama Buddha. Setiap bangunan putih diletakkan 1 muka 
surat..ada 72 buah bangunan kecil.


















Joon Mosque:
Lepas abis tour..aku ke masjid berdekatan kira2 6km dari Khutodaw. Masjid yang bersih,luas dan berhadapan dengan Mandalay Central Mosque. Apa yang aku boleh simpulkan..sebelum ni kite diwar-warkan oleh media tentang Myanmar yang anti Islam. Setelah melihat
 Myanmar dengan mata sendiri..5 hari di Myanmar dari bawah(Myawaddy ) hinggalah ke atas(Mandalay), sebenarnya takde apa2 masalah..tenang je. Nak solat kat mana2 pun takde masalah. Masjid boleh dikatakan setiap daerah ada. Bandar besar Yangon pun ada 2-3 masjid. Mandalay aku jumpa 2 masjid. Lepas solat jamak Maghrib- Isyak semalam..aku rasa perlu share info ni. Jangan takut..InshaAllah semua ok. Muslim dengan penganut agama lain seperti takde apa2 berlaku..tenang mcm biasa. Kes yang digembar gemburkan tu hanya melibatkan Rohinya di Rakhin. Perkataan “Rohingya” disini sangat sensitif..so hati2.















Halal Food - Mandalay Cafe
Bersebelahan Joon Mosque / Mandalay Central Mosque ada 2-3 kedai halal. Aku memilih Mandalay Cafe..sebab open air macam kedai mamak. Sedap pun sedap..masakannya mmg ada rasa dan rempah. Yang penting murah..total 2 org makan + 4 cawan nescafe baru 18,000MMK. Aku recommend makan kt sini kalo korg ke Mandalay.







Sebenarnya..apa yg diberitahu oleh tourguide..kitorg team pertama yg datang Myanmar ni betul2 tour..melihat Myanmar dengan lebih dekat. Dan diorg pun banyak benda kene amik tau especially Muslim yang mencari makanan halal dan masjid. So benda baru untuk diorg. Alhamdulillah..dipermudahkan semua urusan.


Alrite..panjang lebar dah ni. Selepas Mandalay..kitorg akan mula turun dan turun sampai ke Myawaddy. Ada 3 malam lagi di Myanmar. Mudah-mudahan moga perkongsian MUSAFIR BUMI MYANMAR ni dapat dimanfaatkan.


Jumpa lagi..

Adios,
Han

Mandalay, Myanmar

4 comments:

Unknown said...

Fuhhh info yg terbaekkk...

Unknown said...

Info terbayek prezz ku

오피 op-best.com said...

Thank you, I have recently been looking for info about this topic for ages and yours is the best I have discovered so far.
But, what about the bottom line? Are you sure about the source? 오피

오피사이트

unknow said...

It's great. You will certainly really feel that your writing is unbelievable even if you check out it. I mored than happy to see your writing as well as my sensations are still remaining. I wish you will certainly be impressed much like me when you see my writing. Would certainly you such as to find as well as see my message? 바카라사이트

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com