Featured Rides/Events

PULAU JAWA INDONESIA RIDE(6D5N)

DATE : 14 - 19 FEB 2017

Now OPEN! TnC apply

Please email: han@tayargolek.com for more details.

KANCHANABURI EXPLORATION (6D5N) - 2nd Trip

DATE : APRIL/MAY 2015 (TBA)

INFO: RM1450 per pax. Please email: han@tayargolek.com for detail

Next Activity/Ride:

Latest Posts

7

Musafir Bumi Myanmar D12 Prachuap Khiri Khan

TayarGolek.Com Monday, March 18, 2019
Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..

Kita sambung lagi MUSAFIR BUMI MYANMAR.Alhamdulillah..masuk hari ke-13 (D12). Memandangkan misi ride dalam Myanmar dah selesai..mood riding skg dah slow down. Target skg nak ride dengan selamat untuk sampai ke Malaysia seterusnya sampai rumah.
Hari ke-13 ni kitorg takde target nak ke mana..semuanya dah tak ikut plan asal. Cuma ada bincang next stop untuk hari ni..mungkin akan bermalam di Bang Saphan..atau di Chumphon. Tapi tengok keadaan lah mcm mana nanti.


Hari ni bangun mcm biasa..walaupun hari ni kitorg keluar lambat skit. Rest skit katanya sbb kt Myanmar mmg push abis..bangun awal tido lewat. Hari2 mcm tu. Hari ni tayargolek pkl 10.00pagi. Lepas Subuh..lepak2 kat cafe kene kopi panas. Bekfes kitorg berabis stok makanan halal yg dibawa. Tak nak bazir duit..sebungkus share 2 org. Kat Thailand dah tak risau sgt..7-E bersepah..boleh la makan untuk alas perut nanti.

Btw..baru dapat pic ni dari Agen Myanmar. Gambiran kenangan sewaktu di Myanmar border sebelum masuk Thailand.





10.00pagi tayargolek..kitorg plan singgah Suphan Buri sekejap sebab nak amik gambiran Dragon. Penah tengok?
Jom aku bawak gi sana.

Jarak Suphan Buri dari Nakhon Sawan kire2 163KM. Kirenya ni last tour kitorg ride kali ni. Lepas ni..touchdown + rest.

Ni gambiran yang sempat aku amik..





















Lepas bergambiran..reroute ke Ratchaburi bypass Bangkok. Walaupun dah set manual route..gps aku still bawak masuk ke Bangkok. Patuitla lain nau routenya masa on the bike. Stop jap check GPS..sah masuk Bangkok. Phieww..sib baik detect awal.

Sehinggalah sampai di Prachuap Khiri Khan..jam dah pkl 5.00ptg ++. Cari tempat untuk solat...tapi pondok yg ada ditepi2 jalan nampak semuanya kotor. Last2 aku bgtau Griffin..aku nak cari masjid area ni. Check dlm map..ada 1 masjid kire2 12KM masuk dalam kawasan kampung..

Masjid Darun Apidin, Prachuap Khiri Khan:
Sapa sangka..12KM redah jalan kampung..ada ada masjid yang besar. Masjid ni juga ada madrasah. Lepas solat jamak..aku tunggu jap sampai Maghrib sebab dah alang2 nak masuk waktu.


















Dalam ramai2 budak2 Tahfiz tu ada sorang yg boleh cakap melayu. So dpt la sembang2 skit. Jumlah Tahfiz kt sini ada 18org..masa sampai ada sorg tgh mengaji sambil baca terjemaahan Al-Quran. Alhamdulillah..


Selesai Maghrib, kitorg chaltae..cari hotel. Dah malas dah nk ride lagi..rasanya bermalam disini jer.

Alhamdulillah..tak jauh dari PTT station ..1.6KM ada hotel yang cantik. Rasanya perniagaan persendirian kot. Harga bilik 1 malam cuma 650THB.7-E pun dekat🤭. So lepas mandi..tapau makanan kt 7-E. Haaa makan sampai overdose🤣. So distance hari ni adalah 523KM.








Sambil makan kitorg diskas plan esok.. cadangan nak stay kt Surathani malam esok. Bincang punya bincang...keputusan muktamad..terus shoot sampai Sadao😂. Alaaa 700km jer..apa de hal...

Jika esok kitorg ride sampai Sadao, maka..ride ni akan tamat 1 hari awal..😅. Tu yang syiok blh ejas sendiri..

Ok..setakat ni dulu ye..aku sambung lagi nanti.


Adios,
Han
Prachuap Khiri Khan 



86

Musafir Bumi Myanmar D11 Nakhon Sawan

TayarGolek.Com Thursday, March 14, 2019
Yooossshh...!!


Salam Sejahtera semua..

Alhamdulillah..masuk hari ke-12 (D11) MUSAFIR BUMI MYANMAR berlangsung. Tiada masalah pada Pooteh dan Green Envy setakat ni. Kitorg berdua sihat dan berasa puas bile diberi rezeki melihat Bumi Myanmar dengan lebih dekat dengan mata sendiri.

Hari ke-12(D11) adalah hari terakhir kitorg di Bumi Myanmar. 8 hari beb..nampak mcm lama tapi tau2 dah nak keluar dah. Mawlamyine adalah tempat terakhir kitorg bermalam. Lepas ni akan ke Myawaddy (Myanmar - Thailand border).

Jarak dari Mawlamyine ke Myawaddy sejauh 175KM. Tapi tourguide syorkan kitorg menggunakan laluan lain yang lebih dekat kire2 125KM jer. Wooow 😳! Jimat banyak masa nim.

Macam biasa 4.00pagi dah bangun..makan nasi goreng ayam “ready to eat”. 1 bungkus share 2 org..nak makan sebungkus sorg pepagi buta memey tak lalu..jadi, memey cukup untuk alas perut.

Pukul 6.00pagi tayargolek. Untuk keluar dari Mawlamyine, kitorg akan diescort oleh Tourist Police Myanmar. Sungguh peramah anggota Polis tu..bergambar sana sini. Tanya itu ini..seronok rasanya riding di Myanmar.














Nota: gambiran on the bike ada dalam camera..tak dpt nak publish skg.


Untuk route yg disyorkan..kitorg terpaksa melalu 2 jambatan besi. Huiii..licin lantainya. Dah terasa macam jatuh sungai ni kang..neves betul bile lalu. Tourist Police akan escort kire 16KM sahaja dari hotel. Lepas dari tu dah memasuki Wilayan Kayin..yakni wilayah yang dipegang oleh pihak Tentera. Wilayah ni dijaga sepenuhnya oleh tentera. Kelihatan anggota Polis berjaga disepanjang jalan. Maka tak hairan lah kalo kondisi jalannya amat teruk. Jalan berlubang sana 
sini..jalan pecah-pecah sana sini..





































55KM pertama kondisi jalan adalah baik. Berbaki 70KM lagi..20KM kondisi jalan teruk. Jalan pecah dan berlubang..ada beberapa jalan dilencongkan ke jambatan kayu sementara sebab depa tengah buat jambatan konkrit yang baru. Baki KM seterusnya jalan cantik dan bergunung. Daripada mode Offroad switch ke jalan bercorner. Seremmmm..🤭

Pukul 11.00pg kitorg selamat sampai border Myawaddy. Uusan dokumen keluar Myanmar lebih kurang sejam. Semua urusan tourguide yang buat. Cuma Kitorg tetap kene masuk office Imigresen



  Myanmar untuk ambil gambiran. Lepas urusan tu..semua selesai. Alhamdulillah..selamat meninggalkan Bumi Myanmar secara rasmi. Babai Myanmar..jumpa lagi!











Skg urusan border untuk masuk Thailand pulak. Harap2 takde apa2 masalah. Al-maklum lah..motor Malaysia masuk border Mae Sot ni jarang2 berlaku. Jangan diorg mintak macam2 dah ler. Urusan Imigresen Thailand selesai dengan mudah. Skg Kastam Thailand pulak...mula2 nampak mcm ada kekeliruan skit, terutama sekali pasal passport. 3-4 kali jugak tunjuk passport aku kt boss officer tu. Ntah apa laaa yg diorg cakap. Alhamdulillah..semua urusan selesai. Insurance Thai kitorg amik 19hari..semua legal la k. 

Plan asal akan bermalam di Mae Sot..tapi jam baru pukul 12.00t/hari. Meeting adhoc jap..last2 decide stay di Tak, Thailand kire2 75KM dari border.

Chaltaeee..!!

Sampai je Tak..kitorg meeting lagi🤭. Awai lagi nim...blh shoot jauh lagi😬
Maka keputusan rasmi..kitorg shoot lagu sampai ke Nakhon Sawan.

Sebelum cari hotel..kitorg stop jap di sebuah masjid di Nakhon Sawan.


Masjid Pakistan Nakhon Sawan. Ada 3 org jemaah je masa jamak Zohor-Asar. Setel solat baru cari hotel.








403KM tayargolek hari ni. Alhamdulillah selamat sampai Nakhon. Dengan ini kitorg berada hampir 300KM dihadapan daripada plan asal.




Mood riding tgh cooling down. Kepuasan mengembara di Bumi Myanmar susah nak citer. Skg misi untuk sampai ke rumah dengan selamat..InshaAllah

Ok setakat ni dulu nanti aku cuba update seterusnya. Jumpa lagi..

Adios,
Han


Nakhon Sawan, Thailand 
 
Copyright 2010 TayarGolek.Com