You Are Reading

33

Macam mana nak contact aku?

TayarGolek.Com Friday, January 23, 2009
Yooosshhhhhh!

Salam geng..

Ruangan ini aku akan gunakan utk tujuan lebih kpd iklan..tp korang still bleh gak contact aku sekiranya ade ape2 pertanyaan atau kemusykilan..InsyaAllah mana yg mampu aku jawab ler.



So kalau ada apa-apa komen, pertanyaan atau tempahan, sila emailkan ke: han@tayargolek.com   atau isi aje form dibawah ni..




Name:




Email Address:




Message :














This form powered by Freedback



Semua email akan dilayan..jangan risau.


 -Han-
han@tayargolek.com

33 comments:

Anonymous said...

Encik Tayargolek...nak bekenalan bley? :)

-u know me,Tinta-

TayarGolek.Com said...

Hi Tinta - of course I know u..thanks for the comment ;)

Anonymous said...

salam,
sy antara owner er6n di lembah klg cuma belum join fERNo, sekadar surf web je. tp bila jengok ke tayargolek, rasa cam teringin lak. tanggungjwb keje makan gaji tak beri peluang untuk join ride outstation, sekadar layan karak bekpes kat awana @ karak je.
anyway, memandangkan tyrgolek base kat shah alam (sewaktu dgn sy) orait gak setakat kena kopi 'o' + roti bakar.
klu ada TTS @ KOS (kopi o session), roger sy via 012-2710880 anuar

TayarGolek.Com said...

bro anuar - Rabu 3/3/2010 ade TTS kt Rest Chili seksyen 9, Shah Alam..jom ler kite..

Anonymous said...

alamak, sori mlm ni TTS 3/3/2010 @ sek9 shah alam, den x dapek join la, ado kojo kat federal hiway repair jalan, maklumla kojo kuli, kono ikut arahan bos. looking forward for next time session.

anuar @ sek6 shah alam

Anonymous said...

Salam,
FYI kepada sesapa yg berminat nak join KURSUS MARSHALL, dianjurkan pada JUMAAT 2 APRIL - AHAD 4 APRIL 2010. Yuran penyertaan RM380.00 seorang untuk penginapan/makan minum yang akan diadakan diMAKTAB TEKNIK PDRM MUAR Johor. Kpd yang berminat, sila hubungi KRUA Bikers / SP Motor (Yafi 012-277 0700

anuar shah alam

DatinDiaries said...

haluu..nanti kalau ke Kelantan jgn lupa bagitau ye....nanti add saya kat FB - QASEH AYU...

TayarGolek.Com said...

anuar shah alam - aku dpt gak invitation MARSHALL course tu..tp ade ride p Kelate pulok..

TayarGolek.Com said...

DatinDiaries - InsyaAllah..boleh roger2 bile dh sampai sana.

Anonymous said...

Saya akan join Kursus Marshall pada 2-4 April nnti. Sesapa nak join masih ada kekosongan. Yuran RM380 dapat 2 helai T-shirt,makan minum sepanjang kursus dan penginapan. Duit minyak poket sendiri....hu..hu..hu.

Cheers
Reezone 019-3680048

A L I C E said...

can i join this kind of activity ? can bike together to join a event like merdeka 2009 or others..cause i like to bike =)

Dr Syed Fairus said...

Salam En Han Tayar Golek,

Saya bercita-cita hendak memiliki motorsikal berkuasa tinggi sendiri. Satu-satunya pengalaman menunggang saya adalah ketika menunggang Honda Cup C70 ketika sekolah menengah dahulu.

Jika tidak keberatan, saya harap En Han sudi memberikan sedikit penerangan berkaitan dengan aspek service dan maintainence motorsikal ini.

Pengalaman saya dengan kereta, jika kita membeli kereta buatan Jepun (eg Toyota/Honda) yang baru, sekiranya kita menghantarnya utk servis mengikut jadual yg tertera dalam buku servis, kereta itu tidak akan menghadapi sebarang masalah. Saya pernah memiliki sebuah Toyota yg selama 7 tahun menggunakannya,tidak pernah meragam (sehinggalah saya let go).

Jadi persoalan saya adalah: Adakah motorsikal pun begitu juga? Jika kita beli yg baru, dan hantar servis mengikut masa dan kaedah yg disarankan oleh buku panduan servis, motor tidak akan meragam?

Ini kerana saya lihat (melalui blog) ramai riders yg kerapkali menghantar motor mereka utk dibaiki di bengkel. Adakah ini terjadi disebabkan mereka cuai dalam penyelenggaraan, atau kerapkali mengubahsuai motor, atau memang sebenarnya motorsikal memerlukan penyelenggaran yg lebih sensitif berbanding kereta?


Penerangan tuan saya dahului dgn ucapan ribuan terima kasih.

Selamat berpuasa dan berhati2 di jalan raya.

Fairus,
Semenyih, Selangor.

TayarGolek.Com said...

Salam Tuan Syed Fairus,

saya cuba jawab pertanyaan bro sebaik mungkin. Saya takde ler bagus sangat dgn motor2 besar ni.

Ok..berkaitan dgn cita2 bro..saya doakan bro dpat memilikinya satu hari nanti. Cuma ape yang perlu dititik beratkan disini bahwa kuasa honda c70 dgn kuasa CC 650 memang amat2 berbeza sekali. Terutamanya beza dari 'torque', kelajuan, berat motor dan juga ketinggian motor. Jika bro memang dh biasa menunggang takde..takde masalah kot cuma perlu biasakan dulu jentera tu jer. Ape yang paling penting bile menunggang motor berkuasa tinggi ni adalah ketika melalui jalan sempit, jalan jem, jalan ber'corner' dan juga highway. Di highway memang syiok bila pulas throttle..tapi kadang2 kite lupa sejauh mana kite mampu mem'brek' jike berlaku emergency. Engine braking juga penting utk diambil kira. Ape2 pun perlu biasakan dahulu jentera baru tu nanti..dan jangan terikut2 dgn gaya penunggang yg lain.

kedua, bab maintenance..
Kalo diikut jadual dalam maintenance dlm buku memang ada baiknya. seperti biasa utk service EO (Engine Oil) jika semi-syn sekurang2nya 3500km dah kene service semula. Penggunaan Oil Filter (OF) jika dlm manual mengatakan boleh guna 2 kali service ( 2 kali tukar EO baru tukar 1 kali OF). Tapi pada saya..seeloknya setiap kali service tukar sekali EF..harge pun tak seberapa dibandingkan dgn harga motor.

Selain tu, penyelenggraan rantai..ini part waer & tear..kalo tak jaga rantai dgn baik, memang jangkahayat tak lama. Tekanan angin juga kene amik kira..ape2 pun blh cari di forum2/internet dan dalam manual pun ade..

Saya tak boleh nak kata..kalo kite ikut jadual dlm manual untuk maintenance, motor tak akan berlaku kerosakkan atau meragam. Engine wise kadang2 tak boleh dijangka. Tapi so far, saya ikut panduan buku..takde masalah pun dari pakai ER6N..hingga lah Versys yang dah berumur 4 tahun. Kadang2 cara pemanduan kite sendiri punca motor meragam jugak..asyik2 nak pulas jer kan..hehe.

Pasal ramai rider hantar repair dibengkel:
pada saya, ia begitu subjective..mungkin ada perbezaan skit dari kualiti CBU & CKD. Yang itu diluar bidang saya untuk komen pasal tu. Kadang2 pemilik motor tu sendiri mengubah suai dari yang standard kepada 'race' mode. Pada saya..cukup dgn standard yang penting motor berjalan dgn baik..takde masalah2 yg timbul. Pemilihan kedai juga penting. Boleh refer forum2 yang berkaitan supaya kite boleh mendapat feedback dari ramai pungguna dgn service yg diberkan oleh kedai tersebut.


Harap..saya dapat menjawab pertanyaan bro.

Sekian,
Han

Syed Fairus said...

En Han,

Terima kasih di atas penerangan komprehensif anda. Ia dapat membantu saya dalam memilih motor yg sesuai dan bolehlah berkira-kira tentang penyelenggaraannya bila tiba masa nanti.

En Han, saya harap anda dapat menulis sedikit tentang isu kontroversi antara pertembungan budaya pemandu kenderaan 4 tayar (dan lebih) dgn bikers.

Sejak kebelakangan ini, mereka saling menyalahkan antara satu sama lain. Jika tidak keberatan, saya bole menghantar pendapat saya untuk diterbitkan dlm blog Tuan (jika Tuan sudilah). Saya kira perkara ini perlu diteliti dgn lebih mendalam kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa.

Lebih menakutkan lagi kita setiap hari meletakkan nyawa kita di dalam genggaman emosi dan ego diri sendiri dan orang lain yang tidak pernah melihat kenderaan sebagai sebuah entiti bernyawa, tetapi lebih kepada mesin yang bergerak.

Terima kasih sekali lagi..

Fairus.

Aku Budak Nerek said...

Han, kalau ada mana mana ride, roger aku kot kot boleh turut serta..

TayarGolek.Com said...

ABN - orite bro..IsyaAllah

Azri said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam.. bestt bro... tgk dan baca cerita TGC ! baru mau angkat V.. ingat Mei kot...

SoH

TayarGolek.Com said...

SoH - salam bro..Thanks bro. Maaf ler kalo bro terkena 'RACUN V' ni.. :)

Anonymous said...

salam en Han..saya baru book versys n early of feb dh xsabar nk ride..but da prob is sy xder geng o group nk join..btw sy br nk berjinak dlm dunia perbikersan..segala ilmu en Han sgt diperlukan.anyway tayargolek around shah alam, klo ada TTS @ KOS ble halo2 sy via 0193218384

C'gu Zul

TayarGolek.Com said...

C'gu Zul - Salam cikgu..saya pun baru nak merangkak2 main moto beso ni cikgu. Takpe..pelan2 kayuh. InsyaAllah..nanti blh roger2.

p/s: kalo dikumpul2 rakan2 fan TG.Com ni kan yang bagi nama nak join mana2 ride mau2 dekat 30 dah ni..hahahaha pening aku :P

Anonymous said...

Salam Bro Han, nak tau kat mane area2 KL atau Selangor blh dpt Side Box utk ER6N2012, byk kedai kata belum ada lg kat msia....

TayarGolek.Com said...

Anonymous 10 March - sorry bro..aku takde info setakat ni. Mgkin bro blh ushar2 sendiri kat GIVI ke..

Unknown said...

Salam Bro...
Puas gak belek-belek....
mencari maksud tersirat CKD dan CBU ni....
hehehe...harap dapat diuntaikan....
Terima kasih...

TayarGolek.Com said...

Sarjan Bluess - jawapannye ada kat En. Wiki bro..

http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_motor_vehicle_import_duties

nak mudah lagi:
CBU - import seketul dari luar
CKD - local assemble (sebahagian part)

Anonymous said...

han...
aku matdee.baru ja beli er6n.nak join kalau ada aktiviti.cari kawan2 n pengalaman

Anonymous said...

matdee myusdibahari147@yahoo.com

TayarGolek.Com said...

matdee - congrats bro. Blh rajin2 klik TayarGolek.Com. atau FB: https://www.facebook.com/TayarGolekCom

info ride or TTS ada disitu.

Anonymous said...

assalamualaikum....nk tnya ckit...harga road tax dan harga insurans superbike 600cc dan 1000cc berape? :)

Anonymous said...

>anonimus May25,
Waalaikummussalam....aku rasa untuk soalan ni better tanya kdai coz depa leh bg lebih dtail .lain kdai lain kiraannya..ko tanya abam han dia bukan ada kdai pung kan...hehehhe...

-silent readers tegar TG.Com-

Anonymous said...

hehehe...ok thankz for inform~....

ohm said...

Salam perkenalan bro han..

saya baru memiliki versys...mohon tunjuk ajar...mlm tadi baru lepas sesi perkenalan sup ali power kajang dgn bro zul versys putrajaya, bro rizal versys, bro faizal er6, bro edi KTM..memang cool beb jumpa diorang ni. lpas ni ada tts roger2 la saya..

tq.

ohm (0192708352)

TayarGolek.Com said...

ohm - salam kenal-kenalan bro. Welkom to TayarGolek.Com. Congrats dgn motor baru. InsyaAllah..segala info TTS atau ride akan di war2kan samada di TayarGolek.Com or TayarGolek.Com Fb page.

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com