Archives

1

KEMBARA TRANS BORNEO: Trans Kalimantan Highway Video Preview

TayarGolek.Com Saturday, December 21, 2013
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Aku belum sempat nak update stori de mori KEMBARA TRANS BORNEO buat masa skg ni. Lagi pun segala gambiran & video baru je copy dari notebook Griffin. Fresh dari oven..wihuu.

In Sha Allah dalam masa terdekat ni k.

So, sebagai penghilang rindu (ewahhhh) buat semua pembaca TayarGolek.Com..aku up skit video yang sempat aku amik masa meredah jalan di Lebuhraya Trans Kalimantan dari Entikong ke Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia.

Sila tengok sampai abis..haaa lepas tu komen ler ape2 korang nak komen k ;)

 


 


Adios,
Han
0

KEMBARA TRANS BORNEO: Live Update finale

TayarGolek.Com Wednesday, December 11, 2013

Yoooossssshhh..!

Salam sejahtera semua..

Tamat suda ride KEMBARA TRANS BORNEO. Ride terakhir kitorg bermula dari Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia ke Kuching, Sarawak Malaysia mengambil masa keseluruhan hmpir 11jam perjalanan dgn jarak 431km.

Worth it! We can't believe it...but we did it! Yeahhh..that's reality..we did it!!! Congrats to my beloved RED VERSYS and also his kamcing fren DUSKY BLACK FJR...wihuuuu!! Alhamdulillah..Alhamdulillah..thats what can i say right now. Syukur..! Ride berjaya dgn selamat.

I think..Griffin should have to change FJR name to DIRTY BLACK FJR...hahaha

Motor telah selamat smpai di Subang malam tadi. Lega..satu demi satu urusan selesai.

Skg kitorg berada di Airport Kuching menunggu flight ke KL pkl 2.00ptg.

Dengar citer kwn2 TayarGolek.Com akan buat TTS petang ni kat Suria Teh Tarik.? In sha Allah..kite jumpa nanti bile dah selamat sampai dan selesai urusan motor ptg ni.

Sekian. Jumpa lagi..

Adios,
Han
Kuching, Sarawak
11 Dec 2013

5

KEMBARA TRANS BORNEO: Livr Update Day 7

TayarGolek.Com Sunday, December 8, 2013

Yooooosssshhhh...!
Salam sejahtera.

Update skit utk ride semalam..hari ke-7. Kitorg skg berada di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Perubahan plan disaat akhir utk ke Kalimantan..akhirnya menjadik kenyataan. Alhamdulillah..RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR sah di BUMI KALIMANTAN..!!

Mula tayargolek seawal 7.30pagi dan smpai di Pontianak, Indonesia jam 10.30mlm waktu Malaysia..dgn 400km perjalanan.

Alhamdulillah..dpt jugak surat disaat2 akhir dari Kedutaan Besar Republik Indonesia..berkat usaha sendiri kitorg cari maklumat masuk Kalimantan dari internet. Tu yang terpaksa buat adhoc plan.

Keadaan jalan? Biar gambiran ni berbicara..bukan main2 punye offroad ni..dah mcm bubur dah jalannye...pehhhh! Tapi inilah highway - TRANS KALIMANTAN HIGHWAY.

THIS IS BORNEO! The Real ADVENTURE!!

Adios,
Han
Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia.
7-8 Dec 2013

1

KEMBARA TRANS BORNEO: Live Update Day 6

TayarGolek.Com Friday, December 6, 2013

Yooosssshhhh..!
Salam sejahtera semua..

Aku update skit je hari ni..sebab keletihan.

Perjalanan hari ke-6 sejauh 505km dari Bintulu ke Serian. Plan asal kitorg sepatutnya bermalam di Sibu..tp last minute tukar plan sebab ada hal skit.

500km di Borneo memey agak.berbeza. Hari ni terpaksa meredah jalan gravel sejauh 5km..diikuti hujan lebat kaw2 punye lebat sejauh 40km jalan berliku2 + banyak kenderaan. Phiewww..!

Ape2 pun dah selamat sampai. Layan skit gambiran dihari ke-6 k.

Adios,
Han
Serian, Sarawak
6/12/2013

0

KEMBARA TRANS BORNEO: Live update Day 5

TayarGolek.Com Thursday, December 5, 2013

Yoooosssshhh...!
Salam sejahtera semua..

Pertama sekali..terima kasih byk2 buat semua kwn2 & readers yang sms, wassap,fb..dan komen2 di blog ini yang wish kitorg utk KEMBARA TRANS BORNEO ni. Blm berkesempatan untuk reply semua..

Update hari ke-5..

Hari ni kitorg dah pun selamat meninggalkan negara Brunei. Maka dengan tu jugak..sah le bendera Brunei kat RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR.

Perjalanan hari ni sejauh 400km dari BSB-Bintulu. Cuaca yang cerah diwaktu pagi semasa tayargolek ke border Brunei-Malaysia. Masuk je Miri mandi hujan kaw2 punyer..waduhhh!

Plan nak guna laluan jalan dalam Miri-Bintulu terpaksa dibatalkan setelah tayargolek.sejauh 50km dengan hujan lebat + ribut. Kitorg terpaksa patah balik ikut laluan coastal highway selepas dpt infondari penduduk tempatan katanya banjir dikawasan laluan ke Bukit Lambir. Semua kenderaan terpaksa patah balik...hujan+angin kuat berterusan sampai le kire2 100km lagi ke Bintulu. Nasib baik la dpt info awal..kalo tak???

So..itu je lah serba skit update utk hari ke-5.

Jumpa lagi..

Adios,
Han
Bintulu, Sarawak.

4

KEMBARA TRANS BORNEO: Live Update Day 4

TayarGolek.Com

Yooooossshhh..!
Salam Sejahtera semua..

Sedikit update dihari ke-4 misi KEMBARA TRANS BORNEO yang mula dari Lawas,Sarawak ke Bandar Seri Begawan, Brunei. Perjalanan dihari ke-4 sejauh 320km jer. Selamat menjejakkan kaki dan tayarmotor RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR checkpoint pertama Brunei kira2 pukul 10.00pagi.

Tapi..agak letih skit hari sebab terpaksa mengharungi 6 checkpoint Imigresen/Kastam (Malaysia-Brunei). Ape2 aku ucapkan berbanyak2 Terima Kasih buat rakan2 bikers NSBC di Lawas terutama Bro Zai yang telah menyediakan borang kastam Brunei lebih awal. So..urusan jadik lebih cepat.

Sampai hotel di BSB..kitorg terus tour dibeberapa tempat menarik sekitar BBSB termasuk naik bot ke Kampung Air. Pengalaman yang sgt unik..

Malamnya pulak..rakan2 bikers di Brunei dari PEMODA (Persatuan Motorsikal Darussalam) menjemput kitorg di Gadong..kire culik kitorg untuk ngeteh2 sambil kenal2...haha.
Siap datang ke hotel lagi..waduhhh! Memang thorrbaekk ..! Semangat bikers + brotherhood memey kuat..friendly & helpful. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa2 rakan2 bikers Borneo. InsyaAllah..ada rezeki dan masa mengizinkan..kite jumpa lagi nanti.

Ok geng..mau tidur dulu. Jauh lagi perjalanan hari esok. Doakan agar semua selamat dan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan.

Hati dah mula rindu dgn family masing2 nampak nyeee...ngeee.

Kpd semua rakan2 bikers..ride safe k. Jumpa lagi..

Sedikit gambiran buat tatapan semua..

Adios,
Han
Bandar Seri Begawan, Brunei
4 Dec 2013

7

KEMBARA TRANS BORNEO: Live Update Day 3

TayarGolek.Com Tuesday, December 3, 2013

Yoooossshhh...!
Salam Sejahtera semua..

Sedikit update dihari ke-3..

Selamat babai Sabah.. NEGERI DIBAWAH BAYU.  Hari ni kitorg menamatkan misi di negeri Sabah dari Kundasang ke Lawas, Sarawak dengan jarak perjalanan hari ini sejauh 320km. Mcm semalam jugak..jalan bengkok2 dan berkabus disebahagian tempat diantara Tambunan-Penampang.

Cuaca panas diawal pagi..lepas tu hujan lebat on/off hingga ke Lawas.Pendek citer..mandi hujan saje hari ni. Ape2 pun..memey pengalaman best dan menarik.!

Selamat Datai ke Sarawak..selamat sampai di border Sabah-Sarawak kire2 4.30ptg. Rakan2 bikers dari NSBC(Northen Sarawak Bikers Club) ..Bro Zai, Bro Freddy dan Bro Yuhanis telah pun menunggu lebih awal untuk menyambut kedatang kitorg di BUMI KENYALANG. Kitorg telah di escort sepanjang perjalanan sampai le ke hotel. Sanggup berhujan demi kitorg. Memeyyyy..THORRRBAEKK...! Siap belanja makan kitorg lagi..waduhh..TQVM buat semua rakan2 NSBC yg peramah dan sudi mengeteh tadi lebih kurang 6 orang. Jasamu dikenang bro...kitorg sgt2 hargai.

Esok akan masuk ke brunei pulak. Mcm mana keadaannye..aku update esok kalo masa mengizinkan.

Jumpa lagi..

Adios,
Han
Lawas, Sarawak
3 Dec 2013.

9

KEMBARA TRANS BORNEO: Live Update Day 2

TayarGolek.Com Monday, December 2, 2013

Yooooossshhhh..!
Salam Sejahtera semua..

Wow..! Tidak sabar2 kamurang suh sia update baa. Ok la..sia update sikit bagi kamurang dapat update skit KEMBARA TRANS BORNEO.

OK..Aku cakap KL semula .. :p.
Ride hari ke-2 hari ni sejauh 390km. Bermula dari KK-KUDAT-KUNDASANG. Dari jalan lurus..bengkok2..bukit2..sampai le bergunung ganang..jalan basah..berkabus. Ape2 pun..kitorg dah selamat sampai di Pekan Kundasang kire2 pukul 6.30ptg ( mcm pukul 8.30mlm kat Semenanjung).

Thanks kat bro Arif sudi join dari KK sampai Tuaran @ Rumah Terbalik. Sori gambirannya kat camera tak dpt copy. Thanks jugak kat bro Affandi dari Puchong(reader TayarGolek.Com) yg sudi tegur masa kat Rumah Terbalik tadi. Gambiran aku publish lain nanti.

Misi ke Kudat utk Tips of Borneo..wihuuuu..!! Dan seterusnya ke Pekan Kundasang utk mendapatkan gambiran RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dgn view Gunung Kinabalu. Sewaktu gambiran di amik..kitorg berada pada ketinggian 1560m. Alhmdulillah..semua berjalan lancar.

Esok..hari ke-3, akan mulakan tayargolek ke Lawas, Sarawak pulak. So, kamurang jangan lupa kasi bukak TayarGolek.Com baa utk update seterusnya yer..

Layan gambiran dulu..

Jumpa lagi.

Adios,
Han
Pekan Kundasang, Sabah
2 Dec 2013

2

KEMBARA TRANS BORNEO: Live Update Day 1

TayarGolek.Com

Yooooosshhh...!
Salam Sejahtera..

Aramaiteeeee...!

Sedikit coretan ringkas di hari pertama.

Kitorg selamat sampai di Kota Kinabalu,Sabah kire2 10.30pagi tadi. Sebaik sampai..terus uruskan clearance motor kitorg kat gudang Transmile.

Hari ni belum lagi bermula tayargolek..so kitorg just spent masa untuk tour sekitar KK. Antara yang menarik kitorg pergi melawat "Mari Mari Cultural Village". Sangat menarik dan sememey nye tempat tumpuan pelancong untuk melihat sendiri kehidupan dan rumah suku kaum yang terdapat di Sabah.

Malamnye pulak..sempat lepak makan dengan bro Arif..salah seorg pembaca TayarGolek.Com disini.

Aku belanjer skit beberapa keping gambiran hari pertama buat semua pembaca TayarGolek.Com semasa di Mari Mari Cultural Village.

Esok..akan bermulanya misi KEMBARA TRANS BORNEO. Destinasi dihari ke-2..kitorg akan bermalam di Pekan Kundasang.

Tunggu update seterusnya nanti..
sabah bah kalokauuu... ;)

Adios,
Han
Kota Kinabalu,Sabah
1/12/2013

4

KEMBARA TRANS BORNEO

TayarGolek.Com Saturday, November 30, 2013

Yoooosssshhhh...!
Salam Sejahtera..

Buat semua pembaca TayarGolek.Com yang dihormati, hari ini bermulalah detik KEMBARA TRANS BORNEO dari 1-12 DEC 2013. Kembara kali ini aku bersama Griffin sekali lagi cuba meluaskan pengalaman meredah dan 'explore' bumi Borneo bermula dari Sabah-Brunei-Sarawak. RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dah pun selamat mendarat lebih awal.

Doakan kejayaan kami..doakan keselamatan kami agar dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan dan selamat pergi dan balik.

Jika masa mengizinkan..Ride Report akan diupdate dari semasa ke semasa di www.tayargolek.com.

Ok..berhenti kat sini dulu. Tunggu aje ler nanti yer..;)

Adios,
Han

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com