@ Tasik Chini
Waktu sekarang pukul 3.15ptg..dah selamat menyeberangi sungai, destinasi utama hampir sampai. Lebih kurang 5KM meredah jalan kampung dari jeti tadi..kitorang tiba di simpang ke Tasik Chini.
Bergambar jap..lepas tu terus shoot ke sana. Simpang ke Tasik Chini kira2 300meter shj dari signboard ni.
Selepas masuk ke simpang ke Tasik Chini..perjalanan ke Tasik Chini Resort dlm 23KM lagi. Sepanjang jalan tu..keadaan jalanraya agak busy skit dgn lori2 batu bersama muatan, jalan agak berliku-liku jugak. Ade setengah tempat tu redup ditutupi dgn dahan2 pokok.
p/s: moment ni tak dapat aku shots sebab camera dlm ‘pouch’..
Selepas 18KM ‘tayargolek’..ade lagi 1 simpang kecik ke kanan. Sebelum sampai ke resort tu kene redah lagi dlm 5KM..tu berpandukan signboard yg ade.
Alhamdulillah..dh hampir sampai dh..skiiit jer lagi dalam 100meter jer.
Lepak jap dlm 5 minit..utk sesi bergambar..hahaha! bergambar ajer..
My bike was here..! Tatau ler nape byk sgt aku amik pic ER6N aku nih..mgkin sbb lama tak ride kot?
Dihadapan pintu masuk ke Tasik Chini Resort..100m lagi
Letih siut..! tangan aku pun dh mula berdenyut2 nih…
100m sahaja lagi eh…
Dah pun sampai @ Tasik Chini Resort…! Mision accomplished!!
Kitorg menjejakkan kaki disini tepat pukul 3.45ptg. Total mileage dari gerai serbaneka tu adalah 120KM… :( . Perjalanan dari jeti ke sini kira2 30 minit jer..
Bukti nih..aku (Han) & Castello (Apis) dah pun sampai dgn selamatnya..
ala..tembok ni takde pun takpe. Ganggu pemandangan jer..ishh! :P
2 bijik jer motot >150cc kat sini. Selebih2 nye motorcub & kereta..
Jom..kite ushar skit2 dulu view dari luar. Ikutkan hati malas nak amik gambiran dah..sebab lapar perut & ‘kerak teking’ (kering tekak)..
Ushar skit dicelah2 bangunan ni..
Chalet bagi mereka yg nak overnite..
Ni nak panggil ape eh?? tembok ke tugu?? Kat sini diceritakan serba sedikit berkaitan Tasik Chini dan lagenda Naga Tasik Chini nyer. Nak tulis balik letih woooo..panjang tu!!
Close up skit eh..
Harap2 still boleh baca..baca sendri lah eh..
Main entrance ke lobi + reception + Restoren..
Ok..cukup lah dulu pasal gambo nih. Kitorng nak cari makanan dulu utk sambung nyawa..lapar giler!!
…Restoren Sri Gumum…makan jer ler ape yang ade. Yang penting..HALAL!!
Dump semua riding gear kat satu tempat..
So..camne? Next plan..? next ride..opps!!
Kene candid – aku yg keletihan..tangan kiri tu rasa mcm nnk patah semula jer..hahaha
Ape2 hal minum dlu..
Posing skit lah lepas kene air jus manggo tu..
Alrite..mangkanan yg telah diorder dah pun sampe..
Ni pilihan Apis – Nasi Goreng Gumum..mcm lazat! Harga: RM10.50
Ni plak aku punyer – Nasi Goreng Khmer Lost of City. Mcm gempaq nama tu..skali dpt mcm nasi goreng pattaya daaaa….nasib baik sedap! Harga: RM10.50
Makan time..
Sedikit ole-ole dari aku utk share dgn kawan2.
View Tasik Chini sekitar jam 4.30ptg..enjoyy!
Note: pada pandangan aku..tempat ni mmg nice & rilex. Bagi mereka yag kaki memancing, kayak atau nk berehat2 dgn family dgn suasana hijau..memang inilah tempatnya. Tapi kalo saje2 datang atau mengharapkan aktiviti2 lain..lebih baik ke tempat lain.
Masa tengah makan tadi..ade skit bincang2 utk laluan jalan balik nnti. Selepas bertanye dgn staff restoren tadi blh ikut jalan darat menghala ke Gambang->LPT.
Fikir punye fikir..kitorg decide ikut jalan darat plak. Tak sanggup rasanya nak naik bot lagi..lagi pun dh petang nak redah jalan kampung tu lagi..owh TIDAK!!
p/s: rugi RM5 duit bot tadi..hihihi
Total bayaran utk makan: RM30 utk 2 orang (sorang rm15 ler)
Jam pukul 5.30ptg – lepak ke surau sekejap utk solat + rehat2
Lepas cukup berehat (cukup ker?) selama 30 minit..kitorang perlu keluar dari kawasan Tasik Chini ni sebelum hari gelap. Waktu skg pukul 6.00ptg..ade masa dlm 1 jam lagi sebelum gelap. Kitorng target sebelum gelap atleast dh sampai Gambang atau pun LPT.
Last shots kat Tasik Chini sebelum ‘on the bike’..
Bergambar sebelum balik..berlatarbelakangkan ”LAKE CHINI RESORT”
“..sampai jugak impian ride ke sini..sekejap lagi kitorg bakal meninggalkan tempat ini dan membawa balik 1001 pengalaman utk sampai ke sini..andai ade rezeki & masanya..InsyaAllah kitorg datang lagi..”
2 buah ER6N bakal meninggalkan perkarangan tempat parking motor di Tasik Chini Resort..
Sebelum gerak,camera aku simpan siap2 dlam ‘pouch’. So takde dah nak amik2 gambiran atas motor..nak terus shoot ke Gambang.
@ Gambang
Dipendekkan cerita..kitorang sampai ke Gambang dlm pukul 7.15mlm dan dah mula gelap. Jalan agak busy skit tadi ditambah plak dgn jalan 2 hala..so takes time skit utk memotong.
Berhenti utk mengisi minyak + short break. Top up petrol di Caltex, Gambang sebanyak RM15.
Nampak tak?? Awan hitam/gelap sudah marii..anytime kitorg main hujan ni..
Ok la geng..aku pendekkan story ni lagi..sebab gambiran dah takde dah. Camera dan lain2 semua dah simpan dlm ‘tank bag’. Kalo hujan tinggal sarung ‘rain cover’ jer..
Serba sedikit summary perjalanan balik:
# kitorg tayargolek dari Gambang ke LPT pukul 7.45mlm. Cuaca still ok lagi..tapi hampir2 mcm nak hujan dah..
# Selepas 10 minit masuk ke highway LPT melalui Gambang..hujan mula turun dengan lebatnya. Jarak penglihatan akan terhad. Kitorg dah decide tak akan berhenti walau ape pun. So, perlahankan speed dan maintain 80-100kmj shj sbb keadaan highway yang gelap + berangin. Seingat aku kira-kira 30 minit lepas tu hujan berhenti..jalanraya kering + panas. Mula speeding semula ke 120-160kmj.
# Sekali lagi hujan turun membasahi bumi (tak ingat kat mana). Kitorg tak terlepas gak ler dari basah lencun + sejuk. Hujan berterusan sehinggalah di tol Gombak. Selepas 1 jam perjalanan di highway LPT, kitorg berhenti jap di tol Karak for short break dan skali lagi di Genting Sempah utk isi petrol. Topup RM10 shj. Sehinggalah di tol Gombak, masing2 berpecah mengikut laluan masing2..
# 10.30 mlm – masing2 selamat sampai dirumah.
- Total Mileage (ikut meter motor aku) : 635KM
- Kos Petrol :
Gombak : RM20.00
Maran : RM15
Gambang : RM15
Genting Sempah : RM10
__________________________
TOTAL RM : RM60 (ade baki 1 bar lagi) - Kos makan/minum/lain2:
Breakfast @ Karak : RM 2.80
Minum @ Kg.New Zealand : RM 1.40
Lunch @ Tasik Chini : RM15.00
Air botol : RM 2.90
Tambang bot : RM 5.00
_______________________________
Total RM : RM27.10
- Jumlah kos Ride ke Tasik Chini : RM87.10
Kata-kata terakhir sebelum aku tamatkan stori ini:
“…Selagi tayarbergolek, selagi tu TayarGolek.Com menemui anda. Setelah 5 bulan sunyi dari cerita rides, kini aku kembali..
Ride yang pada asalnye simple tetiba bertukar menjadik agak ‘adventure’. Pengalaman meredah jalan2 kampung sehingga tersasar jauh..tayar motor kene toreh.. meredah jalan ‘offroad’..pengalaman menaiki bot penambang merentasi Sg.Pahang dan akhirnya sampai juga ke destinasi yg dituju. Destinasi tetap destinasi..kita boleh sampai ke destinasi yg dituju mgkin dgn menaiki kereta dan sebagainya.
Tetapi, apa yang TayarGolek.Com cuba share dgn pembaca disini lebih kepada pengalaman perjalanan atau ‘journey’ sesebuah rides dgn motorsikal..dgn 1001 pengalaman baru dlm ride versi TayarGolek.Com. Begitulah serba skit pengalaman ride ke Tasik Chini pada 24 Nov 2010 yang lalu..”
Lastly..Special Thanks to Mista Castello for this adventure’s ride..hehehe. InsyaAllah..ade rezeki lain kite ride sama2 lagi..
Kepada semua..Terima Kasihh kerana sudi membaca.
Jumpa lagi dilain2 stori..
Adios,
-Han-