Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..
Kita sambung lagi MUSAFIR BUMI MYANMAR.Alhamdulillah..masuk hari ke-13 (D12). Memandangkan misi ride dalam Myanmar dah selesai..mood riding skg dah slow down. Target skg nak ride dengan selamat untuk sampai ke Malaysia seterusnya sampai rumah.
Hari ke-13 ni kitorg takde target nak ke mana..semuanya dah tak ikut plan asal. Cuma ada bincang next stop untuk hari ni..mungkin akan bermalam di Bang Saphan..atau di Chumphon. Tapi tengok keadaan lah mcm mana nanti.
Hari ni bangun mcm biasa..walaupun hari ni kitorg keluar lambat skit. Rest skit katanya sbb kt Myanmar mmg push abis..bangun awal tido lewat. Hari2 mcm tu. Hari ni tayargolek pkl 10.00pagi. Lepas Subuh..lepak2 kat cafe kene kopi panas. Bekfes kitorg berabis stok makanan halal yg dibawa. Tak nak bazir duit..sebungkus share 2 org. Kat Thailand dah tak risau sgt..7-E bersepah..boleh la makan untuk alas perut nanti.
Btw..baru dapat pic ni dari Agen Myanmar. Gambiran kenangan sewaktu di Myanmar border sebelum masuk Thailand.
10.00pagi tayargolek..kitorg plan singgah Suphan Buri sekejap sebab nak amik gambiran Dragon. Penah tengok?
Jom aku bawak gi sana.
Jarak Suphan Buri dari Nakhon Sawan kire2 163KM. Kirenya ni last tour kitorg ride kali ni. Lepas ni..touchdown + rest.
Lepas bergambiran..reroute ke Ratchaburi bypass Bangkok. Walaupun dah set manual route..gps aku still bawak masuk ke Bangkok. Patuitla lain nau routenya masa on the bike. Stop jap check GPS..sah masuk Bangkok. Phieww..sib baik detect awal.
Sehinggalah sampai di Prachuap Khiri Khan..jam dah pkl 5.00ptg ++. Cari tempat untuk solat...tapi pondok yg ada ditepi2 jalan nampak semuanya kotor. Last2 aku bgtau Griffin..aku nak cari masjid area ni. Check dlm map..ada 1 masjid kire2 12KM masuk dalam kawasan kampung..
Masjid Darun Apidin, Prachuap Khiri Khan:
Sapa sangka..12KM redah jalan kampung..ada ada masjid yang besar. Masjid ni juga ada madrasah. Lepas solat jamak..aku tunggu jap sampai Maghrib sebab dah alang2 nak masuk waktu.
Dalam ramai2 budak2 Tahfiz tu ada sorang yg boleh cakap melayu. So dpt la sembang2 skit. Jumlah Tahfiz kt sini ada 18org..masa sampai ada sorg tgh mengaji sambil baca terjemaahan Al-Quran. Alhamdulillah..
Selesai Maghrib, kitorg chaltae..cari hotel. Dah malas dah nk ride lagi..rasanya bermalam disini jer.
Alhamdulillah..tak jauh dari PTT station ..1.6KM ada hotel yang cantik. Rasanya perniagaan persendirian kot. Harga bilik 1 malam cuma 650THB.7-E pun dekatðŸ¤. So lepas mandi..tapau makanan kt 7-E. Haaa makan sampai overdose🤣. So distance hari ni adalah 523KM.
Sambil makan kitorg diskas plan esok.. cadangan nak stay kt Surathani malam esok. Bincang punya bincang...keputusan muktamad..terus shoot sampai Sadao😂. Alaaa 700km jer..apa de hal...
Jika esok kitorg ride sampai Sadao, maka..ride ni akan tamat 1 hari awal..😅. Tu yang syiok blh ejas sendiri..
Ok..setakat ni dulu ye..aku sambung lagi nanti.
Adios,
Han
Prachuap Khiri Khan