Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..
Hari ni masuk hari ke-2 di Myanmar. MUSAFIR BUMI MYANMAR D6 @ Yangon. Jarak perjalanan hari ni dari Kyaikhto - Yangon sejauh 163KM.
Pukul 4.00pagi (waktu tempatan) kitorg dah bangun. Bekfes Nasi Goreng Kampung “ready to eat” dari Malaysia. Lepas solat Subuh..tayargolek pukul 6.00pagi.
Isi minyak skit topup dari semalam punya..Pooteh topup RON95 5000MMK (Kyat)..sebutannya “Chait”. ..hahaha . Memey gagal abis naknsebut Myanmar punya bahasa..chait!!!
Isi minyak skit topup dari semalam punya..Pooteh topup RON95 5000MMK (Kyat)..sebutannya “Chait”. ..hahaha . Memey gagal abis naknsebut Myanmar punya bahasa..chait!!!
Walaupun jaraknya mcm nampak dekat tapi ada slow skit. Traffic agak busy lebih2 lagi bila nak masuk ke town Yangon. Sampai dihotel pkl 9.30pagi.
Eh..ramai yang kaget sampai awal nau plak hari nim? ðŸ¤..ye la dah gerak awal kan..sampai awal ler😬. Nak kata awal pun 3jam 30min jugak..kira lambat jugak sebenarnya. Tapi takpe..janji selamat sampai.
So apa nak buat lepas tu?
Ok aku share skit tour kitorg hari ni..penat wehh berjalan kaki kalo kira mileage ni blh dpt 5KM😂.
1st..kitorg ke Swedagon Pagoda. Buddist Temple yang besar dan disalut 33 tan emas . Dipuncaknya ditampal dengan batu2 permata..boleh google selebihnya. Buat 1 loop pun dah sengal kaki😅. Tour kat sini tak lama mana pun..sejam lebih jer😬
Pastu, singgah Masjid jap..Masjid Jamek Cholia Yangon yang dibina pada tahun 1869. Jamak Zohor dan Asar dulu pastu sambung tour.
Berdekatan dengan area masjid..jalan2 di City Park. Boleh nampak kat sini ada Buddist Temple dan Church berdekatan dengan masjid.
Selepas tu..ke Kadawgyi Lake. Kat sini nak amik view Karaweik Palace. Ni replica Karaweik..kalo dulu2..hanya Raja je yang guna. Boleh google gak kalo nak tau lanjut.
Last sekali..lepak jap kat Inwa Lake. Amik angin petang lepas penat berdengkur dalam van🤣🤣🤣.
Sebelum balik hotel..makan dulu la. Lapau teruk nim. Mana makan apa2 dari pagi. Pukul 6.30ptg baru nak makan.. mmg kurus la balik Malaysia nanti hahaha.
Alrite.. tu la aktiviti kitorg D6 di Yangon. Ride-Tour-Relax..ni ole2 Ride kitorg. Bukan ride-eat-sleepðŸ¤. Esok 290KM bakal dilalui. Destinasi esok ke Pyay..anggaran 6-7jam. InshaAllah..sampai awal kitorg akan tour mcm hari ni. Tunggu update seterusnya k..
Jumpa lagi..
Adios,
Han
1 comments:
Terbaik bro han. Penat rabak pun masih mampu sempatkan update catatan. Semoga terus mengupdate. Teringin jugak nak ke tempat tempat tu.
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..