Archives

3

Penyertaan Kembara Bumi Suci 2 kini DIBUKA

TayarGolek.Com Wednesday, August 24, 2011 ,
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Aku tau, korang semua dalam mood raya niii..hehe. Sabor..raya ada seminggu je lagi. Tapi jangan jeles sebab aku dah kat kampung dah..start cuti dari ISNIN hari tu lagi hehehe.

Ok lah..tu selingan jer..usik mengusik skit kat kawan2 yang masih berkerja keras.

Berbalik pada tajuk diatas..akku sekadar menyampaikan pesan dari Abg Man TWG (Azman Baharuddin) buat semua rakan2 sepermotoran untuk meng'war-war'kan bahawa:



KEMBARA BUMI SUCI 2 - penyertaan kini dibuka. KEMBARA BUMI SUCI 2 dijadualkan akan memulakan perjalanan bermula pada 11 April  hingga 4 Jun 2012. Kepada mereka yang berhajat/berminat untuk menyertai konvoi KEMBARA BUMI SUCI 2 ini..sila hubungi Abg Man (Two Wheel Garage) di talian hayatnya 012 – 273 2523 / 019 – 332 3253012


Sekian, Harap Maklum.


Adios,
Han

9

2RideTheWorld @ Two Wheel Garage

TayarGolek.Com Monday, August 22, 2011 , ,

Yoooosshhhh…!

Salam Sejahtera.

 

Entry hari ni aku buat santai-santai jer lah yer..

 

IMG_5890

Seminggu sebelum bulan Ramadhan tiba, rakan-rakan dari Versys Owner Group (VOG) telah mengadakan satu perjumpaan di perkarangan Two Wheel Garage yang mana perjumpaan ini secara rasminya dianjurkan oleh Abg Man (Azman Baharuddin), Two Wheel Garage sendiri, di Glenmeri Shah Alam.

 

Perjumpaan bersama rakan-rakan VOG di TWG adalah untuk mendengar sendiri pengalaman ride yang cuba dikongsi bersama oleh pasangan suami isteri dari UK iaitu Simon dan Lisa  mengelilingi dunia selama 8 tahun bermula dari tahun 2003 – 2011 (2ridetheworld), sambil mengutip dana untuk Simon yang mengalami kemalangan sewaktu berada di Miri, Sarawak. Kadi, mereka yang hadir pada malam tu serba sedikit memberi semangat baru untuk kembara lebih jauh dan jauhhhh..!

 

Pada malam itu juga, turut diadakan majlis ‘Flag Off’ ride selama 24 jam oleh Bro Hadi (IAMALAYSIAN KL-London) dan Kapten Adli dengan menunggang skuter bermula dari Two Wheel Garage menghala ke Pantai Timur melalui Senawang – Muazam Shah – Jeli – Gerik – Kulim dan kembali semula ke Two Wheel Garage pada keesokan harinya. Lebih bermakna majlis ‘Flog Off’ ni apabila Simon sendiri yang melepaskan Ride 24Jam ini.

 

Jom kite lihat serba sedikit gambiran2 yang sempat aku amik.. serta perjalanan majlis malam itu.

 

:Ketibaan di TWG:

IMG_5878

Rakan2 ER6 yang kini suda bertukar arah ke Versys, FZ1 dan Z750..

 

IMG_5880

Sebelum gambiran2 yang lain.. Aku (Han TayarGolek.Com) mcm biasa dgn gambiran sendiri dgn trademark nya..

 

IMG_5881

Ketika sampai di TWG kira-kira pukul 9.00mlm..boleh dikatakan lebih 30 buah motorsikal dah pun tersusun cantik..

 

IMG_5882

Tak kurang jugak..ade yg sempat pasang Hand Guard lagi. Errr..Motor bro Hatta kot?

 

 

IMG_5883

Keadaan sebelum bermulanya acara utama 2RideTheWorld..

 

 

Tak lama selepas tu, Abg Man (Tauke TWG) mula memberi sedikit pengumuman untuk memulakan majlis pada malam tu. Ucapan alu-aluan daripada TWG kepada semua yang hadir.

 

Kemudian, Abg Man telah menyerahkan acara seterusnya kepada Hadi & Kapten Adli untuk share skit tentang perjalanan Ride 24jam yang bermula sekitar pukul 10.00 malam. Sepatutnya, kitorg nak jugak tunggu rakan2 VOG yang dikatakan berada di Rawang (20 buah motorsikal). Tapi mungkin faktor masa yang tak mengizinkan..terpaksa mulakan dahulu acara Taklimat Ride 24Jam.

 IMG_5884

IMG_5892

Taklimat tentang Ride 24JAM - Hadi (IAMALAYSIA KL-London) dan Kapten Adli..

 

Antara yang hadir..

IMG_5885

 IMG_5886   IMG_5889 

 

Selesai sesi taklimat Ride 24Jam..

IMG_5893

Diikuti bacaan Doa oleh Bro Hatta, Semoga majlis pada malam itu lebih diRahmati dan diBerkati. Kami juga bersama-sama berdoa agar perjalanan Hadi & Adli selamat pergi dan kembali..dan berjaya dgn ride ini. Amin

 

* Dijangkakan Hadi & Adli akan tiba di TWG semula pada keesokan harinya kira-kira pukul 10.00mlm.

 

Gambirannnnn..!

 

IMG_5898

Buat pertama kalinya..aku (Han) berjumpa dgn Hadi (IAMALAYSIAN KL-London). tu pasal wa tak kasi lepas peluang bergambiran dgn Bro Hadi ni..

Kepada rakan2 pembaca blog TayarGolek.Com yang belum mengenali Hadi Hussin ni, meh aku citer skit. Bro hadi merupakan satu2nya rakyat Malaysia yang melakukan kembara dari KL – London hanya dgn menunggang ‘motor cub’ Modenas GT128 secara SOLO. Amacam? Bangga tak? Aku tumpang bangga bro..

 

Inilah motorsikal skuter yang digunakan untuk Ride 24Jam..

IMG_5903IMG_5887

 

Lain-lain..

IMG_5906 

IMG_5907

IMG_5908

IMG_5910

Bendera dah ready..photographer pun dah ready..

 

 

Majlis “Flag Off” bakal bermula.

 

IMG_5911

Bro Hadi & Kapten Adly mula bersiap dengan riding gear dam motor masing2.

 

IMG_5912

Simon mcm dah tak sabo-sabo dah tu..

 

Gentlemen..Start your engine..!

IMG_5913

Enjin motor telah dihidupkan..bile-bile masa jer diorg ni akan berlepas..

 IMG_5914

Ready…? Hadi akan berlepas dahulu..diikuti oleh Kapten Adli

 

IMG_5915

Time ni, rakan2 yang hadir mula memberikan tepukan dah sorakkan tanda sokongan terhadap ride ini..

 

 

IMG_5916

3..2..1..GO!  Berlepas sudah peserta pertama – Hadi.

 

IMG_5917

Turn Kapten Adli pulak..get ready!!

IMG_5918

…and GO!!

 

Maka berakhirlah sesi ‘Flag off’ 2 peserta 24hours Ride oleh Bro Hadi & Kapten Adly.  Semoga Selamat pergi dan kembali.

 

 

IMG_5938

Agenda utama diteruskan iaitu Simon dan Lisa akan berkongsi pengalaman ride beliau yang dikenali sebagai 2RideTheWord yang mengelilingi dunia. Rekod terkini perjalanan beliau adalah sejauh 352,000KM merentasi 73 negara selama 8 tahun bermula dari tahun 2003-2011. Perhhhhhhhhh…! dahsyat beb!

 

Nak tau lebih detail, sila lawati http://2ridetheworld.com

 

IMG_5933 

Sebagai ‘intro’, Lisa menceritakan serba sedikit sejarah bermulanya 2RideTheWorld.

 

Tapi baru jer nak syiok layan cerita Lisa..tetiba rakan2 VOG ynag mengikuti Ride Amal di Rawang pun tiba..so, iklan jap eh!

   IMG_5925

IMG_5926

 IMG_5927

 IMG_5928

IMG_5930  IMG_5929

IMG_5936

IMG_5937

  IMG_5935

Motor dah siap parking..tuan punya motor pun dah duduk, kite sambung balik..2RideTheWorld.

 

IMG_5924

Sekarang, giliran Simon pulak untuk bercerita. Selain dari koleksi gambar2 ride diorg, petikan video daripada jalan berturap, jalan berlumpur, padang pasir, gurun, salji, gunung-ganang, redah sungai dgn bot..feri sampailah naik kapal terbang ‘Fokker’..mcm2 lah..semuanya dikongsi pada malam tu. Dari gambar & video ride diorg ni..ternyata Simon & Lisa tidak mementingkan keselesaan dari segi tempat tinggal. Apa yang penting, perjalanan perlu diteruskan ibarat tiada destinasi dihadapan..

 

Slideshow + video berlangsung hampir 1jam 30 minit.

 

IMG_5921

 

Dengar citer..dengar jugak! Tapi lama-lama ‘kerak teking’ beb! – Kering tekak ler..hahaha. So, TWG dengan bermurah hati telah menyediakan makanan pada mlm tu. Terima Kasih Azman Baharuddin (Abg Man) dan Two Wheel Garage. Mihun Sup dan Mee Sup yang memang terbaikkk! Ditambah plak dgn sambal kicap ‘power’..memang betul2 hoa liawwww..!!

 

 

IMG_5922

Membeli sambil menderma – T-Shirt “2RideTheWorld” and “Two Wheel Garage”. Hasil jualan t-shirt ini akan didermakan kepada Simon agar dapat membantu mengurangkan beban beliau membaiki kerosakan motorsikalnya yang telah terlibat dgn kemalangan di Miri, Sarawak.

IMG_5923

  “ 2RideTheWorld”  t-shirt..

 

IMG_5944

Kene serbu..

Dipendekkan cerita..

 

Lepas habis mendengar pengalaman Simon & Lisa, kitorang mula bergambar..

 

 

 

IMG_5955

Overlander – 2RideTheWorld : Simon & Lisa..

 

    IMG_5950

Aku (Han) bergamabiran bersama Simon..THUMBs UP!

 

IMG_5952 

lain2 pun turut mengambil peluang untuk bergambar..

 

IMG_5948

Bro Hatta & Simon..

 

…dan terakhir skali,

IMG_5956

Group photo: VOG + Simon & Lisa..

 

IMG_5957

Auto capture mode - Alamak..! time ni ler gambiran ni blur plak..tak aci arrrr! :P

 

Lebih kurang pukul 11.30mlm..semua mula menggolekkan tayar untuk beransur balik. Balik???? Aiiishhh..! silap ler korang. Diorg nak balik awal..? hehehe

  IMG_5959

 IMG_5960

 IMG_5962

IMG_5963

IMG_5964

 IMG_5965 IMG_5966

 IMG_5971

 IMG_5977

IMG_5979

IMG_5980

 

Diorg sambung ngeteh ler…! hahaha..

p/s: Gambiran malam kurang cun skit..camera murah beb!

 

Alrite..tu lah serba sedikit aktiviti pada malam tu bersama Simon & Lisa di TWG yang dapat aku share buat semua pembaca blog TayarGolek.Com.

 

Disini, aku sebagai penulis blog TayarGolek.Com ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN” buat semua rakan-rakan dan semua pembaca blog TayarGolek.Com. Mohon ampun dan maaf andai ade salah silap sepanjang aku menulis di sini. Buat mereka yang balik ke kampung dihari raya nanti..sama-sama kita ingat mengingati agar “BERHATI-HATI DIJALANRAYA”. Semoga selamat sampai ke kampung halaman dan selamat kembali ke kota..

Kita jumpa lagi dilain-lain entry akan datang. InsyaAllah..

 

Adios,

Han

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com