You Are Reading

7

Ride Hat Yai - KL

TayarGolek.Com Wednesday, August 10, 2011 , ,
Yoooossshhh…!
Salam Sejahtera..Salam Ramadhan.
Hari ni masuk hari ke-10 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Diam tak diam jer dah 10 hari kan?. Begitu pantas berlalu..

Hari ni aku akan tamatkan stori Ride Koh Samui. Setelah 4 hari 3 malam kitorg mengharungi perjalanan dari stori “Koh Samui Endurance Ride”..diikuti pula dgn “Pusing-pusing Koh Samui”. Selepas itu, kitorg berangkat meninggalkan Koh Samui ke Hat Yai dgn cerita  “Ride Koh Samui – Hat Yai”..dan hari ni tiba masanya untuk kitorg akan kembali ke tanah air. Stori “Ride Hat Yai – KL” adalah penutup dalam siri Jelajah Negara Gajah Puith ke Koh Samui. Pelbagai pengalaman yang kitorg lalui. Dengan cuaca panasnya..hujan..mendung..jalan sesak di Hat Yai. Tu belum lagi pengalaman mencari hotel hingga lewat malam semasa di Koh Samui. Semuanya akan menjadi kenangan manis.


route Hat Yai - KL 545KM
So hari ni, kitorang takde singgah mana2 dah. Bermakna, dari Hat Yai kitorg akan terus shoot ke KL-Shah Alam. Perjalanan hari ni jika diukur diatas peta adalah sejauh 545KM. Dari Hat Yai ke border cuma kire2 70KM jer..lepas tu kitorg dah lega dah sebab dah masuk highway PLUS Malaysia. Harap traffic di highway OK..risau gak sebab kebiasaannye bile hari minggu  highway selalunya sesak. Ape2 pun kite tengok jer nanti.
OK..aku sambung stori pada 24 Jul 2011.
Awal-awal pagi lagi aku dapat sms dari Hasnul yang dia terpaksa gerak sewal 4.00pagi (3.00pagi Thai Time) sebab ade emergency. Hal family katanya..nasib baik kitorg dah kat Hat Yai. Kalo masih kat Koh Samui?

Since Hasnul dah gerak lebih awal, maka 3 org jer lah yang gerak bersama ke KL. Memandangkan hari ni hari last kitorg punye ride..so masing2 dah sepakat untuk keluar breakfast seawal 8.00 pagi waktu Thai.nak rileks2 skit lah kot..

Pagi tu..kitorg naik ‘tuk tuk’ dan bersarapan di  HAMID RESTAURANT HAT YAI.
IMG_5796

IMG_5797
Setahu aku..Restoren Hamid ni antara yang famous restoren HALAL di Hat Yai. Memang muka orang Malaysia jer yang datang sini..
 IMG_5798
Keadaaan ruang Restoren Hamid, Hat Yai..

Antara menu sarapan pagi:
                                                  IMG_5800
 IMG_5801
IMG_5802
Not bad laa..harge nyer pun OK. Takde ler mahal sangat.
 IMG_5803
Sarapan pagi beb..dah boleh jumpe nasik goreng mcm ni. Nampak lazat…!

IMG_5804
Nescafe panas tak cukup penuh..ni memang biasa kalo kat Thailand.
 IMG_5805
Sarapan kitorg dah sampai..makan dulu eh!

Selesai breakfast..aku ushar skit keadaan jalan diwaktu pagi. Owh yer ler..lupa nak bgtau. Masa kitorg sampai di Hat Yai semalam petang, keadaan trafik teruk giler. Sesak betul..dgn kereta + motorsikal + tuk tuk..sampai rasa nak putus urat tangan kiri aku. Nak tarik clutch pun mcm dah takde kudrat. Aku rasa cukup la kot skali pi Hat Yai ni. Next time..baik bermalam di Danok jer..hehe

IMG_5806
nampak ok jer diwaktu pagi..

IMG_5807
Mungkin ramai yg tak bangun tido lagi kot?

IMG_5809
Kebetulan didepan Restoren Hamid ni ade plak orang jual t-shirt. Aku dan Nuar beli ler selai dua..
Lepas tu..kitorg balik semula ke Hotel untuk persiapann memulakan perjalanan balik ke KL.

Serba skit suasana ketika dalam perjalanan balik ke hotel..
 IMG_5811
 IMG_5812
IMG_5813
IMG_5814
IMG_5815
   IMG_5817


~ Balik time ~
Kire-kire jam 09.50 pagi, kitorg ber-3 dah pun siap check-out. Persiapan terakhir sebelum tayargolek.
 IMG_5819
Mcm ni lah tempat parking motor kitorg di Hotel Emperor. Ok la tu kan..600baht semalam.

IMG_5821
Red Versys dah bersedia untuk memulakan perjalanan jauh hari ni..
 IMG_5824
Kira-kira pukul 10.00pagi..semua motor dah ready. Enjin dah dihidupkan, riding gear pun dah siap pakai sepenuhnya..
 IMG_5825
Alrite..last gambiran. Lepas ni kitorg akan isi minyak dulu. Isi sikit jer..janji sampai lepas border. Lepas tu isi semula kat Changlun atau Gurun. Tengok ler mcm mana nanti..
 IMG_5826
Bermulalah perjalanan kitorg untuk kembali ke Malaysia. Terasa lain maciam plak ride pagi ni. Dah 3 hari berturut-turut kitorg ber-4..tapi pagi ni hanya ber-3. Takpelah..asalkan semuanya selamat sampai..
 IMG_5827
..misi untuk keluar dari jalan utama Hat Yai. Perjalanan ke border (Sadao) akan mengambil masa kire2 sejam..atau mungkin lebih untuk jarak 70KM.
 IMG_5828
Cuaca pagi tu agak mendung sedikit. Tapi rasanya ok kot..Keadaan jalanraya pagi ni plak pun agak tenang. Takpe..kasi mood rileks2 jer.

IMG_5829
awan mendung..nak maik gambiran pun mcm tak cun ler cuaca macam ni. Belasah jer la beb..

IMG_5830
banyak pulak traffic light nih..letihh!

~ Isi minyak ~
IMG_5832
Isi minyak disalah satu petrol pump di Hat Yai. Aku isi 250baht jer..kire2 RM25 untuk 6.5 liter. Time ni minyak motor aku ada dalam 2 bar lagi..

Pengalaman menggunakan petrol RON95 di Thailand..aku rasa ada skit beza. Motor aku ade mcm lembab skit ler. Nak perah sampai 140kmj pun terasa berat. Nuar & Hasnul pun ada cakap benda yang sama. Takpe..sampai Malaysia nanti..kitorg topup minyak lagi..hehe.

Dipendekkan cerita.. :P
 IMG_5833
Kire-kire pukul 11.10 pagi..kitorg dah hampir sampai di Sadao. Nak kata dekat tu tak lah jugak. Tapi memang dah dekat dgn border. Time ni saja berhenti jap untuk gambiran.

@ Sadao (Sempadan Thailand – Malaysia)
Selepas 20 minit kire2 pukul 11:50pagi (Thai) , kitorg selamat sampai di border. Kelihatan  beberapa buah motorsikal yang turut berada disini untuk urusan Imigresen dan Kastam Thailand. Group ni aku perasan masa kat Hat Yai tadi..

Tunggu jap eh..kitorg nak setelkan ape2 yang patut.
 IMG_5834
mcm jauh berjalan motor ni. Tak sure yang mana satu owner dia. Masing2 busy dgn urusan Imigresen dan Kastam..
 IMG_5835
parking motor yang disediakan..


IMG_5836
Sekarang kembali ke waktu Malaysia..pukul 13.05, semua urusan pasport & dokumen motor selesai. Kitorg amik kesempatan untuk berehat jap lebih kurang 10-15minit sebelum memulakan perjalanan seterusnya.

IMG_5837
WELCOM BACK..“WELCOME TO MALAYSIA”

IMG_5838
kasi rehat cukup2..minum air secukupnya. Lepas ni berhenti isi minyak di Gurun. Kasi flush itu Thailand punya petrol..hehe

 IMG_5839 IMG_5840
Group yang tadi kitorg jumpa..pun baru je setel urusan. Al-Maklum ler..bilangan group diorg ramai, 10 buah motor kot, Tu yang lama skit urusan..

IMG_5841
Ok lah beb! masa untuk tayargolek..sementara cuaca tengah ok nih. Group tadi pun gerak sekali..
 IMG_5842
..ingatkan nak follow sekali, tapi diorg bawak terlalu slow..mungkin ada agenda lain. So, terpaksa ler aku potong satu demi satu sambil capture gambiran diorg..

IMG_5843
Sambill menganggukkan kepala..tanda hormat-menghormati sesama bikers, aku potong semua skali.

IMG_5844
..and the last one..

Lepas tu..kitorg meluncur laju. Time ni aku berada didepan plak..
IMG_5845
Keadaan highway buat ketika ni amat lancar..takde masalah untuk kitorg maintain speed 130-140kmj.
 IMG_5851
E’ehh..! dah sampai Tol Jitra? cepat beno..

IMG_5853
Suasana di highway mcm biase lah..takde ape sgt. Cuma bile tgk awan tu..dah nampak semakin mendung.

IMG_5861
sehinggalah menghampiri R&R Gurun, awan mula bertukar gelap. Ishhh..ini mcm mau huj*n je nih?? kalo ditakdirkan hujan..aku kene stop jap utk simpan camera..

 IMG_5862
ape lagi..dari 120kmj..henjut gak 140kmj. Tu pun tak laju..hehehe. Biase2 jer..

Sehinggalah tiba di R&R Gurun..hujan mula turun..
 IMG_5864
good timing lah! ngam-ngam jer sampai sini..hujan pun turun.
 IMG_5865
sambil isi minyak..kitorg stop jap. Camera aku pun dah kene hujan nih.
 IMG_5866
Hujan agak lebat time nih. Tunggu jap..kasi reda skit hujan. Pastu ‘chaltae’ lah..

Dah pukul 02.00ptg dah ni. Kitorg masih lagi kat Gurun..dgn hujannye lagi. Bajet2 nak sampai rumah pukul 5ptg..tapi rasanya mcm tak dapat jer. Ape2 pun..kitorg tak nak rushing..bahye beb! Biar lambat sampai, janji selamat sampai.

Bile hujan dah mule teduh..kitorg sepakat untuk redah jer hujan renyai-renyai ni. Saja bagi sejuk badan..hehehe. So, no more gambiran eh sebab aku dah simpan dlm box. Jumpa nanti di next R&R..


@ 2nd stop..
Charge tenaga…berhenti rehat di R&R Gunung Semanggol kalo tak silap aku. Makan? tak kot..air je time ni kitorg carik. Mungkin lepas ni stop di R&R Tapah..baru makan.
IMG_5867
Berasap dgn penuh perasaan..tambah tenaga.
 IMG_5868
Jentera pun kasi rehat secukupnya..lepas ni kene lenjan lagi..

Cukup 15minit berehat..badan pun dah fresh, tayargolek time. Sekali lagi camera akusimpan dlm box..ditakuti tetiba hujan plak nanti. Tak pasal2 nak kene berhenti lagi. Lagi pun dah takde ape sangat dh pun..highway jer :D

Keadaan higway PLUS mula agak busy skit. Tapi Alhamdulillah..kitorg masih lagi mampu maintain speed setidak2nya 120kmj. Masih lagi lancar…dan berterusan sehingga di R&R Tapah.

@ R&R Tapah
Keadaan di R&R Tapah agak busy, semua parking penuh. Nak kata ade public holiday..tak jugak! Cuti sekolah? Lagi ler tak..! Ntah ler..kkdg susah nak jangka. Lepas dapat parking..kitorg pun cari port untuk mentekadarah. lapo dah ni beb..jgn main2! hahaha..

Abis jer makan..group yang kitorg jumpa kat border tadi, baru jer sampai R&R Tapah. So, bersembang2 ler kitorg time ni..
IMG_5871 IMG_5872
Betul ler..diorg ni mmg dari Hat Yai dan akan gerak balik ke Balakong. Diorg ke Hat Yai sebab sambut member diorg (yg bawak BMW tadi) dgn sorang lagi brader naik ER6F baru balik dari Golden Triangle. Ride selama 34jam non-stop!! Perghh..! gila baban..!

34jam non-stop beb! pada aku..ishh! mcm tak berbaloi ler..kite kalo boleh ride ni nak rilek2, sight seeing..tgk tempat orang. Tapi ape2 pun..itu hak peribadi masing2 kan. Ape2 pun..wa ucap Tahniah ler bro!

Masa dah hampir pukul 6.00ptg. Rasanya elok lah kitorg gerak dulu..kalo boleh sebelum maghrib nak sampai rumah. Tapi ngam-ngam jer melangkah kaki..tetiba hujan turun lagi. Ahhh..! Redah jer lah beb! ape nak buat..lagipun hujan tu kan  air..bukan nye api..kehkehkeh.
Nak dijadikkan cerita..bile masuk jer highway “mak aihhh!! ape kes nih?? Jem bapak teruk kaw2 punyer!! Sampai lane emergency pun kenderaan 4 tayar dah masuk. Abis kitorg nak lalu mana?..chaiiit!” . Jem teruk beb..tak tau lagi apa puncenya. Terpaksa lah mencilok-cilok..kalo tak, sampai kesudah tak lepas..

Laaa..ade kete eksiden rupenya, lori ‘tow’ plak suke hati2 jer dok melintang kat tengah2 highway..nak tarik kete tu”. Hal2 mcm ni ler serba sikit menggangu perjalanan kitorg. Kadang2 aku terpaksa guna Emergency lane sepanjang jalan..lebih selamat dari mencelah-celah antara lane kanan-tengah. Alhamdulillah, lepas beberapa KM, jalan mula clear. Tapi tak blh laju ler..sebab kereta banyak..

Nuar akan exit ke Rawang, aku & Griffin akan exit di Tol Setia Alam. Walau pun kitorg terpisah sepanjang jalan selepas dari R&R Tapah..last2 jumpa balik di Tol Setia Alam.

IMG_5873
Sampai di Tol Setia Alam tepat jam 7.40malam. Last stop..aku & Griffin. Saja bagi berabis air + berasap jap..lepas tu kitorg balik ke rumah masing-masing.

Penat tapi puas! Mengikut mileage motor aku..perjalanan untuk hari ni adalah sejauh 565KM (sampai rumah).

Thanks to Griffin, Nuar & Hasnul for this ride. Very nice ride..and veryy enjoyable. Ride santai “free and easy” memang terbaikkk! Dengan ini jumlah kilometer keseluruhannya adalah 1808KM.

Sebelum aku tamatkan riwayat Ride ke Koh Samui ni, aku cuba summarize kan serba-skit pengalaman 4D3N ni.



Di hari pertama “Koh Smui Endurance Ride”, pengalaman yang sememangnya tidak dapat dilupakan kerana secara peribadinya ride ‘enduro’ sejauh 900KM telah menjadi satu realiti. Perjalanan seawal 6.30pagi waktu Malaysia dan berakhir pukul 11.00mlm waktu Thai..memberikan 1001 pengalaman baru setelah 18 JAM untuk melengkapkan ride dihari pertama. So, benchmark 900KM dah success..lepas ni boleh try 1000KM atau lebih kot??

Bermula dgn jalan highway di Malaysia tanpa sebarang masalah, diikuti jalan Faderal di Thailand walaupun jalanrayanya yang memang cantik, tapi sekali-sekala kelihatan berminyak dan licin yang membuatkan aku tetiba panik sekejap. Ditambah pulak dgn cuaca panas + bahang yang lain maciam..membuatkan kitorg terpaksa berhenti setiap 1 JAM perjalanan untuk ‘hydrate’ semula. Tu tak termasuk dgn kenderaan keluar masuk simpang..kenderaan buat U-TURN..dgn penduduk tempatannya lagi yang tiba2 menyeberang h/way ke laluan sebelahnya. Mata memang sentiasa kene fokus..tu yang letih tuu.

Pengalaman menaiki feri diwaktu malam ketika masuk Koh Samui dan diwaktu pagi ke keluar Koh Samui)..menyaksikan suasana dan memberikan pengalaman yang berbeza dalam satu masa.Semua tu aku share supaya korang boleh lihat sendiri mcm mana keadaannya. Memang best!



Ape lagi ehhh? Haaaa..pasal “Pusing-pusing Koh Samui”. Macam ade pelik skit kan?  sebab ketempat2 menarik tu naik teksi? Hehehe..Tu ler, pengalaman setiap ride akan berbeza. Kalo korng follow stori ride aku ke Thailand sebelum ni (Songkhla Lake – Betong), kitorg memang 100% bawak motor ke tempat2 menarik. Sebab tu ler lagi nampak ‘journey’ nyer. Takpe lah..lagi pun kitorg dh push giler dah sampai 900KM day ride. So, semua nak rehat2 dan jalan2 makan angin..ok per? Korang jer yang jeles kan?..hahah



..dan yang terakhir sekali pengalaman “Ride Koh Samui – Hat Yai”.  Semasa di Hat Yai, pengalaman yang paling best adalah sewaktu di ‘Floating Market” yang mana aku dapat menyaksikan sendiri..dapat tengok sendiri keunikan ‘floating market’ di Hat Yai lebih2 lagi diwaktu malam. Dah lama nak tgk ‘floating market ni sejak dari ride Songkhla lagi. Baru kali ni kesampaian. Plan asalnya nak  tgk scenery diwaktu petang time matahari terbenam..tapi rasa-rasanya suasana diwaktu malam lagi best! penuh dgn lampu-lampu yang serba-sedikit menerangi kawasan tersebut. Lain2..First time jugak jumpe gerai yang menjual ‘exotic food’..hehehe. Memang nampak sedap dan lazat beb! cume sanggup ke tak nak mamam??? Memang the best moment ever lah! Kepuasan yang tak terhingga..!



Kalo ikut hati nak jer citer panjang2 lagi. Tapi,aku rasa dah cukup sangat dah kot dgn stori yang aku share ni..nak citer lebih2 mau seminggu tak abis!! Lagipun ini cuma ringkasan jer..hehe

Ok lah geng..Dengan ini, berakhirlah stori yang tak seberapa ni dari aku untuk tatapan kawan2 & pembaca setia blog TayarGolek.Com. Lepas ni tak sure lagi ride kemana. Rasanya aku kene stop dari mana2 ride buat sementara waktu sempena bulan Ramadhan..sehingga bulan Disember nanti atas sebab2 tertentu. Mungkin short ride ok lagi kot. Tengok la nanti yer..



Sekali lagi ucapan Terima Kasih kpada semua kerana sudi luangkan masa membaca coretan pengalaman ride aku yang merapu ni..hahaha. Kalo ade ape2 cadangan merapu tu..roger2 lah aku eh!!

Ride safe beb..! Menunggang dengan tenang..fokus pada tunggangan..! InsyaAllah..selagi tayar Red Versys masih bergolek..selagi tu TayarGolek.Com menemui anda. Selamat Bersahur…Selamat Berpuasa..Selamat Berbuka.



Kite jumpa lagi di ride yang lain…
Adios,
Han

7 comments:

Anonymous said...

Terbaikkkkkkkkkkkkkz,

Good riding bro..yg penting pengalaman jenguk tmpt org...xkisah nk stop brp lame pon..jgn stop terus dh ler...ape2 kawe pon nk ucap selamat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna dan Selamat Hari Raya Puasa yg bakal tiba krg 3mggu lg...ape2 email ler...chowsin !

**Alchemist**

TayarGolek.Com said...

Alchemist - kene stop byk kali sebab montot dah sengal..kerak teking lagi. hehe. Ok bro..selamat berpuasa & selamat hari raya in advance :D

Unknown said...

First time baca blog bro sampai ke post pertama aku baca.. mesti best n syok dapat ride satu asean.. haha.. aku pun terasa nak membeli motor beso ni n join ride g koh samui.. haha.. mileage ada tulis.. kalau cost brapa pulak? kire-kire setiap ride smpi thailand tu brapa termasuk lojing dan makan..

lor, takde long ride smpi dec kire sunyi la blog yg byk gmbr nie.. hehe.. ape2 pun selamat berpuasa bro.. n red versys..

Hasmizal said...

:thumbup:..

TayarGolek.Com said...

Wan Fahmi - beli jangan tak beli bro..huhu.

TayarGolek.Com said...

Bro Hasmizal - mekasehhhh bang..

syafiq said...

bro, kalo perjalanan dari kl sentral smpai hat yai, berapa kali brhnti dn dkat mana.

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com