Yooosssshhhhhhhh…!!
Salam Sejahtera semua..
Thanks beb sebab masih sudi menunggu update. Aku sambung terus journey seterusnya dalam siri Ride Koh Samui – Hat Yai ini.
@ Don Sak
Cukup 1jam 30 minit perjalanan menyeberangi laut dari Koh Samui..akhirnya kitorg pun sampai di Don Sak jeti kire-kire jam pukul 10.30pagi. Tapi kitorg dah bersiap2 awal dah masa feri ni bak parking lagi.
..tak mau tggu last2 minit. gett ready dgn riding gear sebab Bajet2 gate bukak jer..terus keluar
Waktu ketika ini adalah pukul 10:36..dan kitorg serta yang lain2 masih belum lagi dapat pelepasan..
Bile semua dah ready, masa menunggu plak. Tunggu ‘green light’ dari pihak kawalan.
Tepat jam 10:40, masa dan turn kitorg pulak utk kelaur dari feri ni..
..dan aku mcm biasa ler..last man. Kalo tak..gambiran aku kosong ler..
cuaca baik..
Apabila di Don Sak..cuaca panas ditambah dgn langit biru. Alhamdulillah..cuaca kat sini sgt baik. Tapi aku tak nak ler terlalu mengharap sangat. Nanti kang jadik mcm dihari pertama..cerah punye cerah..tau-tau hujan selebat2 nyaa..
Ok..perkara pertama yg kitorg akan buat nanti adalah mengisi minyak. Walaupun minyak motor aku tinggal 2-3 bar lagi tapi memang tak cukup utk sampai terus ke Hat Yai.
"Selamat jalan..” – jumpa lagi..hehehe
Maka dengan itu, bermulalah perjalanan menuju ke destinasi seterusnya….HAT YAI!
Griffin, Hasnul dan Nuar..masing2 mula meluncur laju. Aku masih lagi dibelakang..fokus dgn gambiran dan tunggangan. Mana2 moment atau tempat2 yang cantik pada pandangan mata aku..aku capture jer ler..
Jalan memang cantik..memang cun. Nak meluncur laju..dipersilakan. Tapi..perlu diingat! ditakuti beruk mat yeh melintas..hehe. So, yang sedang-sedang jer lah..
Gambiran dari sisi..
Mentang-mentang ler jalan ni 2 lane..aku pun selamber ler guna lane ke-2 ni capture gambiran on the bike Griffin..amacam bro? ok tak?
Lepas tu..aku biarkan diorg ni berlalu ke hadapan. Mana Nuar nih? dari tadi aku suh dia duk depan aku..tapi tak muncul2..
Owhhh..! makan angin betul Nuar nih. Saja nak lepak2 kat belakang..Gambiran melalui side mirror..
p/s: masih lagi ada yang bertanya..mcm mana ler aku capture gambiran masa diatas motor. Haa..tgk ler pic ni..mcm tu ler ;). Tapi aku nasihatkan..kalo tak biasa jgn ikut cara aku ni. Agak bahaya..
Memang syiok ride awal pagi nih. Cuaca langsung tak menunjukkan tanda2 HARIMAUJAN. Sambil2 tu ade lak org kampung kat sini tgh naik motor roda 3. Hehehe..amik ler gambiran ni skit. Sebenarnya kalo kat Thailand, motor beroda 3 ni bukan perkara luarbiasa pun..memang boleh dilihat disepanjang jalan..
Merapatkan semula posisi kami ber-4. Speed ketika ni memang santai antara 90-100kmj.
Dah jauh kitorg menggolekkan tayar. ape yang boleh dilihat sepanjang jalan dari Don Sak ke Nakkhon Si Thammarat ni keadaan jalannya memangg lengang. Memang seronok ler kalo ride dapat jalan mcm ni beb..
Sehinggalah tiba disatu tempat menuju ke Nakhon Si Thammarat..ak ternampak ade satu pembakaran terbuka. Takde ler besar sgt pun pembakaran tu. Tapi aku rasa moment ni ckup baik kalo diamik gambirannya..
Jarak sebenarnya lebihh dekat berbanding dalam gambiran ni.
Nampak kan asap tu?
Asap tebal sesekali memenuhi ruang udara. Alamak! bau asap ler jaket aku nanti.. :P
Griffin & Hasnul tengah membelah asap yang menutupi jalan..ohok! ohok! batuk plak..
Gambiran demi gambiran aku cuba capture..hehe. Diorg berdua dah selamat menelan asap..hehe
Now..my turn! dah macam nak masuk alam kayangan la pulok! haha. Nuar mana weiiii!
Meredah asap..bile melepasi kawasan asap tu rupanya takde ler tebal mana puun. adehh..gimik jer!
Masih lagi meneruskan perjalanan ke Nakhon Si Thammarat.
Disalah satu simpang..kitorg akan terus bergerak.
..akan berhenti sekejap kalo ada stesen minyak berdekatan.
Mula melalui jalan 2 hala. Walaupun agak sunyi..tapi kene ingat, fokus tetap fokus lebih2 lagi jalan kampung..
1st try..haha
Apa yang menarik ketika ini adalah pemandangan bukit-bukau. Sesekali mata ni asyik nak ushar2 jer bukit-bukau tu. Kire pakej ler ni beb..jalan cun + bukit bukau..
Memang layannnn…!
Setelah 40 minit diatas motor..last2 ade plak stesen minyak ‘JCM’. kasi masuk ler satu kali..
Masa untuk mengisi minyak dulu.
Ape yang aku boleh bagitau..harga petrol untuk Ron 95 adalah 38.47 baht seliter. Duit kite kire2 RM3.85 seliter. Fuhhh! mahal beb..! Bersyukurlah..negara kire masih lagi rendah. Tapi yang peliknya RON91 lagi ler bapak mahal..43.37 baht beb!
Hanya 2 pam jer yang ade RON95..yang lain2 tu RON selebihnye ler. Time ni..aku dapat isi petrol sebanyak 355baht (full tank).
p/s: lupa aku nak inform brp baht aku isi masa perjalanan ke Don Sak di hari pertama Ride Koh Samui, masa tu aku isi sebanyak 385baht untuk full tank.
Giliran Nuar plak isi minyak..
Sempat jugak aku tanya Griffin brp dia isi..
Aku (Han) : “..isi berapa bro?”
Griffin : “..50 ringgit gak bro. U?”
Aku: “..fuiyoh! 50 hinggit? I dapat isi 355 jer..rabakkk! haha”
Lepas semua siap isi minyak..kitorg teruskan lagi perjalanan. Memang takde berhenti rehat..sebabnye, alaaa..kemon la..kemon laa..baru jer 40 minit atsa motor. Awal lagi nak stop..
Masa yang kitorg amik utk mengisi minyak cuma kire 6 minit jer. Tu sebab kalo ride ‘tour’ ni tak digalakkan dalam kumpulan yg besar. Salah satu faktor adalah MASA. Kalau nak buat group yang besar pun boleh..tapi kene pecahkan kepada group kecil.
p/s: nanri aku try buat satu entry tips untuk kaki2 ‘touring’. Tips ni aku dapat dari otai ‘verlander’ iaitu Abg Man (Azman Baharuddin) – Two Wheel Garage. Korang blh jugak saksikan ‘Kembara Tanah Suci di Astro Ramadhan di channel 110)
Perjalanan kitorg bermula lagi selepas berhenti mengisi minyak sebentar tadi. Tenaga masih lagi OK..ape yg kitorg cuba lakukan, try push sejauh yang mungkin sebelum tengahari..sebab bila dah tengahari mule lah mata mengantuk lah..perut bunyik kecorong lah..mcm2 ler.
Griffin dah mula menluncur laju dihadapan. Kitorg plak tetap dgn gaya santai-santaian..hahaha
Tak nak bagi ‘gap’ yang jauh..aku terus memecut. Skg berada diposisi di belakang Griffin..diorg ber-2 tu kat belakang aku.
Signboard ke Nakhon Si Thammarat menunjukkan kitorg kene jalan terus..don’t belok-belok!
aku tak mampu nak gambarkan ler. Cuaca yang baik..tak terlalu panas..langit kebiruan..ternampak pulak gunung disebalik pokok kelapa tu. Kalo aku nak citer..gunung tu lagi nampak kebiruan berbanding dalam gambar ni..
Satu ketika semasa di simpang..tak silap di Route 41 kot?
Ini jalan kitorg yang punya lah..
p/s: Pic ori ni..takde edit2 pun..takde masa nak edit..haha
lama pulak lampu ni nak tukar kaler ijau..
Dipendekkan cerita..
Kira-kira pukul 11:50, kitorg berhenti rehat sekejap untuk ‘hydrate’ balik setelah hampir 2 jam 20 minit keseluruhan diatas motor. Elok sangat la tu beb..pekena air dulu ler..sebelum betul2 ‘kerak teking’.
Nak ngeteh2 takde plak warung2 tepi jalan..
Sempat gak amik gambiran di depan signboard ni. Diorang semua dah masuk ke stesen minyak kat depan tu. Untuk kenangan si ‘Red Versys’ je nih.
OK lah..nak gerak dulu. Nakhon Si Thammarat ada lebih kurang 32KM lagi.
:1st pit stop:
11:50 – take a break jap. Pekene sebotoi dua ayaq dulu..
Takde ape aku nak citer sgt time ni..share gambiran jer lah eh..
15 minit berlalu..lega rasanya bile dah dapat air sejuk. Pehh! kalo ko bagi KFC time ni..aku rasa air tetap paling sedap didunia..muahahaha.
Masa berehat, time ler kitorg sembang2 atau share pengalaman ride baik ride2 sebelum ni mahu pun yg baru berlangsung tadi..
Memandangkan Griffin berada di depan skali..ade gak dia bertanya..
Griffin: “..bro, lepas ni gambo mcm mana? nak stop ke kalo ade signboard welcome to?”
Aku(Han) : “ yes bro..ade signboard welcome to..kite stop kejap. Tapi tak payah turun motor..I nak gambo yang I amik nanti nampak mcm selamber & real!..taknak posing2 sgt. Tapi kalo kite memang tgh lepak2 berehat..time tu ler nak possing abis pun no hal..hahaha”
Griffin : “..ok..no problem!”
Semua nampak setuju dgn cadangan aku..hehehe.
Masa untuk menggolekkan tayar lagi..
12:05 – Tayargolek.com bermula..mujur jugak cuaca panas ni tak sepanas time pergi Koh Samui aritu..
Sebuah demi sebuah motor meninggalkan kawasan stesen minyak..
@ Nakhon Si Thammarat
Berdekatan dengan stesen minyak tadi..kitorg berhenti lagi. Berhenti sekejap sekadar untuk merakamkan gambiran bersama2 di depan singboard “WELCOME TO NAKHON SI THAMMARAT”.
Cukup 2-3 keping gambo aku amik..terus bag signal ‘go ahead’ kat Griffin untuk start jalan. Mcm aku bgtau tadi..gambiran mcm ni ler yang aku nak. Looks real..even everything was planned.
p/s: nak jugak gambiran2 di TayarGolek.Com ni mcm gambiran2 di advrider.com. hehehe..
Laluan yang kitorg guna skg ni merupakan ‘jalan Federal’. Tapi tu ler..korg nampak sendiri..selesa giler la beb! :D
Sehinggalah disuatu ketika..kitorg terpaksa melalui jalanraya yang tak berturap. Nak kata ‘off road’ tu tak jugak..jalannya penuh dgn batu2 ‘gravel’.
Melihat moment ni..aku tak teragak2 ler untuk capture gambiran ni..
Sebelum tiba dijalan tak berturap ni..aku dh mula bagi signal kat Hasnul & Nuar supaya diorg potong aku..sebab kalo boleh biar ler 3 motor masuk dalam frame ni..hehe. Tapi tak menjadik..hehe. Untung dapat pic Griffin sebagai pelakon utama..hihi.
Jalan ni jugak kitorg lalu masa perjalanan ke Koh Samui kelmarin. Ini lah tujuan kenapa aku tak amik gambiran on the way ke Koh Samui..sebab aku nak create stori ke Hat Yai pulok..hehe
Lepas tu baru ler aku sempat capture pic diorg kat belakang. Terlambat skit jer..
“WELCOME TO CITY OF NAKHON SI THAMMARAT”
Masa on the way ke Koh Samui melalui jalan ni..aku perhatikan ramai budak2 sekolah pompuan yang bertudung disekitar kawasan ni. Tak sure samada ada asrama sekolah Islam atau penduduk disini ramai yang beragama Islam. Tercari-cari jugak kot2 ternampak bangunan sekolah ker..tapi tak de plak. Tak tau ler kalo aku sendiri yag tak perasan..
Kitorg akan menukar laluan ke Ron Phibun..
Jangan salah masuk tau..agak mengelirukan skit. Silap2 ternaik ‘fly over’ tu plak nanti..
Gunung-ganang kebiru-biruan di sebelah kanan jalan kitorg time ni. Aduh! cantiknya pemandangan. Wlaupun aku pakai capture jer..setidak-tidaknya dapat ler aku share dgn pembaca TayarGolek.Com semua. This is what we called.. ‘journey’!
Memasuki laluan ke RON PHIBUN..jalan dah mula busy skit. Tapi tak seteruk mana..ok lagi.
Tadi kata lengang sangatt lah kan..now..see! lori beso2 dah ade dah. Traffic light memang banyak sepanjang jalan ni..
Sekarang kitorg dah masuk ‘highway’ plak. Highway tapi nampak mcm jalan federal. 2nd try untuk view dari tepi si ‘Red Versys’ ni..
Trafik yang lancar..time ni ler rasa nak speeding jer..hahaha
Nah kauuu..amik! 142kmj aku belasah kt highway Thailand..hahaha
@ Phatthalung
1 jam perjalanan dari stesen minyak kitorg berhenti tadi..akhirnya, kitorg dah pun selamat sampai ke sempadana Phattalung..
“WELCOME TO PHATTALUNG”
Ape yang uniknya, setiap signboard ‘welcome to..’ diselitkan jugak tempat2 (attraction place) yang menarik untuk dikunjungi dikawasan ini. Cuma nak pergi atau tak jer..
Nak amik ‘angle’ mcm mana lagi ntah..aku pun dh tak tau..mcm ni jer dah kot? hahaha
Dipendekkan citer lagi..
Cuaca semakin panas..walaupun tak terik tapi bahang panas tu memang cukup terasa. Time ni ler air sejuk memang jadik member ‘kam cing’..
Jam menunjukkan pukul 14:30 (Malaysia Time)..maka 13:30 Thai Time. Kitorg berhenti skali lagi disebuah kedai makan.
Kedai ni rupanya tempat persinggahan van-van Thailand yang beso2 tu membawa pelancing untuk berhenti makan tengahhari..
..parking baik punyer. Siap ada orang yg kawal parking tu beb. Diorg bajet2 kitorg nak makan kat sini lah tu..hahaha. Soriiii..kitirg nak makan tengahari kat Hat Yai ler.. :P
VIP punyer parking nih..jgn main2..!
Berehat2 sambil menegakkan kaki. Bagi darah mengalir semula..
sambil2 tu..layan buaian ler..hehehe
Ahh..! ko lambat ler Nuar. Nak jugak duduk kat buai niii. Mana muat bro..muahaha
Dekat 20 minit gak melepak kat sini. Uncle yang jaga parking tu dh ushar semacam jer..haha. Dah ler tak makan nasik kat sini..parking VIP aku (Han) dgn Griffin kasik tapau plak..kehkehkekh
ok..ok ler! kitorg ‘chaltae’..terkeluar plak bahasa Hindustan. :P
13:45 – Perjalanan kitorg ke Hat Yai bermula..
Jalanraya mcm aku citer tadi..cun! sekali skala tengok jalanraya kat sini mcm berminyak. Tapi takde minyak pun. Mcm ni kot jalanraya di Thailand..
Tu dia..Hat Yai dah mula terbayang2. Rilekss..90KM lagi tauu. Kalo highway Malaysia, 90KM tu sejam sampai dah. Tapi highwy Thailand jangan harap ler..
Hat Yai..sawadikappp!
Dipendekkan citer lagi..(berapa byk daaa..)
@ Songkhla
Beberapa KM telah diredah setelah 1 jam perjalanan. Akhirnya, kitorg sampai di sempadan Phattalung – Songkhla pada pukul 14:46. Walaupun baru sejam diatas motor..sengal montot di dah mula terasa daaa. Skit2 berdiri atas motor..
So, disini..kitorg mengambil peluang untuk merakamkan memory ride ke Hat Yat dgn bergambiran di depan signboard “WELCOME TO SONGKHLA”.
Khas untuk Red Versys..
..dah alang2 sejam menunggang, kitorg stop kejap ler. Amik tenaga balik..kene air + berasap dulu..
..dan ini adalah last stop kitorg. Lepas ni..kitorg shoot terus ke Hat Yai. Bila dah last stop..apo laie..bergambiran ler kite. Kali ni nak posing mcm mana pun suke hati lerr..! hahaha'
Gambo beramai-ramai. Dari kiri: Nuar, Hasnul, Han (TayarGolek.Com) dan Griffin (Ninja650tourer).
p/s: Hemsem-hemsem betul ler abang2 motor nih..stylooo! ahaksss!
Muka kepenatan..tapi kepuasan menunggang tetap ada. Lebih-lebih2 lagi ditempat orang..
..dan gambiran terakhir disini..sebelum kitorg memulakan perjalanan terus ke Hat Yai.
Lepas ni ada skit cabaran dalam mencari hotel. Ntah ade ke tidak room yg available. Kite tunggu je nanti ok..
p/s: Bateri Camera aku dah mula ‘blinking’ dah..tak sure la sampai nyawa ke tak sampai Hat Yai nanti.
14:55 – TayarGolek time..!!
@ Hat Yai
Griffin menggunakan kepakarannya menggunakan jalan masuk yang lain ke Hat Yai untuk mengelakkan traffic yg teruk. Setibanya di Hat Yai, kitorg tiba2 ditahan oleh beberapa anggota Polis Thailand yang elok je lepak bawak pokok. Waktu tu Polis Thailand hanya berkomunikasi dgn Griffin..sebab dia paling depan skali. Aku tak berani nak amik gambo. Kang tak pasal kene rampas camera..habis musnah nilai sebuah stori TayarGolek.Com punye stori.
Bile ditanya pasal kes tadi..Griffin hanya bagitau yang anggota Polis tadi hanya bercakap Thai. Tak sure lah ape diorg nak. Nak paw duit kot?? Agaknya laa..so bile Griffin reply “English please”..diorg tetap cakap Thai. Last2..anggota yag berada di belakang aku terus bagi arahan suruh jalan. Adehh! mcm2 hal..
Tepat jam 15:30..kitorg dah pun berada di jalan utama Hat Yai. Time ni lagi satu masalah bakal dihadapi iaitu mencari hotel. Takut hotel yg murah2 semua penuh..
Kita ushar skit gambiran di Hat Yai..
Nampak traffic ok jer kat sini..
Hotel memang banyak..tapi nak mencari bilik yang bajet dlm RM100 belum tentu ada..
Time ni..aku & Hasnul pergi mencari hotel. Setelah pergi 4 hotel, harga yang paling murah setakat ni adalah 900baht.
Last2 ade sorang pemandu ‘tuk tuk’ bgtau yang dia boleh bawa ke hotel yang murah dalam bajet 600 baht. Kitorg bincang2 jap..last2 semua kata OK. Tapi kene bayar skit ler kat mamat tu. Tak silap aku 50baht kot dia mintak..boleh laaaa baru RM5..hahaha.
So, mamat ‘tuk tuk’ tu bawak laa kitorg ke Hotel Emperor.
Emperor Hotel. Rasanya mcm hotel lama..belasah jer lah. Janji bleh tido sudaaa..
Lepas setel urusan checkin..kitorg plan untuk pergi makan. Lapar dah niee. Bateri camera aku plakk..ishhh! tak dan ler nak cas dulu.
Motor dah siap parking. Sekali lagi kitorg decide utk naik ‘tuk tuk’. Letih nak bawak motor sebab target nak pergi ke ‘Sleeping Buddha’ dan terus ke ‘Floating Market’. Harap2tak lerlewat ler..maksud aku sebelum hari gelap. Tapi yang penting..perut ni! kene isi dulu baiii..
Bincang punya bincang dgn pemandu ‘tuk tuk’ kitorg nak charter terus dari makan..ke Sleeping Buddha..Floating Market dan patah balik ke hotel. Dari pada 600 baht semuanya..bargain baikkk punya, last2 kitorg dapat 550baht. OK deal!
Pemandu ‘tuk tuk’ bawa kitorg ke restoren makanan HALAL. Nak bgtau kedai ape pun aku tak tau..tulisan cacing plak. Tapi nama tu ade ‘Checka’..hahaha. GPS coordinate pun aku lupe nak amik. Lapau punye pasal.
Fulamaaakkk!! berapa la tambang ‘tuk tuk’ mcm ni. Ni belum yang ‘turbo’ lagi beb. Ade nampak sebijik tadi siap dgn enjin turbo..giler aah!!
p/s: sori geng..gambiran time makan + makanan..takde. Aku nak save bateri ni. Tapi ape yang aku blh bgtau..memang ramai orang Malaysia makan kat sini..nak dapat makanan pun dekat sejam. menu menarik kat sini adalah Ayam percik + kerabu. Sib baikk tak de gambo..kalo tak puasa2 ni mau terliur nok..!
Lepas makan..perut pun kenyang. Kitorg naik semula ‘tuk tuk’ tadi. Dah siap tunggu dah pun.
So..kemana kite?
Jom..aku nak bawak korang ke ‘Sleeping Buddha’..lepas tu kite ke ‘Hat Yai Floating Market’.
Jommm..!
@ Hat Yai Sleeping Buddha – Hat Yai Nan Temple
Tiba di sini dah agak petang..tapi ok lagi la. Amik gambiran pun terang lagi. Cerita atau sejarah pasal ‘Sleeping Buddha’ ada kat bawah ni. Malas nak tulis ler..hehe
Hat Yai Sleeping Buddha.
Nak tau besar ke tak..tgk pic bawah nih..
punye lah jauh camera ni aku letak. Set timing 10sec jer..so lepas je ‘ON’..aku pun berlari ler..hahaha. Sib baik bekas pelari ‘sprint’ dulu2..kehkehkeh
..bangunan lain yg terdapat disekitarnya..
dari jarak dekat pulak..
alehh..! kecik jer..!! 1 inci jer bai..hahaha
What next?
Skang kitorg dalam perjalanan ke ‘Floating Market’ di Hat Yai dengan menaiki ‘tuk tuk’. Jaraknya kira-kira 10km dari tempat ‘Sleeping Buddha’ tadi.
sewaktu menaiki ‘tuk tuk’ ke ‘Floating Market’. Dulu masa ride ke Songkhla..nk ke Floating Market tak kesampaian sebab cuaca tak mengizinkan..
Hari mula gelap..
Jalanraya mula diterangi lampu..pintu gerbang dgn lamouu warna-warninya mcm yang korng nampak ni..
@ Floating Market, Hat Yai
Dah sampai pun kitorg di Floating Market, Hat Yai, Thailand.
Dari jalan masuk ni..aku nampak memang ramai org kat sini. Baik org tempatan mahupun org luar termasuk dari Malaysia.
Agak malang skit, camera aku sempat amik gambo sampai sini jer. Lepas tu..selamat babai!! betri out dah!
“..alamak..bateri out dah beb! takde gambiran ler nampak nyer..” kata2 aku time ni. Frust pun ade!
So, Griffin offer aku, dia suruh gunacamera dia untuk capture gambiran2 semasa di Floating Market ni..
“..no worries bro! U pakai ler camera I nih..no hal ler. Amik jer..mana U nak. Nanti I email kat U..” kata Griffin kat aku.
Lega skit aku beb “..eh serius ke bro? kalo macam tu..Ok gak. Biar I tolong amik kan gambo ok..Thanks bro! ”
fuhhh!! Canon G12 beb!! wuhuuuuuuuuuuuu…!!
So..mula setting untuk gambiran mengikut suasana lampu malam tu..
P/s: Thanks la Griffin…sebab email gambiran2 dibawah ni kat aku.
Jom..kite sama2 layan gambiran semasa di ‘Floating Market’ ni..
serba skit keadaan disini..mcm pasar malam plak eh. Ade gak yg berniaga di darat..
Dalam byk2..ada satu gerai ni yang menjual makanan2 exotic..
~Exotic Food~
Dah macam kat rancangan Astro dah “Bizarre Food”
Nampak mcm sedap..tapiii!
Ni ape nama ulat ni..? Orang kampung aku panggil ‘Ulat Gendut’ sebabnya? ko tgk ler perut nya tuuu..dah ‘tergendut-gendut’ tu haaa..hahaha
Ni plak nampak macam ‘Belalang Kunyit’ gorengg rempah. Fuhh..layan gak ni kalao makan dgn Nasik Lemak 5 hinggit..kehkehkeh
..yang ni plak..mcm ulat yang selalu lepak kat daun pisang. Betul kan?
Dah..dah! kite tinggalkan pasal ‘Bizarre Food’ tuu
Ini lah dia ‘Floatin Market’ yang dah lama aku nak pegi..Hari ni tercapai hajat aku & kawan2 yg lain.
Kepuasan yang tak terhingga bile dapat melihat dgn mata sendiri..
aku Zoom skit eh..ni disebelah kiri jambatan.
cuba tengok tu..betapa ramai org kat sini. Harga setiap barang kat sini dari 20baht ke 35baht jer..kalo tak silap ler dari mata kasar aku nih.
Kite tengok dari view yang lain. Memang cantik kan..rasa lebih bertuah sebab dapat melihat pemandangan ‘Floating Market’ di waktu malam..
Sekarang..kite tengok plak keadaan di sebalah kanan jambatan plak..JOM!
Tudiaaaa..! TOM YUM pun adaaa..!
Aku terpandang plak yang ni..
Peniaga ni menggunakan bekas ‘tanah liat’ disetiap jualan airnya. Comel2 siut..! Harganya hanya 20baht..dan korang akan dapat sekali dgn bekas ni.
Aku pas camera kat Griffin semula..
“..bro..I nak turun bawah ler..nak beli air tu. Menarik beb!..” aku ckp kt Griffin.
“ Ok..no problem. I try amik photo you nanti..” Griffin offer amik gambiran aku..hehe
Korang tgk ler gambiran2 yg Griffin amik.
Thanks Griffin!
sila click to enlarge..
Ni lah dia..Air Laici bersama gelas tanah liat ‘Coca-Cola’. Harganya 25baht jer. Kalo yg Doraemon tu 20baht jer.
Aku offer kat diorg ni semua tak mau..takut sakit perut katanya..kehkehkeh. Aku balasah jer la sorang2..Srottt! srotttt! last2 abis gak..
Seronok la beb! Bukan selalu dapat peluang melihat sendiri ‘floating market’ nih. Kitorg pun lepak le kat sini lama skit. Lepas ni dah takde ape nak buat dah..tido kot sebab dari pagi lagi mana ada rest.
Kire2 jam 21:00 lebih..kitorg mula meninggalkan pasar terapung tadi ke tempat dimana ‘tuk tuk’ akan amik kitorg semula.
tapi sebelum tu..haaaa! nak citer skit ni. Kat depan pintu masuk pasar terapung ni ade sebuah ‘GONG’ besar. Mula-mula ingat mcm untuk pameran jer, tapi ade sorg Uncle ni dok layan gong ni..tanpa memukul gong, tapi boleh berdengung..nguunnnng! dgn kuat..
Bahagian belakang gong – berjaya gak aku buat gong ni berbunyi..hanya dengan gesekan tangan..
Bahagian depan gong – memula kantoi! tak bunyik langsung..lepas uncle tu buat..pastu Griffin buat pun jadik..last2 nak try gak sampai boleh. “..mana blh jadik, Griffin buat jadik..aku buat tak jadik2 plak..haha”.
Last2..berjaya gak bunyi gong ni berdengung..bapak kuat beb!!
Hasnul dgn Nuar plak camner? Jadik ker? – diorg sampai berpeluh tak jadik2 sampai kesudah..cuba lagi next time ehhh! :P
p/s: sapa2 yang boleh buat gong ni berbunyikk..dah blh tukar alamat Hat Yai laaa jadik orang sini..kehkehkeh..
ok la kawan2 semua..begitulah serba sedikit pengalaman ride dari Koh Samui ke Hat Yat disamping tempat2 yang menarik di Hat Yai. Harap korang semua suka dgn entry ini. Walaupun aku tak dapat diceritakan sepenuhnya..tapi sekurang2nya, beginilah pengalaman kitorg ber-4 melakukan kembara di Negara Gajah Putih..dari satu tempat ke satu tempat..dan seterusnya.
Ni belum ke London lagi nih..hahaha. Ade yang tanye aku “tak buat ride ke London ke bro? ”. Jawapan aku mudah “..ko sponsor aku..boleh jer! “ ahakss..
Esok (24 Jul 2011)..kitorg akan berangkat balik ke tanahair. Tunggu update seterusnya..perjalanan Hat Yai –KL nanti.
Adios,
Han
3 comments:
Fuyoooooooooooooooo,
Seronokla...cmtu rupenye Hat Yai yer..tp yg menarik nye Gong tu...berbunyik tanpa diketuk...cmnr tu ek..sape2 bwkla kawe oiiii...nk try gk...huuaaaaa...okla chowsin !
**Alchemist**
Alchemist - yer bro..gesek pakai tgn jer. tak payah ketuk2. Sib baik bateri camera aku out dah, kalo tak blh amik video
bro.... dkat mana boleh dpat map ke koh samui...??
and bajet kesana brpa ?? untuk brpa hari??
cdang raya cina ni nak pergi... tq
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..