Yooosshhh…!!
Salam Sejahtera semua..
Entry hari ini merupakan hari ke-2 ride ke Thailand. Pada hari ke-2 ride ini, kitorg akan bergerak ke Betong, Thailand pulak. Tapi memandangkan pagi hari ke-2, kitorg masih lagi berada di Songkhla..menghabiskan saki-baki tempat yang tak sempat kitorg pergi semalam..so aku sambung ler sebagai Part-3 @ Songkhla, Thailand.
Jom ikuti seterusnya stori Ride ke Thailand versi TayarGolek.Com..
p/s: nak senang citer..lepas ni aku guna waktu Malaysia jer la eh..(Waktu Thailand – tolak sejam)
Seawal 6.00pagi (Waktu Malaysia) lagi, kitorg semua dah bangun dan turun ke cafe untuk breakfast. Awal betul kan kitorg breakfast? Breakfast seawal 6.00pagi memang telah dirancang dan semua satu pendapat & setuju..mudahkan! Cara mcm ni memang dapat jimat masa. Lepas bekfes..naik semula ke bilik dan bersiap-siap. Pukul 7.30pagi dijangkakan akan bermulanya tayargolek.
Kalo mengikut perancangan, perjalanan sejauh 480KM akan dilalui. Walaupun nampak mcm tak jauh tapi kene ingat..kitorg tak guna highway. Mgkin ada skit ler antara border ke Gurun-Baling.
p/s: Sempat jugak baca paper free yang disediakan dihotel..berita pasal Krabi banjir teruk. Dalam gambar menunjukkan jalan utama rosak teruk. Nasib baik..tak plan ride ke sana. Syukur..!
Seawal 7.10 pagi lagi kitorg dah check-out. Kene check-out awal sebab jauh lagi perjalanan. Time ni ler stamina + mental kene kuat. Kalo tak..sure sambung Zzzzzzzzz lagi..
Cuaca diluar menunjukkan tanda-tanda cuaca akan cerah..walaupun kelihatan masih gelap lagi. Memang kitorg semua berharap agar cuaca hari ni adalah lebih baik dari semalam. Sambil2 tu aku amik gambiran sekitar lobi Hotel Pavilion, Songkhla.
Kalo ada sape2 yang ada plan nak ke sini dan berhajat untuk stay di Pavilion Hotel, boleh ler call - (074) 441850-9.
Urusan check-out dah pun settle..maka bersiap2 ler untuk perjalanan seterusnya. Lupa pulak nak bgtau nak kemana pagi ni? Tapi rasanya dh bgtau semalam..ok takpe aku rewind balik eh. Pagi ni..kitorg akan ke “Tinsunalonda Bridge - longest concrete bridge in Thai”, “Sleeping Buddha Statue” dan “Khlong Hae floating Market”. Tapi..masa mcm tak mengizinkan jer nak pegi semua tempat-tempat2 tu..ape2 pun tunggu dan lihat nanti..
Spray rantai yer bang..! lepas ni kepompom carik sottoiler..hehe
motor kitorg time ni memang ‘bersih’ giler..baru ler ‘adventure’..wuhuuu
8.00pagi – tayargolek time..dah terdelay 30minit dari plan asal. It’s ok..buffer memang ada. Lagi pun kitorg ride santai + rileks..jadi takde hal tu semua..
Keluar dari parking area..
Kap..kap..kap..! tu jer yang aku paham..lain2 harem! Tp itu lah tugas Uncle Security kat sini. Baik kereta baik motor..dia akan datang dan cuba bantu.
p/s: Nasib kurang baik kt Griffin kerana sunglasses cap “OAKLEY” nya tertinggal kat sini. Bile dh tertinggal..mmg dah jumpa ler. Hilang beb..!
Tayargolek time..!! dengan cuaca yang cerah..harap seterusnya mcm ni ler. Tapi jalan tetap masih basah..kene hati-hati nih sebab jalan licin.
dapat jugak peluang capture gambiran Hotel Pavilion dgn cuaca yang cerah..
Berhenti jap..tetiba hilang plak setting direction nak ke Tinsunalonda Bridge..heheh
“..nape ler cuaca semalam tak macam hari ni??” sambil merenung langit..hik..hik
Aku share skit gambiran “On the Biking” ke Tinsunalonda Bridge. Perjalanan kesana kira-kira 19Km dari Hotel Pavilion. Walaupun waktu Malaysia dah pukul 8.00 pagi..tp di Thailand masih lagi pukul 7.00pagi. Means..tak banyak lagi kenderaan lalu-lalang kot? Kot laa..tak pe tgk je nanti..
Kelihatan jalan yang basah. Serba skit percikkan air tu ade jugak..kene tgk2 gak time nak amik gambiran ni..
Suasana di Samila Beach di waktu pagi..
Kilauan cahaya matahari di Samila Beach..
Ride slow and steady..santai abis kitorg nih..hehe
Ade ler sebijik dua kenderaan yang menggunakan jalanraya. Boleh nampak tak keadaan jalanraya tu?
Ini adalah salah satu stesen minyak yg terdapat di negara Thailand. Walaupun kitorg langsung tak isi minyak kat sini..sebagai info, harga yg tertera adalah harga minyak semasa mengikut ‘ron’ di Thailand.
Close-up skit..sebagai panduan utk mengisi minyak..pilih yang ron 95 tu..1 liter = RM3.70. Thanks for Griffin for sharing this info..
Layan jer ler gambiran2 “on the biking” ni..
Nuar dgn Versys’10 yang baru berumur sebulan..dah pun layan Ride Thailand.
Merentasi Tasik Songkhla..
Inilah dia “Sleeping Budhha Statue”. Kitorg tak berhenti pun..cuma lalu jer. Dapat jugak aku capture gambiran ni sambil bawak motor. Tu untungnya ride santai..kalo meroket sure tak dapat.
Sudah pun menghampiri destinasi yang dituju..
Bergambar di bawah signboard ke Institue of Southern Thai Studies..
Ini pulak..laluan ke Jambatan Konkrit Terpanjang di Thailand – Tinsunalonda Bridge. Memang tak nampak sgt dari sini. Jap lagi aku tunjuk eh. Kene naik atas bukit baru blh nampak viewnya..
@ THE SOUTHERN THAI ART CENTRE.
Lebih kurang 20minit berada diatas motor, 8.20pagi kitrg sampai di pintu masuk institute ni.
Mcm sunyi jer..takde orang langsung. Cume kitorg ber-4 jer..
“Red Versys” bergambiran di hadapan signboard “THE SOUTHERN THAI ART CENTRE”
Info “THE SOUTHERN THAI ART CENTRE”:
Lokasinya terletak di Highway 4146 di Moo 1, Tambon Koh Yo, Amphoe Muang Songkhla, di sisi timur laut dari pulau dekat bahagian atas Tinnasulanon Bridge.
Dibina di halaman sekitar 10 hektar pada tahun 1978, institusi ini berfungsi sebagai pusat kajian dan penyelidikan tentang budaya Thailand Selatan. Kompleks institusi meliputi gedung pameran, beberapa di kaki bukit sementara yang lain berada di atas bukit. Setiap bangunan menyimpan koleksi khusus barang2 budaya berharga, benda-benda seni dan artifak yang ditemui di Selatan.
Berada diatas bukit. Dari sini..dapat dilihat view jambatan Tinsunalonda dan beberapa seni ukiran patung.
Gambiran motor yang wajib diambil..
My “Red Versys”..hehe
Tinsunalonda Bridge – The longest concrete bridge in Thailand.
Info Tinsunalonda Bridge:
“ Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Highway 4146, menyambung Highway 407 (Hat Yai - Songkhla) dan Highway 4083 (Songkhla - Ranode). Dimulai dari sisi daratan di Baan Nam Krachai, melewati Koh Yo, dan disambungkan ke Khao Khiao di sisi lain dari daratan. Jambatan itu terdiri dari dua bahagian. Link Bahagian pertama Amphoe Muang Songkhla di Baan Nam Krachai dengan pantai selatan pulau Koh Yo, 940 meter panjang, tidak termasuk sinar diikat 100 meter pada akhir masing-masing. Bahagian kedua link pantai utara pulau Koh Yo dengan Ban Khao Khiao di daratan dengan panjang 1,700 meter, tidak termasuk 225 meter diikat angka. ”
Terdapat juga patung seperti menarik Tarian Mak Yong menghadap ke arah jambatan..aku agak2 ler tarian tu..hahaha
Memang halus senu ukirannya..tapi aku takde info plak pasal patung ni.
View dari arah sisi..
Kenangan ni beb! Aku (Han) buat pertama kalinya sampai disini. Berlatarbelakangkan Tinsunalonda Bridge..
Apit dan Nuar juga turut bergambiran. Masing2 pun 1st time.
Tak tau nak cakap macam mana..pengalaman tetap pengalaman. Tapi setiap satu tempat memberikan satu perbezaan. Perbezaan dari segi suasana/keadaan..walaupun sikit tapi tetap ada..(aku pun tak paham ape aku tulis ni..hahaha)
Anjung Tinjau..tak sure boleh naik ke tak..nak tanye ape pun takde orang. Kalo ade org pun takut ckp mcm ayam dgn itik pulak..pun masalah jugak.
untuk kawan-kawan..memori ride bersama 3 orang rakan – Griffin, Nuar & Apit.
Gambar penuh..the arts of statue
Dah puas bergambiran..skg kitorg akan turun satu step ke bawah. Kali ni nak naik satu bangunan utk capture lagi gambo Tinsunalonda Bridge.
Gambar kenangan beramai-ramai. Dari kiri: Griffin, Nuar, Apit dan Han (aku ler)
Aku dgn Griffin akan naik keatas..yang lain2 tak nak naik..pancit kata nyer..kehkehkeh.
..dan gambiran yang dapat aku amik. (Sorry,..gambiran tak secantik camera DSLR)
diorg tak mauu naik..aku gambo sorang2 ler.. ;)
Tinsunalonda Bridge – from different view.
Pancaran sinar matahari di Tasik Songkhla..
Dari gambiran2 yang aku amik diatas..korang sendiri boleh nampak betapa besarnya Tasik Songkhla atau Songkhla Lake ni. Mula-mula aku ingat laut..tapi ia sebenarnya adalah tasik.
Info Tasik Songkhla (Songkhla Lake):
“ ..Songkhla Lake adalah tasik terbesar di Thailand yang meliputi kawasan yang luas di Songkhla dan wilayah Phatthalung, Yang terakhir kira-kira 80 kilometer dari muara ke utara. Lebar danau kira-kira antara 20 hingga 25 kilometer. Ini adalah tasik air tawar kecuali di daerah dekat laut di mana air payau. Berbagai jenis tanaman air dan kehidupan laut yang ditemui dalam kelimpahan di tasik..”
3 Hitam..1 Merah @ Thailand.
Ok beb..kitorg nak break sekejap. Lepas ni dah takde ke mana2 dah..sebab mcm tak sempat jer. Mungkin next time lah kot kalo ade rezeki ke sini lagi.
Selepas berbincang dgn semua Ahli-ahli Majlis Tertinggi..kitorg dah decide untuk terus ke Betong selepas ni. Walaupun plan asalnya nak try menggunakan laluan Yala-Narathiwat..tapi demi faktor keselamatan kitorg mungubah laluan dgn keluar semula di Bukit kayu Hitam dan seterusnya ke Betong, Thailand.
So dengan ini aku tamatkan dulu stori Ride ke Songkhla di sini. No worries..aku akan bukak tajuk baru “Ride to Betong, Thailand” pada entry akan datang. Aku berharap sangat, dgn stori yang aku share di TayarGolek.Com dapat memebri sedikit maklumat kepada semua pembaca blog ini. Mana2 yang terkurang boleh ler share sama-sama di ruangan komen dibawah.
Jumpa lagi diruangan akan datang. Terima Kasih kerana sudi membaca..
Adios,
-Han-