Yooossshhhhhhhh…!!
Aku harap entry kali ni boleh dijadikan reference atau kira-kira sebelum decide untuk memiliki motor berkuasa tinggi. Disebabkan email han@tayargolek.com ni kerap menerima soalan yang sama tentang kos penyelenggaraan ER6 mahupun Versys, adalah lebih baik kalo aku buat satu enty khas tentang maintenance ER6 & VERSYS.
Segala info harga yang aku tulis adala anggaran kasar atau mengikut pengalaman aku. Sebaik-baiknya, boleh survey atau ushar sendiri mana2 kedai motor.
Minor Service:
1. Engine Oil
- Bergantung pada brand. Katakan, Semi-syn: RM40 x 2 = RM80
- Service dilakukan setiap 3500Km (semi-syn) dan 5000-6000KM (Fully syn).
- 10w40 atau 15w50? Tips dari otai2..jika selalu long-distance, gunakan 15w50.
2. Oil Filter - ikut kedai. Harga antara RM45 - RM60
So, maintenance untuk setiap kali service dari RM120-RM150.
* sesetengah kedai mengenakan 'Labour charge'
Anggaran lain-lain parts 'Wear and tear':
1. Tayar (depan + Belakang) = RM900 - > RM1000 (bergantung jenis tayar & brand)
2. Set sprocket + chain = RM450 – RM650. DID x-ring lebih mahal berbanding o-ring.
3. Spark plug = RM60 sebiji x 2 (iridium) / RM120 sebiji x 2 (Ori kawa)
4. Air Filter = RM150
Major service ( Valve Clearance):
Jika mengikut manual, Valve clearance pertama perlu dilakukan setelah mencecah 24,000KM . Jadi kos untuk Major service ni kira-kira RM450-RM700 (bergantung harga kedai).
Tips lain menunggang untuk mereka yang baru:
1. Baca Bismillah sebelum memulakan perjalanan.
2. Mulakan dgn perlahan2 - pelan2 kayuh sambil tersengeh2..
3. Rajin2 ler bawak motor tu agar menjadik kebiasaan (familiar) terhadap gaya tunggangan. Ibarat kite berlatih setiap hari.
4. Belajar control motor sikit demi sikit (kelajuan, gear shifting, berat motor, masuk parking, keluar parking, U-Turn dan yg paling penting sewaktu corner)
5. Know your limits - perlu diingat skill tunggangan setiap org adalh berbeza. Apa yg penting kita tau sejauh mana limit kita. Jgn ikut2 org lain - yg penting selamat.
6. Riding gear yg complete.
7. Gunakan 'high-beam' disiang hari agar pemandu kereta 'alert' dgn kehadiran kite.
8. Kelajuan bergantung pada keselesaan dan keberanian diri masing2.
Nota: Kalau duit tu memey dah terlebih2..tak tau nak buat ape, baru ler tepuk dada tgk poket untuk aksesori yang lain.
Sekian.
Adios,
Han