Yoossshh..!!
Salam Ramadhan…
Apa yang aku cuba coretkan pada kali ini bukanlah cerita mengenai rides atau pon TTS. Tetapi sedikit berita buruk mengenai kawan aku yg merupakan salah seorg ahli kelab Andalas Bikers Syndicate(ABS).
Pagi td aku menerima sms dr Blackfire yg memberitahu bahawa Saudara Azmi (Honda F3) telah terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan ini telah berlaku pada petang Jumaat ketika beliau pulang dr tempat kerja ketika menunggang motorsikal Yamaha Lagenda. Ape yg diberitahu oleh Bro Blackfire & Bro Lan_cb4 (Presiden) yg dibenarkan masuk ketika melawat Saudara Azmi, Keadaan beliau amat kritikal yang mana sebahagian hati telah hancur dan keretakan pada kepala.. Pembedahan telah dilakukan pada mlm tadi, yg melibatkan pembuangan beberapa organ dalam perut.. 12pain darah telah dimasukan dr semalam..beliau kini ditempatkan di ICU,tingkat 5 hospital Ampuan Rahimah Klang ..
Bg yg tidak mengenali, gambar dlm bulatan dibawah adalah saudara Azmi.
Jadi kepada anda yg membaca berita ini, saya mewakil ahli keluarga beliau dan j uga mewakiliahli Andalas Bikers Syndicate agar dapat kite sama2 berdoa semoga beliau tabah & diberi kekuatan semangat utk meneruskan hidup seperti sediakala.
Selain itu, saya menyampaikan salam drp Presiden ABS (Bro Lan), Majlis Berbuka Puasa yg sepatutnya diadakan pd hari Sabtu di View Village Restaurant telah DIBATALKAN demi menghormati keadaan saudara Azmi. Bagaimanapun, satu majlis Doa Selamat & Solat Hajat akan diadakan spt berikut:
Tarikh: 05.09.2009
RV: 5.00pm
RV point: Restoran Al-Bidayah, Andalas, Klang.
Tempat Majlis: Rumah Saudara Faizal CBR900 (Klang)
Majlis mula : 5.30pm
Bg geng2 Andalas Bikers yg berkesempatan, anda dijemput hadir ke masjlis tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dgn saudara lancb4 (0126559632) atau mayatkarin (0162090484)
Pengumuman lain telah dibuat di SBM: http://superbikemalaysia.com/topic/5034360/1/