Archives

0

Ngeteh bersama Janic ‘TimetoRide’

TayarGolek.Com Thursday, March 29, 2012

Yoooosshhh..!!

Salam Sejahtera semua..

 

Abis jer citer Kembara Mengejar Sejarah 2..timbul pulak citer Kembara Bumi Suci 2 yg penuh kontroversi pulak entry tu. Apa2 pun, aku cuma mampu “Amin” kan jer lah segala doa rakan2 pembaca TayarGolek.Com.

 

Thanks aku ucapkan kepada rakan2 yang ‘LIKE’ page baru TayarGolek.Com di Facebook.. ;)

 

OK..kite off topic pasal cerita2 kat atas tu yer. Skg, au nak share skit la pasal ‘ngeteh’ pulak..al-maklum ler buat masa skg ni takde lagi stori pasal ride. InsyaAllah, akan ada dalam masa terdekat ni. Just wait for the update..then, let’s tayargolek!!

 

Ingat lagi pasal ‘Bea & Helle dari TimetoRide.de’? Masa aku jumpa diorg di Laos, ade 2 orang lagi rakan diorg iaitu Janic & Heiko. So, minggu lepas, Janic berada di Malaysia @ KL. Lepas puas dia ride sorang2 ke Kelantan-Johor-Singapura..dan akhirnya Janic meneruskan ride solonya ke KL.

DSCN7963

This is Janic..

 

Memandangkan waktu yang singkat + short notice..tu sebab aku tak dapat nak roger kengkawan yang lain untuk turut sama me‘ngeteh’ dengan Janic.

 

Ngeteh kat mana?

Kite kene shoot ke KL ler..kat Desa Pandan sebab Janic tinggal bersama kawannya yang berada di Malaysia iaitu Ed. So, aku & Griffin decide untuk bawak diorg makan ke restoran Chinese Food di Restoran Pak Ya (Muslim Chinese)

 

DSCN0983

Bergambiran di bus stop berhadapan dengan apartment diorg stay. Janic, Ed & Han

 

DSCN0994

Sempat lagi bersembang pasal kenangan masa jumpa di Laos. Ed mcm tak percaya jer..jumpa di tengah2 hutan, dan skg jumpa balik di bandar..hehehe

 

DSCN0992

Honda Africa Twin & RED VERSYS..

 

IMG_3007

Bile nampak stiker ‘4 Nations ride’ kat RED VERSYS..tetiba Janic ketawa. Sebab? Teringat balik ler memori kat tengah2 hutan @ Laos. Memey sweet memories beb! Even dab beberapa bulan dah ride tu berlalu.. ;)

 

Dipendekkan citer (no gambiran ‘on the bike’ ehh..)

 

@ Restoren Pak Ya

Lokasi nye betul2 berhadapan dengan Balai Polis Daerah Ampang.

IMG_3012

This is how Pak Ya Restaurant looks like..very clean.

 

Antara makanan yang kitorg order..

p/s: sori lah..aku nak ingat nama2 ‘mangkanan’ kat sini memey gagal. Tgk jer la gambirannye.. :P

DSCN0995

Nasi Putih + Sotong kicap + Cili Kering

 DSCN0996

Ntah apa nama ni..tapi ada ‘shark fin’ kat atas tu..

 

 DSCN0997

Sweet sour tauhu..

p/s: ..dah macam blog pasal makan2 la pulakkk..!

 

 DSCN0999

Janic & Ed – enjoyed with the food.

 

  IMG_3008

Asyik bersembang jer..bile nak makan jer bro???

 

 

 

IMG_3010

Opsss..ade lagi gambiran.

 

mana pic Griffin?

“..i malu la bro! nanti glemer!..hahaha” bak kata Griffin laaa.. :P

 

Banyak mende yang disembangkan..so lepas ni Janic akan ke Penang untuk urusan shipping motor ke Tanjung Belawan, Indonesia. Bile disana nanti, diorg akan berkumpul semula – Bea, Helle, Janic & Heiko untuk meneruskan misi ride diorg hingga ke Timor Leste. Lepas tu, diorg akan shipping motor diorg ke Darwin.

 

Balik time..diam tak diam dah pukul 12.00 t/malam.

DSCN1005

Sticker “TAYARGOLEK.COM” di motor Janic (aku bagi masa kt Laos). Walaupun aku tak pusing dunia..tp stiker ni akan ikut kemana negara yang Janic pergi. Jadik la kaann!! :D

 

DSCN1003

RED VERSYS..AFRICA TWIN..DUSKY BLACK FJR. We met @ Laos previously..and now they met again!

 

 

 DSCN1004

..it’s time to say “All the best for the next journey..and Good Bye”..!

 

Till we meet again, Janic!

 

Adios,

-Han-

0

TayarGolek.Com page @ Facebook

TayarGolek.Com Tuesday, March 27, 2012
Yooosshhh..!!

TayarGolek.Com page skg available di Facebook.




url: http://www.facebook.com/pages/TayarGolekCom/115712395136294
..kasi LIKE satu kali eh..! :)

Adios,
-Han-
13

Kembara Bumi Suci 2…countdown!

TayarGolek.Com Friday, March 23, 2012
Yooosshhhh..!



Salam Sejahtera.





Cabaran kini bermula..!!


Begitulah kata-kata semangat untuk para peserta KEMBARA BUMI SUCI 2.



DSCN0934


Baru2 ni Israq Adventure telah mengadakan satu lagi taklimat kepada semua perserta yang mengikuti KEMBARA BUMI SUCI 2 bertempat di Two Wheel Garage, Glenmerie Shah Alam.

Taklimat kali ini adalah merupakan sesi taklimat yang ke-3 dan tujuan taklimat ke-3 ini lebih kepada persiapan-persiapan dan persediaan terakhir Kembara Bumi Suci 2 ke Tanah Suci Mekah. Antaranya seperti status Visa, laluan baru , persediaan dari segi pakaian serta kenderaan (motor & 4WD) dan serba skit view tentang perjalananan/negara yang bakal dilalui.







Antara motorsikal para peserta yang mengikuti Kembara Bumi Suci musim ke-2 dan motor rakan2 yang hadir..

DSCN0930

 DSCN0931



DSCN0932


DSCN0933




  DSCN0974 

DSCN0976


DSCN0977


DSCN0936



DSCN0978


DSCN0979

DSCN0980


 DSCN0982


Side panniers “Touratech”:
DSCN0937


DSCN0938
  
Side panniers “Touratech” yang pertama di pasang pada motor VERSYS. Bracketnya adalah DIY dari Two Wheel Garage.










BERNAMA TV:


Turut memberi liputan hari tu adalah Stesen TV dari BERNAMA TV yang menemuramah En. Azman Baharuddin (Abg Man) dan Hj. Mohd Asser tentang persiapan terakhir Kembara Bumi Suci 2 yang bakal memulakan perjalanannya kira-kira 1 bulan jer lagi iaitu pada 21 APRIL 2012.  Pengembaraan ini baal mengambil masa selama 60 hari.
 
Sesi temuramah oleh wartawan BERNAMA.
DSCN0951DSCN0941  
 Sesi temuramah -  Abg Man sedang ditemuramah oleh wartawan BERNAMA tentang persiapan dan persediaan KBS 2..





DSCN0947



DSCN0949
Hj.Asser yang merupakan salah seorang ‘organizer’, juga tidak terlepas dari ditemuramah oleh wartawan BERNAMA tentang laluan perjalanan yang baru untuk musim ke-2 nanti.







DSCN0955






Para peserta sedang membuat pendaftaran terakhir..


DSCN0942

DSCN0960

tayargolek

DSCN0950 
DSCN0964



Bacaan Doa Pembuka Majlis:
DSCN0967
Sebelum memulakan taklimat..bacaan Doa Pembuka Majlis oleh Saudara Hatta (Ustaz)



Taklimat bermula..
DSCN0969
"Keputusan untuk mengikuti Kembara Bumi Suci ke Mekah bukan datangnya dari saya..tapi dari anda sendiri. Inilah yang kita katakan 'seruan dari Ilahi" yang mana Allah telah membuka dan memberi laluan untuk ke sana. Jadi, dari sekarang segala perbuatan dan percakapan anda perlu dijaga. Apa yang anda niatkan..ape yang anda cakap ibarat satu doa di sana nanti. Sebagai contoh, salah seorang peserta kembara yang lepas..dia kata tak nak basuh motor sampai balik ke Malaysia nanti. Tapi ape yang terjadi? disebabkan kata2 tu..dia pulak kene basuh motor hari2 sebab tar jalanraya melekat  kat motor dia.. " kata Abg Man sebagai ketua Program Kembara Bumi Suci dari Israq Adventure Team.


Beberapa kelainan di Kembara Bumi Suci 2, antaranya:
1) Route/ laluan


 Route Kembara Bumi Suci 2
Kalau Kembara Bumi Suci yang pertama menggunakan laluan ke "Central Asia" iaitu Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan & Iran. Namun, untuk Kembara Bumi Suci 2 bakal menggunkan laluan baru dari China ke utara memasuki Kazakhstan dan Rusia sebelum turun ke Georgia, Azerbaijan, Turkey, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Jarak yang dianggarkan adalah sejauh 20,000KM.



DSCN0958
Aku ceduk kata2 Abg Man "..our journey will start from China..! Thailand dan Laos hanya sebagai transit je..". Pada aku dari kata2 Abg Man, kite boleh nampak bahawa perjalanan yang 'adventure' bermula di China yang mana negara China tidak membenarkan sama sekali kenderaan 2 roda menggunakan highway.


2) Pengacara/host turut menunggang motorsikal.
Saudara Iskandar yg bakal menjadi pengacara/host rancangan musim ke-2, bakal turut sama menunggang motorsikal. Mungkin kelainan ini serba sedikit dapat memberikan pandangan, 'feel' & pengalamannye yang tersendiri.


3) Motorsikal & pacuan 4 roda:
Info yang Abg Man bagitau, sebanyak 14 buah motorsikal dan 2 buah pacuan 4 roda bakal mengembara selama 60 hari merentas 12 negara.  Daripada 14 buah motor tu, 11 daripadanya adalah BMW, 2 KAWASAKI VERSYS dan 1 SUZUKI VSTROM.


4) IKIM.fm radio rasmi Kembara Bumi Suci
    Stesen radio IKIM.fm akan menjadi stesen radio utama sepanjang misi KEMBARA BUMI SUCI 2 ke Tanah Suci Mekah. Stesen radio IKIM.fm akan memberikan laporan terkini setiap minggu.



Selain tu, Kembara Bumi Suci 2 telah mendapat beberapa tajaan dari:
i)  Alphinestar - menyediakan riding gear seperti glove (weather prove), riding jacket, riding pants
ii) El-Hajj - Halal Skincare product yang boleh digunakan semasa Ihram sewaktu menunaikan Haji atau Umrah.
iii) Chear Motor Motorrad - diskaun separuh harga untuk service bagi semua motor BMW yang mengikuti kembara.
..dan lain2 tajaan.


    Saudara Hatta (Ustaz) sebagai Ketua Kor Agama:
DSCN0970
Ustaz ( Hatta) sedang memberikan sedikit kata-kata tentang persediaan dari segi ‘rohaniah’ kepada rakan2 yang lain. Beliau akan ditugaskan untuk sama-sama ingat-mengingati dan berpesan-pesan kepada rakan2 yang lain sebagai ‘tazkirah’ dan majlis ilmu sepanjang kembara nanti.



Kata-kata semangat dari Saudara Jihat (peserta Kembara Bumi Suci 1):
DSCN0973
   
Turut dijemput hadir, Saudara Jihad yang merupakan peserta pada musim lepas. Saudara Jihad telah memberikan sedikit tips, berkongsi pengalaman  dan kata-kata semangat  secara langsung kepada bakal peserta.

Aku tertarik dengan kata-kata Saudara Jihad " ..dugaan tetap akan ada. Umpama minyak wangi..sebelum mendapat wangian tu..bunga-bungaan tu perlulah dilenyek..ditumbuk..dihenyak sehingga hancur..baru lah kite dapat hasilkan wangiannye..". Sama-sama kita hayati kata2 yang cukup mendalam ertinya..cukup ikhlas dari hatinye.

Jom kite saksikan petikan video yang telah dirakam oleh jurukamera Kembara Bumi Suci 2 iaitu Saudara MK.





Jadi, sama2 kita doakan kejayaan rakan2 kite yang bakal mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah. Semoga tabah dengan dugaan sepanjang perjalanan..dan selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti.

Begitulah serba sedikit perjalanan & persiapan terkini para peserta KEMBARA BUMI SUCI 2 yang dapat aku kongsi bersama untuk semua pembaca TAYARGOLEK.COM.
Persoalannye..adakah aku join KEMBARA BUMI SUCI 2 ini? …..Biarlah Rahsia ;)
Sekian.

Adios,
-Han-
13

Kembara Mengejar Sejarah II : Menara Condong Teluk Intan

TayarGolek.Com Wednesday, March 21, 2012

 

Yooosshhh…!!

Salam Sejahtera semua..

Hari ini merupakan hari terakhir atau entry terakhir dalam siri “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2” yang mana TayarGolek.Com dan rakan2 telah melakukan kembara ke Negeri Perak. So, setakat ni dua negeri telah pun kitorg cover iaitu Negeri Sembilan dan Perak. So next??

 

Berbalik  kepada stori the mori kite, selepas ini kitorg akan meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir ke Teluk Intan atau “Diamond Bay”..haha. Ape yang menariknye kat Teluk Intan ni beb? Ramai yang dah tau rasanya..tapi takpe, aku and the gang akan ke sana untuk melihat sendiri “Menara Condong Teluk Intan” atau org kampung aku panggil “ Teluk Intan Leaning Tower” ;)

 

Episod sebelum ni, aku ade bgtau diorg yang masa berehat di Pasir Salakk terpaksa dipendekkan demi mengejar sejarah berikutnya di Teluk Intan. Kesepakatan & ‘satu kepala’ yang sempoi..semua setujudgn cadangan tu. So, aku amat hargai..dan sekaligus memudahkan urusan ‘organise’ dalam satu ride. Apa yang pasti..kawan2 yang 1st time mengikuti ride bersama2 di TayarGolek.Com..sure bangga kerana dapat mengharungi kembara sejarah bersama, walaupun nampak simple..tapi penuh makna.

 

Jom..kite ikuti kesudahan episod terakhir “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2” di negeri Perak.

 

 

Tayargolektime..!

Cukup 10 minit masa yang ditetapkan..kitorg mula bersiap ke destinasi berikutnya. Nampak wajah hepi diorg sebab lepas ni bakal melengkapkan destinasi ke-7 walaupun pada awalnya hanye 5 destinasi. Tapi memey takde hal..sebab ride ni kire flexible. Nasib baik jugak ler diorg ni awal2 lagi tak bukak cadangan..lajakkan sikit ke Betong, Thailand. kehkehkeh..kalo tak???

Kire2 pukul 5.40ptg kitorg dah ready diatas motor masing2. Jarak ke Teluk Intan dianggarkan kire2 42KM jer dari Pasir Salak.

 

 

DSCN0641

Walaupun kitorg bagi penghormatan kat Hj Estimah..tapi haji kata “ saya tak berapa confident ler nak lead ke Teluk Intan..tak berapa ingat jalan ke sana”. So GPS ler jadi penyelamat..hehehe.  Ape lagi..Griffin ler kene ambil alih tugas sebagai ‘lead’ ke Teluk Intan. Thanks bro..

 

 

 

DSCN0642

Tayargolek bermula..aku biarkan diorg semua menggolekkan tayar dulu. Kali ni lepak belakang je kot?

 

 DSCN0643

Motor demi motor mula meninggalkan Sungai Perak..meredah laluan jalan kampung. Ini sebenarnya kire 1st time aku ke sini..memey pengalaman yang menarik.

 

 DSCN0644

  Once semua dah ‘chaltae’..aku punye turn pulak laa.

 

Jalan kampung yang kitorg lalu skg ni agak sempit dan takde bahu jalan. nasib baik jugak ler ade 2 lane (one way). Tapi tu semua takde hal..semuanya bagi 100% fokus pada tunggangan.

 

 

 DSCN0645

Sabaideee..!!” eh ehhh…silap! silap! Ingatkan kat Loas tadi..hikhik. Minta mahappp..! :))

Anak2 kampung disekitar Pasir Salak melambai2 ke arah kitorg. Tengok jer la reaksi & impression muka diorg tu..excited giler! Tu la..nasib aku baik dapat capture moment nih.. :D

p/s: tetiba pulak teringat LAOS bile dapat moment time ni..aiii LAOS! diam tak diam dah 3 bulan berlalu.. ;)

 

  DSCN0647

Sewaktu menyeberangi sungai…

 

 DSCN0646

..keadaan sungai yang tenang..

 

Tak banyak gambiran aku capture waktu ni. Mungkin pemandangan atau suasananya agak biase kot? so yang lain2 aku ignore jer..

 DSCN0648

Sekali sekala kitorg berpeluang melihat pemandangan bendang sawah padi. ade yang tengah menghijau..tp kebanyakkannye masih dalam proses tanaman semula.

 

Perjalanan dari Pasir Salak ke Teluk Intan setakat ni memey lancar..so kitorg boleh enjoy dengan view sekeliling.

 

Dipendekkan cerita..

Setelah 40KM menggolekkan tayar..kire2 30 minit, kitorg dah pun selamat sampai ke Teluk Intan. Tapi, kitorg tak shoot terus ke “Menara Condong”..sebaliknye amik langkah awal untuk mengisi minyak dahulu. So lepas ni boleh relax terus + tak payah nak sibuk2 isi minyak nanti..

 DSCN0649

..ramai yang duk tunggu kengkawan yang lain isi minyak. RED VERSYS aku tupop ler skit RM20..bukan apa..esok dah keje, malas2 kelam kabut nak isi minyak..hehe

 

 

 DSCN0650

Zaimi Subang yang steady dari awal sampai ke penghujung ride..! :)

 

Lepas semua settle…jom ler kite! ke Menara Condong Teluk Intan..

 

 

@ Menara Condong Teluk Intan

 

Alhamdulillah..kitorg dah pun selamat sampai ke destinasi sejarah yang ke-7..dan kat sini ler kemuncaknya “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2” @ Menara Condong Teluk Intan.

Walaupun penat..walaupun panas..walaupun bahang asmara jalanraya + enjin motor sentiasa menjadi teman sepanjang perjalananan, kini diorg semua mampu tersenyum.

Mungkin pada mereka yang dah biasa dgn ride ‘tour’ ni, jarak 400km setakat ni adalah sesuatu yang biasa. Tapi kene ingat jugak! ada antara diorg ni baru je dapat motor + 1st time plak tu mencuba ride ‘tour’..dari satu destinasi ke satu destinasi. So they did it well!

Phiewww..!

 

Gambiran motor..

DSCN0658

Dengan penuh gaya..motor kitorg disusun cantik2 di bawah Menara Condong Teluk Intan.

 

 

 

DSCN0659

perghhh..!! memey terserlah ler kaler motor lu ni ADIMZ.. ;)

 

 

 DSCN0660

santai-santai kan diri..kasi rileks..amik angin petang di Teluk Intan.

 

  Ok..skg gambiran Menara Condong Teluk Intan pulak..

DSCN0651

Sesekali aku perhatikan diorg ni..berebut2 bertukar camera untuk  mengambil gambiran. Pada aku itu ‘positive’ ler..diorg enjoy..diorg pun seronok. Bile sampai destinasi..inilah kepuasannye. Aku harap diorg ni seronok dengan style ride yang mcm ni. Diorg hepi..aku lagi hepi.. :D

 

 

    DSCN0654

wooooooooo..!! ini musti wooo..! RED VERSYS @ Teluk Intan Leaning Tower

 

 

 

 

DSCN0657

..saje jer aku amik gambiran ni sengat..hehe

 

 

 

 

DSCN0661

Menara yang diperbuat dari Kayu + batu bata. Ikut hati nak gak naik atas tu..tapi dah takde kudrat ler nak memanjat tangga.. :P

 

Ok..sibuk amik gambiran sampai lupa plak nak share info sejarahnya..

 

Sejarah Menara Condong Teluk Intan:

DSCN0662

Info mcm ni ler yang aku harapkan di setiap tempat2 sejarah. Korg boleh baca sendiri lah yer..

 

 

DSCN0670

MENARA CONDONG TELUK INTAN – dari sudut yang lain

 

DSCN0671

..dan ini jugak..

 

Gambiran beramai2..

DSCN0667

Candid – WTR650 ni dah mcm baca buku plakk dah aku tengok..! hehe. Kali ni camera aku tak dapat nak amik gambiran beramai2..sebabnye? Aku terlupa.. :D

 

Pemandangan sekitar Menara Condong..

DSCN0668

..beberapa meter kat depan tu ade satu Kompleks Menara Condong. Jom ushar skit..

 

 

DSCN0673

Bukan ushar nak kesana..kat sini jer lah kot. View dari arah depan kompleks.

 

 

 

DSCN0669

Deretan bangunan2 kedai + matahari mula terbenam.

 

Alrite..semua gambiran masing2 dah amik. Info sejarah pun aku dah dapat..why not kalo pekena air panas dulu kat kedai makan yang berdekatan??” aku buka cadangan kat diorg.

 

Terbaik la bro..cadangan bernas! Kerak teking niii..!” suara salah sorg bagi respond..keke

 

@  Ngeteh time..!

Kitorg cari port yang agak menarik sebab dari sini boleh nampak menara.

Nescafe Menara Teluk Intan…satuu!!” – ecehhh..!

DSCN0674

masa ni adalah masa terbaik untuk bersembang..atau share pengalaman masing2 sepanjang ride hari ni..

 

 

 

DSCN0675

Lega..! masa untuk merehatkan diri sebelum perjalanan balik ke KL..

 

 DSCN0678

Boy, WTR650, Khai, Fahmi & Zamwee - antara rakan2 yang 1st time ride bersama..1st time gak masuk TayarGolek.Com..kecuali Fahmi ler sebab dia dah pernah glemer dulu..tapi sekejap ler..LOL!

 

 

 

DSCN0677

wajah kepuasan + heppi setelah matlamat atau misi Kembar Mengejar Sejarah 2 telah berjaya..

 

 

 

 

DSCN0679

kasi update..! Snooke memey terkenal dengan ‘live report’ nyehh.. :)

 

 

 

DSCN0681

..Sup Gear Box Wak Tom 2..!

 

Itu adalah sebahagian gambiran waktu ‘ngeteh’. Tak boleh nak lepak lama2 sangat sebab waktu dah mula senja. Kire2 pukul 7.00ptg..kitorg decide untuk start semula our journey ke KL. Setelah berbincang dengan semua..kitorg akan masuk ikut tol Bidor nanti..

 

Balik time..!!

Baki perjalanan tinggal kire2 200KM jer lagi sebelum lengkapnya misi “Kembara Mnegejar Sejarah 2” kali ini.

 

DSCN0682

Kitorg semua akan bergerak ke KL..kecuali Haji Estimah yang akan balik ke Manjung. So jumpa lagi Tuan Haji di ride2 yang akan datang..InsyaAllah.

 

 

 

DSCN0683

Persiapan terakhir sebelum tayargolek..

 

Tayargolek time..!

Tanpa paksaan..Zaimi Subang mengetuai kkonvoi ke KL. Thanks bro..!

 

DSCN0684

..Tayargolek bermula..

 

 

 

DSCN0685

..sebuah demi sebuah motorsikal meninggalkan Menara Condong Teluk Intan..

 

 

 

DSCN0686

..hinggalah ke bilangan motor yang terakhir…dan ini jugak gambiran terakhir..

 

Lepas ni No more gambiran dah yer. Ape2 pun selepas ni kitorg akan stop skali lagi di R&R Ulu Bernam sebelum bersurai secara rasmi. Harap perjalanan nanti selamat sampai ke rumah masing-masing..

 

Ok..abis dah! hehe. satu hari punye ride makan masa dekat 2 minggu nak stori. So amacam? ok? hehe..

 

Jadi, mcm tu ler serba skit pengalaman perjalanan KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2 di Negeri Perak yang dapat aku kongsi bersama untuk semua pembaca TAYARGOLEK.COM. Ride yang simple..tapi penuh makna..ade ilmu dan info disebalik ride kitorg ni. Menjelajah dari satu tempat ke satu tempat..melihat & mengamat kesan2 peninggalan bahan sejarah khazanah negara kita. Segala maklumat sama2 kite kongsi untuk rujukan akan datang..

 

Macam biase..sebelum aku tamatkan episod ini, aku nak ucapan Tahniah & jutaan Terima Kasih buat semua kawan2 yang menyertai ride santai2..ride relax2 KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2 yang tak seberapa ni.

 

Sedikit kata2 akhir..

Penyertaan korang kali ni menambah ‘warna’ dan ‘cerita’ disebalik mengejar sejarah. Bagi mereka yang 1st time mencuba gaya ‘tour’..650KM total jarak perjalanan, jadikan lah ride ini sebagai titik permulaan dalam mengenal erti “dunia kembara”. Kita sama2 belajar..sama2 kongsi ilmu pengetahuan..sama2 tayargolek..sama kongsi cerita. Aku percaya..korang akan kenang sampai bila-bila…”

 

Akhir kata, adakah “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 3” bakal diadakan nanti? Hmmm..aku tunggu respond dari orang semua. Kalo respond baik..InsyaAllah, aku akan cuba aturkan ride seterusnya nanti. Kite tunggu dan lihat..OK! ;)

 

Sekian..kite jumpa lagi di ride2 yang akan datang. InsyaAllah..Selagi tayar bergolek, selagi itu TayarGolek.Com menemui anda semua.

Ride Safe everyone..!!

 

Adios,

-Han-

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com