You Are Reading

6

Kembara Mengejar Sejarah II : Istana Ulu

TayarGolek.Com Wednesday, March 14, 2012

 

Yooosshhh…!!

Salam Sejahtera semua..

 

Buat pembaca blog TayarGolek.Com yang meninggalkan komen..Terima Kasih aku ucapkan. Cuma belum sempat nak balas. InsyaAllah, ade kelapangan nanti akan aku balas satu demi satu yer.. :).

 

Berbalik kepada citer “Kembara Mengejar Sejarah II” di negeri Perak, di episod 1..kite sama2 tayargolek dari R&R Sg.Buloh ke R&R Tapah. Diikuti episod ke-2, perjalanan atau ‘journey” aku bersama rakan2 TayarGolek ke Istana Kenangan, Kuala Kangsar. Seterusnya, kite ke Masjid Ubudiah di episod ke-3…dan skg kitorg kini berada di Istana Ulu.

 

Sedikit info sejarah ISTANA ULU:

“..Istana Ulu atau dikenali juga dengan Istana Kota ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar tidak jauh dari Masjid Ubudiah. Istana ini telah dibina pada tahun 1903 yang merupakan tempat bersemayam oleh Sultan Idris I (Sultan Perak yang ke-28, Sultan Idris Mursyidul 'Adzam Shah yang memerintah dari tahun 1887 – 1916). Istana ini telah  dibaik pulih sempena seratus tahun pembinaannya pada 2003. Kini istana ini dikenali sebagai “GALERI SULTAN AZLAN SHAH”..”

 

Ok..itu serba sikit sejarah tentang ISTANA ULU atau ISTANA KOTA. Skg aku nak bawak korang masuk ke dalam. Kite tinjau skit ape yang ade..Jom!!

 

DSCN0480

Pintu masuk Istana Ulu atau kini dikenali sebagai “Galeri Sultan Azlan Shah”

 

 

DSCN0481 

Gambiran dekat dipintu masuk “Galeri Sultan Azlan Shah” yang ditulis dalam tulis Jawi..

 

 

 

 

DSCN0482 ..yang ini pula ditulis dalam tulisan rumi & julie

 

Jom kite masuk ke dalam..

DSCN0484

oppppssss…!! sebelum melangkah masuk kene ade ‘pengeras nyerrrr’ sebanyak RM4.00. Lepas tu baru ler korang dapat tiket masuk..hehe

 

p/s: ape korang ingat masuk free kaaa..?? LOL

 

DSCN0483

Duit ‘pengeras’ dah bayar..baru ler bleh masuk dgn hati yang gumbiraa..tak gitu yop??

 

 

 

DSCN0485 

Gambiran bangunan yang korang boleh lihat dari pintu masuk..besar jugak nih kalo nak berjalan..

 

DSCN0486

..sebenarnya ini adalah sebahagian dari “Galeri Utama”

 

 

DSCN0487

..Galeri Utama

 

Memandangkan Galeri Sultan Azlan Shah ni agak besar, ianya telah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti:

- Galeri Kereta

- Kedai Cenderamata

- Blok Pentadbiran

- dan Galeri Utama

 

 DSCN0488

Pancuran air ditepi jalan masuk utama menambah seri lagi “Galeri Sultan Azlan Shah”.

 

 

 

 

DSCN0489

Bangunan galeri yang lain iaitu Galeri Kereta.

 

 

DSCN0490

Bahagian depan Galeri Utama..

 

 

 

DSCN0491

..dihadapan Galeri Utama pula terdapat satu ‘deko taman air’ yang berkonsepkan Labu Sayong. mengikut sejarahnye, Istana Ulu didirikan diatas sebidang tanah di Mukim Sayong.

 

 

 

DSCN0493

..bangunan ini pula dikenali sebagai Blok Pentadbiran.

 

 

DSCN0494

..ini pula laluan utama ke Galeri Kereta & Kedai Cenderamata..

 

 

DSCN0495

..Gambiran yang MESTI kene amik bila korang datang ke sini. Beginilah view utama dihadapan bangunan “Galeri Utama”.  

 

So, skg aku nak bawak korang masuk ke Galeri Kereta dulu..

 

@ Galeri Kereta

DSCN0496

Ini ler dia..pintu masuk di Galeri Kereta..kalo keadaan mengizinkan aku akan amik gambiran byk2 uuntuk korang semua ehh..!

 

 DSCN0497

Apa yang boleh dilihat dari sini (didepan pintu masuk Galeri Kereta) adalah satu Potret Lukisan Minyak wajah Sultan Azlan Shah yang sememeynye cantik. Tak sure ler berapa ler nilai harga lukisan tu.. :D

 

So bile mula melangkahkan kaki ke dalam Galeri Kereta..tetiba datang pulak sorang brader. Tengok gaya macam staff Muzium ni.

 

Staff Muzium : “..mintak maaf encik, kat dalam ni tak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambiran gambar..

Aku (Han) : “..owh yer ke bang..? sebenarnya kitorg ni datang dari KL..dari group motor berkuasa tinggi. Jadi, kalo dapat ler kitorg nak mintak izin nak amik gambo..tak sikit, banyak pun jadik ler..hihi” – aku cuba membodek skit brader tu..

Staff Muzium : “..mintak maaf encik, dah tertulis syarat2 tu disini “TIDAK DIBERNARKAN”..so memang tak boleh. Jadi..kite kene ikut ler..

Aku (Han) : “..ok bro, kitorg paham..Terima Kasih

Boy : “..berita paham..over!” – eh ehhhh..aku tau ler ko ni pak Polisi bro..hahaha

 

So macam mana?? takde rezeki aku nak share gambiran kat dalam ni. Boleh kalo nak amik gambiran secara ‘curi’..tapi tak manis ler org kata. Kang jadi kes lain pulak..dah ler barang2 ni semua hakmilik Raja tauuu..

 

Aku citer skit lah ape yang ada dalam Galeri Kereta. Kat dalam tu terdapat beberapa buah kereta yang digunakan oleh Sultan Azlan Shah sebagai ‘transport’ utama ke majlis-majlis atau urusan rasmi. Antaranya kerete jenis “Roll Royce”, “Mercedes” dan lain-lain. Selain tu, bagasi baginda ke luar negara untuk urusan rasmi juga dipamerkan. Lain-lain..korang kene datang dan tengok sendiri la yer.. ;)

 

Kite ke Galeri Utama plak ..

 

@ Galeri Utama

 DSCN0501

Pintu masuk di “Galeri Utama”.

 

Alih-alih ADIMZ sound aku “meh aku amikkan gambiran ko..!

err…tak pe ler..aku malu ler nak bergambiran nih..” aku cuba backhand balik.

alaaaa..aku tau,muka ko sekeping pun takde kat sini..” cehhhh..sungguh2 nampak nyehh!

..tak payah ler bro..tak reti ler aku nak posing2 nih..!” aku backhand skali lagi..

 

Last..last..!

 

Diatas desakan ADIMZ.. 

 

DSCN0505

..hahaha…iniler jadiknyer! Baikkkk punye pose kakak kat belakang tu..siaap toleh lagi tuu! Ntah2 dia pun tau kot pasal TayarGolek.Com ni?? kekeke

 

 

 

DSCN0508

Info Istana Ulu yang berada didinding pintu masuk "Galeri Utama”

 

 

 DSCN0509

Selepas 100 tahun usia Istana ini, pembinaan semula siap pada tahun 2003 yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah.

 

Jom kite masuk ke dalam..tapi sebelum masuk, kene ler register nama dulu.

 

DSCN0510

“uiiit..tulih nama jer Boy!..jgn lebih-lebih!! Kang kene parangggggggggggg..!!” kehkehkeh

 

Cik/Puan Suziana staff yang bertugas di ‘Kaunter Pertanyaan’ (gambiran atas) pun awal2 lagi dah ‘sound’..kat dalam TAK BOLEH amik gambo yer!! tapi kat sini boleh.. ;)

p/s: aleh saje jer tu..nak suruh amik gambiran dia la tuuu..kehkehke. Opss..! nama dia aku tau sebab Boy bgtau aku..hehehe. Deng!!

 

Tak pe la..takde gambiran pun takpe, aku bgtau info je kat korang eh..

 

Galeri pameran dibahagikan kepada 2 tingkat iaitu Tingkat Bawah dan Tingkat Atas.

TINGKAT BAWAH:
- Plak Perasmian
- Plak Sejarah Bangunan
- Keselamatan
- Kaunter Pertanyaan
- Keluarga Sultan
- Sultan-sultan terdahulu
- Koleksi Persendirian
- Lif VIP
- Zaman Persekolahan
- Anugerah Darjah Kebesaran
- Barang Kemas & Pingat
- Bilik VIP

 

TINGKAT ATAS:
- Quran & Kaligrafi
- Pertabalan Sultan
- Bidang Perundangan
- Koleksi Permaisuri
- Sebagai Yang di-Pertuan Agong
- Hoki & Sukan Lain
- Golf
- Panggung
- Pejabat
- Perpustakaan

 

 

 

 

..masa untuk keluar dari Galeri Utama. Lama gak kat sini..dah tersasar hampir 1 jam..hehe

 DSCN0512

..pakai kasut..bersiap2 untuk tayargolek seterusnya lepas ni..

 

Belanjer skit gambiran “Labu Sayong”.

DSCN0506

 

DSCN0511

 

DSCN0492 

ok..dah..!

 

DSCN0513

..beberapa rakan yang lain rupanya dah adeyang lepak motor lebih awal.. :P

 

5 minit..On the bike!!

Cehhh..mcm tak caya jer aku bagi arahan macam tu. Tapi diorg ni bagus..cakap skali semua ikut. Memey TERBAIKKKKKKK…ler korang ni!! Aku respek + tabik springgg..!!

 

 

DSCN0514

Sepantas kilat semua siap..semua ready!!

 

 

DSCN0515

..sebelah kanan aku pun semua ready!!

 

Ni semua dah ready ni..nak kemana pulak ehh?

ok..lepas ni kitorg akan ‘shoooot’ ke Ipoh pulak..Nasi Ganja dah memanggil-manggil ni. Diorg ni ler tak sabau2nak pekena ‘Nasi Ganja’.

nak tau sedap ke tak Nasi Ganja, Ipoh tu..Kite tunggu episod seterusnya nanti.. :)

 

Adios,

Han

6 comments:

Anonymous said...

adakah gambiran wanita receptionis tu namanya yati?? wahh kalo betul bgus2.."cinta kenangan silammmmmm" thanks TG hahaha

-serkap jarang

Anonymous said...

aparaaa..tara baca lor...ado namo ea tu ha...

Anonymous said...

Kalau perempuan leh join gak ker

TayarGolek.Com said...

Anonymous - aiyakk! kene baca betul2 tuu..hehe. Namo wanita tu den dah koba dah tu.. :P

TayarGolek.Com said...

Anonymous - boleh jer join kalo tak malu..ahakss

Anonymous said...

Han, pembetulan ckit. Gambar potret SAS tu bukan lukisan minyak, tapi sulaman dari karpet.

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com