Yooosshhh…!!
Salam Sejahtera semua..
Hari ini merupakan hari terakhir atau entry terakhir dalam siri “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2” yang mana TayarGolek.Com dan rakan2 telah melakukan kembara ke Negeri Perak. So, setakat ni dua negeri telah pun kitorg cover iaitu Negeri Sembilan dan Perak. So next??
Berbalik kepada stori the mori kite, selepas ini kitorg akan meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir ke Teluk Intan atau “Diamond Bay”..haha. Ape yang menariknye kat Teluk Intan ni beb? Ramai yang dah tau rasanya..tapi takpe, aku and the gang akan ke sana untuk melihat sendiri “Menara Condong Teluk Intan” atau org kampung aku panggil “ Teluk Intan Leaning Tower” ;)
Episod sebelum ni, aku ade bgtau diorg yang masa berehat di Pasir Salakk terpaksa dipendekkan demi mengejar sejarah berikutnya di Teluk Intan. Kesepakatan & ‘satu kepala’ yang sempoi..semua setujudgn cadangan tu. So, aku amat hargai..dan sekaligus memudahkan urusan ‘organise’ dalam satu ride. Apa yang pasti..kawan2 yang 1st time mengikuti ride bersama2 di TayarGolek.Com..sure bangga kerana dapat mengharungi kembara sejarah bersama, walaupun nampak simple..tapi penuh makna.
Jom..kite ikuti kesudahan episod terakhir “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2” di negeri Perak.
Tayargolektime..!
Cukup 10 minit masa yang ditetapkan..kitorg mula bersiap ke destinasi berikutnya. Nampak wajah hepi diorg sebab lepas ni bakal melengkapkan destinasi ke-7 walaupun pada awalnya hanye 5 destinasi. Tapi memey takde hal..sebab ride ni kire flexible. Nasib baik jugak ler diorg ni awal2 lagi tak bukak cadangan..lajakkan sikit ke Betong, Thailand. kehkehkeh..kalo tak???
Kire2 pukul 5.40ptg kitorg dah ready diatas motor masing2. Jarak ke Teluk Intan dianggarkan kire2 42KM jer dari Pasir Salak.
Walaupun kitorg bagi penghormatan kat Hj Estimah..tapi haji kata “ saya tak berapa confident ler nak lead ke Teluk Intan..tak berapa ingat jalan ke sana”. So GPS ler jadi penyelamat..hehehe. Ape lagi..Griffin ler kene ambil alih tugas sebagai ‘lead’ ke Teluk Intan. Thanks bro..
Tayargolek bermula..aku biarkan diorg semua menggolekkan tayar dulu. Kali ni lepak belakang je kot?
Motor demi motor mula meninggalkan Sungai Perak..meredah laluan jalan kampung. Ini sebenarnya kire 1st time aku ke sini..memey pengalaman yang menarik.
Once semua dah ‘chaltae’..aku punye turn pulak laa.
Jalan kampung yang kitorg lalu skg ni agak sempit dan takde bahu jalan. nasib baik jugak ler ade 2 lane (one way). Tapi tu semua takde hal..semuanya bagi 100% fokus pada tunggangan.
“Sabaideee..!!” eh ehhh…silap! silap! Ingatkan kat Loas tadi..hikhik. Minta mahappp..! :))
Anak2 kampung disekitar Pasir Salak melambai2 ke arah kitorg. Tengok jer la reaksi & impression muka diorg tu..excited giler! Tu la..nasib aku baik dapat capture moment nih.. :D
p/s: tetiba pulak teringat LAOS bile dapat moment time ni..aiii LAOS! diam tak diam dah 3 bulan berlalu.. ;)
Sewaktu menyeberangi sungai…
..keadaan sungai yang tenang..
Tak banyak gambiran aku capture waktu ni. Mungkin pemandangan atau suasananya agak biase kot? so yang lain2 aku ignore jer..
Sekali sekala kitorg berpeluang melihat pemandangan bendang sawah padi. ade yang tengah menghijau..tp kebanyakkannye masih dalam proses tanaman semula.
Perjalanan dari Pasir Salak ke Teluk Intan setakat ni memey lancar..so kitorg boleh enjoy dengan view sekeliling.
Dipendekkan cerita..
Setelah 40KM menggolekkan tayar..kire2 30 minit, kitorg dah pun selamat sampai ke Teluk Intan. Tapi, kitorg tak shoot terus ke “Menara Condong”..sebaliknye amik langkah awal untuk mengisi minyak dahulu. So lepas ni boleh relax terus + tak payah nak sibuk2 isi minyak nanti..
..ramai yang duk tunggu kengkawan yang lain isi minyak. RED VERSYS aku tupop ler skit RM20..bukan apa..esok dah keje, malas2 kelam kabut nak isi minyak..hehe
Zaimi Subang yang steady dari awal sampai ke penghujung ride..! :)
Lepas semua settle…jom ler kite! ke Menara Condong Teluk Intan..
@ Menara Condong Teluk Intan
Alhamdulillah..kitorg dah pun selamat sampai ke destinasi sejarah yang ke-7..dan kat sini ler kemuncaknya “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2” @ Menara Condong Teluk Intan.
Walaupun penat..walaupun panas..walaupun bahang asmara jalanraya + enjin motor sentiasa menjadi teman sepanjang perjalananan, kini diorg semua mampu tersenyum.
Mungkin pada mereka yang dah biasa dgn ride ‘tour’ ni, jarak 400km setakat ni adalah sesuatu yang biasa. Tapi kene ingat jugak! ada antara diorg ni baru je dapat motor + 1st time plak tu mencuba ride ‘tour’..dari satu destinasi ke satu destinasi. So they did it well!
Phiewww..!
Gambiran motor..
Dengan penuh gaya..motor kitorg disusun cantik2 di bawah Menara Condong Teluk Intan.
perghhh..!! memey terserlah ler kaler motor lu ni ADIMZ.. ;)
santai-santai kan diri..kasi rileks..amik angin petang di Teluk Intan.
Ok..skg gambiran Menara Condong Teluk Intan pulak..
Sesekali aku perhatikan diorg ni..berebut2 bertukar camera untuk mengambil gambiran. Pada aku itu ‘positive’ ler..diorg enjoy..diorg pun seronok. Bile sampai destinasi..inilah kepuasannye. Aku harap diorg ni seronok dengan style ride yang mcm ni. Diorg hepi..aku lagi hepi.. :D
wooooooooo..!! ini musti wooo..! RED VERSYS @ Teluk Intan Leaning Tower
..saje jer aku amik gambiran ni sengat..hehe
Menara yang diperbuat dari Kayu + batu bata. Ikut hati nak gak naik atas tu..tapi dah takde kudrat ler nak memanjat tangga.. :P
Ok..sibuk amik gambiran sampai lupa plak nak share info sejarahnya..
Sejarah Menara Condong Teluk Intan:
Info mcm ni ler yang aku harapkan di setiap tempat2 sejarah. Korg boleh baca sendiri lah yer..
MENARA CONDONG TELUK INTAN – dari sudut yang lain
..dan ini jugak..
Gambiran beramai2..
Candid – WTR650 ni dah mcm baca buku plakk dah aku tengok..! hehe. Kali ni camera aku tak dapat nak amik gambiran beramai2..sebabnye? Aku terlupa.. :D
Pemandangan sekitar Menara Condong..
..beberapa meter kat depan tu ade satu Kompleks Menara Condong. Jom ushar skit..
Bukan ushar nak kesana..kat sini jer lah kot. View dari arah depan kompleks.
Deretan bangunan2 kedai + matahari mula terbenam.
“ Alrite..semua gambiran masing2 dah amik. Info sejarah pun aku dah dapat..why not kalo pekena air panas dulu kat kedai makan yang berdekatan??” aku buka cadangan kat diorg.
“Terbaik la bro..cadangan bernas! Kerak teking niii..!” suara salah sorg bagi respond..keke
@ Ngeteh time..!
Kitorg cari port yang agak menarik sebab dari sini boleh nampak menara.
“Nescafe Menara Teluk Intan…satuu!!” – ecehhh..!
masa ni adalah masa terbaik untuk bersembang..atau share pengalaman masing2 sepanjang ride hari ni..
Lega..! masa untuk merehatkan diri sebelum perjalanan balik ke KL..
Boy, WTR650, Khai, Fahmi & Zamwee - antara rakan2 yang 1st time ride bersama..1st time gak masuk TayarGolek.Com..kecuali Fahmi ler sebab dia dah pernah glemer dulu..tapi sekejap ler..LOL!
wajah kepuasan + heppi setelah matlamat atau misi Kembar Mengejar Sejarah 2 telah berjaya..
kasi update..! Snooke memey terkenal dengan ‘live report’ nyehh.. :)
..Sup Gear Box Wak Tom 2..!
Itu adalah sebahagian gambiran waktu ‘ngeteh’. Tak boleh nak lepak lama2 sangat sebab waktu dah mula senja. Kire2 pukul 7.00ptg..kitorg decide untuk start semula our journey ke KL. Setelah berbincang dengan semua..kitorg akan masuk ikut tol Bidor nanti..
Balik time..!!
Baki perjalanan tinggal kire2 200KM jer lagi sebelum lengkapnya misi “Kembara Mnegejar Sejarah 2” kali ini.
Kitorg semua akan bergerak ke KL..kecuali Haji Estimah yang akan balik ke Manjung. So jumpa lagi Tuan Haji di ride2 yang akan datang..InsyaAllah.
Persiapan terakhir sebelum tayargolek..
Tayargolek time..!
Tanpa paksaan..Zaimi Subang mengetuai kkonvoi ke KL. Thanks bro..!
..Tayargolek bermula..
..sebuah demi sebuah motorsikal meninggalkan Menara Condong Teluk Intan..
..hinggalah ke bilangan motor yang terakhir…dan ini jugak gambiran terakhir..
Lepas ni No more gambiran dah yer. Ape2 pun selepas ni kitorg akan stop skali lagi di R&R Ulu Bernam sebelum bersurai secara rasmi. Harap perjalanan nanti selamat sampai ke rumah masing-masing..
Ok..abis dah! hehe. satu hari punye ride makan masa dekat 2 minggu nak stori. So amacam? ok? hehe..
Jadi, mcm tu ler serba skit pengalaman perjalanan KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2 di Negeri Perak yang dapat aku kongsi bersama untuk semua pembaca TAYARGOLEK.COM. Ride yang simple..tapi penuh makna..ade ilmu dan info disebalik ride kitorg ni. Menjelajah dari satu tempat ke satu tempat..melihat & mengamat kesan2 peninggalan bahan sejarah khazanah negara kita. Segala maklumat sama2 kite kongsi untuk rujukan akan datang..
Macam biase..sebelum aku tamatkan episod ini, aku nak ucapan Tahniah & jutaan Terima Kasih buat semua kawan2 yang menyertai ride santai2..ride relax2 KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2 yang tak seberapa ni.
Sedikit kata2 akhir..
“ Penyertaan korang kali ni menambah ‘warna’ dan ‘cerita’ disebalik mengejar sejarah. Bagi mereka yang 1st time mencuba gaya ‘tour’..650KM total jarak perjalanan, jadikan lah ride ini sebagai titik permulaan dalam mengenal erti “dunia kembara”. Kita sama2 belajar..sama2 kongsi ilmu pengetahuan..sama2 tayargolek..sama kongsi cerita. Aku percaya..korang akan kenang sampai bila-bila…”
Akhir kata, adakah “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 3” bakal diadakan nanti? Hmmm..aku tunggu respond dari orang semua. Kalo respond baik..InsyaAllah, aku akan cuba aturkan ride seterusnya nanti. Kite tunggu dan lihat..OK! ;)
Sekian..kite jumpa lagi di ride2 yang akan datang. InsyaAllah..Selagi tayar bergolek, selagi itu TayarGolek.Com menemui anda semua.
Ride Safe everyone..!!
Adios,
-Han-
13 comments:
satu journy yg menarik sambil menambah ilmu ride n kengkawan yg spoting..hope ade kembara yg ke 3 bro han....thanks
Dah abess dah, lepas nie nak main kejar2 sejarah kat mana plak bro. I follow klau dapat visa besar.
Salam bos.. Kalo gi sana cantik di waktu mlm sbb ada lampu2 mcm kat melaka tu.. Ada lg 1 tmpt kat sana org panggil batu hidup, dekat dgn simpang 4 masjid x jauh dari jam tinggi tu.. Batu hidup tu kalo ikut org dulu2 citer dia bergerak sampailah ke tmpt dia parking skrg.. Wallahualam
Batu hidup?wow misteri seh....besar tak batu tu beb?kena g ushar tengok ni
khai - setuju bro..kwn2 yg spoting. insyaallah KMS 3 ada..dlm plan ni. Mgkin area selangor jer.
kite main kejo2 sejarah area dekat2 kot..nnti aku kasi update. Thanks
alamak...info ni lambat skit jer. Kalo tak mau gak gi ushar..x pnh dgr pun citer pasaal ni
trk tgk..ushar jap bro. Nanti kasi share kt sini..hehe
batu hidup tu bkn dia membesar ke? bak kata apit ler. haha. aku dipaksa g sini sebab dia jeles tgk korg ride pusing perak ;P
ct - batu hidup membesar? caye la sgt ckp Apit tuh! LOL..mende hidup membesar aku caya ler :P
p/s: kene paksa?? Kejam sungguh si Apit tuu.. :D
Ikut kata org2 lama batu tu mcm batu mperingati pejuang2 negara sbb time tu depa xtau erti khurafat. Wallahualam
bro. nanti datang lah lagi teluk intan. boleh tengok batu hidup. batu tu besar macam kereta kancil. dulu batu tu kecik je. makin lama makin besar smpai diorang terpaksa tembak guna senapang. dekat batu tu ada tuliss perkataan pasal mmpringati parajurit yg mati masa prg dunia kedua. nanti jemput2 laa datang. saya org asal teluk intan.
Anish arash - blm PM saya di han@tayargolek.com
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..