Yooosshhhhh…!
Salam Sejahtera semua..
Jumpa lagi kite..entry kali ni adalah sambungan entry semalam yang mana kitorg berhenti sekejap di R&R Tapah.
Sebelum aku citer panjang lebar..aku nak share skit citer ni. Sejak beberapa hari kebelakangan ni selepas ride “Kembara Mengejar Sejarah II”,aku terima beberapa email & SMS dari rakan2 pembaca yang lain yang menyatakan hasrat untuk join mana-mana ride “group TayarGolek” yang akan datang. OK..join ride tu InsyaAllah..aku cuba organize lagi nanti. Tapi yang aku cuba betulkan kat sini adalah perkataan “Group TayarGolek” tu jer.
Sebenarnya TayarGolek.Com ni bukan ler sebuah group/kumpulan/kelab motorsikal seperti yang lain2 tu..tapi ianya hanyelah “independent blog” atau “personal website” jer. Jadi aku rasa lebih manis kot kalo korang panggil “rakan-rakan TayarGolek.Com” . Tu je..harap mak long yer :)
Tu selingan jer..skg kite sambung balik eh..
Cukup kire2 20minit berehat, rasanye memey sesuaiii la sangat untuk sambung semula perjalanan ke Kuala Kangsar dalam siri “Kembara Mengejar Sejarah II” ke Negeri Perak.
“On the bike..!” aku bagi signal untuk diorg semua bersiap sedia untuk ride seterusnye..hehe.
p/s: macam poyo plak bile sebut “on the bike” time tu..kehkehkeh.
Setakat ni cuaca mula bertambah baik..kalo tadi ade ler skit mendung2 manje gitu. Semua berharap “biar ler cuaca panas..jangan ler hu*jan..”.
OK..aku rasa semua dah ready kot? Isyarat “thumb up” pun diorg dah bagi..moh ler kite ke Kuale..!
Tayargolek bermula…
Takpe..rileks! kite ride slow-slow jer (slowly ler)..jangan rushing..jangan kelam-kelibut eh..
..sorang demi sorang memotong. Langit & awan yang cantik menceriakan lagi ride kitorg time ni..
Masing2 mula memberikan pose terbaik semasa “on the bike”. Pada hal time ni aku main bedal ke petik camera ni..langsung tak tau dapat capture ke tak. Tapi rezeki korang ler..semuanya nampak menjadik. Ni berkat tangan kene bedung la ni mase kecik2 dgn mak aku..hehe. Sayang makk..!
..eh? bile masa ade GTR pulak eh?? owhhh..baru aku ingat, masa kay R&R tadi ade sorang brader bawak GTR lepak sekali. Brader ni nak balik ke Baling, Kedah. So dia join sekaki sehingga ler ke Kuale Kangso nanti.
p/s: tak sangka plak dapat shot GTR time ni..hehe
hingga lah beberapa ketika..
Bile masuk area IPOH..biasanya kite tak kan terlepas dengan view-view batu kapur yang cantik. Adehh..! time ni ler tetiba teringat pulak kenangan masa kat Vang Vieng, Laos.
Betul tak Griffin?? hikhik
..dan Snooke antara salah sorg yang agak bertuah sebab dapat capture gambiran on the bike ber’view’ kan bukit batu kapur...dan dan tu jer dia ‘overtake’ aku..gud timing haaaa..!
keadaan dan suasana semasa di dalam terowong. Clear pulak gambiran ni..
Kite layan dulu gambiran ‘meleper’ jap..
ok ..dah cukup..
@ Jambatan Sultan Azlan Shah
Selama ni guna highway PLUS ke Utara..tak pernah nye aku perasan ade info panjang jambatan ni..hahah. Skg baru aku tau 360meter panjang jambatan ni. Err..korang sebelum ni tau tak?
p/s: Ini ler yang dikatakan “nampak..tapi tak teliti” :D
Lepas tu aku bergerak ke hadapan..
Ok bang?? hehe..
@ ISTANA KENANGAN (MUZIUM DIRAJA), Kuala Kangsar
Alhamdulillah..selamat sampai ke destinas pertama di Istana Kenangan, Kuala Kangsar.
ok..kasi parking motor jap.
Hasil daripada “Kembara Mengejar Sejarah II”, aku share sedikit info sejarah ISTANA KENANGAN.
ISTANA KENANGAN:
Istana Kenangan ini juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Pasa asalnya, Istana ini dibina sebagai tempat persemayaman sementara Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah(Marhum Kadasallah) sementara menantikan siapnya pembinaan Istana Iskandariah. Kini bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Di Raja Perak yang mempamerkan sejarah kesultanan dan menyimpan khazanah alat-alat kebesaran Negeri Perak.
Bangunan ini telah didirikan pada tahun 1926, dan dianggap sebagai satu pencapaian yang tinggi dan unik dalam senibina tempatan kerana senireka dan kehalusan buatan dan binaannya yang tidak menggunakan walau sebatang paku dari logam.
Pelan atau pandangan dari atas bangunan ini adalah berbentuk atau berkonsepkan sebilah pedang yang disimpan didalam sarungnnya, dimana bahagian hulu pedang adalah bilik peraduan Sultan. Bahagian sarung pedang adalah merupakan Balai Rong seri Istanam.
Istana ini sungguh pun kecil, iayan mempunyai Singgahsana Sultan yang cantik. Fasad dindig diperbvuat dari anyaman kelerai sementara struktir bumbung pula dikatakan mewarisi kombinasi gaya perabung lima dan perabung pisang sesikat. Bumbungnya yang asal adalah menggunaan kayu papan keras jenis berlian.
Sumber: Istana Kenangan board info.
Jom..kite ushar skit ISTANA KENANGAN ni dengan lebih dekat..harap2 boleh masuk ke dalam Istana..
Tapi kan…nasib kitorg kureng baik skit laaa…hajat nak masuk kedalam istana tak kesampaian. Ape sebab musababnye? Tengok ler notos kat bawah ni..
takpe lah..dah takde rezeki..nak buat mcm mana kan..
Amik jer ler gambiran dari luar..
Dah abis bergambiran semua..nak masuk pun tak boleh, maka bergambiran beramai-ramai ler kite..
sedikti gambiran motor..
ok la beb..aku nak berehat jap. Pekene air dulu..jalan sana..jalan sini..”kerrak teking” le pulak..hehe
ok beb..bagi changce kitorg berehat jap. Lepas ni kitorg akan singgah di 1-2 tempat dikawasan berdekatan. Ni memey takde dalam plan..tp dah alang-alang kat sini..kitorg amik peluang yang ade.
so lepas ni..kitorg akan singgah di Masjid Ubudiah pulak..
Rajin-rajin masuk TayarGolek.Com untuk update seterusnya nanti..
Adios,
Han
Salam Sejahtera semua..
Jumpa lagi kite..entry kali ni adalah sambungan entry semalam yang mana kitorg berhenti sekejap di R&R Tapah.
Sebelum aku citer panjang lebar..aku nak share skit citer ni. Sejak beberapa hari kebelakangan ni selepas ride “Kembara Mengejar Sejarah II”,aku terima beberapa email & SMS dari rakan2 pembaca yang lain yang menyatakan hasrat untuk join mana-mana ride “group TayarGolek” yang akan datang. OK..join ride tu InsyaAllah..aku cuba organize lagi nanti. Tapi yang aku cuba betulkan kat sini adalah perkataan “Group TayarGolek” tu jer.
Sebenarnya TayarGolek.Com ni bukan ler sebuah group/kumpulan/kelab motorsikal seperti yang lain2 tu..tapi ianya hanyelah “independent blog” atau “personal website” jer. Jadi aku rasa lebih manis kot kalo korang panggil “rakan-rakan TayarGolek.Com” . Tu je..harap mak long yer :)
Tu selingan jer..skg kite sambung balik eh..
Cukup kire2 20minit berehat, rasanye memey sesuaiii la sangat untuk sambung semula perjalanan ke Kuala Kangsar dalam siri “Kembara Mengejar Sejarah II” ke Negeri Perak.
“On the bike..!” aku bagi signal untuk diorg semua bersiap sedia untuk ride seterusnye..hehe.
p/s: macam poyo plak bile sebut “on the bike” time tu..kehkehkeh.
Persiapan dgn riding gear sebelum tayargolek..
Bile tengok sekali lagi..rakan2 yang join ride kali ni di ‘conquer’ oleh motor ER6 & VERSYS.. ;)
RED VERSYS pun dah ready untuk memulakan tugasnya..
Sementara yang lain2 tengah bersiap-siap..aku parking dulu kat sini. So yang lain-lain nanti terus susun motor dalam 2 barisan. Takpe..ni bukan ride yang official pun. Ride untu kite-kite aje.. ;)
Beberapa buah motor dah mula mengambil posisi..
..mcm ni ler moment waktu ni, tak cukup 20 miinit berehat + bersembang..kat sini pun bleh sambung lagi..hehe. Takpe..no hal. Memey ride santai pun. Yang lain2 mula berbaris..
Setakat ni cuaca mula bertambah baik..kalo tadi ade ler skit mendung2 manje gitu. Semua berharap “biar ler cuaca panas..jangan ler hu*jan..”.
OK..aku rasa semua dah ready kot? Isyarat “thumb up” pun diorg dah bagi..moh ler kite ke Kuale..!
Tayargolek bermula…
“Terima Kasih..Pandu Cermat..minyak pun jimat..” lol
Perlahan-lahan kitorg meninggalkan R&R Tapah. Aku..sekali lagi berada kat depan. Aiseyyy..! kat depan lagi..hehehe. Takpe..rileks! kite ride slow-slow jer (slowly ler)..jangan rushing..jangan kelam-kelibut eh..
ON jer camera..diorg mula memotong perlahan-lahan. Baguih bebeno kome ni..hehehe
p/s: betui idok ayat teman ni yop? Idok ler teman terrer bebeno ckp slang Perak ni..komen skit..
..sorang demi sorang memotong. Langit & awan yang cantik menceriakan lagi ride kitorg time ni..
“Kuale Kangsooooo..!! Peace yoooooooooo..! sempat lagi buat “peace yoooo” tuu..hehehe. Betul2 teruja nampaknye. So hari ni, jadi lah kenangan bile korang tengok gambiran ni..syiokkk tak??
Masing2 mula memberikan pose terbaik semasa “on the bike”. Pada hal time ni aku main bedal ke petik camera ni..langsung tak tau dapat capture ke tak. Tapi rezeki korang ler..semuanya nampak menjadik. Ni berkat tangan kene bedung la ni mase kecik2 dgn mak aku..hehe. Sayang makk..!
sekarang semua rakan-rakan dah berada kat depan. Griffin kali ni jadik ‘sweaper’ jer katanya. Dari awal2 lagi dia kata nak lepak belakang jer..itu semua no hal, yang penting semua hepi..
Agak sayang skit sebab gambiran time ni kurang menjadi..ade ler ‘blur’ skit. kalo tak lagi ‘suaiiii!’.
p/s: suai – (nada tinggi) dalam bahasa Thai bermaksud ‘cantik’ ;)
Perjalanan kitorg setakat ni berjalan dgn baik dan lancar. Harap-harap sampai balik ler mcm ni. Kat depan tu boleh kite nampak pemandangan gunung yang kebiruan.
..risau gak bile nampak tanda arah “Cameron Highland” tu..mane ler tau kot2 ade yang terkucil dari landasan tetiba menukar laluan terlayan Cameron..hehe
..dah lama sangat lepak belakang..skg aku pulak berada kat depan. Ini ler gambiran preview yang hari tu..
View bukit bukau + air terjun..
..terpakse ler aku memperlahankan speed time ni sebab lori treller kat depan tu memey slow. So skg..Zaimi mula mengambil alih tugas sebagai ‘lead’ untuk mengemudi kitorg ke Kuale Kangso. Ini ler yang kite namakan KERJASAMA. Aku dgn tugas aku untuk gambiran..diorg dgn tugas diorg agar ride berjalan dgn lancar. Korang memey aku respek..memey terbaik!!
..masing2 mula memotong treller kat depan ni..
..gambiran demi gambiran aku capture untuk moment time ni.
..eh? bile masa ade GTR pulak eh?? owhhh..baru aku ingat, masa kay R&R tadi ade sorang brader bawak GTR lepak sekali. Brader ni nak balik ke Baling, Kedah. So dia join sekaki sehingga ler ke Kuale Kangso nanti.
p/s: tak sangka plak dapat shot GTR time ni..hehe
Masih lagi di jalan yang lurus. Tapi..dugaan pasti akan ade dihadapan. Doa-doa ler agar diorg ni tak terpesong jauh dgn jalan yang berliku kat depan ni nanti.. :D
Kabus dicelah-celah bukit..
hingga lah beberapa ketika..
..tuddiaaaa! jalan berliku dah mula kelihatan. Aku tau diorg sure geram nak “layan meleper”..termasukler aku jugak..hahaha. Takde laah..mana ada ‘layan meleper’..diorg ni bagus..dengar nasihat. Tapi walau mcm mana pun kene ‘meleper’ jugak. Kalo tak kang ke gaung le pergi nyehh..
RED VERSYS on the bike..!
..tetiba ternampak pulak 2 biah motor (Versy & SRAD) kat tepi highway. Nampak macam ade masalah jer SRAD tu..(ceh mcm tau2 jer SRAD yang ade masalah)..haha
“Welkom to IPOH”
Betul tak Griffin?? hikhik
..kat sini antara moment ride yang tak akan aku lepaskan. Gambiran sebanyak mungkin aku amik..yg tak cun nanti bleh delete ;)
Nice view beb..!
..dan Snooke antara salah sorg yang agak bertuah sebab dapat capture gambiran on the bike ber’view’ kan bukit batu kapur...dan dan tu jer dia ‘overtake’ aku..gud timing haaaa..!
..Ipoh..
..sedikti lagi gambiran pemandangan yang sempat aku capture.
..masih lagi dibelakang untuk shot beberapa keping gambiran disini..
Nasib baik jugak kenderaan beroda 4 tak banyak time ni. Boleh fokus 2 benda..gambiran + tunggangan.
..tak lama lepas tu, bermulalah aksi meleper diorg ni. Tapi diorg meleper dlm keadaan yang santai jer taww..
..ada yang lepak kat lane kanan..ade gak yang lepak lane tengah. Mentang2 jalan clear..
..gambiran jarak dekat. Brader bawak GTR tu nampak mcm dah gatal tangan tu nak pulas jer throttle..hehe
..kite meleper santai2 jer..siyes wa cakap lu. Tgk ler speed motor aku berapa?105KMJ jer..
..menghampiri terowong..
keadaan dan suasana semasa di dalam terowong. Clear pulak gambiran ni..
Perghhh..! sinarann cahye yang ‘memanchorrr’ bikin silau mata la beb…
Kite layan dulu gambiran ‘meleper’ jap..
ok ..dah cukup..
@ Jambatan Sultan Azlan Shah
Selama ni guna highway PLUS ke Utara..tak pernah nye aku perasan ade info panjang jambatan ni..hahah. Skg baru aku tau 360meter panjang jambatan ni. Err..korang sebelum ni tau tak?
p/s: Ini ler yang dikatakan “nampak..tapi tak teliti” :D
..menyeberangi Jambatan Sultan Azlan Shah di Sungai Perak.
ok..dah hampir sampai ke Kuale Kangso kite yerr..
Exit ke Kuala Kangsar BANDAR DIRAJA..
p/s: Ini dah dekat dengan Betong ni..mau singgah jap..hehe
seketika menunggu lampu isyarat bertukar kaler..masuk ke kiri kot lepas ni? ye kot?
Cuaca di Kuala Kangsar agak mendung skit time ni..jalan pun basah mcm baru lepas hujan. Nasib baik ler lepas hujan bile kitorg sampai sini..phieww!
sepanjang jalan ke sini..jalan menuju ke Istana Kenangan memey bersih. Al-maklum..kawan BANDAR DIRAJA beb..kene ler jaga. Ehh..tu pun diorg..!
Diorg lepak sekejap kat sini sebab nak bagi cukup bilangan motor..bile nampak semua dah ada, diorg pun bersiap ler..
Aku stop amik gambiran. Isyarat dari Zaimi untuk bergerak terus ke Istana Kenangan.
Tunggu diorg jap..
serba sedikit keadaan di Kuala Kangsar..sangat tenang. Kelihatan banyak kereta tengah parking kat tepi jalan. Depan tu ade taman rasanya..
tayargolek diteruskan lagi..Destinasi pertama “Kembara Mengejar Sejarah II” dah semakin hampir ..
..time ni masing-masing menggolekkan tayar ikut haluan masing2. Aku pulak..berhenti jap untuk gambiran pemandangan di tepi sungai.
Seperti aku cakap tadi..keadaan kawasan kat sini agak sunyi dan tenang. Semua pengguna jalanraya memandu dengan perlahan.
Boleh dilihat dari sini sebuah jambatan untuk menyeberangi sungai..
Pemandangan sungai + bukit-bukau dibelakangnye.
Lepas tu aku bergerak ke hadapan..
..dan berhenti sekejap untuk gambiran RED VERSYS berlatarbelakangkan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan.
RED VERSYS bergambiran dihadapan signboard MASJID UBUDIAH.
MASJID UBUDIAH..gambiran dari bawah. Nanti aku akan bawak diorg semua untuk bergambiran di masjid ni..
by the time aku nak ‘chaltae’..abg taja pun sampai. Dia pun excited nak amik gambiran Masjid Ubudiah ni..
Atas permintaannye untuk bergambiran..iniler kenangan bersama RED VERSYS di MASJID UBUDIAH
Ok bang?? hehe..
ok..aku tinggalkan abg Taja kat situ, terus ke ISTANA KENANGAN yang hanye beberapa meter jer dari sini..
Menyusuri laluan kawasan Istana. Dari jauh dah boleh nampak Istana Iskadariah yang tersergam indah.
Kawasan yang dipenuhi pokok-pokok..memey boleh ‘feel’ something kat sini.
@ ISTANA KENANGAN (MUZIUM DIRAJA), Kuala Kangsar
Alhamdulillah..selamat sampai ke destinas pertama di Istana Kenangan, Kuala Kangsar.
Gambiran dari jauh sebelum parking – ISTANA KENANGAN.
..ini adalah jarak sebenar time ni. So mcm amacam?
Dikesempatan yang ade..RED VERSYS aku tak lupakan untuk bergambiran berlatarbelakangkan Istana Kenangan..wihuuu!
ok..kasi parking motor jap.
..dan jarak KM setakat ini adalah 259.2KM
Ok la tuuuu..boleh tersenyum semua. Kire enjoy ler diorg dgn ride ni..aku harap ini adalah salah satu alternative dan idea baru buat semua selain daripada “ride untuk makan”..hehe
Barisan motor yang mengikuti ride “Kembara Mengejar Sejarah II”
..yang lain2 masih lagi berehat kat bawah. takpe take ur time bro..! 1 jam aku bagi mase kat sini..
..view Istana dari celah-celah pokok.. :D
Hasil daripada “Kembara Mengejar Sejarah II”, aku share sedikit info sejarah ISTANA KENANGAN.
ISTANA KENANGAN:
Istana Kenangan ini juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Pasa asalnya, Istana ini dibina sebagai tempat persemayaman sementara Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah(Marhum Kadasallah) sementara menantikan siapnya pembinaan Istana Iskandariah. Kini bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Di Raja Perak yang mempamerkan sejarah kesultanan dan menyimpan khazanah alat-alat kebesaran Negeri Perak.
Bangunan ini telah didirikan pada tahun 1926, dan dianggap sebagai satu pencapaian yang tinggi dan unik dalam senibina tempatan kerana senireka dan kehalusan buatan dan binaannya yang tidak menggunakan walau sebatang paku dari logam.
Pelan atau pandangan dari atas bangunan ini adalah berbentuk atau berkonsepkan sebilah pedang yang disimpan didalam sarungnnya, dimana bahagian hulu pedang adalah bilik peraduan Sultan. Bahagian sarung pedang adalah merupakan Balai Rong seri Istanam.
Istana ini sungguh pun kecil, iayan mempunyai Singgahsana Sultan yang cantik. Fasad dindig diperbvuat dari anyaman kelerai sementara struktir bumbung pula dikatakan mewarisi kombinasi gaya perabung lima dan perabung pisang sesikat. Bumbungnya yang asal adalah menggunaan kayu papan keras jenis berlian.
Sumber: Istana Kenangan board info.
Jom..kite ushar skit ISTANA KENANGAN ni dengan lebih dekat..harap2 boleh masuk ke dalam Istana..
Masih kelihatan cantik dan terjaga..
Istana Kenangan yang kini dijadikan Muzium Diraja Perak..
Tapi kan…nasib kitorg kureng baik skit laaa…hajat nak masuk kedalam istana tak kesampaian. Ape sebab musababnye? Tengok ler notos kat bawah ni..
..aiseyyman..tutup ler sebab kerja-kerja menaik taraf kehidupan istana. Ini mcm kalu..tak dapat ler nak selongkar lagi..
takpe lah..dah takde rezeki..nak buat mcm mana kan..
Amik jer ler gambiran dari luar..
Istana yang dibina tanpa menggunakan paku logam..memey unik!
Info ISTANA KENANGAN
Waktu melawat..
Dengan cuaca yang baik..warna langit dan awan tu lagi menaik kan seri gambiran ni.
..ade gak meriam kat sini..
Lain-lain view disini..
beso betul pokok ni
pokok yang menjadi penambah seri Istana Kenangan..
memey cantik kawasan sekeliling Istana Kenangan ni..
Dah abis bergambiran semua..nak masuk pun tak boleh, maka bergambiran beramai-ramai ler kite..
Gambiran kenangan beramai-ramai dihadapan Istana Kenangan, Kuala Kangsar pada 4 Mar 2012.
Gambiran dari sudut yang lain pulak..
Lepas tu plak..kecoh satu Istana..ade ler salah sorang tu sibuk mencari toilet.
“ala…tabur jer kat tepi pokok tu” rakan2 memberi cadangan bernas..
“oiii..gile ko! kang tak pasal bengkak nanti nayaa..dah ler kawasan istana..kene daulat kang! haha” kata tuuuuut (nama kene rahsiakan) kehkehkeh..
..ini pulak rupa Istana Iskandariah yang agak berdekatan dgn Istana Kenangan..
..Kubah berwarna keemasan – warna rasmi DIRAJA..
sedikti gambiran motor..
memey tak susah nak cari angle untuk gambiran kat sini..semua ‘angle’ memey cun.
..dia nak lagi gambiran..adehh!
ok la beb..aku nak berehat jap. Pekene air dulu..jalan sana..jalan sini..”kerrak teking” le pulak..hehe
Lepak..santai2 di pondok yang disediakan. Dikesempatan ini, aku bagi diorg sticker “TAYARGOLEK.COM”..tanda rasmi telah join ride together-gether ;). Thanks semua atas support..
ok beb..bagi changce kitorg berehat jap. Lepas ni kitorg akan singgah di 1-2 tempat dikawasan berdekatan. Ni memey takde dalam plan..tp dah alang-alang kat sini..kitorg amik peluang yang ade.
so lepas ni..kitorg akan singgah di Masjid Ubudiah pulak..
Rajin-rajin masuk TayarGolek.Com untuk update seterusnya nanti..
Adios,
Han
4 comments:
nanti ada rejeki.. boleh ride mai peghelih pulak.. saya sedia menunggu.. hehehe.. =)
halaaa jelesnye tgk. tp ni u alls bro broje. awek xde. kalo ade lady biker nk ikt shy shy cat kot
Hasmizal - InsyaAllah bro..ade rezeki ride ke sana nanti saya war2 kan
Anonymous - memey semua bro2 je yg join. Lady biker shy2 :D
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..