You Are Reading

13

Kembara Bumi Suci 2…countdown!

TayarGolek.Com Friday, March 23, 2012
Yooosshhhh..!



Salam Sejahtera.





Cabaran kini bermula..!!


Begitulah kata-kata semangat untuk para peserta KEMBARA BUMI SUCI 2.



DSCN0934


Baru2 ni Israq Adventure telah mengadakan satu lagi taklimat kepada semua perserta yang mengikuti KEMBARA BUMI SUCI 2 bertempat di Two Wheel Garage, Glenmerie Shah Alam.

Taklimat kali ini adalah merupakan sesi taklimat yang ke-3 dan tujuan taklimat ke-3 ini lebih kepada persiapan-persiapan dan persediaan terakhir Kembara Bumi Suci 2 ke Tanah Suci Mekah. Antaranya seperti status Visa, laluan baru , persediaan dari segi pakaian serta kenderaan (motor & 4WD) dan serba skit view tentang perjalananan/negara yang bakal dilalui.







Antara motorsikal para peserta yang mengikuti Kembara Bumi Suci musim ke-2 dan motor rakan2 yang hadir..

DSCN0930

 DSCN0931



DSCN0932


DSCN0933




  DSCN0974 

DSCN0976


DSCN0977


DSCN0936



DSCN0978


DSCN0979

DSCN0980


 DSCN0982


Side panniers “Touratech”:
DSCN0937


DSCN0938
  
Side panniers “Touratech” yang pertama di pasang pada motor VERSYS. Bracketnya adalah DIY dari Two Wheel Garage.










BERNAMA TV:


Turut memberi liputan hari tu adalah Stesen TV dari BERNAMA TV yang menemuramah En. Azman Baharuddin (Abg Man) dan Hj. Mohd Asser tentang persiapan terakhir Kembara Bumi Suci 2 yang bakal memulakan perjalanannya kira-kira 1 bulan jer lagi iaitu pada 21 APRIL 2012.  Pengembaraan ini baal mengambil masa selama 60 hari.
 
Sesi temuramah oleh wartawan BERNAMA.
DSCN0951DSCN0941  
 Sesi temuramah -  Abg Man sedang ditemuramah oleh wartawan BERNAMA tentang persiapan dan persediaan KBS 2..





DSCN0947



DSCN0949
Hj.Asser yang merupakan salah seorang ‘organizer’, juga tidak terlepas dari ditemuramah oleh wartawan BERNAMA tentang laluan perjalanan yang baru untuk musim ke-2 nanti.







DSCN0955






Para peserta sedang membuat pendaftaran terakhir..


DSCN0942

DSCN0960

tayargolek

DSCN0950 
DSCN0964



Bacaan Doa Pembuka Majlis:
DSCN0967
Sebelum memulakan taklimat..bacaan Doa Pembuka Majlis oleh Saudara Hatta (Ustaz)



Taklimat bermula..
DSCN0969
"Keputusan untuk mengikuti Kembara Bumi Suci ke Mekah bukan datangnya dari saya..tapi dari anda sendiri. Inilah yang kita katakan 'seruan dari Ilahi" yang mana Allah telah membuka dan memberi laluan untuk ke sana. Jadi, dari sekarang segala perbuatan dan percakapan anda perlu dijaga. Apa yang anda niatkan..ape yang anda cakap ibarat satu doa di sana nanti. Sebagai contoh, salah seorang peserta kembara yang lepas..dia kata tak nak basuh motor sampai balik ke Malaysia nanti. Tapi ape yang terjadi? disebabkan kata2 tu..dia pulak kene basuh motor hari2 sebab tar jalanraya melekat  kat motor dia.. " kata Abg Man sebagai ketua Program Kembara Bumi Suci dari Israq Adventure Team.


Beberapa kelainan di Kembara Bumi Suci 2, antaranya:
1) Route/ laluan


 Route Kembara Bumi Suci 2
Kalau Kembara Bumi Suci yang pertama menggunakan laluan ke "Central Asia" iaitu Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan & Iran. Namun, untuk Kembara Bumi Suci 2 bakal menggunkan laluan baru dari China ke utara memasuki Kazakhstan dan Rusia sebelum turun ke Georgia, Azerbaijan, Turkey, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Jarak yang dianggarkan adalah sejauh 20,000KM.



DSCN0958
Aku ceduk kata2 Abg Man "..our journey will start from China..! Thailand dan Laos hanya sebagai transit je..". Pada aku dari kata2 Abg Man, kite boleh nampak bahawa perjalanan yang 'adventure' bermula di China yang mana negara China tidak membenarkan sama sekali kenderaan 2 roda menggunakan highway.


2) Pengacara/host turut menunggang motorsikal.
Saudara Iskandar yg bakal menjadi pengacara/host rancangan musim ke-2, bakal turut sama menunggang motorsikal. Mungkin kelainan ini serba sedikit dapat memberikan pandangan, 'feel' & pengalamannye yang tersendiri.


3) Motorsikal & pacuan 4 roda:
Info yang Abg Man bagitau, sebanyak 14 buah motorsikal dan 2 buah pacuan 4 roda bakal mengembara selama 60 hari merentas 12 negara.  Daripada 14 buah motor tu, 11 daripadanya adalah BMW, 2 KAWASAKI VERSYS dan 1 SUZUKI VSTROM.


4) IKIM.fm radio rasmi Kembara Bumi Suci
    Stesen radio IKIM.fm akan menjadi stesen radio utama sepanjang misi KEMBARA BUMI SUCI 2 ke Tanah Suci Mekah. Stesen radio IKIM.fm akan memberikan laporan terkini setiap minggu.



Selain tu, Kembara Bumi Suci 2 telah mendapat beberapa tajaan dari:
i)  Alphinestar - menyediakan riding gear seperti glove (weather prove), riding jacket, riding pants
ii) El-Hajj - Halal Skincare product yang boleh digunakan semasa Ihram sewaktu menunaikan Haji atau Umrah.
iii) Chear Motor Motorrad - diskaun separuh harga untuk service bagi semua motor BMW yang mengikuti kembara.
..dan lain2 tajaan.


    Saudara Hatta (Ustaz) sebagai Ketua Kor Agama:
DSCN0970
Ustaz ( Hatta) sedang memberikan sedikit kata-kata tentang persediaan dari segi ‘rohaniah’ kepada rakan2 yang lain. Beliau akan ditugaskan untuk sama-sama ingat-mengingati dan berpesan-pesan kepada rakan2 yang lain sebagai ‘tazkirah’ dan majlis ilmu sepanjang kembara nanti.



Kata-kata semangat dari Saudara Jihat (peserta Kembara Bumi Suci 1):
DSCN0973
   
Turut dijemput hadir, Saudara Jihad yang merupakan peserta pada musim lepas. Saudara Jihad telah memberikan sedikit tips, berkongsi pengalaman  dan kata-kata semangat  secara langsung kepada bakal peserta.

Aku tertarik dengan kata-kata Saudara Jihad " ..dugaan tetap akan ada. Umpama minyak wangi..sebelum mendapat wangian tu..bunga-bungaan tu perlulah dilenyek..ditumbuk..dihenyak sehingga hancur..baru lah kite dapat hasilkan wangiannye..". Sama-sama kita hayati kata2 yang cukup mendalam ertinya..cukup ikhlas dari hatinye.

Jom kite saksikan petikan video yang telah dirakam oleh jurukamera Kembara Bumi Suci 2 iaitu Saudara MK.





Jadi, sama2 kita doakan kejayaan rakan2 kite yang bakal mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah. Semoga tabah dengan dugaan sepanjang perjalanan..dan selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti.

Begitulah serba sedikit perjalanan & persiapan terkini para peserta KEMBARA BUMI SUCI 2 yang dapat aku kongsi bersama untuk semua pembaca TAYARGOLEK.COM.
Persoalannye..adakah aku join KEMBARA BUMI SUCI 2 ini? …..Biarlah Rahsia ;)
Sekian.

Adios,
-Han-

13 comments:

Dee said...

Syabas bro ...join kembara bumi suci 2, dpt buat umrah.

dakwan said...

Tahniah abang aji...hehehehe

Baca statement lepas gambau pertama dah agak...hang memang join.....

Semoga selamat sampai dan pulang.

Jangan lupa update TG nnt.....

TayarGolek.Com said...

Dee & Dakwan - Alhamdulillah..amin! semoga makbul doa tu.. :D. Aminn..

TayarGolek.Com said...

betul2 kontroversi entry kali ni..hikhik. Tunggu jer laa ;)

Anonymous said...

Alhamdulillah...... bang Aji Han. Slamat poe dan balik , doakan utk kawan2 jgak.

-dee-

un-dark87 said...

aminnn....semoga termakbul bro....
sgguh kontroversi....:P

Anonymous said...

Ayat yg ditulis " sebanyak 14 motorsikal 11 BMW,2 VERSYS,1SUZUKI".. aku rse bro jan ikut ni. aku nmpk versys cm ade dua je

kimi

Muz Putrajaya said...

wow!! bro.han lu join ker...kalau lu join wa doakan selamat pegi & pulang bro...:)

TayarGolek.Com said...

kimi - kehkehkeh..ko nampak tp kurang teliti..hehe

TayarGolek.Com said...

Muz - Thanks bro..just wait & see.. ;)

beji said...

aku nak pergi juga!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kalau di-izinkan Allah, kami berhajat untuk bersama Kembara Bumi Suci 3.

E-mel: lianokjo@hotmail.com
Tel: +6564443628, 0146119025, 0108877645

Wasalam.

TayarGolek.Com said...

salam..msg dah saya sampaikan kpd Abg Man (Azman Baharuddin). Terika Kasih,

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com