You Are Reading

0

Kembara Mengejar Sejarah II : Masjid Ubudiah

TayarGolek.Com Monday, March 12, 2012

 

Yooosshhhhh….!

 

Salam Sejahtera..Salam Tayargolek!

Sambungan seterusnya Kembara Mengejar Sejarah II di Negeri Perak.

 

Kalo ikut plan asal, kitorg akan berada di Istana Kenangan ni dalam masa sejam..lepas tu terus ke Ipoh. Tapi disebabkan ade cadangan + permintaan dari rakan2 yang lain masa tengah lepak2 kat pondok tu..kitorg decide untuk singgah sekejap di MASJID UBUDIAH BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR yang hanya terletak beberapa ratus KM dari sini.

 

Jom kite tayargolek ke sana..

 

 DSCN0450

Walau pun jaraknya hanya beberapa KM jer, tp riding gear tetap kene pakai..keselamatan!!

 

 

 

DSCN0451

Beberapa rakan yang lain dah ready..amik port dulu..

 

 

DSCN0452

OK..semua dah ready dah! Tayar golek time..!

 

 

DSCN0453

Sekitar jam 11.30pagi, kitorg meninggalkan perkarangan ISTANA KENANGAN..

 

 

 DSCN0454

..dan kini menuju ke MASJID UBUDIAH.

 

 

DSCN0406

Singboard “MASJID UBUDIAH BUKIT CHANDAN KUALA KANGSAR”

 

 

 DSCN0455

..peringatan kepada semua

 

 

DSCN0456

Motor kitorg berlatarbelakangkan MASJID UBUDIAH. Memey nice view..

 

DSCN0473

Gambiran masjid dari dekat..

 

..sejarah MASJID UBUDIAH :

DSCN0474

  Info sejarah pembinaan Masjid Ubudiah ada diceritakan dan boleh dibaca di sini..ceritanya agak panjang.

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar:

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.

Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.

Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.

Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.

Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya olehSultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.

 

 

Lain-lain gambran:

DSCN0479

 

DSCN0466 

 

DSCN0467

 

DSCN0469 

 

 

 

DSCN0470 

 

 DSCN0468

Makam DiRaja Perak.

 

 

DSCN0471

Semua Kaum Kerabat DiRaja Perak disemadikan disini..

 

 

 

DSCN0475

View gambiran motor dari atas..

 

DSCN0476

..dan ini jugak   

 

Gambiran kenangan di Masjid Ubudiah:

 DSCN0457

Gambiran beramai-ramai “Kembara Mengejar Sejarah II” dihadapan Masjid Ubudiah – 4 Mar 2012.

 DSCN0458

..gambiran candid!

 

 DSCN0459

..one more time! hehe..

 

 

  DSCN0460

..masuk episod yang ke-3, baru ado muko den..hahaha (malu ler) :P

 DSCN0462

RED VERYS & Masjid Ubudiah

 

 

DSCN0463

....dan last gambiran..

 

Alrite..serba sedikit sejarah & gambiran di Masjid Ubudiah. So lepas ni kemana pulak?

Kite ke Istana Ulu…

Sambung selepas ni..

 

Adios,

Han

0 comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com