Archives

7

Kembara Mengejar Sejarah – Istana Ampang Tinggi

TayarGolek.Com Tuesday, September 27, 2011 , , ,

 

Yooosshhh..!

 

Salam Sejahtera..

 

Diam tak diam..dah pun masuk episod terakhir dalam siri KEMBARA MENGEJAR SEJARAH. Destinasi seterusnya di Seremban merupakan destinasi terakhir pada ride kali ini. Aku harap apa yang dapat aku kongsi disini..sama-sama kita dapat manfaat tentang kewujudan sejarah tanahair kita..InsyaAllah.

Segala ‘mistik’ tu kita tinggalkan..biar lah jadik pengalaman & kenangan manis.. ;)

 

image

Baiklah..tanpa buang masa..aku teruskan ‘journey’ ke Seremban. Jarak dari Seri Menanti ke Seremban kira-kira 35KM jer. Sama seperti sebelum ni..kitorg teruskan perjalanan menggunakan jalan dalam. Map diatas menunjukkan laluan atau route kitorg dari Seri Menanti – Seremban..

 

Jom ler..follow aku ke Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan di Seromban..Nogorii!

 IMG_6481

Selamat Tinggal Bandar DiRaja Seri Menanti - ..sambungan gambiran dari episod sebelum ni. Kitorg menyusur keluar dari kawasan Istana Seri Menanti mengharungi jalan yang sama sebelum tiba di persimpangan jalan besar.

 IMG_6484

Lepas jer simpang utama..kitorg menuju ke arah Seremban. Jalanraya dah mula ada penghuninya. Al-maklum ler..time skg dah pukul 1.00ptg. Rasanya ramai yang keluar untuk ke Open house atau pun majlis perkahwinan. Sepanjang kawasan ni..ade ler sebuah rumah tengah buat keje kahwin (takde gambiran).

 

 

IMG_6485

..ketika ini, kitorg terpaksa menggunakan lalaun tepi (kiri) sebab keadaan trafik jalanraya memang perlahan giler. Tak sure ape yang berlaku..

 

Sampai beberapa kilometer dihadapan..rupanya punca kenderaan jadik ‘slow’ ni ada majlis kahwin. So, anggota-anggora RELA tengah menjalankan tugas mengawal lalulintas. “..owhhh! ade kenduri kawin rupenya..awat tak jemput? muahaha

 

 IMG_6486

Lepas tu..line clear! Boleh ler speeding skit..sojuk skit badan..

 

 IMG_6488

..melepasi sempadan daerah Kuala Pilah – Seremban. Perjalanan kitorang lancar..walapun kadang-kadang tu banyak plak kenderaan bertayar 4..sampai ler ke bertayar 10..

 

Cuaca setakat ni..Alhamdulillah..baik-baik aja deh! Tapi sedikit bahang asmara..

 IMG_6489

Jika korang tanya..masuk Bukit Putus tak? hehehe..jawabnya TIDAK! Kitorang guna laluan ‘by pass’ dari Kuala Pilah ke Seremban. Mungkin ada yang kata..”rugi woo tak masuk lalu Bukit Putus..boleh asah tayar!”..hehehe. Tapi tu ler..motif operandi nya nak guna jalan ‘by pass’ tu jer… next time la kot!

 

Bile jalan clear..ape lagi nak buat? meroket? owhhh..takk! Kitorg tetap maintain speed sekitar 120-130kmj jer. So bergambiran ler..

 IMG_6491

On the Bike - Faiz ..in action!

p/s: Faiz – ko nak gambiran ‘ori’ ni blh roger aku eh..mana ler tau nak wat wallpaper ker..pic profile FB ke..hehehe. Tapi ade pengeras nyehhh! ahaksss.. :P

Lain-lain gambiran dibawah ni adalah semasa di ‘by pass higway’ Bukit Putus..

 IMG_6492

..aku overtake di Faiz jap untuk amik gambiran Griffin pulak..tapi dah agak menurun bukit plak..

 

 IMG_6493

so slow down balik..follow diorg..lepak belakang!

 

 IMG_6496

..bile dah kat belakang, semakin rileks ler gaya tunggangan aku. Mata ni dok ushar kanan-kiri melihat suasana yang jarang-jarang aku  lalu. Lain le kalo kampung aku kan sini..sure wat tak pandang jer!

 

 IMG_6497

 

Perjalanan ke Seremba..kitorg telah menyaksikan suasana atau keadaan bukit bakau bukau di sebelah kiri jalan. Sayup jer bile tengok..tenang jer fikiran! “..alangkah syiok nyerr kalau layan Bukit Putus tu kan..? kan..?” ..huhu

 

 IMG_6499

..tayar tetap bergolek..dan bergolek! tau-tau jer dah nak sapai Seremban. Mcm ni pun terasa sekejap beno..tu belum yang kaki meroket lagi. Mau nya 10 minit sampai dah..

 

 IMG_6502

..dah start bersimpang..traffic light. Ni yang tak syiok nih..

 

 IMG_6503

..bahang jalanraya dah terasa dah. Tetap sabo menunggu lampu bertukar hijau. Terasa plak “kerak teking” time ni..

 

@ SEREMBAN

Tak jumpa plak signboard ‘Selamat Datang ke Seremban”..aku  terlepas pandang ker..atau memang takde?

 

IMG_6504

Mula memasuki bandar Seremban..agak busy skit tapi masih lancar. Time ni ler skill mencilok-cilok terpaksa digunakan..

 

 @ MUZIUM NEGERI – ISTANA AMPANG TINGGI & RUMAH NEGERI SEMBILAN.

IMG_6505

…selamat sampai ke destinasi terakhir dalam siri KEMBARA MENGEJAR SEJARAH. Disinilah terletaknya ISTANA AMPANG TINGGI & RUMAH NEGERI SEMBILAN.

GPS :  N02” 43.075’    E101” 55.208’

 

Sampai ke Muzium Negeri kira-kira pukul 1.35ptg..30 minit gak dari Seri Menanti ke sini. Orait la tu kan. Bile dah sampai..1st thing yang kitorg buat..pekena air dulu beb! phiewww! panas giler..! Tak cukup dengan bekalan air..kitorg serbu kedai cenderamata cari air sejuk.

 

IMG_6511

..chait! diam-diam Griffin dah kena air sejuk dulu..tak bleh jadik nih! huhu. Tapi inilah satu-satunya kedai cenderamata yang ada disini. Bila ditanya dgn Pakcik kat dalam tu dia kata “..kedai ni bukak sampai pukul 5.00ptg”. Memey rileks jer pakcik tu..sorang2 dia jer duduk dalam tu..

 

Lepas pekene ‘Nescafe Ori’ sejuk + berasap..baru ler tenang jiwa ni. Hal kat Istana Raja Melewar hilang terus..muhahaha..

 

..dah abis lepak2..baru ler start amik gambiran..

IMG_6506

..gambiran motor kene ade. So, for the first..amik gambiran motor dulu lah.

 

IMG_6507

RED VERSYS bergambiran dihadapan MUZIUM NEGERI.

 

 

IMG_6508

Angle lain pulak..

 

IMG_6509

…dan 3 sekawan..menyerlah betul kaler si RED VERSYS tu kan??? ahakss..

 

IMG_6539

Last gambiran motor..lepas ni kite ushar skit2 bangunan2 sejarah kat sini.

 

IMG_6510

MUZIUM NEGERI SEMBILAN atau KOMPLEKS TAMAN SENI BUDAYA

Aku share skit info bangunan ni.

Bangunan utama kompleks ini dikenali sebagai “TERATAK PERPATIH”..merupakan contoh rekabentuk senibina  MINANGKABAU yang sangat istimewa dan menarik. Diperbuat daripada kayu dan struktur bumbungnya menyerupai ‘Tanduk Kerbau’..

  Gambiran2 lain “Teratak Perpatih”..

IMG_6512

IMG_6514

IMG_6519  IMG_6516

MUZIUM NEGERI SEMBILAN dari arah depan..

 

 

IMG_6517

opsss..! ter ‘capture’ plak dah..huhu

 

Masing-maing tak mau masuk dalam..bail muzium..Istana ..mahupun rumah lama tu..ntah tak tau plak sebab ape diorg ni pun tak mau masuk ke dalam. Aku mcm biasa ler..alasan yang sama “malas nak bukak kasut”..ahaksss!

 

Muzium Negeri sudah..next! Jom kite tgk Istana Ampang Tinggi pulak.

 IMG_6518

Pintu gerbang..masuk ikut sini eh..

 

 

BATU MEGALITIK  PENGKALAN KEMPAS

Batu Megalitik Pengkalan Kempas

Batu Megalitik Pengkalan Kempas yang terdapat kat sini merupakan replika Batu Megalitik. ianya seperti bentuk asal yang terdapat di Mukim Linggi, Port Dickson atau lebih dikenali sebagai Keramat Sungai Udang.

 

IMG_6524

Batu-batu ukir yang terdapat disini adalah  dari jenis batu megalitik seperti Batu Kemudi, Batu Sudu dan Batu Pedang.

 

  IMG_6526 IMG_6529

MERIAM ..tak tau gak mende ni memey masaaloh ler..haha

 

 

ISTANA AMPANG TINGGI 

Istana Ampangan Tinggi

IMG_6525

Istana Ampang Tinggi – “..menurut sejarahnya, bangunan ini telah dibina pada tahun 1861 sewaktu pemerintahan YamTuan Ulin (YamTuan Imam) Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 antara tahun 1861-1869. Tapak asal istana ini pula terletak di kawasan sawah padi di Kampung Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Tunku Muhammad, Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Ketujuh. Bagaimanapun, pada tahun 1953, Istana ini dipindahkan ke Seremban dan dijadikan Muzium Negeri..

 

 IMG_6521

Pic Istana Ampang Tinggi & Rumah Negeri Sembilan..

 

IMG_6527

..dari pandangan hadapan.

 

IMG_6528

..ade pun papan tanda..

 

IMG_6535

Keadaan Istana dari bahagian belakang..

 

 

RUMAH NEGERI SEMBILAN

   IMG_6530

Rumah Tradisional Negeri Sembilan  - “..Rumah Melayu Tradisional mempunyai daya tarikan yang tersendiri di mana setiap binaan dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Info lain mengatakan, rumah ini telah dibina sekitar tahun 1921..” – sumber Arkib Negara

 

IMG_6532 Rumah Lama Negeri Sembilan  IMG_6533

Unik dan Seni – lihat saje pada dindingnya..penuh dengan seni ukiran yang amat halus.

 IMG_6534 

bawah rumah..

 

IMG_6536

keadaan rumah Negeri Sembilan di bahagian belakang..

 

Memang kepompom kitorg ber-3 tak masuk ke dalam mana2 bangunan. Cukuplah kot hanya melihat dibahagian luarnya jer. Lupa nak bagi tau..rumah contoh dan Istana ni dihadkan kepada 12 orang sahaja dalam satu masa jika ingin masuk kedalam. Lebih dari 12 orang tu…errr..errr..tanggung sendiri lah yer!!

 

Alrite..gambiran pun dah banyak  aku amik. Kitorg berehat jap di tangga Istana..sambil-sambil sembang tentang keunikkan seni ukiran dan reka bentuk senibina bangunan. Lebih kurang 10-15 minit, kitorg mula melangkah keluar ke kawasan parking motor. Bukan ape beb..! tetiba jer ade sebuah bas pelancong masuk bawak pengunjung ke Muzium Negeri.

Memandangkan barang2 kitorg semuanya kat sana termasuk ler kunci motor, helmet, GPS..bla bla..hati terdetik “ risau plak barang2 kat sana tu..takut hilang kang!”.  Ditambah pulak kata-kata dari sorang pakcik yang turut bersembang dgn kitorg time tu “ barang2 semua kat moto?..kang kono rembat kang!..orang nak rembat ni bukan kiro maso..!” . Apo laie jang..! poie sinun laaa..

 IMG_6537

Tu diaa haihh..! pengunjung dari mana..tak sure. Tapi kalo tgk dari rupe + bahasa mcm dari Siam..

 

 IMG_6538

..lepak sini plak dah! Jangan tanye aku ..ape diorg ushar tu ehhh..! Khusyuk bonar den tengok..hahaha

 

Lain2 info kat sini..kata pakcik tu (lupo plak namo ehh)..kat bahagian bawah kawasan ni ada satu gelanggang gasing (gasing leper). Pertandingan gasing bagi peringkat daerah dan Negeri masih lagi aktif dijalankan..(gambiran gelanggang takde plak..malas nk turun bawah)

 

 

Panjang lebar dah nampaknya aku tulis..serba sedikit pengalaman ‘short ride’ KEMBARA MENGEJAR SEJARAH yang dapat aku kongsi bersama. Info2 yang lebih lengkap..boleh lah di ‘google’ kan jer.

 

Sebagai penutup kata..

“.. Dari R&R Seremban..kitorg ke Rembau mencari ISTANA RAJA MELEWAR. Diikuti ke Seri Menanti, kitorg menuju ke ISTANA DIRAJA SERI MENANTI..dan dari Seri Menanti, kitorg ke Seremban pula..menjejaki MUZIUM NEGERI, ISTANA AMPANG TINGGI & RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN. Maka dengan ini..lengkaplah destinasi, target dan tujuan kitorg dalam KEMBARA MENGEJAR SEJARAH  yang pertama ini…

Mengikut pengalaman aku..inilah ride yang lain dari yang lain, penuh dengan sejarah..secara tak langsung kitorg mendapat ilmu yang berguna. Sangat menarik..enjoy dengan ride yang santai..menyusuri dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan penuh misi. Susah sebenarnya kalo aku nak citer..satu kepuasan yang ‘amat berlainan’. Memang BEST lahh..!! Korang boleh cuba sendiri dan rasainya sendiri..ok? ..”

 

Dengan ini aku tamatkan ride “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH”

Sekian dulu..short ride yang simple mimple ni..Terima Kasih kerana sudi membaca dan komen. InsyaAllah..jika perancangan KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2 nanti bakal dilaksana..aku akan war-warkan di TAYARGOLEK.COM. Bile? Ke mana?..rajin2 lah bukak TayarGolek.Com yer..pastikan korang bersedia..huhu.

 

Alrite geng..jumpa lagi dilain2 ride atau stori yang lain akan datang.

Menungganglah dengan tenang..Fokuslah pada tunggangan..”

Jumpa lagi..

Adios,

Han

6

Kembara Mengejar Sejarah – Istana DiRaja Seri Menanti

TayarGolek.Com Sunday, September 25, 2011 , ,

Salam Sejahtera..

 

Lega rasanye bile episod pertama Kembara Mengejar Sejarah di Istana Raja Melewar selamat di’published’. Perasaan ‘meremang bulu roma’ serba sedikit hilang..phiewww! Tapi ade jugak rakan2 pembaca yang berminat nak tau cerita lain yang dikatakan ‘mistik’ dan objek ‘makhluk’ yang aku cerita sebelum ni. Bersungguh-sungguh betul diorg (OP, Musang & Zul74) ni suruh aku citer..hehehe.

Tapi..mintak maaf la beb..aku tak dapat nak share atas sebab2 tertentu. Faiz & Griffin dah tau dah citer tu..heheh. Tapi kalo berminat nak tau jugak, boleh ler datang melawat istana Raja Melewar dan berbual2 sendiri dgn En.Nizam tu yer.. ;)

p/s: nak ‘terasa’ lagi, masa kt dlm istana tu..suruh En.Nizam cerita pengalaman dia..

 

 

 

IMG_6394

Ok la beb..kite tinggalkan dulu citer Istana Raja Melewar, Rembau..yang betul2 meninggalkan pengalaman ‘lain dari yang lain’. Perjalanan “Kembara Mengejar Sejarah” diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke ISTANA DIRAJA SERI MENANTI yang terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan

 

 

image

Perjalanan dari ASTANA RAJA ke ISTANA DIRAJA SERI MENANTI kira-kira 60KM melalui Senaling-Kuala Pilah-Seri Menanti. Ape yang menariknya nanti, kitorg akan melalui jalan kampung hingga ler ke Kuala Pilah. Menarikss tak? tak cukup lagi tuuu..Sepanjang jalan tu plak nanti penuh dgn jalan yang berliku-liku dan berbukit..

citer banyak tak guna..follow kitorg jom!

 IMG_6395

Menyusur perlahanan-lahan keluar balik ke jalan besar. Walaupun En.Nizam ada bgtau ada jalan lain yang lebih dekat..tapi kitorg tak mau amik risiko. Bukan risiko ape pun..risiko sampai lambat jer :P

 

 IMG_6397

Jelas kat sini..hanya kitorg ber-3 jer menggunakan jalanraya ni..hehe. Tapi ‘jiwa’ gua masih agak ‘kaget’ dgn cerita2 menarik di Replika Istana Raja Melewar…”agak2 nye..ade ker tak eh dlm camera aku???..suspend gak nihh..!

 

IMG_6398

Semakin aku ingat mende-mende tu..semakin jauh plak diorg kat depan. Gambiran demi gambiran aku amik..bukan untuk ape..sekadar satu kepuasan “menunggang sambil mengambil gambiran”. Rakan-rakan yang membaca blog merapu aku ni..boleh ler dapat bayangkan dan lihat sendiri keadaan suasana dan jalan sepanjang tayargolek ini nanti..

 

 

 

IMG_6399

dari satu sudut yang lain pulak..tapi mcm dah agak biasa gambiran mcm ni..

 

p/s: tali camera tak cukup panjang..kalo tak celah2 tayar aku amik..muahaha

 

IMG_6400

Masih lagi dikawasan kampung-kamoung. Tenang nyerr aku tengok kawasan kampung nih. Takde ke orang ajak inggah mai umah makan tengahari? kehkehkeh…

 

Sehinggalah beberapa ketika..kitorg mula memasuki laluan ke Kuala Pilah melalui Senaling..

 

 IMG_6401

Korang nampak sendiri kan..? jalan yang kitorg redah mcm mana?…syioooooooook woooo..!! Sunyi jer..ini ler kelebihan ride santai..feel enjoy with the ride!

 

IMG_6402

..dah  mula dah jalan ber’corner’..sebelum layan corner tu..aku nak gak amik gambiran dulu. Tapi, masih lagi ada yang bertanya mcm mana aku amik gambiran atas motor..hmmm..ko tgk ler sendiri pic atas ni, pic aku melalui ‘side mirror’..

 

 

@ KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

IMG_6406

Dipendekkan citer..kitorg dah pun sampai di sempadan daerah KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.

Hampir-hampir terlepas moment kat ini..tapi nasib baik den sompat gak amik gambiran…

 

  IMG_6408

SELAMAT DATANG KE DAERAH KUALA PILAH.. (time corner ni..tapi skit jer) hehe

 

 IMG_6403

Kanan kiri jalan hanya dipenuhi pokok-pokok hutan..takde sape kat sini.

 IMG_6409

so amacam? teracun tak dgn route mcm ni?…hehehe

p/s: jangan ler tetiba ade org komen.." laa ni kat kampong den ni..dokek yo ngan umah den ni haaa..!”

 IMG_6411

Tak laju pun bawak kat area-area ni..cukup ler 60-70kmj jer..

 

 IMG_6412

Memang terbaik la jalan kat sini..memang cantik!

 

 IMG_6413

Menghampiri simpang ke TAMPIN-KUALA PILAH. Jadi..ke Kuala Pilah ler…! Memey…ler! :P

 

IMG_6415

Alrite beb..! dah pun sampai simpang ke Kuala Pilah. Dari signboard tu menunjukkan ke KUALA PILAH/BAHAU adalah ke kiri. Jom..! diorg dah jauh kat depan tu..

 

 IMG_6417

..beberapa KM di jalan ini, sekali lagi kitorg terpaksa melalui jalan ber’corner’ baikkkkk punyer..! Tapi target kitorg adalah ride yang rileks..selamat sampai destinasi dan selamat sampai rumah. Maka, kitorg layan corner tu sesedap rasa jer…tak lebih2 pun ;) hehehe

 

 IMG_6418

selepas abis layan corner tu..now masuk ke jalan utama. Kat sini kitorg telah ditemukan “JALAN YANG LURUS”…jalan yang benar untuk ke ISTANA DIRAJA SERI MENANTI!

 IMG_6419

..dipendekkan citer lagi..ini lah signboard utama yang boleh dilihat dari jauh lagi arah ke  ‘MUZIUM DIRAJA”

 

 IMG_6422

Sekali lagi kitorg menyusuri jalan kampung melalui Tanjung Ipoh. Seronok betul sekali-sekala ride masuk kampung2 orang. Satu kepuasan..satu pengalaman!

 

 IMG_6423

Keadaan jalanraya dah mula sibuk skit. Mana tak nye..dah hampir pukul 12.00t/hari dah. Masing-masing dah mula lapor..time tu ler menyerbu rumah2 terbuka..hehehe..

 

Beberapa meter dihadapan tu..adalah simpang masuk ke Istana Seri Menanti..rasanya memey dah dokek bonar dah oii..!!

 

 @ BANDAR DIRAJA SERI MENANTI

IMG_6424

Tanpa diragu..tanpa sangsi..ini ler tempat nya. SELAMAT DATANG KE BANDAR DIRAJA SERI MENANTI…walaupun dalam negara aku sendiri..terasa bangga + excited bile menjejakkan kaki kat sini. Lebih2 lagi bersama si RED VERSYS kesayangan aku tuuu..takpe bagi aku masa skit..nanti aku cari angle cun nak shot si RED VERSYS ni eh..

 

 

IMG_6425

sunyi betul kat sini..tak nampak langsung orang lalu-lalang kat sini..

 

 IMG_6426

Seri Mersing Menanti..

 

 IMG_6427

Terus lagi..dan lagi! Aku ingat tadi biel dah jumpe singboard “SELAMAT DATANG KE BANDAR DIRAJA SERI MENANTI” tadi dh nak sampai dah..skg ni ade ler dekat 10-12KM kitorg dah mauk ke dalam..

 

 IMG_6428

Asal ada perkataan “Istana” atau “Muzium” Seri Menanti..kitorg ikut jer. GPS pun menunjukkan arah teru ke hadapan beberapa meter jer lagi..

 

 IMG_6429

Ade 2-3 kedai kat depan tu. Bile melalui kawasan kedai tu..ramai mata-mata penduduk tempatan tertumpu ke arah kitorg..(elehhh prasan banget!)

 

 

IMG_6431  

Macam yang aku janjikan tadi kat RED VERYS kesayangan aku ni..ini hadiah dari aku. Gambiran di hadapan pintu gerbang “BANDAR DIRAJA SRI MENANTI”. Aku stop kejap kat sini semata-mata untuk gambiran. Inilah wajah pintu gerbang BANDAR DIRAJA SRI MENANTI yang cantik dan megah dengan simbolik seperti tanduk dikiri-kanan tiangnya..

 

Fuhh..! bangga siut..muahaha

 

IMG_6432

Ok..cukup gambiran tadi..lets move!!

 

 IMG_6433

Terdapat sebuah masjid berdekatan dgn Istana Seri Menanti..

 

Bila dah semakin hampir..semakin perlahanlah motor kitorg. Masing-masing cuba menghayati..memerhati keadaan sekeliling. Al-maklum ler..bukan selalu datang ke tempat2 macam ni kan..jadi peluang yang ada diamik sepenenuhnya..

 IMG_6435

Terdapat sebuah round about kecil kat depan tu. Bile teringat r/about ni..kang jadik mcm kat Rembau ni kang..salah masuk! muahaha

 

 IMG_6437

Kan betul..hehehe! Ni Seri Menanti Golf Club..so kitorg kene pusing r/about semula. Maknanya, dari jalan utama tadi..amik pukul 12 ler..

 

 IMG_6438

Tu dia..Istana Seri Menanti. Gambiran ni aku amik masa kat round about..

 

 IMG_6439 IMG_6440

RED VERSYS bergambiran berlatarbelakangkan rumah rekabentuk Minangkabau..

 

Ok..gerak! pusing balik bulatan ni…

 

@ ISTANA DIRAJA SERI MENANTI

IMG_6441

Ok..sekarang aku dah menghala jalan masuk ke Istana. Dipintu masuk jalan ke istana ada signboard mcm kat atas..

 

 IMG_6442

Pic on the bike - Sambil menunggang..aku capture gambiran Istana dari jauh..

 

 IMG_6443

…dan inilah gambiran pertama RED VERSYS berlatarbelakangkan ISTANA LAMA DIRAJA SERI MENANTI..

 

 IMG_6444

View lain pulak..satu kepuasan yang tak terhingga bile sampai di sini. Legaaa..! Lebih puas bile motor sendiri bergambiran..hehe

 

 

IMG_6456

Sejarah Istana Seri Menanti..turut diterangkan disini. tapi kecik sangat la pulak kan?

 

IMG_6457

Demi korang..aku share info ni. Istana lama yang diperbuat dari kayu tanpa menggunakan sebarang paku..

 

IMG_6445

Berehat jap sambil2 kene air sebelum masuk ke dalam..’kerak teking’ beb!

 

 

IMG_6446

Masih tersergam indah..! Begitulah kesungguhan usaha Kerajaan Negeri yang sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan Istana ini. Sejarahnya tetap ada..dan struktur bangunannya masih kekal berdiri sehingga kini..

IMG_6449

Issshhh..isshhh..! aku ingat ‘makhluk’ ape tadi..skali memang orang daaaa…! adehhh..!

 

Time ni ler..si Faiz & Griffin start mengusik aku..

 

tak nak masuk ke bro..?? kekekeke..” tanya diorg sambil gelak kat aku..

“..Uiiishh!..tak mau la bro..yang tadi pun tak hilang lagi nih..korang nak masuk..masuk ler!”  kata aku plak..

“..mari la banngg! masuk la baaang..! (gaya ala-ala gitu)..” Griffin usik gua lagi..hahaha.

Siut ah korang ni..

Pada hal aku ajak masuk dalam stana Raja Melewar..semua tak mau..hahaha. Time tu ler kata kasut susah nak bukak laaa…kasut bertali laaa…leceh nak bukak-pakai balik laaa..mcm2 alasan laaaa diorg ni kannn.. Last2 aku masuk sorang2..muahahaha..amik aku! huhhu

 

 

Dah setel berasap..jom lah kite ushar2 ape yang ada..tapi seriously gua tak mau masuk ke dalam istana…malas nak bukak kasut ler :P :P

IMG_6450

Di Istana Seri Menanti pun ada jugak BATU KASUR seperti di Istana Raja Melewar…tujuannya tetap sama..

 

 

IMG_6451

BATU BERTIKAM pun ada jugak..tujuannya pun tetap sama mcm aku citer memula lagi di Istana Raja Melewar..

 

Lain-lain gambiran di Istana DiRaja Seri Menanti..

IMG_6452

Seperti maklumat yang diberikan..terdapat 99 tiang diperbuat dari kayu Cengal. Kayu Cengal ni memey keras – pengalaman aku ikut abah aku masa kerja balak dolu-dolu.. ;)

 

 IMG_6454

..dan beginilah keadaan lokasi Batu Bertikam dan Batu Kasur di sebelah kanan Istana..

 

 IMG_6455

oppsss..! aksi spontan..hahaha. Muka yang enjoyyy..

 

 IMG_6459

..sekarang aku nak masuk ke bawah istana ni, melalui tiang-tiang kayu cengal. Setiap permulaan tiang cengal ini mempunyai ukiran halus..penuh dengan seni dahulu kala. Terdapat juga tempat permainan ‘teng-teng’..satu permainan tradisional. Bile diimbas kembali..permainan ‘teng-teng’ ni merupakan salah satu permainan kampung masa aku kecik-kecik dulu. Memey seronok kalo main beramai-ramai..best nye waktu kecik2 dulu.

 

Korang pernah main permainan tu tak waktu kecik2 dulu?

 

IMG_6460

Gambiran dari bawah istana ke pintu masuk utama istana..

 IMG_6461

ini pulak..bahagian belakang istana..

 IMG_6462

Ramai jugak pengunjung time ni..pelbagai bangsa..1Malaysia lah kata kan..

 

IMG_6466

 IMG_6464 IMG_6465

Tabuh.. sebagai alat yang akan diketuk beberapa kali untuk memberitahu sesuatu pengumuman. Sepanjang aku hidup..aku rasa ini ler yang terbesar dan terpanjang setakat ni aku pernah tengok..

 

IMG_6467

Mimbar – kalo di masjid,..ianya digunakan sebagai pentas untuk memberi khutbah Jumaat. Tapi yang ini mungkin digunakan untuk tujuan istana..

 

IMG_6469

Tandu – dulu ianya digunakan sebagai kenderaan membawa raja dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti melawat kampung. Tandu diusung oleh empat orang dan ketika raja menaiki tandu, baginda akan diiringi oleh pembesar-pembesar istana dan pengawal-pengawal istana..

 

IMG_6472

..jangan terkejut jika zaman dahulu kala lagi dah ade mesin ‘photostate’. Tapi tak dinyatakan dengan jelas tahunnya..

 IMG_6470

..pengunjung berbangsa Cina ni aku tengak berminat sungguh dengan Tabuh tu. Orang kampung aku dalam masyarakat Jawa memanggilnya dgn nama “kentong”..

 

 IMG_6474IMG_6471

..lintasan bersambung (tak tau nak panggil ape)..tapi fungsinya mcm ‘sky bridge’ yang digunakan untuk ke bangunan sebelah. Apa yang dapat kite lihat..kain berwarna kuning (warna rasmi Raja) dipasang diantara tiang..

 

 

 IMG_6473

..banyak jalan masuk ke dalam istana..salah satunya tangga ini..11 bilah anak tangga kesemuanya..

 

Lepas amik gambiran2 tadi..kitorg lepak-lepak jap dibawah istana (ade sebuah kerusi kat situ). Masing2 mempunyai feel tersendiri terhadapan rekaan, ukiran dan binaan senibina istana lama ini..pengalaman yang menarik. Aku amat galakkan korang pergi ke tempat2 mcm ni..boleh refresh balik sejarah2 lama negara kita..

 

Ok la beb..waktu pun dah dekat sangat pukul 1.00ptg. Elok lah rasanya kitorg beransur dulu ke destinasi terakhir dalam siri “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH” versi TayarGolek.Com. Rasanya..akan diteruskan ride mcm ni dari semasa ke semasa..

 IMG_6475

Semua dah ready untuk memulakan tayargolek ke Seremban..

 IMG_6476

Nice moment..aksi selamber..hehehe. I Likee..!

 IMG_6477

alrite geng..! tayargolek time…kire-kire pukul 1.05ptg kite mula menggolekkan tayar ke destinasi terakhir..

 IMG_6478

Selamat tinggal Istana DiRaja Seri Menanti..

 

Perjalanan dari Seri Menanti ke Seremban kira-kira 30KM..so, tunggu episod seterusnya ke destinasai terakhir kitorg ke MUZIUM NEGERI, ISTANA AMPANG NEGERI dan RUMAH LAMA MINANGKABAU..Seremban.

 

Jumpa lagi..yooosssshhh..!!

 

Adios,

Han

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com