Salam Sejahtera..
Lega rasanye bile episod pertama Kembara Mengejar Sejarah di Istana Raja Melewar selamat di’published’. Perasaan ‘meremang bulu roma’ serba sedikit hilang..phiewww! Tapi ade jugak rakan2 pembaca yang berminat nak tau cerita lain yang dikatakan ‘mistik’ dan objek ‘makhluk’ yang aku cerita sebelum ni. Bersungguh-sungguh betul diorg (OP, Musang & Zul74) ni suruh aku citer..hehehe.
Tapi..mintak maaf la beb..aku tak dapat nak share atas sebab2 tertentu. Faiz & Griffin dah tau dah citer tu..heheh. Tapi kalo berminat nak tau jugak, boleh ler datang melawat istana Raja Melewar dan berbual2 sendiri dgn En.Nizam tu yer.. ;)
p/s: nak ‘terasa’ lagi, masa kt dlm istana tu..suruh En.Nizam cerita pengalaman dia..
Ok la beb..kite tinggalkan dulu citer Istana Raja Melewar, Rembau..yang betul2 meninggalkan pengalaman ‘lain dari yang lain’. Perjalanan “Kembara Mengejar Sejarah” diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke ISTANA DIRAJA SERI MENANTI yang terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan
Perjalanan dari ASTANA RAJA ke ISTANA DIRAJA SERI MENANTI kira-kira 60KM melalui Senaling-Kuala Pilah-Seri Menanti. Ape yang menariknya nanti, kitorg akan melalui jalan kampung hingga ler ke Kuala Pilah. Menarikss tak? tak cukup lagi tuuu..Sepanjang jalan tu plak nanti penuh dgn jalan yang berliku-liku dan berbukit..
citer banyak tak guna..follow kitorg jom!
Menyusur perlahanan-lahan keluar balik ke jalan besar. Walaupun En.Nizam ada bgtau ada jalan lain yang lebih dekat..tapi kitorg tak mau amik risiko. Bukan risiko ape pun..risiko sampai lambat jer :P
Jelas kat sini..hanya kitorg ber-3 jer menggunakan jalanraya ni..hehe. Tapi ‘jiwa’ gua masih agak ‘kaget’ dgn cerita2 menarik di Replika Istana Raja Melewar…”agak2 nye..ade ker tak eh dlm camera aku???..suspend gak nihh..! “
Semakin aku ingat mende-mende tu..semakin jauh plak diorg kat depan. Gambiran demi gambiran aku amik..bukan untuk ape..sekadar satu kepuasan “menunggang sambil mengambil gambiran”. Rakan-rakan yang membaca blog merapu aku ni..boleh ler dapat bayangkan dan lihat sendiri keadaan suasana dan jalan sepanjang tayargolek ini nanti..
dari satu sudut yang lain pulak..tapi mcm dah agak biasa gambiran mcm ni..
p/s: tali camera tak cukup panjang..kalo tak celah2 tayar aku amik..muahaha
Masih lagi dikawasan kampung-kamoung. Tenang nyerr aku tengok kawasan kampung nih. Takde ke orang ajak inggah mai umah makan tengahari? kehkehkeh…
Sehinggalah beberapa ketika..kitorg mula memasuki laluan ke Kuala Pilah melalui Senaling..
Korang nampak sendiri kan..? jalan yang kitorg redah mcm mana?…syioooooooook woooo..!! Sunyi jer..ini ler kelebihan ride santai..feel enjoy with the ride!
..dah mula dah jalan ber’corner’..sebelum layan corner tu..aku nak gak amik gambiran dulu. Tapi, masih lagi ada yang bertanya mcm mana aku amik gambiran atas motor..hmmm..ko tgk ler sendiri pic atas ni, pic aku melalui ‘side mirror’..
@ KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
Dipendekkan citer..kitorg dah pun sampai di sempadan daerah KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.
Hampir-hampir terlepas moment kat ini..tapi nasib baik den sompat gak amik gambiran…
SELAMAT DATANG KE DAERAH KUALA PILAH.. (time corner ni..tapi skit jer) hehe
Kanan kiri jalan hanya dipenuhi pokok-pokok hutan..takde sape kat sini.
so amacam? teracun tak dgn route mcm ni?…hehehe
p/s: jangan ler tetiba ade org komen.." laa ni kat kampong den ni..dokek yo ngan umah den ni haaa..!”
Tak laju pun bawak kat area-area ni..cukup ler 60-70kmj jer..
Memang terbaik la jalan kat sini..memang cantik!
Menghampiri simpang ke TAMPIN-KUALA PILAH. Jadi..ke Kuala Pilah ler…! Memey…ler! :P
Alrite beb..! dah pun sampai simpang ke Kuala Pilah. Dari signboard tu menunjukkan ke KUALA PILAH/BAHAU adalah ke kiri. Jom..! diorg dah jauh kat depan tu..
..beberapa KM di jalan ini, sekali lagi kitorg terpaksa melalui jalan ber’corner’ baikkkkk punyer..! Tapi target kitorg adalah ride yang rileks..selamat sampai destinasi dan selamat sampai rumah. Maka, kitorg layan corner tu sesedap rasa jer…tak lebih2 pun ;) hehehe
selepas abis layan corner tu..now masuk ke jalan utama. Kat sini kitorg telah ditemukan “JALAN YANG LURUS”…jalan yang benar untuk ke ISTANA DIRAJA SERI MENANTI!
..dipendekkan citer lagi..ini lah signboard utama yang boleh dilihat dari jauh lagi arah ke ‘MUZIUM DIRAJA”
Sekali lagi kitorg menyusuri jalan kampung melalui Tanjung Ipoh. Seronok betul sekali-sekala ride masuk kampung2 orang. Satu kepuasan..satu pengalaman!
Keadaan jalanraya dah mula sibuk skit. Mana tak nye..dah hampir pukul 12.00t/hari dah. Masing-masing dah mula lapor..time tu ler menyerbu rumah2 terbuka..hehehe..
Beberapa meter dihadapan tu..adalah simpang masuk ke Istana Seri Menanti..rasanya memey dah dokek bonar dah oii..!!
@ BANDAR DIRAJA SERI MENANTI
Tanpa diragu..tanpa sangsi..ini ler tempat nya. SELAMAT DATANG KE BANDAR DIRAJA SERI MENANTI…walaupun dalam negara aku sendiri..terasa bangga + excited bile menjejakkan kaki kat sini. Lebih2 lagi bersama si RED VERSYS kesayangan aku tuuu..takpe bagi aku masa skit..nanti aku cari angle cun nak shot si RED VERSYS ni eh..
sunyi betul kat sini..tak nampak langsung orang lalu-lalang kat sini..
Seri Mersing Menanti..
Terus lagi..dan lagi! Aku ingat tadi biel dah jumpe singboard “SELAMAT DATANG KE BANDAR DIRAJA SERI MENANTI” tadi dh nak sampai dah..skg ni ade ler dekat 10-12KM kitorg dah mauk ke dalam..
Asal ada perkataan “Istana” atau “Muzium” Seri Menanti..kitorg ikut jer. GPS pun menunjukkan arah teru ke hadapan beberapa meter jer lagi..
Ade 2-3 kedai kat depan tu. Bile melalui kawasan kedai tu..ramai mata-mata penduduk tempatan tertumpu ke arah kitorg..(elehhh prasan banget!)
Macam yang aku janjikan tadi kat RED VERYS kesayangan aku ni..ini hadiah dari aku. Gambiran di hadapan pintu gerbang “BANDAR DIRAJA SRI MENANTI”. Aku stop kejap kat sini semata-mata untuk gambiran. Inilah wajah pintu gerbang BANDAR DIRAJA SRI MENANTI yang cantik dan megah dengan simbolik seperti tanduk dikiri-kanan tiangnya..
Fuhh..! bangga siut..muahaha
Ok..cukup gambiran tadi..lets move!!
Terdapat sebuah masjid berdekatan dgn Istana Seri Menanti..
Bila dah semakin hampir..semakin perlahanlah motor kitorg. Masing-masing cuba menghayati..memerhati keadaan sekeliling. Al-maklum ler..bukan selalu datang ke tempat2 macam ni kan..jadi peluang yang ada diamik sepenenuhnya..
Terdapat sebuah round about kecil kat depan tu. Bile teringat r/about ni..kang jadik mcm kat Rembau ni kang..salah masuk! muahaha
Kan betul..hehehe! Ni Seri Menanti Golf Club..so kitorg kene pusing r/about semula. Maknanya, dari jalan utama tadi..amik pukul 12 ler..
Tu dia..Istana Seri Menanti. Gambiran ni aku amik masa kat round about..
RED VERSYS bergambiran berlatarbelakangkan rumah rekabentuk Minangkabau..
Ok..gerak! pusing balik bulatan ni…
@ ISTANA DIRAJA SERI MENANTI
Ok..sekarang aku dah menghala jalan masuk ke Istana. Dipintu masuk jalan ke istana ada signboard mcm kat atas..
Pic on the bike - Sambil menunggang..aku capture gambiran Istana dari jauh..
…dan inilah gambiran pertama RED VERSYS berlatarbelakangkan ISTANA LAMA DIRAJA SERI MENANTI..
View lain pulak..satu kepuasan yang tak terhingga bile sampai di sini. Legaaa..! Lebih puas bile motor sendiri bergambiran..hehe
Sejarah Istana Seri Menanti..turut diterangkan disini. tapi kecik sangat la pulak kan?
Demi korang..aku share info ni. Istana lama yang diperbuat dari kayu tanpa menggunakan sebarang paku..
Berehat jap sambil2 kene air sebelum masuk ke dalam..’kerak teking’ beb!
Masih tersergam indah..! Begitulah kesungguhan usaha Kerajaan Negeri yang sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan Istana ini. Sejarahnya tetap ada..dan struktur bangunannya masih kekal berdiri sehingga kini..
Issshhh..isshhh..! aku ingat ‘makhluk’ ape tadi..skali memang orang daaaa…! adehhh..!
Time ni ler..si Faiz & Griffin start mengusik aku..
“ tak nak masuk ke bro..?? kekekeke..” tanya diorg sambil gelak kat aku..
“..Uiiishh!..tak mau la bro..yang tadi pun tak hilang lagi nih..korang nak masuk..masuk ler!” kata aku plak..
“..mari la banngg! masuk la baaang..! (gaya ala-ala gitu)..” Griffin usik gua lagi..hahaha.
Siut ah korang ni..
Pada hal aku ajak masuk dalam stana Raja Melewar..semua tak mau..hahaha. Time tu ler kata kasut susah nak bukak laaa…kasut bertali laaa…leceh nak bukak-pakai balik laaa..mcm2 alasan laaaa diorg ni kannn.. Last2 aku masuk sorang2..muahahaha..amik aku! huhhu
Dah setel berasap..jom lah kite ushar2 ape yang ada..tapi seriously gua tak mau masuk ke dalam istana…malas nak bukak kasut ler :P :P
Di Istana Seri Menanti pun ada jugak BATU KASUR seperti di Istana Raja Melewar…tujuannya tetap sama..
BATU BERTIKAM pun ada jugak..tujuannya pun tetap sama mcm aku citer memula lagi di Istana Raja Melewar..
Lain-lain gambiran di Istana DiRaja Seri Menanti..
Seperti maklumat yang diberikan..terdapat 99 tiang diperbuat dari kayu Cengal. Kayu Cengal ni memey keras – pengalaman aku ikut abah aku masa kerja balak dolu-dolu.. ;)
..dan beginilah keadaan lokasi Batu Bertikam dan Batu Kasur di sebelah kanan Istana..
oppsss..! aksi spontan..hahaha. Muka yang enjoyyy..
..sekarang aku nak masuk ke bawah istana ni, melalui tiang-tiang kayu cengal. Setiap permulaan tiang cengal ini mempunyai ukiran halus..penuh dengan seni dahulu kala. Terdapat juga tempat permainan ‘teng-teng’..satu permainan tradisional. Bile diimbas kembali..permainan ‘teng-teng’ ni merupakan salah satu permainan kampung masa aku kecik-kecik dulu. Memey seronok kalo main beramai-ramai..best nye waktu kecik2 dulu.
Korang pernah main permainan tu tak waktu kecik2 dulu?
Gambiran dari bawah istana ke pintu masuk utama istana..
ini pulak..bahagian belakang istana..
Ramai jugak pengunjung time ni..pelbagai bangsa..1Malaysia lah kata kan..
Tabuh.. sebagai alat yang akan diketuk beberapa kali untuk memberitahu sesuatu pengumuman. Sepanjang aku hidup..aku rasa ini ler yang terbesar dan terpanjang setakat ni aku pernah tengok..
Mimbar – kalo di masjid,..ianya digunakan sebagai pentas untuk memberi khutbah Jumaat. Tapi yang ini mungkin digunakan untuk tujuan istana..
Tandu – dulu ianya digunakan sebagai kenderaan membawa raja dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti melawat kampung. Tandu diusung oleh empat orang dan ketika raja menaiki tandu, baginda akan diiringi oleh pembesar-pembesar istana dan pengawal-pengawal istana..
..jangan terkejut jika zaman dahulu kala lagi dah ade mesin ‘photostate’. Tapi tak dinyatakan dengan jelas tahunnya..
..pengunjung berbangsa Cina ni aku tengak berminat sungguh dengan Tabuh tu. Orang kampung aku dalam masyarakat Jawa memanggilnya dgn nama “kentong”..
..lintasan bersambung (tak tau nak panggil ape)..tapi fungsinya mcm ‘sky bridge’ yang digunakan untuk ke bangunan sebelah. Apa yang dapat kite lihat..kain berwarna kuning (warna rasmi Raja) dipasang diantara tiang..
..banyak jalan masuk ke dalam istana..salah satunya tangga ini..11 bilah anak tangga kesemuanya..
Lepas amik gambiran2 tadi..kitorg lepak-lepak jap dibawah istana (ade sebuah kerusi kat situ). Masing2 mempunyai feel tersendiri terhadapan rekaan, ukiran dan binaan senibina istana lama ini..pengalaman yang menarik. Aku amat galakkan korang pergi ke tempat2 mcm ni..boleh refresh balik sejarah2 lama negara kita..
Ok la beb..waktu pun dah dekat sangat pukul 1.00ptg. Elok lah rasanya kitorg beransur dulu ke destinasi terakhir dalam siri “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH” versi TayarGolek.Com. Rasanya..akan diteruskan ride mcm ni dari semasa ke semasa..
Semua dah ready untuk memulakan tayargolek ke Seremban..
Nice moment..aksi selamber..hehehe. I Likee..!
alrite geng..! tayargolek time…kire-kire pukul 1.05ptg kite mula menggolekkan tayar ke destinasi terakhir..
Selamat tinggal Istana DiRaja Seri Menanti..
Perjalanan dari Seri Menanti ke Seremban kira-kira 30KM..so, tunggu episod seterusnya ke destinasai terakhir kitorg ke MUZIUM NEGERI, ISTANA AMPANG NEGERI dan RUMAH LAMA MINANGKABAU..Seremban.
Jumpa lagi..yooosssshhh..!!
Adios,
Han
6 comments:
Han, Ride yang terbaik.
Tapi agak rugi tak masuk dalam Istana Seri menanti tu, dalamnya lagi cantik dengan barangan asal istana. Ada 3 tingkat yang perlu diteroka..Ubsur Mistik? Kat mana mana pun ada..hehehe
patutnya Istana ni Bro Griffin try masuk coz Istana Malewar td bro Han dah masuk..pehtu next Istana nanti Bro Faiz lak masuk..cer rasa experience org kata..heheheeh..tapi persoalannya ada Brani ke bro2 lagi dua org tu...hehehehee..
-budak nakal-
cer cite sket .... mistik tu ...... yang tak kesempatan tu bole la rasa melalui ni ... camon bro han
Best nyer bro...nak ikut next trip boleh?
areih (areih@yahoo.com)
wew :P hebar
Tq..bro memudah kajian aku bt assignment...
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..