Yooosshhh..!
Salam Sejahtera..
Diam tak diam..dah pun masuk episod terakhir dalam siri KEMBARA MENGEJAR SEJARAH. Destinasi seterusnya di Seremban merupakan destinasi terakhir pada ride kali ini. Aku harap apa yang dapat aku kongsi disini..sama-sama kita dapat manfaat tentang kewujudan sejarah tanahair kita..InsyaAllah.
Segala ‘mistik’ tu kita tinggalkan..biar lah jadik pengalaman & kenangan manis.. ;)
Baiklah..tanpa buang masa..aku teruskan ‘journey’ ke Seremban. Jarak dari Seri Menanti ke Seremban kira-kira 35KM jer. Sama seperti sebelum ni..kitorg teruskan perjalanan menggunakan jalan dalam. Map diatas menunjukkan laluan atau route kitorg dari Seri Menanti – Seremban..
Jom ler..follow aku ke Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan di Seromban..Nogorii!
Selamat Tinggal Bandar DiRaja Seri Menanti - ..sambungan gambiran dari episod sebelum ni. Kitorg menyusur keluar dari kawasan Istana Seri Menanti mengharungi jalan yang sama sebelum tiba di persimpangan jalan besar.
Lepas jer simpang utama..kitorg menuju ke arah Seremban. Jalanraya dah mula ada penghuninya. Al-maklum ler..time skg dah pukul 1.00ptg. Rasanya ramai yang keluar untuk ke Open house atau pun majlis perkahwinan. Sepanjang kawasan ni..ade ler sebuah rumah tengah buat keje kahwin (takde gambiran).
..ketika ini, kitorg terpaksa menggunakan lalaun tepi (kiri) sebab keadaan trafik jalanraya memang perlahan giler. Tak sure ape yang berlaku..
Sampai beberapa kilometer dihadapan..rupanya punca kenderaan jadik ‘slow’ ni ada majlis kahwin. So, anggota-anggora RELA tengah menjalankan tugas mengawal lalulintas. “..owhhh! ade kenduri kawin rupenya..awat tak jemput? muahaha”
Lepas tu..line clear! Boleh ler speeding skit..sojuk skit badan..
..melepasi sempadan daerah Kuala Pilah – Seremban. Perjalanan kitorang lancar..walapun kadang-kadang tu banyak plak kenderaan bertayar 4..sampai ler ke bertayar 10..
Cuaca setakat ni..Alhamdulillah..baik-baik aja deh! Tapi sedikit bahang asmara..
Jika korang tanya..masuk Bukit Putus tak? hehehe..jawabnya TIDAK! Kitorang guna laluan ‘by pass’ dari Kuala Pilah ke Seremban. Mungkin ada yang kata..”rugi woo tak masuk lalu Bukit Putus..boleh asah tayar!”..hehehe. Tapi tu ler..motif operandi nya nak guna jalan ‘by pass’ tu jer… next time la kot!
Bile jalan clear..ape lagi nak buat? meroket? owhhh..takk! Kitorg tetap maintain speed sekitar 120-130kmj jer. So bergambiran ler..
On the Bike - Faiz ..in action!
p/s: Faiz – ko nak gambiran ‘ori’ ni blh roger aku eh..mana ler tau nak wat wallpaper ker..pic profile FB ke..hehehe. Tapi ade pengeras nyehhh! ahaksss.. :P
Lain-lain gambiran dibawah ni adalah semasa di ‘by pass higway’ Bukit Putus..
..aku overtake di Faiz jap untuk amik gambiran Griffin pulak..tapi dah agak menurun bukit plak..
so slow down balik..follow diorg..lepak belakang!
..bile dah kat belakang, semakin rileks ler gaya tunggangan aku. Mata ni dok ushar kanan-kiri melihat suasana yang jarang-jarang aku lalu. Lain le kalo kampung aku kan sini..sure wat tak pandang jer!
Perjalanan ke Seremba..kitorg telah menyaksikan suasana atau keadaan bukit bakau bukau di sebelah kiri jalan. Sayup jer bile tengok..tenang jer fikiran! “..alangkah syiok nyerr kalau layan Bukit Putus tu kan..? kan..?” ..huhu
..tayar tetap bergolek..dan bergolek! tau-tau jer dah nak sapai Seremban. Mcm ni pun terasa sekejap beno..tu belum yang kaki meroket lagi. Mau nya 10 minit sampai dah..
..dah start bersimpang..traffic light. Ni yang tak syiok nih..
..bahang jalanraya dah terasa dah. Tetap sabo menunggu lampu bertukar hijau. Terasa plak “kerak teking” time ni..
@ SEREMBAN
Tak jumpa plak signboard ‘Selamat Datang ke Seremban”..aku terlepas pandang ker..atau memang takde?
Mula memasuki bandar Seremban..agak busy skit tapi masih lancar. Time ni ler skill mencilok-cilok terpaksa digunakan..
@ MUZIUM NEGERI – ISTANA AMPANG TINGGI & RUMAH NEGERI SEMBILAN.
…selamat sampai ke destinasi terakhir dalam siri KEMBARA MENGEJAR SEJARAH. Disinilah terletaknya ISTANA AMPANG TINGGI & RUMAH NEGERI SEMBILAN.
GPS : N02” 43.075’ E101” 55.208’
Sampai ke Muzium Negeri kira-kira pukul 1.35ptg..30 minit gak dari Seri Menanti ke sini. Orait la tu kan. Bile dah sampai..1st thing yang kitorg buat..pekena air dulu beb! phiewww! panas giler..! Tak cukup dengan bekalan air..kitorg serbu kedai cenderamata cari air sejuk.
..chait! diam-diam Griffin dah kena air sejuk dulu..tak bleh jadik nih! huhu. Tapi inilah satu-satunya kedai cenderamata yang ada disini. Bila ditanya dgn Pakcik kat dalam tu dia kata “..kedai ni bukak sampai pukul 5.00ptg”. Memey rileks jer pakcik tu..sorang2 dia jer duduk dalam tu..
Lepas pekene ‘Nescafe Ori’ sejuk + berasap..baru ler tenang jiwa ni. Hal kat Istana Raja Melewar hilang terus..muhahaha..
..dah abis lepak2..baru ler start amik gambiran..
..gambiran motor kene ade. So, for the first..amik gambiran motor dulu lah.
RED VERSYS bergambiran dihadapan MUZIUM NEGERI.
Angle lain pulak..
…dan 3 sekawan..menyerlah betul kaler si RED VERSYS tu kan??? ahakss..
Last gambiran motor..lepas ni kite ushar skit2 bangunan2 sejarah kat sini.
MUZIUM NEGERI SEMBILAN atau KOMPLEKS TAMAN SENI BUDAYA
Aku share skit info bangunan ni.
“Bangunan utama kompleks ini dikenali sebagai “TERATAK PERPATIH”..merupakan contoh rekabentuk senibina MINANGKABAU yang sangat istimewa dan menarik. Diperbuat daripada kayu dan struktur bumbungnya menyerupai ‘Tanduk Kerbau’..”
Gambiran2 lain “Teratak Perpatih”..
MUZIUM NEGERI SEMBILAN dari arah depan..
opsss..! ter ‘capture’ plak dah..huhu
Masing-maing tak mau masuk dalam..bail muzium..Istana ..mahupun rumah lama tu..ntah tak tau plak sebab ape diorg ni pun tak mau masuk ke dalam. Aku mcm biasa ler..alasan yang sama “malas nak bukak kasut”..ahaksss!
Muzium Negeri sudah..next! Jom kite tgk Istana Ampang Tinggi pulak.
Pintu gerbang..masuk ikut sini eh..
BATU MEGALITIK PENGKALAN KEMPAS
Batu Megalitik Pengkalan Kempas yang terdapat kat sini merupakan replika Batu Megalitik. ianya seperti bentuk asal yang terdapat di Mukim Linggi, Port Dickson atau lebih dikenali sebagai Keramat Sungai Udang.
Batu-batu ukir yang terdapat disini adalah dari jenis batu megalitik seperti Batu Kemudi, Batu Sudu dan Batu Pedang.
MERIAM ..tak tau gak mende ni memey masaaloh ler..haha
ISTANA AMPANG TINGGI
Istana Ampang Tinggi – “..menurut sejarahnya, bangunan ini telah dibina pada tahun 1861 sewaktu pemerintahan YamTuan Ulin (YamTuan Imam) Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 antara tahun 1861-1869. Tapak asal istana ini pula terletak di kawasan sawah padi di Kampung Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Tunku Muhammad, Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Ketujuh. Bagaimanapun, pada tahun 1953, Istana ini dipindahkan ke Seremban dan dijadikan Muzium Negeri..”
Pic Istana Ampang Tinggi & Rumah Negeri Sembilan..
..dari pandangan hadapan.
..ade pun papan tanda..
Keadaan Istana dari bahagian belakang..
RUMAH NEGERI SEMBILAN
Rumah Tradisional Negeri Sembilan - “..Rumah Melayu Tradisional mempunyai daya tarikan yang tersendiri di mana setiap binaan dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Info lain mengatakan, rumah ini telah dibina sekitar tahun 1921..” – sumber Arkib Negara
Unik dan Seni – lihat saje pada dindingnya..penuh dengan seni ukiran yang amat halus.
bawah rumah..
keadaan rumah Negeri Sembilan di bahagian belakang..
Memang kepompom kitorg ber-3 tak masuk ke dalam mana2 bangunan. Cukuplah kot hanya melihat dibahagian luarnya jer. Lupa nak bagi tau..rumah contoh dan Istana ni dihadkan kepada 12 orang sahaja dalam satu masa jika ingin masuk kedalam. Lebih dari 12 orang tu…errr..errr..tanggung sendiri lah yer!!
Alrite..gambiran pun dah banyak aku amik. Kitorg berehat jap di tangga Istana..sambil-sambil sembang tentang keunikkan seni ukiran dan reka bentuk senibina bangunan. Lebih kurang 10-15 minit, kitorg mula melangkah keluar ke kawasan parking motor. Bukan ape beb..! tetiba jer ade sebuah bas pelancong masuk bawak pengunjung ke Muzium Negeri.
Memandangkan barang2 kitorg semuanya kat sana termasuk ler kunci motor, helmet, GPS..bla bla..hati terdetik “ risau plak barang2 kat sana tu..takut hilang kang!”. Ditambah pulak kata-kata dari sorang pakcik yang turut bersembang dgn kitorg time tu “ barang2 semua kat moto?..kang kono rembat kang!..orang nak rembat ni bukan kiro maso..!” . Apo laie jang..! poie sinun laaa..
Tu diaa haihh..! pengunjung dari mana..tak sure. Tapi kalo tgk dari rupe + bahasa mcm dari Siam..
..lepak sini plak dah! Jangan tanye aku ..ape diorg ushar tu ehhh..! Khusyuk bonar den tengok..hahaha
Lain2 info kat sini..kata pakcik tu (lupo plak namo ehh)..kat bahagian bawah kawasan ni ada satu gelanggang gasing (gasing leper). Pertandingan gasing bagi peringkat daerah dan Negeri masih lagi aktif dijalankan..(gambiran gelanggang takde plak..malas nk turun bawah)
Panjang lebar dah nampaknya aku tulis..serba sedikit pengalaman ‘short ride’ KEMBARA MENGEJAR SEJARAH yang dapat aku kongsi bersama. Info2 yang lebih lengkap..boleh lah di ‘google’ kan jer.
Sebagai penutup kata..
“.. Dari R&R Seremban..kitorg ke Rembau mencari ISTANA RAJA MELEWAR. Diikuti ke Seri Menanti, kitorg menuju ke ISTANA DIRAJA SERI MENANTI..dan dari Seri Menanti, kitorg ke Seremban pula..menjejaki MUZIUM NEGERI, ISTANA AMPANG TINGGI & RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN. Maka dengan ini..lengkaplah destinasi, target dan tujuan kitorg dalam KEMBARA MENGEJAR SEJARAH yang pertama ini…
Mengikut pengalaman aku..inilah ride yang lain dari yang lain, penuh dengan sejarah..secara tak langsung kitorg mendapat ilmu yang berguna. Sangat menarik..enjoy dengan ride yang santai..menyusuri dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan penuh misi. Susah sebenarnya kalo aku nak citer..satu kepuasan yang ‘amat berlainan’. Memang BEST lahh..!! Korang boleh cuba sendiri dan rasainya sendiri..ok? ..”
Dengan ini aku tamatkan ride “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH”
Sekian dulu..short ride yang simple mimple ni..Terima Kasih kerana sudi membaca dan komen. InsyaAllah..jika perancangan KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2 nanti bakal dilaksana..aku akan war-warkan di TAYARGOLEK.COM. Bile? Ke mana?..rajin2 lah bukak TayarGolek.Com yer..pastikan korang bersedia..huhu.
Alrite geng..jumpa lagi dilain2 ride atau stori yang lain akan datang.
“Menungganglah dengan tenang..Fokuslah pada tunggangan..”
Jumpa lagi..
Adios,
Han
7 comments:
Yup..the best write up...thumbs up bro n others 2 bikers yg join!
tapi lain macm je bunyi ending "Menungganglah dengan tenang..Fokuslah pada tunggangan anda.."..macam ado maksud lain jo...hehehhee...cabutttt
Han, den dah kobakan..Nogori Sembilan terbaek bro. Pemandangan cantik dongan bukit bukau ee.
Bukit Putus tu corner pendek, main drift boleh leer kot. Beruk banyak lepak atas jalan. Apapaun, Congrats for the nice ride!
Anon Sept 27 ..... gua rasa maksud Han tu supaya menunggang dengan chilleks ...jgn meroket jo, kalu nak meroket tgk tompatnyo .....dan fokus pada tunggangan tu jgn dibuek tgk melilau kiri kanan, tgk dopan jo ..supaya xeksiden ...... hehehehe
Anonymous - yag sebona-bona nya memang ado 2 maksud tu. Yang dah kawen..ekau paham2 jo lah tunggang apo..muhahaha. Tapi maksud den kek sini..tungganglah dgn cermat & fokus..tu jo. Ekau ni..ishh! lol
ABN - Thanks bro. gua pun tak nafikan bro..memey terbaik lah pemandangan kek nogori sembilan ni. Sib baik den tak masuk Bukit Putus..hehehe. Lamo bona raso eh den tak lalu..
Anon Sept 27 - ekau memang bagus lah Anon..boleh paham maksud aku tu..hehehe
Anuar Dan juga melukis ‘ukiran budi’ Melayu dengan bentuk dua dimensi, mengutip segala khazanah budaya, ukiran kerawang, bumbung rumah Kutai, tangga Melaka, buyung, serkap ayam sangkar burung…semua kembali untuk dicintai kerana dia percaya di situlah inti dan semangat budi Melayu yang bersalutkan akal menyatu di jiwa.
Prof. Siti Zainon Ismail
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..