You Are Reading

5

Kembara Mengejar Sejarah

TayarGolek.Com Thursday, September 22, 2011 , , ,

Yooossshhh…!

Salam Sejahtera semua..

 

Walaupun masih lagi mood Raya..baru-baru ni aku bersama 2 lagi rakan telah memulakan short ride kene Negeri Sembilan. Short ride yang aku war-warkan di TayarGolek.Com sebelum ni memang ade sambutannya..ade ler 3-4 orang rakan lagi yang berminat nak join. Tapi memandangkan bertembung dengan jemputan open house raya dan kerja..last2 minute diorg tu tak dapat join. Maka dengan itu..kitorg ber-3 jer lah..iaitu aku sendiri(Han), Griffin (dah well known dah ni) dan Faiz (upgrade ER6F ke Versys)..

 

Sebelum ni ada yang kata kat aku “..asyik ride ke Thailand jer bro?”. OK fine..skg aku cuba buat ride yang simple tapi ade kesan sejarah negara kita. Kalo aku blh citer tempat-tempat di Thailand..kenapa tidak negara sendiri kan? Lebih-lebih lagi ..16 SEP 2011 merupakan Hari 1Malaysia, memang cun ler tarikh ride kitorg ni pada 17 SEP 2011. Short Ride yang aku maksudkan ini..aku gelarkan sebagai “KEMBARA MENGEJAR SEJARAH”. Walaupun plan ride macam ni dah lama aku rancang..tapi tak berkesempatan. Kali ni, diatas perbincangan ringkas bersama Griffin..Alhamdulillah, ride ini berjaya dilakukan. Kali ni kitorg bermula dengan Negeri Sembilan dulu..walaupun tak cover semua..

 

Sebagai episod pengenalan..atau ‘intro’ orang kampung aku panggil..aku cuma nak stori skit2 jer tentang tempat-tempat yang kitorg pergi..laluan yang kitorg lalui dan share skit tentang sejarah-sejarah tempat tersebut.

 Route

Bermula dari Setia Alam, kitrorg berhenti sebentar di R&R Seremban. Lepas tu terus ke Pedas/Linggi – Rembau – Seri Menanti – Seremban – Setia Alam.

 

Sebelum aku memulakan stori panjang lebar..antara tempat-tempat yang kitorg lawati adalah seperti dibawah (..saja bagi bakar line! Bagi panas skit..sapa2 yang tak ikut :P)

 

Gambiran dibawah telah di’edit’ agar nampak ala-ala gambiran lama..hehehe

IMG_6335

Replika Istana Raja Melewar (ASTANA RAJA)

 

 

 IMG_6446

Istana Lama DiRaja Seri Menanti (SERI MENANTI)

 

 IMG_6510

Muzium Negeri

 

 

IMG_6525 

Istana Ampang Tinggi (SEREMBAN)

 

KEMBARA MENGEJAR SEJARAH memang satu short ride yang simple tapi agak menarik. Sesuatu yang baru pada aku jika selama ni ride untuk makan..kenapa tidak ride untuk sejarah? Dengan jarak 320KM sahaja..aku dapat satu kepuasan dalam diri aku. Mungkinkah bakal ada KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 2??

 

Ikuti stori KEMBARA MENGEJAR SEJARAH nanti..

 

 

Adios,

Han

5 comments:

Nazrah said...

Betul tu..sekurang2 nya yg lain tak berkesempatan ke tempat tempat sejarah pun boleh ikuti perkembangan nya melalui ride awak tu..tahniah

Dee said...

cantek bro ..... negara kita byk sejarah ...cover la utk seluruh Malaysia ... hehehe

Aku Budak Nerek said...

Han..Alang-alang dah datang melawat sejarah kat area Seri menanti Kuala Pilah nie, apasai tak singgah pekena daging salai masak lomak cili api? huhuhu..

TayarGolek.Com said...

Nazrah & Dee - InsyaAllah..akan diteruskan dari semasa ke semasa ;)

TayarGolek.Com said...

Aku Budak Nerek - hehe..tak singgah mana2 bro. Terus shooot ke Seromban

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com