Kapar Motors

Featured Rides/Events

KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 4

Date : 20 MAY 2012 (AHAD)

Masa : 07:00 PAGI

RV : RNR SEREMBAN

TayarGolek : 07:30 pagi

Negeri: MELAKA

Latest Posts

0

Kembara Mengejar Sejarah 4: Cendol Jam Besar

TayarGolek.Com Sunday, June 3, 2012
 Yooosshhhh...!!

Salam Hari Minggu semua..

Buat kawan2 yang pegi ride hari ini..berhati2 menunggang motor yer! Peringatan untuk diri aku sendiri & semua. Al-Maklum ler..skg ni musim cuti sekolah, sure kenderaan 4 tayar ni banyak..jadi sama2 kite gunakan jalanraya tu dengan penuh timbang rasa.

Aiseyy..! terhenti lagi stori KMS4 ni..dah berapa minggu daaa?? Masa untuk menghupdate ni agak terhad skg ni sbb kekerjaan + bawak family gi jenjalan..

ok..skg aku sambung eh.. :)

"On the boot" kitorg kali ni..kitorg akan serbu Gerai Cendol Jam Besar yang sememey nye femes di area Bandar Hilir ni. Last aku datang sini dgn ER6N si putih gebu tu dulu pada tahun 2009 selepas balik dari gathering di PD. Balik tu singgah jap ke sini..

Jom pekena cendol..!!

@ Cendol Jam Besar

 Diorg awal2 lagi dah hilang..dah siap amik port..dah siap beratur.





P1000353

Aku baru je selamat melintas jalan. Ni view Jam Besar dari sini seberang jalan pulak..




P1000352

 hiuuyooo..! ramainye manusiaa..ini cm biler mau dapat turn nih??



P1000359

Diorg yang dari tadi duk pulun beratur pun masih kantoi lagi..dah dekat 15minit belum dapat lagi?? yaperdaaa..


 P1000360

Nampak..tu? Fuadkawa & Din ICU dah mula menghirup cendol..srrrrooot..!srrooot..! dari jauh boleh dengar. Ni nak kene menuntut ilmu nih..camner bleh dapat awal cendol tu?? hehe




 P1000361
 Close-up lagi..dan lagi..! "dah nak abis dah bro..!!". Pehhh..berbisa wa dengar..:P. Dah ler tengah kerak teking nih..


Takpe lahh..nak pegi beratur, yang ado tu pun tak dapat2 lagi. Dari tunggu + melangok lama2..baik aku amik gambiran2 lain dulu..


P1000354

Lokasi Gerai Cendol Jam Besar ni bebetul bersebelahan dengan sungai. Memey beruntung ler Tauke gerai cendol nih (En. Kassim) sbb memey strategik. 



 P1000355

Amik view lain pulak. Woooo...ade bot mau lalu..



 P1000356

 Satu tarikan kepada para pelancong yang datang ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Ada sape2 pernah try naik bot tu? brp RM bayaran?




 P1000357

seronok diorg kat dalam bot tu..bile banyak lensa kamera menghala ke arah bot.


 P1000358

 ..ini ler yang dikatakan moment disatu2 masa..

Gambiran..gambiran jugak, tapi cendol tak order2 lagi ape cer??




P1000362

Sebelum tu..kite ushar skit member2 yang lain. Uwaaaaahhh..! semua dah mula menghirup dah..? Ishhh..kene bertindak cepat nih..



545963_312477992163967_828091395_n

Tak sempat menuntut ilmu dari FuadKawa pasal nk dapat cendol cepat. Last2..kene beratur jugak la weiii..
-   Gambiran by Ha Lam Ya Mim.

 Dipendekkan cerita..setelah berusaha keras untuk mendapatkan CENDOL AIS KRIM..

akhirnyaaaaa.....


 P1000363
 wihuuuuuuuuuuu...! ini ler rezeki aku..yang sabar. Hehehe.. jemput makan semua! Srrootttt...!



148763_312478182163948_100002053077991_692287_952483302_n
  Wooooo..! diam2 candid wa makan cendol ehhh..nanti ler..tungguuuuuu turn wa pulak ehh..
 - Gambiran by Ha Lam Ya Mim.



 P1000364

Aku dah kata dah..kene candid balik! huhuhu..


 Layan jugak cendol AIS KRIM ni..memey berbaloi dgn harganya RM3 semangkuk. So, bila mau repeat??? ngeh ngehhhh..

Tanpa diduga..tanpa disangka..ngam2 lepas abis cendol Aiskrim tadi, FuadKawa memperkenalkan tauke Gerai Cendol Jam Besar (Bro Kassim) kpd aku. Macam2 ler diorg UP nama TAYARGOLEK.COM ni..ni yang bikin aku mau nangis..hahaha. Syahdu ler..dgn sokongan dari rakan2 semua..





 P1000365

 Bro Kassim, pemilik gerai Cendol Jam Besar  ni memberi penghormatan kepada aku utk menampal stiker TAYARGOLEK.COM di gerainye. "Tayargolek dah meninggalkan sejarah dahhh.." tu ler antara ayat yang aku dengar time ni. Thanks Bro Kassim!









P1000366

Saat menampal stiker..sambil diperhatikan oleh tauke gerai (Kassim).




 Ape2 pun aku kene ber Terima Kasih jugak kat Azril sebab dia, stiker TAYARGOLEK.COM dapat ditampal kat gerai CENDOL JAM BESAR.Sebenarnye, semua stiker ada kat dalam jacket..tp jacket sudah masuk dalam box. Nasib baik..aku ada bg stiker kat diorg awal2. So, Azril bagi aku pinjam dulu..heheh. Nanti gantik balik ehh.. :D


P1000367

Iniler sejarahnye..lepas ni kalo datang sini lagi, pasti boleh nampak stiker ni. Automatik..masing2 akan ingat "haaaa..stiker ni ada kat sini masa kitorg join ride KMS4 ler dulu..hehe". Syiok kan..? itu ler memori..kehkehkeh..yo yo annnnn ajer ler!


 OK..kemana kite lepas ni? Dengar2 citer Melaka Bikers nak bawak kitorg "On The Boot" tengok Kincir Angin..Kincir Air..dan lain2 ler. Yang syiok nyer..kitorg akan on the boot ditepi2 sungai..hmmm mcm best jer??


Tunggu sambungannye nanti..

Adios,
-Han-


























6

Kembara Mengejar Sejarah 4: Stadthuys-Gereja Christ-Menara Jam Besar

TayarGolek.Com Thursday, May 31, 2012

 

Yooosshhhh…!!

Salam Sejahtera semua kengkawan..

 

Ape hal2 aku mintak sorry ler yer..sebab terdelay skit stori KMS4 ni. Al-maklum cuti sekolah skg nih..time ni ler kene apply VISA untuk ride2 yang akan datang ;)

 

Ride sehari jer..tapi nak berabih stori mau dekat 2 minggu nih..cam ner tu? Dgn masa yang tak berapa mengizinkan sgt..try update. Tak banyak skit pun jadik ler..daripada terbiar bersawang..

 

Kali ni aku nak stori pasal aktiviti “Rakan-rakan TayarGolek.Com” yng mengikuti ride KMS 4 @ Melaka. Kalo ikut plan asal, lepas je turun dari Bukit St.Paul tu..kitorg akan ke Muzium Islam Melaka. Nak masuk ke Muzium Islam Melaka walaupun cuma beberapa meter jer..kene bayar kot? Bab bayar tu bukan alasan utama..lagi pun aku tgk masing2 macam dah menggigil je lutut tu..last2 aku tukar plan.

“..So macam ni jer lah..muzium tetap muzium jer lah. Memandangkan waktu skg ni pun dah pukul 12 t/hari..aku rasa cadangan untuk Pekena Cendol Jam Besar tu memey terbaik..!! Jom ler kiter..!!

 

Automatik! automatik semua jadik SEGAR..! hahaha..diorg dah lama tunggu nak pekena cendol rupanya. Takpe ler..yang penting semua hepi & enjoy…tak gitu beb??? Tapi dalam perjalanan ke Gerai Cendol Jam Besar tu..kitorg boleh sambil2 melihat Stadthuys, Gereja Christ & Menara Jam Besar..

 

On the boot..!!

 

P1000324

Maka bermulalah sekali lagi “journey” dgn hanya menapak untuk pekena cendol Jam Loceng Besar, Melaka.

 

p/s: Dengar2 cerita, tauke cendol Jam Besar pun pakai motor besar..geng Suzy kot? ;)

 

P1000327

..nak kata jauh tu takde lah jugak..lebih kurang 100 meter kot dari port kitorg tadi. Ini ler kali pertama ride KMS..kitorg berjalan ramai2 dalam 1 group. Syiokkk wooo..! aku bukan ape..nak pastikan atleast setiap tempat masing2 ade..gambiran pun ade ;)

 

 

P1000326

Sementara nak ke gerai cendol tepi sungai tu..kitorg akan melalui salah satu pintu masuk ke Bukit St. Paul yg aku cerita sebelum ni.

 

 

P1000329

mcm ni ler keadaan time ni..tapi, diorg ni tak penat ke bawak helmet kesana-kemari? (hehe..gurauan dipagi Jumaat)

 

 

 

 

P1000331

..dan yang paling penting..amaran spt signboard kat atas ni “Anda kini berada di ZON MELAKA BEBAS ASAP ROKOK..”

 

 

@ Stadthuys, Gereja Christ dan Menara Jam Besar.

 

Seperti yang korang semua tau..3 bangunan ni memey terletak berdekatan antara satu sama lain. Dengan warna MERAH yang menyala..menaikkan seri & pemandangan Kota Melaka. Aku tak dapat nak cari info sangat time ni..sebabnye..errrr cendol Jam Besar dah memanggil-manggil tuuu..

 

Sedikit info sejarah tentang tempat ini:

 

Stadthuys

..Stadthuys ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore…”.

Sumber: Wikipedia bebas.

 

P1000333

Muzium Sejarah, Ethnogreafi Dan Sastera

 

 

~Christ Chhurch Melaka~

P1000345

P1000338

P1000339

Christ Church, Melaka yang dibina pada tahun 1753

 

 

 

 

P1000346

Balai Seni Lukis Melaka

 

 

 

 P1000340

Susana disekitar bangunan Gereja Christ. Banyak gerai2 yang menjual cenderamata/cenderahati..

 

 

 

P1000341

..penarik beca pun tak kurang jugak ramainya kat sini.

 

 

~Victoria Regina Fountain~

P1000342

P1000344

 

 

P1000347

P1000348

Victoria Regina Fountain yang dibina pada tahun 1837

 

 

~Menara Jam Besar~

P1000336

Masa kat Menara Jam Besar ni..aku nampak diorg semua berhenti kat situ. Hmm..mcm ade satu attraction jer. Kene ushar skit..

 

 

P1000334

..aku terlambat skit jer untuk shot gambiran Khai kat atas motor Retro ni. Mcm biasa ler..kene bayar kalo nak duduk atas motor tu + pakai uniform tentera.

 

 

P1000335 

Tajam betul brader tu merenung..! ade cerita disebalik renungan marhain brader tu. Korang esok jangan main simply amik gambiran org atas motor ni..sebabnye, ini adalah aset brader Askar tu. So, dia minta bayaran samada untuk duduk atas motor tu atau yang mengambil gambiran. Nasib aku baik..brader tu tak kata ape pun. Yang lain2..kene delete balik gambiran..kalo tak bayar jer ler!

 

So..Khai! wa dapat pic lu beb! amacam..? :)

Ok la beb…kite tinggalkan dulu stori pasal brader dgn motor army tu. Masa untuk pekena Cendol Jam Besar, yang memey famous kat sini.

 

 

 

P1000349

Oppps…sorry! tak sengaja..terpetik!

 

 

P1000351

..sepantas kilat diorg semua lesap dari pandangan. Tau-tau dah kat seberang. Adehhh..!

 

ok la beb..aku nak seberang jalan dulu, pastu cari port jap.

 

Nak tengak diorg pekena Cendol Durian..Cendol Ais Krim..yummm..yummm..!

Tunggu sambungannya selepas ni..

 

Adios,

-Han-

0

Kembara Mengejar Sejarah 4: Bukit St.Paul

TayarGolek.Com Tuesday, May 29, 2012

 

Yooosshhhh…!!

 

Salam Sejahtera semua..

Sebelum pegi Cuti-cuti Malaysia bersama family, aku sempatkan jugak ler hupdate stori KMS4 ni..korang punye pasal beb! ;)

 

Sambungan kali ni kite akan memanjat Bukit St. Paul pulak..errr! semua panjat ke? hehe..tak semua ler. yang lain2 simpan tenaga untuk jenjalan nanti.

 

Jom kite panjat ke Bukit St.Paul.

 

@ Bukit St.Paul

 

Bukit St. Paul ni memey tersangat ler dekatnye dgn A Famosa tadi. Dari situ pun boleh naik..dan ada lagi satu pintu boleh menuju ke tempat yang sama..

 

Sedikit info sejarah..

Bukit St. Paul ni juga dikenali sebagai Bukit Melaka ketika di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Nama Bukit St. Paul diambil sempena nama Gereja St. Paul yang sehingga kini masih kukuh berdiri  dikemuncak bukit ini. 

 

P1000326

ni dari arah yang lain..pintu masuk ke Bukit St. Paul.

 

memandangkan kitorg memey dah berada di A Famosa, so just teruskan memanjat tangga disebelahnye je lah. Nak kata tinggi..tak jugak. Takde la tinggi mcm Bukit Broga..tapi boleh tahan ler jugak lebih2 lagi yang siap bawak helmet + jacket tu.. :P :P

 

Jom..kite tengok ape yang ada kat atas bukit tu..

 

P1000282

5 orang rakan bersama aku time ni (Noor VFR, Zaimi, Azril, Faizal SP & Fahmi)..sama2 memanjat Bukit St.Paul. Time ni dah kire tinggi gak ler..tgk le muka masing2..macam2 riak muka ade. Yang ketat2..yang tersenyum marhain pun ade..hehehe

 

 

P1000284

Serba sedikit pemandangan dari atas bukit setakat ni..

 

 

 P1000285

Aku bagi diorg overtake..nak amik gambiran “on the boot” punye pasal ler ni. (dah mcm amik gambiran on the bike ler pulak)

 

 

@ 1st stage

..dah pun sampai di stage yang pertama..

P1000287

..terdapat beberapa gerai yang menjual cenderahati kat sini. Harga? hmmm…no komen laa

 

 

 P1000288

@ 1st stage ni..antara peninggalan sejarah yang ada seperti Kubur Belanda..atau orang kampung aku panggil “Dutch Graveyard”.

 

 

 P1000289

..takde info sangat pasal Kubur Belanda ni. Ke aku terlepas pandang??

 

 

 P1000290

Ade satu lagi stage untuk ke puncak Bukit St.Paul ni..tak tinggi ler cuma 18 anak tangga jer

 

 P1000291

now..aku dah kat puncak bukit. Amik skit gambiran view dari atas..

 

 

 P1000292

Aiii..Fahmi dah pancit dah?? kene carik stamina ni :P

 

 

 P1000293

Sesekali lihat view yang sayup je mata memandang. Ini ler view Selat Melaka dari puncak Bukit St.Paul..

 

 

 P1000294

Dipendekkan cerita..aku dah berada di bangunan yang aku tunjuk memula tadi. Agak meriah suasana diatas bukit ni. Ade peniaga menjual cenderamata + cenderahati..ramai pengunjung. Ade jugak yang tengah sibuk dgn “treasure hunt” sekitar area ni..

 

 

 

P1000296

Ada jugak yang tengah posing mcm dalam gambiran ni ;)

 

P1000295

View Selat Melaka dari sudut yang lain pulak. Boleh nampak Menara Taming Sari dari sini..

 

 P1000298

Citer pasal Taming Sari..ade plak Replika Keris Taming Sari yang turut dijual kat sini. Harga tak tau ler berapa..malas nak tanye sbb bukan nak beli pun..hehe

 

 P1000297

Jom..kite teruskan lagi. Memey ramai pengunjung hari ni. Ni belum cuti sekolah lagi..kalo tak? nah ko..penuh dgn rombongan Che Kiah ke Melaka ler jawab nyer..

 

 

 P1000299

Berdekatan dengan pintu masuk kek bangunan ini ade seorang penghibur jalanan atau bahasa P.Ramlee panggil “Seniman Jalanan”..tengah perform menyanyikan lagu Portugis. Suara brader ni memey BEST!! Sampaikan bro Noor VFR ni terkedu..konon2 nye nak try masuk ler 1-2 rangkap lagu tu…

 

 

 P1000300

..tunggu dok tunggu..tak masuk2 gak! hehehe..

 

 

P1000301

Ok..ni salah satu pintu masuk kedalam bangunan ni. jap lagi kite masuk eh..

 

 

@ Runtuhan Gereja St. Paul

Sekitar puncak Bukit St.Paul dikenali sebagai Runtuhan Gereja St. Paul.

 

 

P1000302 

Menurut sejarahnye..

Runtuhan Gereja Katholik yang tertua pada asalnya hanyalah sebuah chapel yang dibina pada 1521 Tahun Masihi oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan “Nosa Senhora - Our Lady of The Hill", sebagai tanda kesyukuran kerana terselamat dari musuh semasa berada di Laut China Selatan..”

 

P1000303

 

 

Info sejarah selanjutnye..boleh baca sendiri yer.. ;)

P1000304

Info versi Bahasa Melayu

 

 

P1000305

Info Versi English..

 

 

 P1000307

Gambiran patung yang berdiri di atas Bukit St.Paul.

 

 P1000309

..Gereka St. Paul. Awat tgk aku lagu tuuu..?? :P

 

 

ushar skit ape pemandangan menarik kat bawah pulak..

P1000315

uwwooooooo..! agak menarikss..

 

 

 P1000311

perhhh..! Siap mengalir peluh jantan ko ni bro tgk view kat bawah tadi..hahahaha

 

 

 

P1000312

Suke nye Aziz rb tu ehh..ape cer tu bang?

 

P1000306

Ter capture lagi view Selat Melaka nih..

 

You on Candid camera..!

 P1000310

owhhh..thanks beb! sebab amik gambiran aku dgn bersungguh2 sekali..LOL

 

 

P1000313

humangaihhhh..! siap tadah dgn helmet tu..ishhh! 18SX tul la diorg nih..

 

 

 

 P1000314

opsss..! Ni ke Model Bukit St.Paul?? Model Betong dah ade yang pegang tittle tuuu..jgn memain..kehkehkeh

 

  Kitorg lepak jap kat sini sambil sembang2. Ada gak yg bertanya pasal pengalaman “4 Nations Ride” yang lalu. Hmmm..diam tak diam dah 6 bulan berlalu..tapi pasal pengalaman ride tu aku serahkan kat Griffin pulak..hehehe. Thank you la bro.. ;)

 

 

Lepas tu..apa bikin?

 

Lepak punye lepak..air pulak tak bawak..hmmm..kerak teking ler jawab nyer. Sape suruh tak bawak airr..! so beransur ler kitorg..

 

P1000316

Sebelum turun ke bawah semua..aku sempatkan untuk masuk kedalam bangunan ini. Masing2 yang datang sini tak lepaskan peluang untuk bergambiran sebagai kenangan..

 

Antara yang menarik disini, beberapa batu bersurat (batu bersurat kan?)..yang ditulis dalam Portugis kot. Maaf..aku pun tak pasti. Kalo baca pun tak paham lagi ler nak sebut..ignore kan aje lah yer!

 

P1000317

P1000318

Ini sebahagian jer..sebenarnya ade lagi. Tapi tak larat nak amik gambiran satu-satu..

 

Moment lain masa ni..ade seorang uncle yang memey hebat memainkan alat muzik “harmonika”. Sorang2 dia jer layan harmonika..

P1000319

Memey otai uncle ni main Harmonika…layan beb!

 

 P1000320

berdekatannye pulak..terdapat satu Perigi Portugis kalo tak silap. Tapi ditutup rapat..so tak nampak ler ape ada dalam perigi tu..

 

P1000321

view dari tepi..

 

dah setel amik gambiran..rasanya elok kitorg turun semula ke bawah. Diorg yang tak memanjat sure sengal menunggu kitorg kat atas ni..hehehe..agaknye ler!

 P1000322

Last gambiran sebelum turun..suasana yang redup dibahagian kiri bangunan..

 

Dipendekkan cerita..

Anak tangga demi anak tangga..kitorg melangkah turun kebawah.

 P1000323 

..dan akhirnya! wihuuuuuu..sampai dah. Kerak teking dari tadi..terus sambar beli air.

 

Kitorg amik masa skit untuk berehat..berasap…opsss! mana boleh berasap kat zon ni!! nanti kene saman tawww..! :D

 

Ok..kitorg nak rest jap..nanti sambung balik ke ‘journey’ seterusnya..

 

Kemana?? Tungguuu aje lerr..

 

Adios,

-Han-

 
Copyright 2010 TayarGolek .Com