Yoooshhhh…!!
Salam Sejahtera semua..
Aiiii..lambat betui nak sampai Ipoh..dah dekat 2 minggu ni! haha
Jom kite tayargolek ke Ipoh pulak..
Jarak dianggarkan kire2 45KM ke Ipoh.
Semua dah ready..tapi takde sape nak jalan dulu..last2 aku jugak ler kasi mula dulu..hehe. Kitorg mua tayargolek dari Galeri Sultan Azlan Shah kire2 pukul 12.30t/hari.
Sebelum kitorg masuk ke highway semula..kitorg stop dulu di stesen minyak berhampiran. Saja kasi topup..sebab aku tak sure FC motor masing2. Dalam kes ni..aku kene kasi motor ADIMZ keutamaan sebab motor dia lain spesis skit..hehe
Yang ado tu tak isi pun..jadi pemerhati keadaan jap
Biler 3/4 daripada total motor dah siap isi minyak..kitorg mula susun motor kat bahu jalan. Space stesen minyak tu kecik..tak dapat nak menampung kapasiti motor yang banyak..
Tinggal beberapa bijik lagi yang masih dalam urusan mengisi minyak. Ini memey perkara biasa kalo group convoy tu agak besar bilangan ahlinye.
Tayargolek timee..!
Alrite..semua dah siap isi minyak. Aku mulakan dulu tayargolek ke Ipoh..
Masa on the way ke sini..aku ter’missed’ nak capture pintu gerbang ni. Skg ni dapat jugak gambiran pintu gerbang Kuala Kangsar, Bandar DiRaja.
Masing-masing dok follow belakang..dalam journey seterusnye ke Ipoh, aku bawa diorg ni pada speed yang santai & relax sekitar 120-130KMJ.
Sampai kesudah diorg lepak belakang..last2 terpaksa ler aku amik gambiran ke arah belakang..
..diorg semakin dekat dah ni. Keadaan highway PLUS mula banyak kenderaan..so far kitorg bagi laluan kepada pemandu kenderaan yang lain di 'lane’ kanan.
..kalo masa pegi aku berada kat belakang, tapi kali ni aku kat depan. Kire boleh control speed diorg ler..
memasuki terowong..
Abis jer melayan jalan yang ber’corner’..kitorg sampai ke Tol Ipoh kire2 45 minit perjalanan.
Perlahan-lahan menyusuri laluan motorsikal di tol Ipoh. Takpe..walaupun motor berkuasa tinggi, undang2 tetap kene ikut.. ;)
..skg dah pun berada di jalan utama ke Ipoh. Trafik agak baik setakat ni. Cuaca pulak panas giler..ni yang tetiba terasa “kerak teking” nihh..!
..berhenti seketika disalah satu trafic light. Boleh tahan jugak Ipoh ni..banyak trafic light..perghh!!
Sesekali aku capture gambiran diorg time ni..giler panjang! harap2 semua tak terkandas dgn lampu merah nanti. Aku cuma boleh tgk melalui side mirror jer..kalo yang belakang skali terkandas, memey aku tak tau.. :D
oppss..! Aziz RB menyelit..’peace yooo’!!
..sorang lagi ‘peace yooo’. Ini jer laa aksi diorg kat traffic light time ni..
Dipendekkan cerita..kitorg terpaksa meredah kesesakkan lalulintas dibandar Ipoh. Ditambah pulak dgn traffic light yang banyak..terpakse ler kitorg kerap berhenti kalo timing tak mengena (kes lampu merah ler).
Last2..aku rasa mcm ade yang tak kena. “rasa-rasanya mcm ade yg tak kene ni?? nmpak mcm kurang jer ahli-ahli “pengejar sejarah” ni??”.
So aku decide aku cari parking yang selamat untuk semua..kitorg berhenti sekejap.
Kitorg stop sekejap kat sini..berhadapan dgn Pejabat Pos Ipoh dan berdekatan dgn Stesen Keretapi Ipoh.
Biler semua dah parking motor..baru kitorg perasan 2 bijik motor takde dalam group iaitu ADIMZ & Griffin. Tak sure ler samada diorg ni terkandas dgn traffic light atau…..
Call diorg sure tak jawab sbb atas motor. Maka dengan itu, masing2 pekena ler air seteguk dua..”kerak teking” kata diorg ni..hahaha (suda pnadai guna ayat ‘kerak teking’).
Pejabat POS Malaysia Ipoh.
Gambiran skit untuk si RED VERSYS..
..take time beb! cuaca memey panas time ni..fuhhhh! nasib baik ler bawak bekalan air mencukupi (pengalaman dari ride2 yang lalu..)
Stesen Keretapi Ipoh..
..semua jentera direhatkan buat seketika. ADIMZ & Griffin masih taktau ape cerita diorg ni..
Sehinggalah beberapa minit, kebetulan aku lepak bawah pokok..tetiba ternampak kelibat diorg tu. Ngam2 masuk ke jalan berhadapan dengan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh.
“Fuhhh..lega siut nampak diorg nih!!” panik gak aku time ni.
Then, Griffin call diorg tunggu di sebelah bangunan Public Bank yang mana “Birch Memorial Clock Tower” hanye beberapa meter jer. Senang citer..lokasinya berhadapan dengan Masjid Negeri, Ipoh.
Parking motor dibawah bangunan (bangunan ape erk??)..
Lepas siap parking + simpan jacket & helmet ke dalam side box..kitorg mula mengorak langkah meninjau “Birch MemorialClock Tower”.
@ Birch Memorial Clock Tower
Tapi..sekali lagi nasib kitorg tak berapa cun sebab ”Birch Memorial Clock Tower” skg ni adalah dalam proses membaik pulih. So, takde info langsung..baik ‘board info’ atau yang lain2.
Beginulah rupa “Birch Memorial Clock Tower” ketika ini. Dalam proses membaikpulih atau kerja menaik taraf. Takpe lah..atleast misi ke sini tercapai :)
Sedikit info tentang “Birch Memorial Clock Tower”.
“..Standing in front of the Ipoh State Mosque, the square tower comprises a portrait bust and four panels illustrating the growth of civilisation.
Unveiled in 1909, the Birch Memorial, a square decorated tower with a portrait bust and four panels illustrative of the growth of civilisation was erected on the table-land at a cost of about $25,000.
A dedication to J.W.W.Birch, the first British Resident of Perak, is found beneath the bronze bust of Birch in the north-facing niche.
The clock tower has one mother bell, 6 ft 6 in. in diameter and weighing 10 cwt., and four smaller bells weighing together 10 cwt., which used to strike the chimes of Big Ben…”
“.. At the corners of the belfry, mounted on pedestals, are terracotta figures, representing the four "Virtues of British Administration" - Loyalty, with sword and shield, Justice, blind and carrying a sword and a pair of scales, Patience, unarmed, and Fortitude, with a calm face and bearing a spear.
On the civilisation panel, 44 famous figures in world history were portrayed. The image of the last Prophet facing the mosque was painted over in the 1990s due to objection from Muslims to the depiction of the Prophet..”
Seperti yang aku target, masa untuk berhenti di “Birch Memorial Clock Tower” tak memerlukan masa yang lama..cukup la kot kire2 5-10 minit jer. Tapi memandangkan waktu sekarang dah pun pukul 1.30ptg..dan kitorg pun dah dekat ler sangat dengan Masjid Negeri, jadi ada baiknye kitorg singgah ke Masjid Negeri dulu untuk menunaikan solat Zohor.
@ Masjid Negeri, Ipoh
Gambiran Masjid Negeri, Ipoh. Gambiran diambil betul2 dibawah “Birch Memorial Clock Tower”.
Laungan azan dah berkumandang..
Melangkah ke tempat wudhu..
Dipendekkan cerita..selesai solat Zohor.
..sarung riding boot semula. Lepas solat..mula ler perut masing2 berbunyi. Time ni ler masa terbaik nak pekena ‘Nasi Ganja’.
Tapi tetiba suara sorang pakcik Security Masjid tu kata “Nasi Ganja hari ahad tutup..!!”
Masing2 terkedu..
“Alamak..! tutupler nasik ganja” diorg bagi tau aku.
“Deng!! abis camner?ada sape tau mana2 kedai makan yg best kat sini?” kata aku pulak..
Nak dijadikkan cerita..ade ler salah sorg brader yang sama2 solat tadi menegur kitorg.
Bader : “..kamu ni semua dari Ipoh Bikers ke?”
Kitorg : “ehh takde bang..kitorg dari KL. Skg ni nak pegi makan nasi ganja..tapi pakcik tu kata tutup.”
Brader : “..kedai tu tutup. Tapi kalo kamu nak pegi makan..saya boleh bawak. Kedai pun beso..”
Kitorg : “..ok jugak tu bang. Motor kitorg kat bawah bangunan sana tu..”
Brader : “..ok takpa..saya pegi sana nanti..”
Begitu la beb cerita kitorg kat Ipoh time tu..Nasi Ganja tutup pulak hari ahad. Jemmm! Jangan ler ade yang kempunan..hehe
Bersiap2 untuk pegi makan..wihuuuuuuuu..!!
Aku pun tak tau mana ler brader dari Ipoh Bikers nak bawak kitorg..ikut jer laa!
..sorang demi sorang mula tayargolek. Aku antara yang paling last time ni. Cehh! diorg ni time nak makan semua laju..tak toleh belakang dah.,hahaha
..macam tadi jugak, kene redah kesesakan lalu lintas + banyak traffic light. Dah macam sauna dah ni..boleh mendidih kepala hotak..
Terkandas – Aku (Han), Fahmi, ADIMZ & Griffin antara yang terkandas dgn lampu merah. Yang lain2 dah selamat babai dah..
Selit punya selit..ADIMZ & Griffin tetiba hilang dari pandangan. Tinggal ler aku dgn Fahmi. Masing2 mencari group diorg yang ntah kemana. Dah nasib..kitorg jumpa balik group kitorg. Rupe2 nye diorg pun hilang arah..sebab Brader (Ipoh Bikers) tadi mencilok2 baik punye (mungkin dia lupa kot yg kitorg ni bukan naik motor cub mcm dia..hehehe)
Last2 jumpa brader tu (lupa nama) kat sini..tunggu ler geng2 aku yang ntah mana2 pegi nyerr.. :(
Dia kata “ tak pe..tunggu sini, saya suruh diorg U-Turn balik..diorg dah salah masuk jalan tadi”.
Berminit-minit ler jugak menunggu..sampai bukak helmet pekena sebatang..tak lama ka?
Received call dari Griffin “ Bro..motor ADIMZ ade problem ler..! Motor tak bleh start!! Mungkin overheat kot?? takpe I lepak jap kat sini..just bgtau kat mana lokasi makan. nanti I cari..”
Ahhduiyaiii..! ape nak buat ni..hari minggu kedai banyak tutup.
Last-last..aku roger Aziz RB. Dengan selamber dia kata “ ko kat mana ni Han?? kitorg dah sampai dah..dah makan dah pun..brruppp!!”
Puihhh..!! siap bagi hangin sendawa tuuu..hahahaha. Punye la tunggu..rupe2nya diorg dah bersantap baikkkkkkkkkk punya..!! hahahaaaaampeh..
@ Restoran Nasi Vanggey
Nasi Ganja takdak..Nasi Vanggey pun jadik ler!! Vanggey bermaksud “Mari Masuk”. Kalo salah harap betulkan..
Nasi Vanggey Ipoh..1st time try. Tatau le sedap ke tak..tapi tengok macam ramai jer.
Macam ni ler keadaan diorg..time makan memey tak toleh kanan kiri depan belakang. Orang kata “mak mentua lalu pun tak nampak dahh..” hehehe. Memey layan sungguh2 diorg ni..yooshhh..!
Set Nasi Vanggey berlauk Gulai Kambin.. (‘g’ nye terbang pegi ke Terengganu) LOL
So far ok laa..pada aku biasa jer. Mungkin sebab kenyang air kot..dari tadi bedal air jer. So makan pun buat syarat jer..takut kebuluq kang nayaaa chekk oii..!
Gambiran selepas pekena “Nasi Vanggey”..punye hebat penangan Nasi Vanggey ni..ko tengok..
Perghhhhhhhhh..! memey marvelous! terkedu..tak terkata ape..termenung merenung hari yang tak pasti…kehkehkeh
..satu lagi! Dia punyerrr ‘high’ sampai termenung jauh sambil garu2 kepala beb..! Gile ahhh Vanggey ni...!! :D
Opss..! Haji Estimah belum abis makan lagi..hehehe.
Haji Estimah (ER6N 2012) antara rakan yang join time ni. Lepas ni Haji akan join sampai ke Teluk Intan..steady ler Tuan Haji!!
Ok beb..kite biarkan diorg ni layan ‘high’ dulu..bile semua nak OK..kang aku sambung balik eh. Bahaye baawak motor tengah ‘high’ ni..hehehe
Adios,
Han
2 comments:
Memg ride kejar sejarah btol ni bro han...hehe
Gambar pon dah styles sejarah dah.
Good story, good picture, pakej lengkap org kata.
---------------------------------------
Ni ada jemputan skit, kalau bro han berkelapangan lah.
Nak jemput ke kuliah ustaz azhar:
Sabtu - 24/3/2012
Masjid Kuaters KLIA Sepang
Jadual full kat : http://ustazazhar.net/v01/jadual/
Boleh ajak geng2 motor bro. Pos kat blog ni pon ok jgk....
Ride hujung minggu ler katakan, sambil ride, sambil +++ ilmu.
Kalau ada yang nak pergi, kuliah ustaz azhar tu, biasanya lepas maghrib.
Budak2 moto kapcai biasanya konvoi, sampai awal kat tempat kuliah. Dalam 6.30 ptg atau kul 6 dah sampai.
Sampai awal, boleh dapat parking cun, sebab biasanya ramai giler yg datang.
Sebelum masuk masjid, boleh borak2 sambil hilang kebas.... minum2 air skit.
Boleh dok soff depan, dok dekat ustaz time kuliah.
Kalau ada geng2 motor ni, org yg minat motor boleh sambil ushar2 moto RED Versys.. hehe
tq
Anonymous - Thanks for comment bro :). Memey menarik event kat Masjid KLIA 24/3/2012 ni..tapi Sabtu ni aku keje malam pulak. Pukul 7mlm dh masuk shift. Ape2 pun Terima Kasih diatas jemputan & info. InsyaAllah next time kalo mengena waktu..boleh pakat ramai2 ke sana.
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..