Yoooosssssssshhhh…!!
Salam Sejahtera semua..
Thanks to everyone yang still sudi menunggu sambungan demi sambungan stori ride “Kembara Mengejar Sejarah II”. Maaf la erk..sebab 2-3 lepas ni agak kebizian skit..tu ler pasal nye takde update ;)
Ok..kali kitorg akan teruskan kembara seterusnya ke destinasi ke-5 iaitu ke Kellie’s Castle, Batu Gajah. Sepatutnya Kellie’s Castle ni merupakan destinasi ke-3 kalo ikut program asal. Tapi tetiba ade ‘adhoc plan’ tu yang tak pasal2 jatuh 2 anak tangga carta :P
Kalo episod sebelum ni..kitorg terpaksa stop lebih lama skit masa lepas makan tengahari sebab masing2 tengah layan ‘high’ penangan Nasi Vanggey ni :D. Dah hilang ‘high’ tu baru ler kitorg decide untuk memulakan journey semula..
Jom kite teruskan pengembaraan bersama rakan2 yang lain.
..panas! tapi muka segar bugar lepas layan Nasi Vanggey..
Khai pun nampak dah mula stabil..risau gak time dia ‘high’ tadi..hehe. Tak berkelip mata merenung masa depan.. :))
RED VERSYS pun dah ready..
Lupa aku nak bagi tau..perjalanan kitorg dari Ipoh ke Batu Gajah nanti akan diketuai oleh Haji Estimah (ER6N 2012). Kite bagi chance orang tempatan mengetuai kembara ini. So, masing2 dapat peluang + pengalaman menjadi ‘lead’ konvoi..
Masing2 menunggu Hj. Estima memulakan tayargolek.
…alrite, tuddiaaaa! Haji dah mula menggolekkan tayar motornye. So yang lain2..akan ikut ler mcm biasa.
Satu demi satu mula meninggalkan Restoren Vanggey..
Cuaca dan suhu time ni memey aku tak dapat nafikan..tahap kepanasannye memey lain macam beb! Perhhh..! Tapi inilah salah satu dugaan semasa kite melakukan ‘tour ride’. Nak tak nak kene redah jugak..
Antara dugaan lain time ni…traffic light yang banyak. Ntah berapa punye banyak ler traffic light kat Ipoh ni..kene timing lampu hijau tu memey OK. Tapi kalo kene timing tak cun? Mau mengelegak kepala hotak..wihuuuu!
..masih lagi di Ipoh. Meneruskan misi ke Batu Gajah yang jaraknye kire2 23KM. nampak jer dekat..tp kalo skit2 traffic light maunye dekat 30 minit baru sampai. So far time ni, perjalanan adalah lancar..
..dan semakin lancar apabile memasuki jalan besar
…memey ini jalan ana yang punyaa lah! Line clear..
..aiseyy! satu lagi traffic light kat depan tu..siap sedia ler semua kita sama2 men’sauna’kan diri.. :))
Diorg ni semua tgh muka ketat ..walaupun diorg semua pakai helmet ‘pulpes’. Kepanasan terlampau ler..dengan panas bahang jalanraya + bahang enjin motornye lagi. Kepompom..berdonyut-donyut! Tapi..aksi pose gambiran masih lagi terBAIKKK..!
Lega..lampu ijau dah!
Lepas beberapa ratus meter..ada lagi!!
Terkandas lagi!..
Sempat lagi kata kat aku “..no more back pain broo..!! hahaha”. Tu ler ayat orang lepas pakai Versys ;)
p/s: bile nampak Oldtown White Coffee tu..alangkah syiokknye kalo pekena Mocha Ice Blended time ni!! :D
..gambiran belakang – diorg semua steady.
Lega – lampu bertukar hijau. Masing2 memecut untuk menyejukkan sikit suhu badan..phiewww!!
@ Stesen SHELL
Berhenti sekejap di salah sebuah stesen minyak. Tak ramai pun yang isi minyak..cuma 2-3 buah jer. Bagi chance Haji Estimah isi petrol jap. Tapi ade gak sebijik motor dikalangan kitorg ni yang lain skit ‘spesis’nye..pun ‘topup’ lagi! berapa kali mau isi daaaaa..!! kehkehkeh
Walaupun kepanasan..masing2 tetap sabar menunggu kawan2 lain mengisi minyak.
RED VERSYS pun aku bagi rehat jap..
Kira-kira 10minit @ Shell petrol pump..urusan isi minyak pun settle.
Tayargolek time..!
Bila semakin hampir dengan Batu Gajah..pemandangn kat sini memey tak lari dengan view gunung yang nampak kebiruan bile dilihat dari jauh..memey nice!
Keadaan jalan disini agak baik..jalan pun clear. Aku perasan diorg ni mula amik peluang untuk bukak skit throttle baju laju skit..hehehe. Sebenarnya bukan ape..Haji Estima tu bleh tahan gak bawak motor..kelam-kabut jugak ler diorg ni mengejar.. :P
Adehh! traffic light lagi! Berapabanyak traffic light daa..!Disebabkan view kat depan tu menarik..serba skit dapat mengalihkan skit dari asyik fikir pasal suhu panas time ni..
Dipendekkan cerita..akhirnya kitorg pun sampai ke Kellie’s Castle, Batu Gajah kire-kire pukul 4.00ptg.
@ Kellie’s Castle
1st gambiran semasa kitorg sampai di Kellie’s Castle.
Gambiran Kellie’s Castle dari jauh..
RED VERSYS di Kellie’s Castle. Ehhh..!ado gak yang tumpang posing..
Semua motor dah selamat ‘parking’. Tapi parking kat sini agak limited skit..sebab ade kerja2 ‘construction’
Memey cun ler dapat parking kat sini..huhuhu
Ini lah dia..Kellie’s Castle. Tercapai misi Kembara Mengejar Sejarah ke destinasi ke-5.
Sedikit Info Sejarah tentang kewujudan Kellie’s Castle:
Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dariMadras.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
Sumber; Wikipedia ( takde sebijik pun Info Board kat sini)
Lepaking – punye ler panas cuaca skg ni. Masing2 maik peluang untuk berehat..pekena air! Kerak teking ni beb..!! nampak gayanye mcm diorg lebih prefer ushar Kellie’s Castle ni dari jauh jer.. :D
..aku UP skit gambiran ‘ori’ time ni..
Ok lah..rasanye memey takde sape nak panjat ke atas tu. So aku gagahkan jugak sorang2..huhu
“Selamat Datang”..ini adalah pintu utama untuk ke Kellie’s Castle
..dan korang kene menyeberangi sungai ni menggunakan jambatan ini untuk kesana.
p/s: adehh..paneh nye weiii!
Antara gambiran2 Kellie's Castle yang sempat aku capture..
..ketika memanjat tangga naik keatas, ade satu info tentang ‘anak tangga’ Kellie’s Castle yang dibina pada tahun 1905.
..sekodeng diorg skit..oooowhh! bercanda dibawah pokok yer! :P
Aku dah sampai ke atas dah.Beginilah rupa Kellie’s Castle dari sudut tepi..
Selain tu..apa yg boleh dilihat adalah sebahagian bangunan yang tak sempat disiapkan. Mcm ‘horror’ je aku tengok nih..
Kepalo den mulo berdonyut-donyut lak eh!! penangan panjat bukit +panas tahap blh cair kepla hotak. Dah rasa mcm nak pitam pun ade..gilo lah penangan istana ni.. :D
Semakin menghampiri..bangunan yang berusia ratusan tahun. Seram le pulak…teringat2 pulak cerita Istana Raja Malewar tuuhh..deng!
..bangunan separuh siap tadi. Kali ni gambiran dari dalam pulak…
dari sudut lain pulak..
..berapa lama daaa minah ni fokus amik gambiran?? Tak larat aku nak tunggu last2..capture jer laa!
Lain mcam jer lorong ni !
Chaiiit! patut ler lain machiam jer! Rupanye lorong tadi dikenali sebagai “ Koridor Misteri ”. Dah ler..aku nak turun..hehe
Tapi..sempat lagi amik gambiran2 lain sebelum turun. Ni main petik jer camera ni..takut tetiba terlekat plak pbjek lain…muhaha
Gambiran salah satu bilik kosong..
..dah la weii aku nak turun. Meremang plak bulu roma den nih! walaupun ade bilik bawah tanah + terowong rahsia..tapi mcm dah tak larat dah nak layan..
..ahhh! lega…masa untuk turun kebawah semula..
Kemestian – gambiran beramai2 berlatarbelakangkan Kellie’s Castle pada 4 Mar 2012. Sape2 yang takde mintak sori banyak2 la erk ;)
Lepak jap sambil pekena air dulu. Masa yang aku set kat sini cuma 30minit jer. So by 4.30ptg,kitorg kena ‘chaltae’ ke Pasir Salak pulak..
Ikuti sambungan seterusnya nanti..
Adios,
Han
4 comments:
hahaha..lu memey pndi kenakan gua nya gambiran,nasi vanggey memey best aaa
Khai - jom repeat..kene Vanggey dulu lepas tu baru nasi ganja. Lepastu overdose! haha
Hehehehe disebabkan nasik vaggey perginya beramai2..yang betul2 ekpedisikan istana tu awak sorang ek Han. Tu yang En Kellie merajuk takmo kuar tu ;)
ekspedisi yg amat menarik :D *thumbs up
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..